Monday 28 September 2009

LEBARAN PENUH BERERTI BAGI AKU



Raya tahun ini amat bererti bagiku kerana aku sempat bersalaman dengan pemimpin yang aku sanjung selama ini iaitu Tan Sri M..ye lah..mungkin bagi sesetengah orang mereka tidak mempunyai perasaan pun apabila dapat berjumpa dan bersalaman dengan pemimpin yang kita sanjung..malahan sempat jua beliau bertanyakan khabar berita…aku ucapkan terima kasih kepada ayahandaku yang telah memperkenalkan diriku kepada Tan Sri M…bayangkan TPM kita….aku rasa amat hebat sekali…
Berbalik kepada kenyataan ku di atas tadi…iaitu bagi sesetengah orang mungkin merasakan biasa saje..tapi ..mungkin anda yang berpengetahuan pernah belajar teori maslow..iaitu…kita merasakan ‘self actualization’ apabila kita mencapai sesuatu..itulah yanga ku rasa walaupun memang aku tidak mendapat apa-apa pun daripada beliau…duit angpow pun takde….tapi amat bererti bagiku apabila dapat bersalaman dan bersua muka dengan beliau…aku rasa semangat seperti inilah yang semakin luntur dikalangan belia kita sekarang ini…
Tapi yang aku terasa sedikit kelakar apabila Dr Shaharudin iaitu wakil rakyat tempat aku bertegur sapa dengan aku dan bertanyakan “Awak tak nak ganti saya ke????”…heheh….camno nak jawab tu yek…

Sunday 13 September 2009

MOTIF DI SEBALIK DASAR LIBERALISASI MALAYSIA


Baru-baru ni Najib telah umumkan Dasar Ekonomi Malaysia iaitu dasar liberalisasi dan fokus nya adalah ke atas sektor perkhidmatan (services sector). Apakah maksud sebenar dasar liberalisasi ini...yang patik faham iaitu dasar liberalisasi ini ada kena mengena dengan dasar FDI (foreign direct investor) iaitu kita akan menarik minat pelabur asing untuk datang ke Malaysia ini...Mengapa kerajaan berbuat demikian? ..dapat kita lihat apabila dasar ini diumumkan..ramai ahli-ahli politik yang menyuarakan pendapat kurang bersetuju dengan dasar tersebut kerana mereka berpendapat dasar liberalisasi ini akan menyebabkan hilangnya hak bumiputra ke atas saham-saham sektor perkhidmatan kerana Dasar Liberalisasi ini secara tidak langsung akan menghapuskan pemilikan saham bumiputra sebanyak 30%...perghh...ramai yang melenting..sampaikan ada ahli politik yang tak faham ekonomi pun sibuk bersuara kebanyakannya siapa lagi kalau bukan PKR dan PAS...DAP senyap je sebab diorang memang suka isu-isu sebegini...Tetapi pernahkah kita terfikir mengapa Najib berbuat demikian...
Berbalik kepada isu sebenar yang saya maksudkan tadi iaitu dasar ini ada kena mengena dengan menarik kemasukan FDI...kerana perlu kita ingat dalam keadaan ekonomi yang merudum ini adalah amat payah jika Malaysia ingin mengharapkan kemasukan FDI daripada sektor pembuatan (manufacturing) ataupun sektor hartanah seperti yang dapat kita lihat di mana 4 zon ekonomi yang di canangkan oleh Pak Lah..hasilnya nampak kurang memberangsangkan...jika ada pun hanya Seri Iskandar saja yang dapat sambutan daripada pelabur asing...itu pun perlu kita lihat iaitu kerana ia berdekatan dengan Singapura...tetapi 3 zon lagi...nampak muram durjana....hehe...
Jika memilih sektor perkhidmatan untuk first job for liberalization...so its a good decision but we must know that not only malaysia who is trying to attract the foreigners in terms of services sector...please look at the south....singapore...alamak tercakap omputih pulak...sedangkan perlu kita lihat singapore memang dah terkenal dengan services sectornya yang kebanyakannya telah dapat menarik pelabur asing...pernahkah kita terfikir kadangkala apabila kita purchased software computer from Microsoft ke atau other software provider from US..but the payment we pay it at the company who is situated in singapore...I mean their branches....so this shows that singapore is a good hub for the services sector...but its okaty for Malaysia because its not to late for us to try to capture the market because we have a COMPETITIVE ADVANTAGE....kita seharusnya menggunakan competitive advantage yang negara kita ada sejak dari dulu lagi tetapi malangnya i kurang digunakan....sebagai contoh Malaysia terkenal dan di anggap sebagai negara pertama yang memperkenalkan Islamic Finance dan memang trbukti sejak akhir-akhir ini negara-negara barat yang suatu ketika begitu mashyur mempertahankan sistem konvensionalnya telah mula menerima islamic finance ini malahan dapat kita lihat mereka begitu berminat dan banyak seminar-seminar dan juga persidangan yang diadakan untuk mengadaptasikan sistem kewangan islam ini dan negara kita Malaysia pernah bercadang untuk menjadi hub bgi Islamic finance ini...kan ke itu merupakan competitive advantage yang negara kita ada...ttapi tindakan perlu lah cepat jangan hanya bercakap but no action....kita mesti cepat bertindak kerana baru-baru ini ada ura-ura sebuah negara akan menjadi hub for islamic finance dan jangan kita terkejut jika ianya bukan negara islam....sekian dulu....

Saturday 12 September 2009

KHAS BUAT PARA PROFESOR DI MALAYSIA


kali ni aku tak nak crita pasal politi...aku nak cerita pasal pensyarah kat tempat aku belajar di UPM dan tempat aku kije di UKM...kekadang aku tak paham..universiti kita ni banyak dah bilangan profesor nya...tetapi bila ngajar masih lagi pakai buku dari western tu...Schmidt ler...Kotler ler....abis tu...yg korang taraf profesor ni..apa kejadahnya.....aku teringat lagi PST dalam majalah Gila-gila dulu....mungkin dia lebih pandai dari korang yang taraf profesor ni...gaji dah la ngalahkan menteri...diam-diam dapat lebih 6K ke atas...pak menteri tu...kesian...nak dapat 6K pun terpaksa kongsi dengan kawasan parlimen masing-masing. So aku harap kepada semua Profesor di Malaysia ni...insaflah..dan ambil iktibar....kembangkan diri tu..cuba tandingi negara barat...jangan asyik berkokok dalam negara sendiri je...
Yang kedua nya,....aku nak komen....ada le sorang prof tu...cakap pasai strategic plan memang hebat giler...tapi aku nak tanya laa..dalam realiti business buleh ke kita adapt benda-benda tu semua....baru nak fikir dah melopeh....so...aku cadangkan pendidikan kita di menara gading malaysia ni sepatutnya para pensyarah jangan hanya duduk kat kerusi je...tetapi sesekali kenalah bekerja seperti individ yang lain..bukan apa..kita sekarang perlu kan realiti..bukan fantasi..so ..semua ilmu tu mestilah bersifat realistik dan reliable..bukannya kos sejarah...perghhh...apa aku merepek ni....oklah...cukup dulu

Monday 7 September 2009

SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL....HATI-HATI UMNO


Nampak gayanya satu lagi pilihanraya kat Port Dickson...aku ingat lagi lagu Poei Pokan dari Blues Gang.....Batu Ompek...Tolok Komang....Tompek orang...mandi...mando....haaa....itu lagu blues tu....tapi aku bukan nak cakap pasal lagu blues gang ni...aku nak story sikit pasal pilihanraya kecil yang bakal diadakan ini..kepada umno...ingat sejarah lalu...pastikan calon tu sesuai jangan main tangkap muat je...tapi aku ada terdengar le yang mungkin Tan Sri Isa Samad..nak buat come back...iye ke...hehe...hebat juga tu...
Khabar angin bertiup kencang pulak menyatakan amat susah untuk Mohd Hassan selaku MB nak menyatukan orang Umno kek Nogori Sombilan ni....payah bonar...
apa-apahal..kita tunggu dan lihat nanti...

eh...aku hampir terpula nak ngucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam...