Thursday 25 August 2011

LAGU RAYA TERBARU 2011; THE BEST RAYA SONG


Maaf ye...dalam bulan puasa ni, aku terpaksa bohong sikit dgn korang semua, hayatilah lagu ini dan liriknya sekali kerana amat puitis dan bagi orang melayu, anda perlu fahaminya setiap baris lirik tersebut.
terutamanya:
MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA....
MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA.....

layanzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......

APABILA PEMIMPIN KANAN PAS MENYERANG PAKATAN RAKYAT : SYABAS YB DR CHE ROSLI

sebelum ni memang aku tak pernah pun nak memuji mana-mana ahli parlimen dari parti pembangkang, bukannya apa...asyik buruk jer yang keluar dari mulut mereka tu...tak pernahnya nak memuji sebarang tindakan kerajaan yang memerintah iaitu BN.

tapi pada kali ini aku tabik hormat pada seorang ahli parlimen dari Selangor iaitu YB. Dr Che Rosli (anaknya kawan aku) kerana beliau berani kerana benar, syabas dan tahniah aku ucapkan kerana pembongkaran beliau pada 24 Ogos 2011 bersamaan 24 Ramadhan semasa di dalam ISU LYNAS di Buletin TV3 telah membuka mata semua masyarakat ke atas kepimpinan PAKATAN RAKYAT, KEPIMPINAN PAS DAN JUGA AKHBAR HARAKAH.....

di sini aku sampaikan kata-kata beliau semasa di temuramah oleh Karam Singh Walia (lepas ni naik le nama Singh ni, hehehe...selepas peristiwa hitam beliau tempohari) : sumber dari AGENDA DAILY

Dr Che Rosli membuat pengakuan itu bersama Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, seorang Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan.
Dalam pengakuannya Dr Che Rosli berkata : "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya."

Bukan setakat itu, pakar antarabangsa serta agensi kerajaan yang memantau serta mengawal pembinaan serta operasi kilang Lynas dikecam Fuziah sebagai tidak mempunyai kredibiliti.

                                               Fuziah PKR yang bercakap menggunakan kepala lutut sebagai otak
"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. 


Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."

"Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."

Tambah beliau, penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia Lynas.


"Jadi benda-benda macam tu tuduhan yang tidak saintifik, tidak akademik langsung. Tuduhan-tuduhan yang macam tu lah, maknanya pada masyarakat, pada rakyat tidak perlu takut. Mereka boleh sendiri nanti melihat sendiri masuk ke Lynas melihat apa saja, apa yg dibina, apakah masa depannya, apakah kemudahan-kemudahan yang ada untuk menjaga keselamatan pekerja dan juga orang awam."

Profesor Dr. Ahmad Termizi pula berkata , "Pada saya adanya risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara. Risiko mesti berpadanan dengan manfaat. Ini persoalan seterusnya. Jadi risiko yang ada pada aras yg terlibat dengan dos sinaran pada aktiviti seperti Lynas, terlalu rendah atas apapun untuk mengharamkannya.

Ditanya jika tidak bahaya, mengapa penduduk ditipu dan disajikan maklumat palsu.

"Isu ni isu yg dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Jadi dalam banyak keadaan data-data yang dikemukan tu tak dapat dipertahankan sebenarnya secara saintifik. Jadi cuma dispinkan. Digembar-gemburkan. Data-data yang pada saya kadang-kadang palsu dan tidak ada kena mengena."

Beliau turut melahirkan rasa kesalnya jika kerajaan menunduk kepada desakan pihak tertentu untuk menghentikan operasi kilang kimia Lynas.

"Jadi saya rasa sedihlah kalau kita, negara ini membuat sesuatu keputusan yang sangat besar, genting kepada kepentingan negara berdasarkan kepada emosi, berdasarkan kepada propaganda dan tidak berdasarkan kepada ilmu, berdasarkan kepada kepakaran yang sediada dalam negara ini sebenarnya."

Prof. Ahmad Termizi menyangkal pembohongan Fuziah bahawa kilang Lynas terbabit tidak dapat beroperasi di Australia kerana tidak dilesenkan kerajaan negara itu.

"Lynas juga dapat lesen untuk melakukan proses ini di Australia tapi kos tinggi. Jadi pertimbangan di sini ialah kos ekonomik, pertimbangan keberkesanan kos, cost effectiveness. 


Jadi mereka memilih di Malaysia kerana Malaysia mempunyai infrastruktur yang baik dan kos pengeluaran per unit yang boleh bersaing di pasaran dunia. Jadi kita dipilih dalam konteks itu. Pada pandangan saya, satu peluang win-win situation. Sama-sama untung."

Komen daripada OBP :

1. Alhamdulilah, masih ada lagi pemimpin dan juga ahli pembangkang (PAS) yang masih bersikap waras dan beretika dalam memperjuangkan rakyat, bukannya politik semata-mata.

2. Jawatankuasa Penerangan PAS memang tak boleh dipercayai, walaupun partinya nama je ISLAM, di mana melalui penjelasan Dr Che Rosli di atas, dapat disimpulkan bahawa beliau telah dihalang daripada bercakap atas fakta kebenaran tentang isu Lynas oleh kepimpinan PAS.

3. Akhbar yang disanjung tinggi oleh puak-puak PAS iaitu HARAKAH...hilang kredibilitinya dalam memperjuangkan isu-isu yang bersifat kebenaran, secara tidak langsung...tuduhan oleh pihak UMNO berkaitan akhbar HARAKAH ini memang kilang fitnah ada asas kebenarannya, ini dapat di lihat melalui penjelasan Dr Che Rosli di atas, iaitu beliau malu apabila HARAKAH kerap menyiarkan berita yang bersifat pembohongan berkaitan isu Lynas...

Wednesday 24 August 2011

Hikmah tidak dapat melihat makhluk halus


Bukan semua makhluk halus sentiasa mencelakakan manusia. Ada di kalangan mereka yang beragama Islam dan ada yang kafir. Yang Islam kebiasaannya seperti manusia. Makhluk halus yang benar-benar Islamnya tidak akan menyakiti mana-mana makhluk.

Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya):

"Seorang muslim yang sebenar adalah seorang muslim yang akan memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada makhluk lain sama ada melalui lidahnya mahupun perbuatannya."

Manusia muslim dengan makhluk halus yang muslim adalah bersaudara berdasarkan Firman Allah dalam al-Quran (mafhumnya):

"Sesungguhnya semua orang mukmin itu adalah bersaudara."

Makhluk halus yang benar-benar muslim menjadi saudara kepada kita dan tidak akan menyakiti kita. Bagaimanapun, permusuhan merupakan salah satu sifat yang ada pada manusia dan makhluk halus. Seperti manusia, sesama mereka pun bermusuhan, berperang dan berbunuhan, sifat yang sama juga ada pada makhluk halus.

Allah menganugerahkan suatu rahmat yang amat besar kepada manusia dengan mereka tidak dapat melihat makhluk halus. Allah menciptakan suatu 'filter' atau penutup di mata, iaitu pada kebiasaannya kebanyakan manusia tidak dapat melihat makhluk halus.

Jika kita boleh nampak mereka sebagaimana mereka nampak kita, manusia tidak akan senang duduk, sentiasa terancam dan diancam. Nescaya manusia tidak boleh berehat dan jauh sekali hendak tidur nyenyak kerana asyik terlihat rupa-rupa mereka yang menakutkan. Disebabkan kita tidak dapat melihat mereka, maka kita boleh duduk bersenang lenang, berehat dan tidur tanpa sebarang gangguan, meski pun mereka berada di sekeliling kita. 
Cuba kita bayangkan, jika sekiranya kita berada di dalam bilik tidur, tiba-tiba ternampak makhluk seperti ular atau pun seperti anjing hitam lari masuk ke bawah katil kita, tentulah kita akan mencarinya hingga dapat. Jika tidak dapat, sudah tentu kita tidak akan nyaman tidur dan mungkin berpindah ke bilik lain. Oleh kerana itu, kita harus faham bahawa dengan tidak dapat melihat makhluk halus dikatakan dikatakan suatu nikmat yang besar.

Makhluk halus boleh menyakiti manusia, jangan lupa, manusia juga boleh menyakiti makhluk halus. Manusia takut kepada mereka, jangan lupa mereka juga takut kepada kita. Malah sebenarnya makhluk haluslah yang lebih takut kepada manusia, khasnya orang-orang yang sangat tinggi darjat ketaqwaannya kepada Allah SWT.

Disebut dalam satu hadis, Nabi s.a.w mengatakan (mafhumnya):

"Sekiranya Umar al-Khattab mengikuti suatu jalan ke suatu arah, tiba-tiba ada syaitan (makhluk halus) mereka akan bertempiaran lari mengikut jalan lain kerana tidak mahu berjumpa dengan Umar."

Dengan berlakunya makhluk halus menyakiti manusia, maka manusia boleh mempertahankan dirinya dengan cara mendekati Allah, memohon perlindungan kepada Allah SWT.

Firman Allah (mafhumnya):

"Dan jika kamu ditimpa suatu gangguan atau godaan dari syaitan, maka berlindunglah dengan Allah SWT, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."(Surah al-A'raaf, ayat 200)

Firman Allah (mafhumnya):

""Dan jika kamu ditimpa suatu gangguan atau godaan dari syaitan, maka berlindunglah dengan Allah SWT, sesungguhnya Dia lah sahaja yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah Fussilat, ayat 36)

Kedua-dua ayat ini membawa maksud yang sama, cuma dalam Surah Fussilat, ada penambahan ayat "hua" atau Dia lah sahaja. Ayat ini Allah memberi penekanan bahawa Allah sahaja yang akan memberikan perlindungan kepada manusia, mempertahankan manusia daripada kecelakaan yang akan dikenakan makhluk halus.

Insan mukmin sewajibnya hanya takut kepada Allah SWT sahaja, bukan takut kepada makhluk halus. Jika kita takut dengan mereka, ertinya penggantungan kita masih rapuh dan perlu ditingkatkan. Ingatlah bahawa manusia adalah khalifah di muka bumi, kita adalah "bos" atau "ketua" atau "pemerintah" yang memerintah alam, semua makhluk di muka bumi termasuk makhluk halus kena patuh kepada manusia.

Inilah yang menyebabkan iblis dengki serta iri hati kepada Nabi Adam a.s kerana Adam dan anak cucunya diangkat menjadi khalifah. Maka dengan itu manusia tidak seharusnya takut kepada makhluk halus. Manusia perlu sedar, manusia diberi kelebihan yang tidak diberikan kepada makhluk halus.

Firman Allah (mafhumnya):

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai kenderaan di daratan dan di lautan; dan Kami memberikan rezeki kepada mereka dari benda yang baik baik, serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk yang Kami ciptakan." (Surah al-Isra', ayat 70)

Salah satu daripada kelebihan yang Allah berikan ialah, manusia dapat mempertahankan dirinya dari sebarang gangguan musuhnya termasuknya makhluk halus dengan berpegang dan bergantung kepada Allah SWT.



Wallahu a'lam.
Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Monday 22 August 2011

Warga UKM Terajui Gabungan Anak Pagoh IPTA

Oleh Abd. Razak Hussin
Foto oleh Abd. Razak Hussin


PAGOH, 4 Mei, 2011 – Empat warga UKM mengambil inisiatif menubuh dan menerajui Gabungan Anak Pagoh di Institusi Pengajian Tinggi Awam (GAPa) bagi membangunkan modal insan menerusi pendidikan tinggi khasnya generasi baru Pagoh Johor.

Mereka terdiri dari Haji Mohd Hanafiah Omar, Ketua Penolong Pendaftar Pusat Pembangunan Akademik sebagai Pengerusi, Mohd Fairul Surian, Pegawai Penyelidik Sosial Pejabat Hubungan Antarabangsa sebagai Setiausaha, Mohd Yazid Sabtu, Penolong Bendahari Jabatan Bendahari sebagai Bendahari dan Dr. Anuar Ithnin, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Kesihatan sebagai Pengerusi Biro Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan.

Penubuhan GAPa menerima sanjungan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri sewaktu melancarkan pertubuhan tersebut di Kompleks Sukan Pagoh Sabtu lepas.

Selain memberi tumpuan kepada pendidikan, GAPa turut berperanan sebagai badan pemikir untuk membangunkan masyarakat Pagoh dalam bidang strategik lain seperti membina keupayaan masyarakat bagi mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi, pembangunan keusahawanan, mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk dan bersama-sama menangani permasalahan semasa yang dihadapi mereka, kata Hanafiah.

Tan Sri Muhyiddin mengalu-alukan penubuhan GAPa menganggapkannya amat sesuai dengan masa kerana Pagoh akan dibangunkan sebagai hab kecemerlangan pendidikan tinggi mulai tahun ini.

Beliau menerangkan bahawa beberapa IPTA termasuk Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHO), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) serta Universitas Teknologi Bandung (UTB) bercadang membukan cawangan mereka di Pagoh.

Rancangan pembangunan itu turut didukung oleh syarikat gergasi Sime Darby, sebuah syarikat kaitan kerajaan yang mempunyai aktiviti perladangan yang luas di Pagoh.

Dalam majlis itu pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu dan beberapa orang ahli akademik cemerlang di IPTA yang berasal dari Pagoh diberikan anugerah khas oleh Tan Sri Muhyiddin.

Mereka termasuk Prof. Madya Dr. Faridah Shahdan, Timbalan Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Dr. Anuar Ithnin dari Fakulti Sains Kesihatan dan Prof. Dr. Musa Ahmad, Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang juga bekas Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UKM.

UKM turut mengambil bahagian dalam pameran pendidikan tinggi yang diadakan sempena majlis pelancaran GAPa itu..

sumber berita dari UKM

Friday 19 August 2011

PRU 13 ; DIJANGKA MAC 2012


Sumber terkini dpd risikan yang dibuat menyatakan bahawa PRU 13 akan dilangsungkan pada tahun 2012 dan dalam bulan Mac nanti. Sehubungan dengan itu, semua jentera perlu memperkemaskan barisan masing-masing.

PRU13 ini nanti dijangkakan amat sengit kerana Pakatan Rakyat dengan megah sekali yakin bahawa mereka akan dapat menjajah 2 lagi negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka.

Sama-samalah kita tunggu nanti....

VIDEO PENJELASAN ASYRAF : KUMPULAN SAMA YANG MEROMPAK, MEMUKUL DAN MEMBANTUNYA...


kesian pelajar Malaysia ni....takpe anggaplah itu semua dugaan dan cabaran, bukan semua rakyat England berperangai macam haiwan, masih ada lagi yg waras. Terdapat usaha daripada penduduk London yang ingin membantu pelajar ini dengan membuat kutipan dana dan sebagainya.

Berita tentang keganasan umpama binatang ini telah disiarkan oleh BBC News dan mendapat perhatian setiap lapisan masyarakat London.  Tapi yang aku sedihnya apabila d

Angkatan Tentera Malaysia di serangggg!!!!!



apa lah nak jadi dengan kepimpinan politik PAS ni...dlm bulan puasa menganjurkan program yang pada aku sia-sia jer, cubalah buat program keagamaan ker, bebal betul laa...

Kes terbaru ni apabila ATM di serang dengan PAS mengemukakan bukti kononnya 4 orang bekas anggota ATM menyatakan bahawa undi pos adalah menyeleweng, mereka menyatakan bahawa mereka ditugaskan untuk memangkah beribu-ribu kertas undi kosong....

bahalol betul la PAS ni, tak cukup dengan PDRM kau serang, ni pihak ATM pulak yang kau serang, kesannya amat dahsyat nanti wahai PAS, aku kenal sangat dengan ATM ni, silap haribulan semua program PAS akan diboikot nanti, baru kau tau....

yang ni berita dari Gerakan Anti PKR:

NONE
Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam.


Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin  bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."

"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.

"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.

Beliau sebaliknya menyalahkan Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut.

"Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing.

"Saya boleh ibaratkan (tindakan Pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan," katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan.

Ketika ditemui selepas itu, Zulkifeli dengan tegas berkata tindakan memangkah undi bagi pihak anggota lain seperti didakwa itu "tidak boleh berlaku."

"Macam mana ia boleh berlaku, kita tidak akan benarkan ia berlaku," tambah Zulkifeli lagi, mengulas dakwaan yang ditimbulkan bekas anggota tentera itu bahawa mereka diarahkan untuk memangkah ribuan kertas undi semasa pilihan raya sebelum ini.

Dalam sidang medianya, Zulkifeli berkata tindakan "mencemuh" sistem yang digunakan pakai dalam angkatan itu juga serius kerana boleh menjejaskan moral anggota tentera, katanya lagi.


"Adakah (Pemuda PAS) ingin timbulkan kontroversi berhubung isu itu, selepas tuduhan yang kata (orang) yang mempunyai status penduduk tetap dalam masa empat jam diberi (status) warganegara, isu ini pula yang timbul.

"Adakah ini usaha untuk cemarkan imej ATM atau mahu serang kami? Mahu pecah belahkan kami?," katanya lagi dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur petang ini

"Saya tertanya-tanya kenapa sidang akhbar semalam dilakukan, sedangkan perdana menteri telah berkata jawatankuasa terpilih parlimen akan diwujudkan (bagi memperbaiki sistem pilihan raya).

Sunday 14 August 2011

MOTO GP 125CC; SYABAS ZULFAHMI, TEMPAT KE 9 DI LITAR REPUBLIK CHEZ


Tahniah dan syabas buat Zulfahmi yang mendapat tempat ke 9 di litar Republik Chez sebentar tadi, syabas buat beliau, yang pada mulanya mendapat pole ke 15, dan pada suatu ketika mencabar sehingga tempat ke 13 dan di 3 lap terakhir beliau berjaya memanjat sehingga tempat ke 9. Commentator di sini begitu memuji beliau....syabas

HOT; PETIKAN UCAPAN DATUK ZULKIFLI NORDIN SEMASA KEMPEN ANTI MURTAD...SEBARKAN...


Di petik dari celahgelegarblogspot.com

MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM


JUMA'AT 12 RAMADHAN 1432 / 12 OGOS 2011




Alhamdulillah hillazi arsalarosuulahu bil huda wadeenil haq, liyuz hiro hu 'aladdih ni kullih, walau karihal musyrikun. La ila hailallah huwalana'budu iyya humukhliseen nalahuddeen, walau karihal kaafirun, walau karihal musyrikun, walau karihal munaafiqub!




Assalammu'alaikum para jemaah sekelian.




Kita berkumpul hari ini bukan untuk kepentingan diri kita, bukan untuk kepentingan mana-mana pihak, tetapi demi agama kita, demi aqidah kita.




Saya terkejut bila hari ini, pagi tadi, membaca mengenai rintihan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Tantawi. Merintih bukan kerana beliau terpaksa berdepan dengan musuh-musuh Islam dikalangan al kafirun.




Merintih kerana dia terpaksa berdepan dengan pimpinan dia sendiri, ahli dia sendiri yang menentang dia untuk mempertahankan akidah umat Islam.




Apa nak jadi dengan umat Islam hari ini, kalau mereka yang mengaku hendak memperjuangkan Islam pun, akhirnya menjadi pengkhianat kepada agama sendiri.




Inilah harga yang terpaksa kita bayar untuk mempertahankan akidah kita.




Ada segelintir dikalangan orang Melayu yang sudah pekak, bisu & buta mengatakan bahawa tidak ada bukti pihak gereja Kristian cuba memurtadkan orang Melayu.




Saya terlibat secara aktif dengan kes-kes murtad berbelas tahun dah. Tuan-tuan masih ingat kes murtad Aisyah Bukhari, dimana penglibatan gereja, penglibatan mubaligh Kristian jelas dalam memurtadkan orang Melayu di negara ini sudah berlangsung begitu lama.




Kes pertama memurtadkan orang Melayu melibatkan gereja berlaku pada tahun 1987, bilamana seorang paderi berbangsa yang pertama dinegara ini dilantik, iaitu disebuah gereja di Petaling Jaya. Nama Melayu paderi itu ialah Jamaluddin Osman.

Beliau telah dikristiankan, bermula dengan apa yang berlaku saperti di gereja Damansara Utama; memberi bantuan kepada beliau, menolong beliau, mendidik beliau akhirnya Jamaluddin Osman menjadi paderi Melayu pertama ditabalkan di gereja Petaling Jaya dengan nama Father Joshua Jamaluddin.




Sampai hari ini, beliau masih ada, dan kita tidak boleh bertindak terhadapnya. Kita lihat bagaimana pihak polis cuba mengambil tindakan dengan menahan beliau di bawah ISA, tapi kita lihat bagaimana pihak gereja dengan beberapa NGO termasuk Majlis Peguam yang hari ini di dokong oleh segelintir pimpinan PAS membantah dan mencabar kes berkenaan di mahkamah.




Hari ini, Father Joshua Jamaluddin, muka macam kita, warna kulit macam kita, mungkin bersongkok,berbaju Melayu, tapi kerjanya dok mengkristiankan anak-anak Melayu.




Pada tahun 1997, Nor Aisyah Bukhari sendiri dikristiankan dan bersembunyi disebuah gereja di Jalan Panchor Jaya, Rasah, Negeri Sembilan. Saya sendiri terlibat secara langsung dengan kes itu.




Keluarga Aishah mendapat maklumat bahawa dia bersembunyi di gereja itu, lalu mereka pergi hendak menyelamatkannya. Sekali lagi kita melihat para kafirun dan NGO-NGO kafir bersatu dan menghalang keluarga dari mengambil Nor Aisyah Bukhari. Namun berkat usaha yang bersungguh, keluarga Aishah berjaya mendapatkan Aishah semula, tetapi hanya sementara sahaja.




Pada bulan Ramadan 1997, pada hari pertama umat Islam berpuasa, sedang ayah Nor Aisyah, Haji Bukhari mengimamkan solat terawih di Masjid Taman Rimba Terjun, sekumpulan Kristian melancarkan operasi menculik Nor Aisyah dari rumah dia.




Mereka berjaya membawa Aishah lari ke Singapura sehelai sepinggang, menyeberang tanpa passport, kemudiannya terus terbang ke Australia, sehingga ke hari ini Aishah tetap murtad dan berada di Australia.




Pada tahun 1998, secara terbuka dan dengan penuh biadap kerana tidak ada tindakan dari kita, semakin lama semakin melampau, makin kurang ajar pihak kristian ini. Gereja Church of our Lady Fatima di Brickfield secara terang-terang memurtadkan seorang gadis Melayu bernama Azlina Jalani, yang akhirnya meletus menjadi kes Lina Joy.




Gereja itu masih ada di situ, orang-orang yang terlibat mengkristiankan Lina Joy masih ada di situ. Lina Joy masih ada dengan kita di Subang Jaya. Mereka dengan penuh berani mengeluarkan sijil baptism Azlina, dan kita tidak mampu bertindak apa-apa!




Melihat kedayusan dan kebaculan orang Melayu, mereka makin melampau. Apa yang berlaku di Damansara Utama Methodist Church sebenarnya adalah hanya tip of the iceberg, kita dah ada bukti jelas bahawa memang ada cubaan mendakyah orang Melayu.




Aktiviti ini sudah berlangsung lama, namun kerana ada salah seorang dari mereka, di buka pintu hati oleh Allah memberikan maklumat terhadap kegiatan-kegiatan yang berlaku, maka pihak JAIS berjaya mengambil tindakan menyiasat dan mengenal pasti agenda dakyah kristian itu.




Pihak JAIS sudah ada bukti-buktinya, dan insyallah pihak JAIS akan mengeluarkan laporan lengkap tentang dakyah yang dibuat.


Baru-baru ini, beberapa orang umat Islam yang sensitif telah pergi ke beberapa kawasan tumpuan awam saperti KLCC dan terjumpa risalah-risalah Kristian, berbundle-bundle, ditinggalkan di tempat strategik, supaya mudah orang ambil.




Saya pernah tanya anak-anak kecil apa risalah ini, mereka jawab dengan peniuh kepastian ianya komik kartun,. Ianya sebenarnya ialah Al-Kitab yang dikomikkan, penuh dengan penyalahgunaan kalimah ALLAH, dalam tu ada 72 perkataan Allah yang disalahgunakan. Ianya penuh dakyah yang cuba memesongkan aqidah anak-anak Melayu, kerana komik itu berbahasa Melayu!




Di gunakan bahasa, lakaran dan gambar yang anak-anak Melayu Muslim akan tertarik. Mereka makin biaDAP, makin kurang ajar,


Kita tidak ada masalah dengan orang Kristian tapi kita ada masalah dengan mereka yang cuba menentang kita, mencabar agama dan aqidah Islam.




Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan agama negara ini adalah agama Islam. Malahan diletakkan Islam sampai ke peringkat tidak boleh disentuh. Begitu istime dan tinggi agama Islam diletakkan didalam Perlembagaan, sehinggakan kalau darurat diisytiharkan, Parlimen digantung dan undang-undang lain dimansuhkan, tetapi jelas disebut agama Islam tidak boleh disentuh!




Para jemaah sekelian, isu ini bukan isu politik, ia bukan isu kepartian, ia tidak ada kena mengena dengan UMNO atau PAS, tetapi ia ada kena mengena dengan kita orang Islam. Ini isu umat Islam, tak kira apa fahaman atau parti politik yang dianutinya.




Ini isu kita! Isu umat! Yakinlah, jika kita umat Islam tidak berbuat apa-apa hari ini, lima tahun ke depan, 10 tahun ke depan, kita semua akan membayar dengan harga yang mahal terhadap serangan aqidah dan cubaan memurtadkan umat Islam ini. Jangan terkejut kalau ahli kelaurga, anak isteri saudara yang terbabit kelak! Ayah Aishah, Haji Bkhori; ayah Azlina, Haji Jailani; ayah Jamaludin, Haji Osman, tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka satu hari nanti anak mereka akan murtad.




Tetapi hakikatnya anak-anak mereka telah murtad, keluar daripada agama Islam, dan memeluk Kristian. Ini adalah kerja terkutuk gerakan missionary kristian la'natullah yang makin melampau akibat kedayusan dan kelesuan kita sendiri. Ayah Aishah membayar harga yang mahal! Ayah Azlina membayar harga yang mahal! Ayah Jamaluddin membayar dengan harga yang mahal! Apakah saudara semua bersedia untuk membayar dengan harga yang sama!!!




Saudara para jemaah sekelian. Kaum kafir ini sedang mengambil kesempatan atas perpecahan umat Islam dalam negara hari ini. Pernah satu pepatah kafir menyebut, "pecahkan mereka, dan kamu akan berkuasa dan menguasai!". Saudara para jemaah, kaum kafir ini tidak memahami bahasa diplomasi, mereka tidak mengerti bahasa tolak ansur. Mereka perlu diajar dengan bahasa yang mereka faham, bahasa yang mereka takut lagi kecut: bahasa jihad fi-sabilillah! Marilah kita bangkit berjihad. Mari kita jadikan diri kita tentera ALLAH. Dan kita mulakan dengan bersatu padu diatas tali ALLAH.




Sebab itu saudara-saudara, ambillah keberkatan bulan Ramadhan ini. Bulan Ramadan ini, bulan berlakunya Badar, bulan di mana umat Islam dulu sanggup berperang untuk mempertahankan aqidah. Marilah kita bersama-sama ketepikan sentimen politik, assobiyah kepartian. Marilah kita bersatu berjuang mempertahankan aqidah Islam.




Kita bangsa dan umat yang punya satu Tuhan, satu Nabi, satu Kitab, satu Qiblat; mengapa kita tidak boleh jadi satu bersatu dan berpadu menjadi Satu Umat.




ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar!




Wallahua'lam; Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin


Sabtu


13 Ramadhan 1432

Friday 12 August 2011

DI LARANG BACAAN QURAN WAKTU SUBUH MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA DI PENANG ; SATU LAGI PENGHAPUSAN ISLAM SECARA HALUS OLEH REJIM DAP

PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan pekeliling JHEAIPP melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang Menora Tasek Gelugor, semalam

TASEK GELUGOR: Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.
Komen OBP :

tak lama lagi Selangor akan turut serta dengan larangan ini...bagus3....yang sundalnya tu, perkara berkaitan larangan ini di pelopori oleh orang islam juga....bodoh bin bangang.....

Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.

Sudah lebih beratus tahun amalan ini dilakukan oleh umat Islam, di Malaysia kenapa bila DAP memerintah azan dan bacaan Quran diharamkan. Saya merasakan ini adalah penghapusan imej Islam di Pulau Pinang secara sedikit demi sedikit.
Komen OBP:

Tak lama lagi SELANGOR akan turut serta dalam larangan ini, bagus3....secara diam-diam, agama islam mula di kikis dari jiwa sanubari penduduk Malaysia, Aku dah agak yang Penang tu akan jadi seperti Singapura, kita tunggu dan lihat...

Yang paling syahdunya, larangan ini di pelopori oleh orang melayu yang beragama islam juga tetapi menjadi keldaian DAP....bodoh bin bangang...

Thursday 11 August 2011

VIDEO ASYRAF : KUMPULAN SAMA YANG MEMUKUL, MEROMPAK DAN MENOLONG NYA


Berita tentang kes serangan ke atas pelajar Malaysia ini mendapat liputan luas di London apabila BBC News menyiarkannya. Memang kita kutuk sekeras-kerasnya insiden ini dan memang ia mencalarkan reputasi baik London yang kononnya merupakan bandaraya yang mempunyai penduduk bertoleransi.....haprak semua tu..

Walaubagaimanapun masih terdapat segelintir penduduk kota London yang sudi untuk membantu pelajar ini dengan mengadakan kutipan dana. Syabas.

MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA ; BUMI MALAYSIA BUMI KITA


syabas aku ucapkan pada salah sorang rakan ku Putet yang telah mendownloadkan lagu ni di fb....memang tersentuh dan naik bulu roma apabila memnyanyikan lagu ini....terutamanya di bait-bait terakhir iaitu MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA.........

aku menyeru kepada semua bangsa Melayu, lupakan fahaman dan ideologi masing-masing, sebaliknya bangkit dan bersatu lah kita demi Agama Bangsa dan Negara...

Ingat bahawa Melayu dan Islam ..tidak dapat dipisahkan......tergurisnya umat islam maka bermaksud tergurisnya jua orang melayu.......

Wednesday 10 August 2011

MASYARAKAT IMIGRAN (CINA DAN INDIA) DATANG KE TANAH MELAYU



sumber ini diperolehi dari http//www.zanas.wordpress.com

Masyarakat majmuk yang ada di Malaysia pada hari ini bukanlah suatu bentuk masyarakat yang sememangnya telah wujud secara asalnya di sini.Sebaliknya,masyarakat yang ada pada hari ini adalah masyarakat yang telah dicampuri pelbagai asal-usul,budaya dan sejarahnya yang berbeza-beza.
Seperti yang sedia kita maklumi,penduduk asal Tanah Melayu adalah orang Melayu dan beberapa kaum minoriti yang lebih mudah kita kenali sebagai kaum orang asli dibeberapa bahagian pendalaman di Tanah Melayu.Di Sabah dan Sarawak pula,penduduk asalnya ialah terdiri daripada kaum Kadazan,Dusun,Murut,Iban,Bajau,Melanau dan pelbagai suku minoriti yang lain.
Kaum-kaum lain yang ada di Malaysia pada hari pula seperti kaum Cina,India,Serani,Siam,Bugis,Jawa dan sebagainya ialah golongan imigran yang datang dan menetap di Tanah Melayu sama ada secara tetap ataupun hanya sekadar singgah untuk memenuhi keperluan mereka.Secara mudahnya,mereka bukanlah penduduk asal di Tanah Melayu.
Kenapa mereka berhijrah ke Tanah Melayu?Atas alasan apa?Bagaimana?Bila?Bagaimana mereka hidup di Tanah Melayu?
Perkara inilah yang akan kita kupas sekadar yang boleh didalam ruangan yang terbatas ini,Kita akan mengenalpasti cara-cara kemasukan golongan ini sekaligus mengikuti perkembangan mereka apabila menetap di Tanah Melayu dalam ruang waktu antara abad ke-15 hinggalah abad ke 19 Masehi.
Para ahli akademik,sama ada seorang sejarawan,sosiologis dan sebagainya seakan sependapat bahawa proses migrasi jelas terlihat pada abad ke-19 apabila British berusaha membawa masuk golongan imigran untuk berkerja di dalam beberapa sektor yang tidak mendapat sambutan penduduk tempatan.Bahkan bukan sedikit yang berpendapat,masyarakat majmuk di Malaysia pada hari ini ialah kerana kontruksi pihak British.
Namun,perlu kita akui migrasi yang pertama sekali sebenar-benarnya berlaku di Tanah Melayu amat sukar untuk ditentukan.Apa yang pasti ianya bukanlah hanya berlaku apabila era penjajahan itu bermula,tetapi sudah berlaku jauh ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka lagi(abad ke-15).Bahkan ada yang mengatakan bahawa orang Arab(imigran) itu sudah mula memasuki Kedah(Tanah Melayu)seawal abad ke-9 lagi dan kemasukan Cina pada abad ke 7.Walau bagaimanapun,pendapat itu tidak popular kerana tidak mempunyai bukti yang cukup kukuh.
Secara mudahnya,kita akan mengguna pakai pendapat ramai sarjana sejarah yang menyatakan,asas proses migrasi yang boleh dipertanggunjawabkan ialah bermula pada pada abad ke-15 iaitu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan ianya hanya jelas kelihatan pada era pendudukan British di Tanah Melayu.Jadi,dua pembahagian yang utama dalam kajian ini ialah kajian pekembangan masyarakat imigran pada era sebelum pendudukan British dan era selepas pendudukanya.
Sebagai awalan,kita perlu tahu garis pemisah zaman ‘bebas’ dan zaman dijajah di Tanah Melayu ialah apabila jatuhnya kerajaan Melaka ditangan Portugis pada 1511.Bermula daripada penjajahan Portugis inilah Tanah Melayu telah mula dijajah.Namun dari segi penstrukturan masyarakat,perubahan yang jelas,hanya terlihat bermula ketika bermulanya pendudukan British di Pulau Pinang pada tahun 1800.Bermula dari situlah berlaku perbagai proses tranformasi dalam masyarakat Tanah Melayu.Pada zaman sebelum pendudukan British,antara kaum yang dikenalpasti memasuki dan menetap di Tanah Melayu ialah khususnya di Melaka ialah:-
1-India
2-Cina
3-Arab
4-WargaIndonesia
Kita akan mengkaji cara kemasukan,sebab mereka bermigrasi dan kesan-kesan yang sedikit sebanyak telah mempengaruhi sosio-budaya di Tanah Melayu ketika itu.
Kemasukan India ke Tanah Melayu sudah berlaku sejak sekian lama.Candi di Lembah Bujang antara bukti kukuh kemasukan India yang menyebabkan tersebarnya pengaruh Hindu di Tanah Melayu.Begitu juga tentang teori kedatangan Islam yang turut didakwa sesetengah sarjana berasal dari India.Namun sejarah titik mula pertapakan masyarakat India di Tanah Melayu tidak akan dibincangkan disini kerana ianya telah mendahului abad ke 15 hingga abad ke 18 yang menjadi fokus tulisan ini. Apabila Melaka muncul sebagai pusat perdagangan serantau menjelang abad ke 15,masyarakat India yang terdiri daripada golongan pedagang,sami Buddha dan Hindu,tukang dan sebagainya tidak terlepas pandang untuk memasuki Tanah Melayu dengan pelbagai kepentingan. Antara faktor penolak yang membawa kepada penghijrahan mereka ialah hasrat pemuka-pemuka agama mereka untuk meluaskan ajaran Buddha dan Hindu ke seluruh dunia.Mencari pasaran baru untuk berniaga juga merupakan faktor utama penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu sebelum pendudukan British di Tanah Melayu.Melaka yang pada ketika itu sangat terkenal telah menarik minat pedagang India untuk turut serta berniaga disitu.
Melaka yang menyediakan pelbagai kemudahan dan jaminan untuk pedagang juga telah memberi keyakinan kepada pedagan India.Mereka membawa barangan seperti ubat ubatan dan candu untuk diniagakan di Melaka serta membawa pulang barangan seperti ubat akar kayu dan bijih timah dari Melaka. Kemasukan India ke Tanah Melayu yang mempunyai sejarah yang panjang ini sudah tentu menghasilkan pengaruh dan kesan tertentu kepada masyarakat peribumi Tanah Melayu antaranya dari aspek agama,ekonomi,dan kebudayaan.
Dari aspek agama,kita dapat melihat tinggalan-tinggalan lampau warisan Hindu dan Buddha di Tanah Melayu seperti runtuhan Candi di Lembah Bujang seperti yang kita sebutkan tadi yang melambangkan anutan masyarakat tempatan ialah Hindu dan Buddha selepas anutan tradisi seperti Animisme dan sebagainya. Dalam ekonomi pula,kesan penghijrahan komuniti India yang paling utama dirasai di Tanah Melayu sebelum pendudukan British ialah industri perdagangan Melaka semakin berkembang.Ini kerana,Pedagang India merupakan antara pedagang luar yang pertama sampai ke Tanah Melayu.Oleh itu kita tidak dapat nafikan,perkembangan perlabuhan-perlabuhan di Tanah Melayu sedikit sebanyak ialah kerana usaha masyarakat India yand bermigrasi ke Tanah Melayu.
Melihat kesan dari segi kebudayaan pula,perlu diakui bahawa kebanyakan adat yang diamalkan oleh majoriti peribumi Tanah Melayu adalah berorientasikan kebudayaan Hindu.Sebagai contoh,adat bersanding ketika majlis perkahwinan,adat melenggang perut ketika seseorang ibu hendak bersalin dan adat memakan manisan pada hari raya.Adat-adat ini ternyata masih diamalkan walaupun selepas proses Islamisasi berlaku di Tanah Melayu.Begitu juga dengan cerita-cerita hikayat dari epik Rayamana dan Mahabrata yang cukup berpengaruh dalam masyarakat Tanah Melayu ketika itu sehingga beberapa karya lokal seperti Hikayat Merong Mahawangsa turut terlihatkan pengaruh Hindu dalam penulisanya.
Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu mengikut pendapat para sejarawan dikatakan bermula sebelum zaman kegemilangan Melaka lagi.Namun kemasukan yang agak jelas,bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka manakala kemasukan besar-besaran dan bersistematik komuniti ini hanya berlaku selepas pendudukan British di Pulau Pinang dan Singapura pada abad ke 18.Namun,dalam bahagian ini,kita hanya akan menfokuskan perihal kemasukan dan perkembangan komuniti Cina di Tanah Melayu pada lingkungan abad ke 15 sahaja.
Seperti kemasukan orang India,dan juga kebanyakan komuniti lain ke Tanah Melayu pada zaman Melaka,Kaum Cina juga datang ke Tanah Melayu untuk berdagang.Kedudukan Melaka yang sememangnya strategik dan terletak antara laluan China dan India membolehkan setiap pedagang Cina untuk datang atau singgah ke pelabuhan Melaka ketika itu,dan jika kita hendak menceritakan kenapa Melaka begitu menarik perhatian kaum imigran secara terlalu,sudah tentu ianya akan mengalih fokus utama tulisan ini.
Mereka datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan bekalan buah-buahan,bijih timah,gincu,lada hitam,candu dan ubat akar kayu.Mereka juga memperniagakan barangan mereka seperti kain sutera,kain benang emas,tembikar,pinggan mangkuk dan sebagainya.Hubungan perniagaan yang luas dan ‘mewah’ ini membuatkan kehadiran kaum Cina ke Tanah Melayu ketika itu sangat konsisten dan berterusan.
Kemasukan golongan Cina juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada pelbagai aspek terhadap sosio-budaya masyarakat di Tanah Melayu.Antara yang utama ialah dari aspek politik,sosial,ekonomi dan kesenian di Tanah Melayu.
Dari aspek politik,kemasukan masyarakat Cina pada zaman Melaka telah membawa kepada hubungan baik antara Melaka dan juga kerajaan China.Perkahwinan antara Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Shah dengan salah seorang Puteri Maharaja China iaitu Puteri Hang Li Poh telah merapatkan lagi hubungan politik antara Melaka dan China.Bahkan,seawal tahun 1404 lagi hubungan baik ini telah berlaku melalui lawatan Laksamana Yin Ching dan diikuti oleh Laksamana Cheng Ho pada 1409 ke Melaka sebagai utusan Maharaja China.Parameswara dan bakal penggantinya pula telah mengadakan kunjungan hormat mengadap Maharaja China di Nangking pada 1411.Kesan daripada hubungan baik ini juga,Melaka telah diiktiraf oleh Maharaja China dan pihak China sudi menaungi keselamatan Melaka khususnya dari ancaman Siam ketika itu.
Kesan kemasukan masyarakat Cina kepada Tanah Melayu dari aspek sosial pula ialah berlaku perkahwinan antara masyarakat Cina dengan masyarakat tempatan khususnya dalam kalangan pelayan Cina yang mengiringi keberangkatan Puteri Hang Li Poh ke Melaka kerana mengikuti Sultan Mansur Shah.Melalui perkahwinan dan pembaharuan sosial inilah,wujud suatu golongan yang digelar baba cina yang memang mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan mereka.Pembaharuan sosial inilah yang dikaitkan dengan proses amalgamasi di Malaysia oleh para sarjana antropologi dan sosiologi.
Dalam aspek ekonomi pula,hubungan antara pedagang China dan Tanah Melayu dikatakan telah bermula semenjak abad ke 7 lagi.Justeru hal ini pasti dapat menunjukkan kesan utama dalam bidang ekonomi di Tanah Melayu.China sebagai kuasa besar ketika itu telah membantu mempopularkan pelabuhan Melaka kepada dunia pada abad ke 15 kerana hubungan ekonomi yang telah lama terjalin antara China dan Kepulauan Melayu.Seperti yang kita bahaskan dalam esei ini tadi,China datang dengan membawa banyak benda-benda yang dianggap asing dan baru di Tanah Melayu seperti sutera,tembikar,teh dan sebagainya.Ini membolehkan masyarakat Tanah Melayu memperluaskan perniagaan mereka dengan turut memasarkan kepada pembeli lain barangan yang mereka perolehi dari pedagang dari China ini.
Dari aspek kesenian juga,pengaruh masyarakat Cina bukanlah kecil.Jika dilihat di Melaka sahaja,Beberapa buah masjid tua di Melaka nyata mempunyai pengaruh senibina masyarakat Cina yang jelas.Sebagai contoh,menara masjid Tengkera di Melaka mencerminkan senibina Pagoda di China.Begitu juga dengan seni tempa yang dikatakan diinspirasikan dari kebudayaan Cina.Pengaruh lain ialah dalam pembuatan tembikar dan juga seni kaligrafi Cina yang sudah dipergunakan secara meluas semenjak dahulu lagi.
Kemasukan orang Arab ke Tanah Melayu dikatakan sejajar dengan kemasukan Islam ke Tanah Melayu iaitu pada abad ke 13.Seperti yang diketahui,proses perkaitan antara bangsa Arab dengan teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah amat dominan.Kemasukan Arab ke Tanah Melayu ini dikatakan telah bermula di Terengganu brikutan penemuan batu bersurat di negeri tersebut.Namun kebanyakan sarjana berpendapat pengislaman besar-besaran hanya jelas kelihatan pada zaman Melaka pada abad ke 15.Maka,berdasarkan teori kemasukan Islam ini juga dapatlah kita pertanggungjawabkan keatas kemasukan masyarakat Arab ke Tanah Melayu pada abad ke 15.
Arab pada asasnya datang ke Tanah Melayu untuk tujuan berdagang berikutan pelabuhan Melaka ketika itu merupakan perlabuhan entrepot tersohor di rantau ini.Disini berlaku pelbagai urus niaga yang merangkumi ruang lingkup antara Timur dan Barat.Faktor penarik ini juga turut menarik kemasukan masyarakat Arab ke Tanah Melayu yang kita bincangkan tadi.Disamping memasarkan barangan dagangan mereka,mereka turut membeli barangan di Tanah Melayu seperti rempah ratus,bijih timah,bunga cengkih dan sebagainya.Mereka juga dapat membeli barangan dari lain-lain negara yang turut berdagang di Tanah Melayu.
Masyarakat Arab juga turut memasuki Tanah Melayu atas tanggungjawab untuk meneruskan kesinambungan dakwah Islam yang ditinggalkan oleh Nabi S.A.W.Bahkan ada dikalangan warga Arab yang digelar guru professional,bermigrasi ke Tanah Melayu semata-mata untuk berdakwah tanpa mempunyai kepentingan lain selain dari itu.
Seperti yang kita bahaskan di awal tadi,kemasukan Orang Arab ke Tanah Melayu adalah sejajar dengan kemasukan Islam di Tanah Melayu.Justeru,Proses Islamisasi Tanah Melayu khususnya Melaka pada ketika itu adalah antara kesan yang paling jelas sekali.
Raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara telah menerima dan memeluk Islam pada tahun 1409 M dan memakai gelaran Sultan Iskandar Zulkarnain.Ini menyebabkan proses Islamisasi penduduk Melaka samada peribumi ataupun masyarakan imigran yang lain menjadi begitu berkesan.Apabila Melaka mengambil Pahang daripada Siam pada tahun 1456,Maka proses Islamisasi ini semakin meluas dan dan Islam menjadi agama rasmi negeri Pahang.Ini juga merupakan kesan kemasukan masyarakat Arab ke Tanah Melayu.
Dari aspek politik dan perundangan,kesan yang jelas ialah penggunaan gelaran Sultan oleh kebanyakan Raja di Tanah Melayu ketika itu.Penggunaan hukum Islam sebagai asas penggubalan undang-undang di negeri-negeri Tanah Melayu seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka juga menunjukan betapa kuatnya pengaruh Islam ketika itu.Jawatan mufti juga sudah mula diwujudkan dalam pentadbiran bagi menasihati Sultan mengenai hal ehwal agama.Mufti juga berperanan sebagai guru agama di Istana.Diperingkat awal Islamisasi,golongan mufti ini kebanyakan adalah pendatang Arab,sebagai contoh,Syed Abdul Rahman al-Saggaf di Pahang.
Dari segi sosial,penggunaan nama berunsur Islam dan Arab dalam kalangan pemerintah dan rakyat juga merupakan kesan pendudukan Arab di Tanah Melayu.Penggunaan nama berunsur Islam dan Arab seperti Muhammad,Abdul dan Abdullah begitu mendapat sambutan bagi mencerminkan jiwa Islam dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu ketika itu.Masyarakat juga tidak lagi mengamalkan sistem kasta yang membezakan darjat seseorang individu itu dengan individu yang lain seperti yang diwarisi dari tradisi Hindu dahulu.
Begitu juga dalam bidang ekonomi,kesan utama yang dapat dilihat ialah berkenaan dengan amalan riba dalam perniagaan sudah tidak diterima pakai lagi.Penggunaan sistem ekonomi yang lebih adil telah digunakan.Melalui warga Arab yang ada ketika itu jugalah,fasal-fasal atau bahagian-bahagian dalam ekonomi Islam mula digunapakai.Contohnya melalui institusi kebajikan untuk orang Islam seperti Baitulmal dan juga amalan wajib mengeluarkan zakat daripada harta yang diperolehi seseorang.
Dari aspek pendidikan,kesan utama yang dapat dilihat ialah pendidikan Islam mula diajar oleh pedagang-pedagang Arab kepada warga tempatan bagi mengantikan pendidikan yang beorientasikan Hindu dan Buddha.Pada mulanya Islam diajar di Istana Sultan,tetapi apabila sambutan dari masyarakat tempatan makin memberangsangkan,penubuhan institusi pendidikan Islam seperti Pondok dan Madrasah-madrasah tumbuh bagai cendawan selepas hujan.Kebanyakan institusi sebegini wujud di Kedah,Kelantan dan Terengganu.Penguasaan bahasa Arab dan tulisan jawi dalam kalangan warga tempatan juga menjadi bukti penting pendudukan masyarakat Arab di Tanah Melayu
Penghijrahan warga Indonesia ke Tanah Melayu telah bermula pada abad ke 14 lagi seiiring dengan kemasukan dari India,Arab,China dan lain-lain kaum pendatang yang lain.Tujuan utama yang mendorong mereka memasuki Tanah Melayu khususnya Melaka pada abad ke 15 ialah kerana ingin meluaskan perniagaan mereka ke pasaran antarabangsa.
Mereka yang datang daripada pelbagai daerah di Indonesia membawa barangan yang berbeza-beza untuk diperniagakan.Sebagai contoh,masyarakat dari Sumatera membawa barangan seperti emas dan rempah,dari Pulau Jawa membawa bahan makanan,dari Maluku membawa bunga cengkih dan dari Pulau Banda membawa buah pala.
Mereka dari kalangan Minangkabau dari Sumatera Barat juga telah berhijrah ke Negeri Sembilan yang masih belum bernama ketika itu.Sehinggalah pada abad ke 17,Masyarakat tempatan di Sungai Ujung,Johol,Naning dan Jelebu menerima seorang raja dari Minangkabau yang dijemput untuk memerintah Negeri Sembilan.
Orang Bugis yang berasal dari Sulawesi juga telah datang dan menetap di Selangor,Perak dan Johor ketika itu.Pada 1766 pula,Raja Lumu yang berasal daripada keturunan Bugis telah ditabalkan sebagai Sultan Selangor yang pertama.Penghijrahan mereka yang besar ini kerana mereka menganggap kepulauan Indonesia dan Tanah Melayu adalah serumpun dan tidak bersempadan.
Kesan pendudukan masyarakat Indonesia di Tanah Melayu adalah amat jelas sekali dan tidak boleh dipertikaikan.Kesan-kesan ini dapat dilihat antaranya dari aspek politik,sosial,bahasa,kesenian dan kebudayaan.
Dari aspek politik,kita dapat melihat hubungan persahabatan yang amat baik antara Tanah Melayu dengan Kepulauan Indonesia telah berlaku.Seperti yang kita tahu,Kerajaan Melaka melalui Sultan Mansur Shah telah menjalin hubungan akrab dengan Majapahit,bahkan Baginda telah mengahwini Peteri kepada Betara Majapahit dengan hasrat untuk mengeratkan hubungan antara Melaka dan Majapahit.Penubuhan kerajaan Negeri Sembilan dan Selangor seperti yang kita sebutkan diatas tadi juga merupakan kesan besar kemasukan masyarakat Indonesia ke Tanah Melayu.Begitu juga dengan hubungan baik kerajaan-kerajaan di kepulauan Indonesia dengan kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu seperti Kedah dan sebagainya.
Dari aspek sosial,kita melihat kehadiran masyarakat Indonesia ini telah membuka penempatan-penempatan baru di Tanah Melayu khususnya di Negeri Sembilan seperti Johol,Sungai Ujong dan Naning.Di Selangor seperti Parit Jawa dan kampong Jawa seperti yang dicatatkan oleh Tom Pires,seorang penulis berbangsa Portugis.Tidak dinafikan juga dari segi kependudukan,mengikut pandangan Pires lagi,Orang Jawa pula adalah golongan paling ramai di Melaka ketika era kejatuhanya pada 1511.Ini menunjukkan betapa meluasnya kesan pendudukan masyarakat Indonesia di Tanah Melayu.
Dari aspek bahasa,memanglah Tanah Melayu dan Kepulauan Indonesia adalah serumpun,sebahasa dan sebudaya.Tetapi sedikit sebanyak,proses peminjaman dan penciplakan bahasa dan istilah daripada bahasa Indonesia tetap berlaku.sebagai contoh,istilah ‘sihat’ dan ’makan’ merupakan bahasa Jawa yang digunapakai oleh masyarakat Tanah Melayu hingga ke hari ini.Awalan ‘tuna’ juga adalah berasal daripada dialek atau bahasa Indonesia.Sebagai contoh,tunakarya(penganggur) dan tunawisma(tidak berumah).Begitu juga dengan kata akhiran ‘wan’ yang jelas mempamerkan pengaruh bahasa Indonesia yang kental.Sebagai contoh,budayawan,sukarelawan dan sejarawan.
Pengaruh Indonesia juga dapat dilihat dari segi kesenian dalam masyarakat di Tanah Melayu.Proses mencanting batik merupakan khazanah yang berasal dari kepulauan Jawa,begitu juga dengan seni ukir dan penulisan khat,walaupun ianya merupakan kesenian Islam,tetapi ianya sampai ke Tanah Melayu melaui Indonesia.Begitu juga halnya dengan seni pembuatan senjata yang mana memang jelas senjata tradisi di Tanah Melayu seperti keris dan tombak adalah berorientasikan senjata-senjata tradisi dari Indonesia.
Begitu juga dari aspek kebudayaan,ada pendapat yang mengatakan bahawa wayang kulit yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Tanah Melayu juga berasal dar Indonesia.Begitu juga dengan Nobat yang menjadi kebanggaan Pemeritah Tanah Melayu,adalah berasal dari Kepulauan Indonesia.Sama juga halnya dengan Ulik Mayang yang cukup popular di Terengganu,adalah berasal dari Indonesia.Ini menunjukkan betapa kuasnya pengaruh Indonesia kepada kebudayaan Tanah Melayu.
Cacatan sejarah memperlihatkan hanya sebahagian kecil Tanah Melayu didiami antara abad 15 menjelang penubuhan Kerajaan Melaka hingga abad 17 selepas sekian lama kejatuhan Melaka.Pada ketika itu juga cacatan menunjukkan walaupun perkembangan masyarakat imigran telah merebak ke Kedah,Terengganu,Negeri Sembilan,Johor dan Kelantan,jumlah penduduk yang ada tidaklah sebanyak mana.Pada awal 1800 di Tanah Melayu,Orang Melayu sekadar berjumlah 250,000 dan orang asli berjumlah 9000.
Selepas pendudukan British di Pulau Pinang,Melaka dan Singapura pada abad ke 19,kepadatan penduduk Tanah Melayu adalah meningkat.Pada tahun 1826,penduduk Melaka dianggarkan berjumlah 25000 orang yang mana selain daripada kaum Melayu,16% ialah imigran Cina dan India sebanyak 9%.Di Pulau Pinang,jumlah penduduknya ialah seramai 30,000.Selain Melayu sebagai kaum utama,28% dari jumlah itu ialah kaum India dan 27% ialah kaum Cina.begitu juga situasinya di lain-lain negeri.Ini menunjukkan betapa meningkatnya kemasukan imigran ketika zaman pendudukan British.Kenapa?Sama-samalah kita mencari jawapanya.
Dalam bahagian penceritaan berkenaan sejarah proses migrasi selepas pendudukan British ini,kita akan melihat cara kemasukan,sebab mereka bermigrasi dan kesan-kesan yang sedikit sebanyak telah mempengaruhi sosio-budaya di Tanah Melayu ketika itu.Antara masyarakat imigran utama yang mampu dikaji ialah:-
1-Cina.
2-India.
Masyarakat Cina mula memasuki Tanah Melayu secara beramai-ramai apabila Britis mula bertapak di Singapura,Pulau Pinang dan Melaka.Menurut cacatan,pada 1881,seramai 89 900 orang Cina telah tiba di Pulau Pinang dan Singapura,dan jumlah ini tentulah semakin meningkat pada tahun-tahun berikutnya.
Antara sebab utama mereka berhijrah ke Tanah Melayu ketika itu ialah British kerana kekayaan hasil yang belum dikeluarkan secara komersil di Tanah Melayu ketika itu.Masyarakat Melayu hanya menggunakan kekayaan tanahnya dengan minimum melalui kegiatan ekonomi sara diri yang kurang menguntungkan,walaupun terdapat perusahaan bijih timah yang diusahakan,mereka yang terlibat amatlah sedikit dimana kebanyakan golongan ini adalah dari kalangan pembesar dan orang-orang kaya seperti Long Jaafar dan Ngah Ibrahim sahaja. Apabila British berjaya mencengkamkan ‘kukunya’ di Tanah Melayu,British telah memulakan projek melombong bijih timah secara besar-besaran yang kebanyakan berada di negeri Perak dan Terengganu.Maka orang Cina dibawa masuk untuk menjalankan kerja-kerja di lombong bijih timah tersebut.
Antara cara dan kaedah kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu ketika itu ialah melalui sejenis sistem kemasukan khas yang dipanggil tiket kredit. Tiket kredit dipraktikan dalam usaha membawa masuk imigran dari Cina secara sistematik dan berkesan.Usaha British ini dibantu oleh agensi-agensi kerja yang menguruskan kemasukkan imigran Cina ke Tanah Melayu.
Ejen-ejen ini kebanyakanya ialah orang tengah yang dilantik British untuk membawa buruh kasar dari China untuk berkidmat dalam sektor perlombongan dan perladangan.Pekerja yang berminat untuk mencuba nasib di Tanah Melayu akan diberikan tiket kredit yang mana,segala tambang dan kos untuk ke Tanah Melayu akan ditanggung oleh ejen yang dikenali sebagai Khek Thau.Apabila tiba di Tanah Melayu,ejen-ejen ini akan menjual buruh-buruh ini kepada majikan yang memerlukan khidmat buruh di Tanah Melayu khususnya pengusaha lombong bijih timah yang dimiliki British.Buruh yang dibeli,terpaksa berkerja untuk tempoh tertentu tanpa gaji,kerana gaji mereka dikira telah dibayar ketika majikan membeli mereka dari ejen dahulu.
Mereka ini dikenali sebagai Sin Khek atau pendatang baru.Mereka ini kebanyakan tertindas dan menjadi mangsa ‘mulut manis’ ejen yang membawa mereka ke Tanah Melayu yang mengatakan bahawa kebajikan mereka di sini akan dijaga sepenuhnya oleh majikan,hakikatnya,mereka menjadi mangsa penindasan majikan.Selepas tamat kontrak bekerja dengan majikan yang membeli mereka,barulah mereka akan dilepaskan dan dibenarkan berkerja dengan majikan lain.Apabila sudah tidak terikat,mereka dikenali sebagai Lau Khek.
Antara kesan-kesan berlakunya kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu ialah wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri buruh.Seperti yang sedia dimaklumi,masyarakat Melayu hanya menumpukan perusahaan ekonomi sara diri terutama dalam sektor pertanian dan perikanan yang nyata tidak menyumbang banyak kepada pemangkinan ekonomi negara.Apabila British membawa masuk kaum Cina khususnya untuk berkhidmat dalam sektor ekonomi yang lebih komersial,ekonomi Tnah Melayu menjadi lebih terkehadapan dan moden.
Kemasukan buruh asing iaitu kaum Cina yang dibawa British juga perlu diakui telah mampu meningkatkan hasil mahsul Tanah Melayu yang sebelum ini lebih banyak dibiarkan didalam ‘tanah’.Pada akhir pertengahan abad ke-19 berlaku peningkatan hasil mahsul Tanah Melayu terutama dalam hasil bijih timah.Kemasukan imigran Cina juga telah menyebabkan Tanah Melayu juga telah menjadi pengeluar bijih timah yang besar di dunia sehinggakan permintaan datang bertali arus dan banyak lagi lombong bijih timah terpaksa dibuka.Ini berlaku kerana kos perkerja dapat dijimatkan berikutan gaji yang dibayar kepada buruh dari China adalah murah.
Sejarah moden penghijrahan kaum India ke Tanah Melayu bermula pada 1824 selepas termeterainya perjanjian antara British dengan Belanda.Dibawah perjanjian itu,kaum India yang menjadi banduan di Bengkahulu telah dipindahkan ke Negeri-Negeri Selat oleh British.Namun jumlah mereka ini tidaklah terlalu besar kerana mereka hanya ditugaskan untuk menyelesaikan kerja-kerja pembanggunan Tanah Melayu seperti membina jalanraya dan jalan kereta api.
Sebaliknya,penghijrahan kaum India secara besar-besaran ke Tanah Melayu hanya bermula pada tahun 1840 apabila sektor tenaga kerja yang ramai diperlukan dalam bidang pertanian khususnya tanaman getah.Maka oleh sebab itulah jumlah masyarakat India meningkat secara mendadak di Tanah Melayu.
Cara kemasukan kaum India ini juga melalui suatu sistem yang dicipta oleh British.Ianya dipaggil sebagai sistem kontrak ataupun indented labour.Sistem ini digunakan untuk menggalakkan dan untuk menarik perhatian rakyat India untuk datang ke Tanah Melayu dan berkerja sebagai buruh disini.Sistem ini mula diperkenalkan pada tahun 1820 yang mana pada asalnya digunakan untuk megambil buruh untuk bekerja di ladang-ladang tebu dan kopi.Namun apabila British memerlukan tenaga buruh yang besar untuk pembangunan sektor getah di Tanah Melayu,ejen perkerja yang kebanyakan berada di Madras dan Nagapatinam telah menggiatkan usaha untuk menambah jumlah buruh India yang hendak berkerja di Tanah Melayu.
Pekerja yang akan ke Tanah Melayu akan menandatangani satu kontrak yang mana disebutkan beberapa perkara utama seperti tempoh berkerja yang dipersetujui, dan perkara-perkara yang difikirkan perlu ada didalam kontrak tersebut.Apabila kontrak telah dimeterai,majikan akan menguruskan pemergian mereka ke Tanah Melayu dan akan dibayar gaji.Setelah kontrak pekerja-pekerja ini tamat,mereka dibenarkan pulang ke India ataupun diberi peluang untuk terus berada di Tanah Melayu dan berkerja disini.
Selain sistem kontrak,sistem kangani turut digunakan untuk menarik kemasukan masyarakat India ke Tanah Melayu.Melalui sistem kangani ini,pengusaha ladang atau majikan dikehendaki menghantar seorang kangani pulang ke India untuk menarik seramai mungkin mereka yang mahu berkerja di Tanah Melayu.Setiap kangani akan dibayar mengikut jumlah perkerja yang dapat dicari,menggunakan wang yang diberikan oleh majikan itulah,kangani membiayai tambang dan kos-kos lain untuk membawa masuk buruh dari India.Apabila tiba di Tanah Melayu,pekerja-pekerja ini akan berkerja dibawah kawalan kangani yang membawa mereka.
Untuk memudahkan urusan kemasukan,British menempatkan beberapa orang pegawainya di perlabuhan-perlabuhan India khususnya Madras dan Nagapatinam.Buruh-buruh ini akan menaiki kapal dan diturunkan di beberapa buah negeri kritikal seperti Pulau Pinang dan Perak,seterusnya akan diagihkan mengikut majikan masing-masing.
Sistem kangani ini lebih bersifat personalised dan ternyata lebih berjaya menarik kemasukan imigran berbanding dua sistem yang telah dibincangkan tadi.Ini kerana kangani akan memujuk orang yang mereka kenali dan rapat untuk ke Tanah Melayu.Secara tidak langsung,mereka akan dapat memancing keyakinan buruh untuk berkerja dengan selesa dan kegiatan penipuan serta penindasan perkerja dapat dihapuskan.
Antara kesan utama kehadiran kaum India ataupun boleh kita katakan masyarakat imigran yang menguntungkan masyarakat peribumi ialah,orang Melayu yang sebelum ini mengamalkan sistem ekonomi sederhana sudah mula sedar dan mula mengorak langkah untuk bersaing untuk sama-sama menikmati hasil bumi mereka sendiri yang ketika itu kebanyakan dinikmati oleh kaum Imidran seperti India dan Cina.
Orang Melayu menubuhkan Jabatan Ikhtisas pada 28 Julai 1946 yang bertujuan utama untuk menyelidik dan memperbaiki industri kecil di kampung seperti barang kesenian,kraf tangan,pemilihan biji benih padi,kelapa serta mengubah suai kedai runcit dan kedai kopi di kampung-kampung.Jabatan yang ditubuhkan ini juga bertujuan untuk menjaga kepentingan perniagaan orang Melayu dari diceroboh oleh bangsa lain.Dengan semangat bersaing yang semakin memuncak inilah jurang pendapatan yang pada asalnya sangat jauh menjadi semakin rapat antara orang Melayu,India dan Cina.
Hasil dari pemajmukan di Tanah Melayu juga ketika itu mewujudkan daerah-daerah petempatan dan fungsi ekonomi mengikut kaum.Dan situasi ini masih berlaku sehingga ke hari ini.Orang Melayu dilabelkan sebagai kaum petani dan tinggal di kampung-kampung tradisional sehingga ke hari ini.Kaum Cina pula dilabelkan sebagai kaum peniaga dan tinggal di bandar-bandar dan pekan-pekan sehinggakan wujud satu istilah untuk menggambarkan ramainya orang Cina di sesuatu kawasan petempatan iaitu istilah ‘pekan cina’ dan ianya diguna pakai sehingga ke hari ini.Kaum India pula kebanyakan tinggal dalam kelompok mereka di ladang-ladang ataupun estet-estet sehingga ke hari ini.Pengkelasan ini nyata sangat tidak berpatutan kerana ianya mampu memecah belahkan masyarakat yang ada.
Setelah melihat serba sedikit berkenaan dengan kemasukan dan perkembangan masyarakat imigran di Tanah Melayu dari abad ke 15 hingga abad ke 18,apa yang pasti terdapat banyak perbezaan baik dari cara kemasukan,sebab kemasukan dan kesan-kesan kemasukan seperti yang telah kita bahaskan tadi baik sebelum pendudukan British mahupun selepasnya.
Kesimpulan yang dapat dibuat terbahagi kepada dua iaitu mengenai perkembangan imigran sebelum pendudukan British dan selepasnya.Sebelum pendudukan British iaitu bermulanya kajian pada abad ke 15,Kita tidak dapat lari daripada mengaitkan kemasukan imigran dengan kemasyhuran pelabuhan Melaka yang bermula pada abad itu.Tanah yang subur dan ruang niaga terbaik di Melaka sudah cukup untuk menjadi faktor penarik kemasukan imigran asing ke Tanah Melayu.Ia juga didorong oleh faktor penolak di tempat asal imigran-imigran tersebut yang memaksa mereka untuk berhijrah dan memasuki Tanah Melayu.Hakikatnya,pada era tersebut,proses migrasi mereka secara umumnya adalah kerana ekonomi dan tidak terlalu memberi kesan kepada peribumi Tanah Melayu.
Berbeza dengan proses migrasi masyarakat imigran selepas pendudukan British,penghijrahan mereka ialah kerana dikonstruk oleh British.Hubungan baik British dengan China dan India memudahkan British membawa masuk masyarakat dari negara-negara tersebut untuk kepentingan British di Tanah Melayu.Dimasa inilah hampir kebanyakan perkara di Tanah Melayu telah berubah kerana lambakan masyarakat imigran disini.Kita juga melihat masyarakat imigran yang banyak memasuki Tanah Melayu pada ketika ini ialah masyarakat Cina dan India kerana dasar British ketika itu yang menyekat kemasukan lain-lain kaum ke Tanah Melayu demi kepentingan mereka.
BIBLIOGRAFI
Bastin.J & Robin W. Winks,1979,Malaysia:Selected Historical Readings,Netherlands.KTO Press.
Buyong Adil,1981,Sejarah Perak.K.Lumpur,DBP.
Fatimi Q.S,1963,Islam Comes To Malaysia,Singapore,Malaysian Sosiological Intitute.
Fuziah Shafie & Ruslan Zainudin.2000.Sejarah Malaysia.K.Lumpur.Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hall D.G.E.,1987,Sejarah Asia Tenggara,K.Lumpur.DBP.
Jamaie Hamil,2005,UMNO dalam POLITIK dan PERNIAGAAN MELAYU.Bangi.Penerbit UKM.
John Gullick,1981,Malaysia:Economic Expansion and National
Unity,London,Westview Press.
Kamaruzaman Yusof,Oong Hak Ching & Rupawan Ahmad.2004,Mahyudin Hj. Yahaya,Sumbangan dan Ketokohan,Tulisan Prof. Mahyudin dalam Nusantara 1984 ( sejarah masyarakat Islam di Pahang).Bangi.PPSPS.FSSK.
Katiman Rostam,1984,Penduduk Malaysia,K.Lumpur.Nurin Enterprise.
Md. Salleh B. Md Gaus,1984,Politik Melayu Pulau Pinang,K.Lumpur,DBP.
Mohd Jasmin B. Jasni,2006,Kupasan Grafikal Sulalatus Salatin(Sejarah Melayu),K.Lumpur.Eastview.
Mohd Isa Othman,2002.Sejarah Malaysia(1800-1963),K.Lumpur,Utusan
Publications.
Nik Safiah Karim,Farid M. Onn,Hasyim Hj. Musa & Abdul Hamid
Mahmood,2003,Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.K.Lumpur,DBP.
PJJ.UKMalaysia,1999,Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu,Bangi,Penerbit UKM.
Rahmah Bujang & Nor Azlin Hamidon.2004.Kesenian
Melayu.K.Lumpur.APM.U.Malaya.
Shamsul Amri Baharuddin,2007,Modul Hubungan Etnik,Shah Alam,Penerbit UiTM.
Shellabear W.G. ,1995,Sejarah Melayu,Shah Alam,Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Sivamaniam.J,1986,Indian in Malaysia,K.Lumpur.Persis Sdn. Bhd.

PELAJAR MALAYSIA CEDERA ; RUSUHAN DI ENGLAND


UPDATE : VIDEO PELAJAR MALAYSIA YANG DIPUKUL DAN DIROMPAK SEMASA TUNJUK PERASAAN DI LONDON

BERITA DARI empayar-pemuda.blogspot.com
Pelajar Malaysia yang di kenali sebagai Asyraf Haziq yang cedera setelah dipukul dan kemudiannya  dirompak  di Barking, London...Asyraf Haziq yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke Pasar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa.

Sudah jatuh ditimpa tangga dah la cedera lepas tu kena pulak rompak dengan penyamun-penyamun kulit putin dan hitam yang konon cuba menolong Asyraf Haziq tetapi rupa-rupanya helah sahaja dimana mereka mengambil kesempatan keatasnya.

Disebabkan kejadian itu dia kehilangan telefon bimbit dan dompetnya. Asyraf kini sedang dirawat di Royal London Hospital kerana  patah rahang mulut dan gigi.
Seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London tercedera ringan dalam rusuhan di kota itu semalam. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun, pelajar itu, Asyraf Hazlan, 20-an, tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.

“Pelajar ini tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London.

“Beliau kemudian dipukul dan dirompak, tetapi telahpun dibawa ke hospital untuk rawatan, di mana beliau perlu menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga kementerian berkenaan dan agensi di bawahnya, di Institut Kemajuan Desa (Infra).

Dipetik Bernama Online, Mohd Shafie berkata keluarga mangsa, yang berasal dari Selangor, telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata Mara turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan pelajar di kawasan berisiko tinggi di kota itu ke sebuah penempatan di Leicester Square bagi menjamin keselamatan mereka.
Komen OBP;
Negara yang maju dan rakyatnya dikatakan begitu open minded dan bersikap terbuka pun boleh jadi macam ni, cuba kita bayangkan jika semasa perhimpunan BERSIH 2.0 tempohari, pihak kerajaan dan polis tidak bersikap tegas, rasanya negara kita akan menerima kesan yang lebih teruk dpd ini. So, bersyukur lah rakyat Malaysia kerana anda mempunyai negara yang aman dan sejahtera. Kalau nak buat BERSIH 3.0 dengan syarat iaitu "pergilah BERSIHkan longkang-longkang di KL tu supaya tak banjir dan tiada denggi- TIADA AEDES TIADA DENGGI...hehehe