Thursday 25 December 2008

Majlis Perkahwinan Sri Rahayu dan Mohd Zaki


Tanggal 20 Disember yang lalu serentak dengan tarikh perkahwinan Mawi dan Ekin telah berlangsungnya majlis perkahwinan adik saya iaitu Sri Rahayu. Alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan lancar, walau pun tak mendapat liputan yang meluas seperti Mawi dan Ekin, hehehe...tetapi syukur alhamdulillah.

Di sini ada gambar hasil ihsan sepupu aku Fuad...

Monday 15 December 2008

Proton Perdana V6 vs Toyota Camry



Baru-baru ni kecoh kedengaran kerajaan PKR di Perak dan Selangor nak tukar kereta daripada Perdana V6 kepada Toyota Camry. Memang hebat permainan mereka ini, kalau tak silap aku, masa mula-mula menang kat Selangor dan Perak dulu, ada pemimpin PKR yang menyatakan bahawa Exco-exco tidak akan di bekalkan dengan kereta seperti kerajaan terdahulu sebaliknya mereka akan menggunakan kereta sendiri....perghhh....pada waktu tu aku yang mendengarnya cukup tertarik kerana syahdu sungguh kenyataan pemimpin PKR ini..memang berjuang untuk rakyat tetapi apa dah jadi sekarang....hampeh....pakai juga kereta kerajaan, dah lah tu demanding pulak..taknak Perdana V6 sebaliknya ingin Toyota Camry yang 2.4 pulak tu..harganya RM160K sebuah. Sedangkan Perdana V6 hanya RM120K sebuah, berapa beza tu ..dekat RM40K.
Tapi mungkin ada yang setuju dengan kenyataan mereka kerana alasan mereka iaitu kos penyelenggaraan yang tinggi jika menggunakan Perdana V6 tetapi untuk makluman semua tak semua kereta Perdana V6 seteruk yang disangka, aku marah juga bila diorang seolah-olah mengutuk kejayaan negara kita, takde semangat patriotik langsung, lagi pun, Khalid MB Selangor ada keluarkan kenyataan tempohari iaitu beliau menyatakan bahawa pada tahun depan kerajaan selangor akan membeli kereta untuk exconya kerana kereta Perdana V6 yang digunakan sekarang telah tamat susutnilainya pada tahun ini. Jadi aku cadangkan kepada Kerajaan Selangor, teruskan membeli kereta Perdana V6 tetapi cuba buktikan bahawa kos penyelenggaraannya boleh dikurangkan, baru tu lah menunjukkan bahawa kita ini ikhlas dan secara tak langsung dapat membantu Proton dalam memartabatkan lagi Proton di mata pengguna, tolak ketepi fahaman politik sebaliknya kita perlu bersemangat patriotik. Ini tidak ...terus je nak membeli kereta baru...dah lah tu...Toyota Camry pulak tu....kalau tak silap aku...bangsa "C" yang suka jenama kereta ini...apa lagi....tak kan jadi pak turut atas permintaan D** pulak....

Saturday 13 December 2008

Beza orang bandar dengan orang kampung

dah lebih seminggu tragedi yang meragut 4 nyawa akibat daripada kerakusan manusia yang cuba melawan hukum alam semesta sehingga terjadinya tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan kebanyakan yang terkena malapetaka ini dalah golongan-golongan berada kerana tempat ini boleh dikatakan tempat elit, dan dapat kita lihat bermacam-macam bantuan dihulurkan termasuk daripada agensi kerajaan dan juga NGO-NGO tetapi yang mendukacitakan iaitu golongan ini tidak pernah pun mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu sebaliknya asyik menuding jari kepada pihak kerajaan kerana atas alasan bantuan lambat tiba lah, bantuan yang di beri tidak bersungguh-sungguhlah, aku yang mendengar ni panas hati aku...terhadap sikap golongan-golongan ini...tak kenang budi langsung....aku masih teringa pada tahun lepas, banjir besar melanda kampung ku..dan sedih sekali bila dapat ku lihat orang kampung beramai-ramai pindah ke dewan serbaguna yang serbab kekurangan..tetapi mereka tidak mengeuh sebaliknya amat bersyukur terhadap bantuan daripada kerajaan dan juga NGO-NGO yang prihatin walaupun kadangkala 'biskut yang diterima' itu kadangkala dah hampir tamat tempoh tetapi mereka tidak pernah mengeluh sebaliknya mereka faham .....SEHUBUNGAN ITU WAHAI GOLONGAN YANG KONONNYA KELAS ATASAN INI...TERIMA SAJA LAH MUSIBAH YANG MELANDA INI DENGAN RASA KEINSAFAN...JANGAN ASYIK NAK MENUDING JARI SAHAJA...KALAU TAK SILAP AKU ..INI KAWASAN PKR....BIAR KAN AJE LER......HAHAHA..