Wednesday 15 October 2008

ORANG DALAM (MUSUH DALAM SELIMUT)


Dari cara dan gaya tohmah ini dihuraikan sewaktu membahaskan bajet 2009 di Dewan Rakyat, banyak pihak mengesyaki bahawa ada “orang dalam” yang membekalkan maklumat mengenainya kepada pihak pembangkang. Siapakah mereka? Apa niatnya?

Seterusnya, mungkinkah tohmah di atas akan terus diheret dan dileretkan hingga jadi panjang berjela-jela seolah-olah supaya menjadi tali untuk menjerut masa depan politik Najib? Adakah ini merupakan satu antara pelbagai usaha untuk menggagalkan perjalanan Najib ke mercu kekuasaan negara?

Pihak kerajaan memang akan mematahkan tohmah terbaru ini di Dewan Rakyat. Tetapi, sama ada ia benar atau sebaliknya adalah tidak penting. Yang pasti, tohmah ini akan menyebabkan gerhana yang menyelubungi masa depan Naji kian menebal dan berpanjangan.

Tidak cukup dengan pelbagai tohmah, dakwaan dan tuduhan, Najib juga diselubungi persepsi umum mengenai isteri beliau sendiri.

Ada pihak mentafsirkan perkara ini sebagai remeh. Tetapi, ada juga pihak mengatakan faktor ini adalah kritikal terhadap kelicinan perjalan Najib ke puncak kuasa.

Usaha Terancang

Bagaimanapun, setelah rakyat jelata menginsafi seluruh kepincangan yang telah berlaku sejak 2004 hingga sekarang, adalah mustahil faktor ini tidak boleh diatasi secara total dan berkesan.

Oleh itu, jika isu ini terus dipolemikkan, kemungkinan besar pencetus polemik ini juga dimotivasikan oleh hasrat menghalang Najib jadi Perdana Menteri.

Berasaskan seluruh huraian di atas, wajarlah kita semua bertanya: mungkinkah usaha menghalang Najib ke puncak kuasa ini satu usaha yang tercancang rapi? Kalau begitu, siapakah perancang utamanya? Dan, mengapakah perkembangan seperti ini tidak pernah berlaku kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2004?

Akhir sekali, wajar kita semua bertanya: mungkinkah perjalan mudah Najib menuju ke mercu kepimpinan UMNO pada hari ini akan melunturkan seluruh persepsi negatif terhadapnya untuk menjadi Perdana Menteri? - Ruhanie Ahmad

No comments: