Friday 31 October 2008

Mengapa perlunya bercakaran di dalam BN? Dimana semangat muhibbah yang telah terjalin lebih 50 tahun lamanya


Sejak akhir-akhir ini bermacam kemelut berlaku di dalam gabungan BN sendiri. Parti yang didokongi oleh Umno dan komponen terbesarnya yang terdiri daripada MCA, MIC dan Gerakan. Hasil dari PRU 12 tempohari yang menyaksikan ramainya pemimpin dari parti komponen yang kecundang termasuk Samy Vellu (Presiden MIC), tewasnya Gerakan di Pulau Pinang dan juga hilangnya kerusi nagi pemimpin MCA jika dulu amat mudah bagi mereka menewaskan DAP. Kemudian timbul pula seolah-olah parti-parti komponen ini menyalahkan UMNO kerana mereka tewas. Mengapa pula UMNO yang perlu dipersalahkan? Bagi pemimpin UMNO pula seolah-olah menerima kenyataan mereka ini, memang kita tahu bagi orang melayu, sikap 'tak apa' dan 'menjaga hati' (macam dalam lagu Indonesia yang semakin hangat sekarang ini) memang telah tertanam sejak sanubari lagi. Tetapi ia tidak boleh dibiarkan sama sekali.

Cuba kita renungkan kembali keputusan PRU12 yang lalu, memang benar adanya pemimpin UMNO yang tewas tetapi jika dianalisis tewasnya mereka kerana pengundi Cina dan India yang tidak berpihak kepada BN. Siapa yang sepatutnya menjalankan tugas untuk menarik pengundi-pengundi ini? Sudah tentulah parti komponen MCA, MIC dan Gerakan. Apa yang mereka lakukan selama ini ? Sehubungan dengan itu saya menyeru pemimpin-pemimpin UMNO, bangkitlah dan pertahanka kembali maruah kita yang semakin dicabar ketika ini. Ada hikmahnya juga hasil keputusan PRU 12 yang lalu. Sekarang baru dapat kita lihat, SIAPA YANG BOLEH MENJADI KAWAN KETIKA SUSAH DAN SENANG, DAN SIAPA YANG UMPAMA DURI DALAM DAGING.

Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin komponen juga seolah-olah tiada tapisan dan tidak menghormati komponen yang lain. Lihat kenyataan Liow Tong Lai, saya faham mungkin kerana beliau masih muda dan tidak bermaksud secara terang berkaitan dengan kenyataannya untuk hapuskan 30% ekuiti Bumiputera, tetapi jika benarlah kenyataannya itu, maka saya setuju dengan cadangan supaya beliau dikenakan tindakan di bawah MCA. Cuba lihat apa yang telah UMNo lakukan kepada Datuk Ahmad hasil dari kelancangan beliau. Oleh itu, kita lihat nanti di bawah kepimpinan baru MCA, apa yang akan dilakukan nanti. masih tiada lagi kenyataan dari Presiden (Ong Tee Kiat) dan juga Timbalan Presiden (Chua Soi Lek)....tunggu dan lihat ke mana kah arah mereka nanti......

Thursday 30 October 2008

WARNING :ADAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG?







Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda when you want to eat kangkung
Saya mendapat cerita ini dari seorang teman. Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh. Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula. Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea , malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun. Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia. setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap.
Lintah hanya akan mati jika dibakar. Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersihkan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu. Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip di dalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung. .

Dr. Norni Abdullah,
Psychiatrist,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah ,
42500 Klang, Selangor.
Tel : +60333756279 Fax : +60333729089

Panglima Umno pula muncul -pertahan hak melayu


dalam agenda daily, nazri berapi-api pertahan hak melayu, syabas.

Nazri cabar pembangkang bawa usul hapus hak istimewa orang Melayu di Dewan Rakyat
October 30, 2008 : 10.04 AM--->
Sesi penggulungan perbahasan bajet 2009 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berlangsung macam biasa – panas dan menarik perhatian bukan sahaja kalangan pemerihati yang hadir di Parlimen tetapi juga Ahli-Ahli Parlimen serta anggota pentadbiran kerajaan lainnya. Pada sesi petang Rabu, Nazri diserang bertubi-tubi berhubung dengan soal hak istimewa orang Melayu. Namun beliau yang popular dengan panggilan ‘Cif” tenang sahaja dan menegaskan pendirian kerajaan tidak akan meminda atau menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan kepentingan dan hak orang Melayu. “Saya adalah satu daripada 222 Ahli Parlimen. Jika dua pertiga Ahli Dewan ini setuju untuk meluluskan bagi menghapuskan Perkara 153 saya terima tetapi saya sendiri tidak akan menyokong Perkara 153 dihapuskan dan saya akan tetap mempertahankannya,” katanya sambil meminta pihak pembangkang jika mereka hendak memansuhkan Perkara 153 mereka boleh berbuat demikian dengan membawa usul di Dewan Rakyat. Beliau berkata demikian kerana timbul isu yang mempertikaikan hak istimewa orang Melayu semasa perbahasan daripada kalangan pihak pembangkang sebelum ini. Penegasan serta jawapan Nazri tersebut membuatkan Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor Dr. Zulkefli Ahmad bangun dan berkata, pakatan pembangkang bersetuju untuk mempertahankan Perkara 153 tetapi membangkitkan soal dalam melaksanakan serta memelihara hak Melayu ia jangan sampai menindas hak kaum lain. Nazri dengan gaya bersahaja berkata “ Ini yang cakap soal nak pertahan hak istimewa orang Melayu saya dengar daripada kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang Melayu sahaja tetapi Ahli Parlimen pembangkang daripada kaum lain tak kata apa pun,” katanya sambil tegaskan kerajaan tidak pernah menindas kaum lain dalam masa laksanakan hak istimewa orang Melayu. Dalam masa penggulungan itu juga, soalan-soalan tambahan serta penjelasan yang dikemukakan semakin menghangat suasana perbahasan. Ahli Parlimen Pasir Salak Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajudddin Abdul Rahman mempertikaikan sikap pembangkang yang terang-terang mempertikaikan hak istimewa orang Melayu dan menyebut Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang paling jelas mempertikaikan perakra itu. Kit Siang bangun dengan peraturan Mesyuarat perkara 36 (12) mendakwa Tajuddin mengelirukan Dewan kerana beliau tidak pernah pertikai hak istimewa orang Melayu. Tajuddin selepas itu meneruskan penjelasan yang dipohonnya kepada Nazri dan sekali lagi Ahli Parlimen PKR Gombak, Azmin Ali bagun menggunakan peraturan mesyuarat yang sama untuk menghalang Tajuddin daripada membuat kenyataan yang sama. Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta Tajuddin mengawal ucapannya dan pada masa ini Tajuddin jelas mempertikaikan peraka itu. “Ini apa ini…bila saya hendak bercakap peraturan itulah peraturan inilah…itu pembangkang mereka boleh cakap ikut suka mereka saja,” katanya yang jelas tidak puashati kerana isu hak istimewa orang Melayu disentuh oleh pembangkang secara terbuka. “Kata kita tindas kaum lain, saya cabar dalam bidang ekonomi siapa kuasai ekonomi negara, tunjukkan berapa penguasaan ekonomi orang Melayu,” katanya sambil menambah kaum Cina paling menguasai ekonomi negara ini dan ia menjadi bukti hak mereka tidak pernah dinafikan. Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali tidak ketinggalan membangkitkan soal kepentingan hak istimewa orang Melayu. Dalam soalannya, beliau bertanya kepada Nazri adakah beliau setuju jika pembangkang hendak meminda Perkara 153, Menteri-Menteri Besar di negeri yang dikuasai pembangkang hendaklah mengadap Sultan masing-masing mohon perkenan untuk Perkara 153 dimansuhkan. Jawab Nazri “ Saya kira itu cadangan yang baik. Biarlah mereka mengadap ke bawah duli Sultan di negeri mereka masing-masing”. Selain isu hak istimewa orang Melayu, Nazri turut menjelaskan tindakan tegas kerajaan terhadap pertubuhan haram HINDRAF dan penahanan beberapa individu pertubuhan itu di bawah ISA. Katanya, tindakan tegas itu bukan menunjukkan kerajaan menindas tetapi berdasarkan perkara-perkara yang mereka lakukan sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara. Tambahnya, sebelum ini kerajaan juga bertegas kepada kaum bukan Melayu dan isu Al-Arqam dan Jemaah Islamiyah dan tindakan menahan pemimpin mereka di bawah ISA tidak pun dikatakan menindas Melayu. - 30/10/2008

Monday 27 October 2008

Debat - Tak Perlu




Assalamualaikum, aku tertarik le nak komen sikit pasal debat yang dipersetujui oleh kedua-dua K iaitu Khairy dan Khir Toyo. Tapi aku memang tak setuju dengan cadangan debat tersebut, aku sependapat dengan Mukhriz, iaitu Umno ni umpama sebagai 'parti keluarga' , so mengapa perlunya kita berdebat demi kononnya untuk menunjukkan prinsip yang bakal kita dokong, bukan ke selama ini ahli-ahli parti telah mengetahui agenda dan juga prinsip yang dibawa oleh setiap calon.
Cuba bayangkan apa akan jadi sekiranya di dalam perdebatan itu nanti akan adanya sifat tuding menuding sesama sendiri, dah tentulah budaya tidak sihat ini akan digunakan oleh parti pembangkang dalam mencari kelemahan-kelemahan yang ditonjolkan. Wahai kedua-dua K, jangan kita nanti menang sorak tapi kampung tergadai, jangan jadi seperti Pak Pandir dan Pak Kadok.
pada pendapat saya juga, orang yang takut untuk kalah saja yang bersetuju dengan cadangan untuk berdebat ini, kita jangan sama kan debat ini seperti debat antara Anwar dan Shabery, motif nya berbeza, dan juga tak perlu contohi MCA yang mengadakan debat di antara calon-calon pemimpinnya. Kita harus ada pendirian sendiri.
Ketahuilah KnK, bahawa orang kita masih belum matang dalam menilai kebenaran sesuatu fakta itu, so janganlah kita mengusutkan lagi benang yang tersimpul ini kerana amat payah untuk membuka ikatannya nanti. Mahukah anda jika terjadinya'putus benang'?

90 lagi UMNO Bahagian tentukan Timbalan Presiden berlawan atau tidak


Saingan jawatan Timbalan Presiden UMNO makin menarik. Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nurjazlan yang sebelum ini tawar diri untuk merebut jawatan berkenaan, hari Ahad menarik diri.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula semakin memberikan tekanan kepada kem Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila memperolehi enam lagi pencalonan menjadikan keseluruhan pencalonan yang diperolehi 23. Ikut syarat kuota layak bertanding, Ali perlukan lagi 16 pencalonan.

Sehingga tengah malam Ahad (26/10/2008), 101 UMNO Bahagian telah selesai mengadakan Persidangan Perwakilan masing-masing. Ini bermakna ada 90 lagi UMNO Bahagian yang belum mengadakan persidangan perwakilan mereka.

Menjelang 9 November 2008 iaitu tarikh akhir untuk UMNO Bahagian mengadakan persidangan atau pun 14 hari lagi, ikut tilikan tilikan dan ramalan orang politik, bukan mustahil untuk Ali perolehi lagi 16 pencalonan daripada 90 UMNO Bahagian yang akan bersidang.

Keadaan ini sudah tentu disedari oleh kem Muhyiddin yang sehingga kini mengungguli dengan 63 pencalonan.

Malah, saingan daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib juga tidak boleh dipandang sepi.

Dengan empat lagi pencalonan terbaru hari Ahad, Muhammad kini mengumpul 15 pencalonan dan kata nujum politik, biasanya UMNO Bahagian tidak akan biarkan calon tidak cukup pencalonan.

Bagi Muhammad, beliau perlukan lagi 24 pencalonan dan seperti juga Ali, 90 UMNO Bahagian yang masih belum mengadakan persidangan mereka, sudah tentu menjadi sandaran untuk mendapatkan lesen bertanding Timbalan Presiden.

Jika Pemuda UMNO menyaksikan ketiga-tiga calon Ketua Pemudanya layak bertanding, apakah untuk Timbalan Presiden, akan ada tiga calon yang akan 'bertunang dengan perwakilan' sehingga Mac depan bagi dipilih menjadi Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

Berikut adalah pencalonan terbaru yang diperolehi ketiga-tiga calon Timbalan Presiden pada hari Ahad.

Muhyiddin memperolehi sembilan lagi pencalonan iaitu daripada UMNO Bahagian Jelutong, Kluang, Sri Gading, Pulai, Parit Sulong, Sembrong, Kulai, Sipitang dan Lumut.



Ali pula menambah lagi lagi pencalonan daripada Gopeng, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Johor Bahru, Parit dan Kuala Kangsar.



Muhammad tidak ketinggalan apabila empat lagi UMNO Bahagian iaitu Seputeh, Petaling Jaya Utara, Serdang dan Sabak Bernam mencalonkan beliau.- 26/10/2008



----------------------




Muhyiddin laju di depan…Ali Rustam dan Muhd Taib masih ada harapan



Selesai bab pencalonan kelayakan Pemuda UMNO perhatian pada hari-hari berikutnya pastinya pada jawatan Timbalan Presiden UMNO.Ini kerana suspence bagi pencalonan jawatan Naib Presiden UMNO sudah hampir berlalu manakala Datuk Seri Najib Tun Razak terus mara ke depan tanpa pencalonan saingan pada jawatan Presiden UMNO setakat ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin setakat ini masih unggul di depan dalam saingan pencalonan jawatan Timbalan Presiden dengan 63 pencalonan.

Namun memandangkan ada 90 UMNO Bahagian yang belum bermesyuarat Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang setakat Ahad dapat 23 pencalonan dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib 15 masih boleh menaruh harapan.

Ada para pemerhati politik menilai senario pencalonan hari Sabtu dan Ahad nampak macam makin memberi ruang kepada kedua mereka.

Pada hari Sabtu Ali Rustam menambah empat pencalonan Jasin,Tangga Batu,Dungun dan Setiawangsa.

Hari Ahad Ketua Menteri Melaka itu dapat Johor Bharu,Gopeng,Permatang Pauh,Bukit Mertajam,Parit dan Kuala Kangsar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pula dapat Marang dan Setiu pada hari sabtu manakala Ahad empat lagi iaitu Seputeh,Sabak Bernam,Serdang dan Petaling Jaya Utara.

Kedua-dua mereka sebelum ini menyuarakan keyakinan mampu meraih pencalonan kuota 39 yang diperlukan.- 25/10/2008

Sunday 26 October 2008

PKR di tusuk Panglimanya Sendiri


Sesekali bila mamat kat dalam gambar ni bersuara...hebat juga...walaubagaimanapun tindakannya tempohari di Parlimen, memang saya respek. Bukan calang-calang orang boleh bersuara sebegitu, malahan pemimpin PAS yang kononnya memperjuangkan islam sepenuhnya pun tak de pemimpin sebegitu, mana Salahuddin Ayub??? senyap..takut...tapi YB Zul ni ...memang hebat...teruk jugak PKR kena belasah dengan panglimanya sendiri....di sini di sertakan cerita tersebut di laman yang saya ambil di agenda daily..

Sejak dikaitkan dengan cerita akan tinggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ekoran tindakannya yang dilihat tidak sehaluan dengan parti itu terutama dalam soal kebebasan, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin semakin menunjukkan ‘belangnya’ yang sebenar.

Zulkifli yang dikecam banyak pihak yang memperjuangkan soal kebebasan termasuk kalangan pimpinan PKR sendiri kerana melakukan demonstrasi membantah forum ‘Masuk Islam’ yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Ogos lalu kerana forum tersebut cuba untuk mencampuri urusan agama Islam, hari Khamis melepaskan ‘peluru penaburnya’ yang terkena kepada semua pihak.

Baik kerajaan mahupun pembangkang termasuk parti yang diwakilinya iaitu PKR, semua tidak terlepas daripada ‘serangan’ beliau yang tajam dan tepat pada sasarannya.

Ini jelas apabila beliau melahirkan rasa kesalnya kerana PKR menyoal ketuanan Islam dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) pula menuntut dibenarkan orang Islam keluar daripada agama Islam dan mahu agama Islam mengikut agama-agama lain.

Serentak dengan itu beliau menyifatkan pihak kerajaan dan pembangkang seolah-olah tidak mempertahankan Islam.

Sedangkan katanya, kekuatan orang Melayu terletak pada agamanya tetapi hari ini orang Melayu serta Islam telah diserang oleh pelbagai pihak.

‘‘Tindakan itu seolah-olah menunjukkan Islam tidak wujud langsung, mereka mem pertikaikan adab, hal ehwal agama Islam, mempertikaikan soal azan serta tulisan jawi dan menghantar memorandum supaya tulisan jawi tidak dilaksanakan,” katanya.

Kenyataannya itu jelas merujuk kepada tindakan rakan parti pembangkangnnya yang membangkitkan isu-isu yang disebutkannya itu.

Tambahnya, terdapat juga pihak yang mempertikaikan tentang kuliah-kuliah di masjid yang kononnya mengganggu mereka.

Dalam nada tegas Zulkifli berkata, “Walaupun ada suara yang kata saya menyokong parti lain bila bersuara begini tapi saya hanya berjuang untuk Islam. Saya tidak peduli orang nak kata apa kerana saya hanya menjawab kepada Allah”.

Kelantangan Zulkifli itu menyebabkan tidak ada kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang bangun dan cuba menyanggah pendiriannya.

Namun, selepas ini apakah kelantangan beliau di Dewan Rakyat akan menerima nasib yang sama dengan tindakannya menghadiri perhimpunan membantah forum ‘Masuk Islam’ anjuran Majlis Peguam iaitu dipanggil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Disiplin PKR.

Atau akan bersuarakah golongan yang memperjuangkaan kebebasan termasuk soal agama dalam PKR dan pakatan pembangkang berhubung pendirian Zulkifli itu.

Paling menarik PAS sendiri sebagai parti yang menggunakan nama Islam tidak mempunyai wakil yang berani bangun mempertahankan Islam seperti mana yang dilakukan oleh Zulkifli. – 23/10/2008

Friday 24 October 2008

Al Arqam, Al Maunah....HINDRAF

Masih ingatkah kita dengan pertubuhan al Arqam yang ditubuhkan dalam tahun 1968 dan diharamkan pada 21 Oktober 1994. Tentu semua masih ingat, pertubuhan ini adalah berteraskan islam dan majoriti anggotanya terdiri daripada orang melayu. Kemudian al maunah yang suatu ketika dulu telah menggemparkan tanah air kita dengan asas perjuangan islam yang sempit, ahli-ahlinya juga terdiri daripada bangsa melayu. Akibatnya kerajaan telah mengambil tindakan dengan mengharamkan kedua-dua pertubuhan ini, dan tindakan tersebut dapat diterima dengan sebaik-baiknya oleh bangsa melayu kerana bangsa melayu berpegang kepada prinsip 'masyarakat majmuk'

tetapi apabila timbulnya isu hindraf ini, dapatkah kaum india menerima kenyataan bahawa pertubuhan tersebut diharamkan?

fikir-fikirkan lah.....

SEJARAH TAK MUNGKIN BERULANGG......


Sejarah tak mungkin berulanggg...walau aku.....perghhhh...aku ingat lagi lagu kumpulan eye tu...masa aku muda remaja dulu...sekarang pun masih jiwa remaja juga..tapi aku bukan nak cerita pasal lirik lagu tu....ehh lupa pulak..nak mentioned...alhamdulillah aku dah abis exam untuk semester pertama MBA di UPM. Entah le main jawab je exam...kira taram je ler..
Ok berbalik pada tajuk kita SEJARAH....dulu lagi aku pernah komen pada kawan-kawan bahawa sepatutnya subjek sejarah perlu di ajar, jangan ditinggalkan, memang le sejarah ada lah sejarah, tapi cuba pikir tanpa sejarah macamana kita nak tau asal usul...aku kekadang geram juga dengan kawan-kawan yang memperlecehkan sejarah ini. Bila kita cerita pasal susahnya pemimpin terdahulu untuk memerdekakan Malaysia ini, yang dia jawab..alaaa...tu dulu...sekarang lain...cuba ingat sikit..kau orang tu pun bermula dengan sejarah juga...asal usul bapak nenek moyang kau...alamak teremosinal pulak.
Sepatutnya subjek sejarah dikekalkan semasa di sekolah rendah lagi, tanamkan semangat cintakan negara, aku rasa diorang semua ni termasuk rakan-rakan aku tak praktikkan subjek orgasation behavior, penat je kerajaan hantar belajar sampai ke luar negara tapi balik Malaysia, hampeh yang dapat. Cuba lihat negara maju, adakah mereka abaikan subjek sejarah. Jika dilihat dalam Islam pun kita digalakkan membaca kitab-kitab sejarah berkaitan dengan kejayaan Nabi Muhammad SAW. Wahai rakan-rakanku yang berasal dari Johor, takkan tak ingat kitab kecil kita semasa di Sekolah Agama dulu. Siapa ingat peperangan Badar...cuba fikir untuk apa kita di terapkan supaya belajar berkaitan dengan sejarah tersebut.

Sedangkan di dalam AlQuran sendiri banyak berkaitan dengan cerita-cerita sejarah islam...so...aku harap jangan ada rakan-rakan aku yang mempersendakan sejarah...

Syabas kepada kementerian pelajaran kerana akan mengkaji subjek sejarah supaya dapat diterapkan dalam pendidikan.
masih belum terlambat....

Sunday 19 October 2008

KEPUTUSAN PEMILIHAN MCA MENUNJUKKAN PARTI TERSEBUT MASIH LAGI DOMINAN DENGAN UMNO



Semalam dapat kita lihat selesainya pemilihan barisan tertinggi MCA, Presiden Datuk Ong Tee Kiat mengalahkan Datuk Dr Chua Jui Meng manakala Timbalan Presiden dapat kita lihat kemunculan semula Datuk Dr Chua Soi Lek mengalahkan Datuk Seri Ong Ka Chuan (abang Ong Ka Ting) yang merupakan bayangan kepada Presiden terdahulu iaitu Datuk Dr Ong Ka Ting.
Terhapuslah kalau dulu dikatakan wujudnya team A dan team B dalam MCA yang secara tidak langsung telah cuba menghapuskan karier politik Dr Chua Soi Lek kerana bahana VCD panas. Masih saya ingat lagi kata-kata Dr Chua semasa beliau menjelaskan isu tersebut iaitu “ kesilapan saya adalah kerana saya bekerja kuat”. Jika di dalami kenyataan Dr Chua ini iaitu ada pihak tertentu di dalam MCA yang tidak suka beliau kerana beliau nampak lebih menonjol dalam erti kata bakal menggulingkan pihak berkepentingan tetapi pengundi MCA masih lagi waras dan memberi peluang kepada beliau hasil dari rekod perkhidmatan beliau yang cemerlang di dalam kerajaan. Syabas Dr Chua Soi Lek. Manakala tewasnya Ong Ka Chuan mungkin boleh dikatakan hilangnya pengaruh Ong Ka Ting di dalam kepimpinan terbaru ini.
Tahniah juga kepada Datuk Ong Tee Keat kerana telah terpilih untuk menerajui MCA. Beliau ini saya hormati kerana begitu fasih berbahasa melayu jika didalam wawancara bersama wartawan dan sebagainya. Pemimpin seperti inilah yang kita mahukan. Manakala Dr Chua Jui Meng, cubaan kali kedua masih lagi tewas dan janganlah hampa dan kecewa sebaliknya beri sokongan padu kepada kepimpinan terbaru ini. Pada mulanya saaya menjangkakan akan adanya juga upset didalam keputusan pemilihan presiden MCA kerana Chu Jui Meng bukanlah caalang-ca;ang pemimpin, rekod beliau amat baik tetapi kerana beliau tewas pada pemilihan dahulu iaitu kepada Ong Ka Ting, beliau semakin menyepi atau boleh dikatakan disisihkan oleh barisan kepimpinan pada waktu tersebut.
Tapi saya kecewa apabila dalam manifesto Dr Chua Jui Meng untuk pertandingan pada kali ini iaitu beiau mengusulkan perubahan yang drastic di dalam kepimpinan Barisan Nasional iaitu manifestonya seolah-olah cuba untuk memenangi hati pengundi kaum Cina dengan cara meminta kerajaan mengkaji semula DEB iaitu berkaitan dengan menyusun semula komposisi pembahagian ekuiti yang jika dilihat DEB ini secara tidak langsung merupakan langkah kerajaan dalam membela nasib bangsa melayu (Umno). Hasil daripada manifesto tersebut menyebabkan ramai pemimpin Umno kurang berpuashati dengan agenda politik Dr Chua Jui Meng ini. Hasilnya dapaat kita lihat iaitu kaum Cina sendiri menolak manifesto tersebut. Syabas ahli-ahli MCA.
Oleh itu, dapat kita lihat di sini kedua-dua pemimpin yang terpilih ini bukan lagi asing di dalam pentadbiran kerajaan sedia ada atau dengan kata lain mereka sudah amat biasa berurusan dengan pemimpin-pemimpin Umno. Syabas…dan ini merupakan suatu petunjuk kepada pencalonan pemimpin Umno yang semakin rancak ketika ini…Signal telah diberi…lampu hijau telah menyala…mulakan dengan gear 1 anda…

Saturday 18 October 2008

Orang Perak Jangan le Cepat Melatah ; PAGOH pun ada maruah, takkan merajuk kami tak pilih Zahid


IPOH, Oct 16 (Bernama) — The delegates’ meetings of eight more Perak Umno divisions this weekend are expected to focus on nominating the candidates for the party deputy president post amid the keen contest for the head post in three of the divisions.
After the Parit Buntar division had nominated Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam while the Beras division chose Rural and Regional Development Minister Tan Sri Muhammad Muhd Taib last Sunday, the question is whether there will be more divisions following suit.
“The Perak Umno Liaison Committee had decided to leave it to the divisions to make the choice. We only gave our full support to Datuk Seri Najib Tun Razak for the presidency and Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi for one of the three vice-president posts,” a division chief who did not wish to be identified, told Bernama.
He said the Kampar division, however, had gone against the committee’s decision made at a special meeting last week, by not nominating Ahmad Zahid and this indicated that Perak Umno divisions could decide on their own, the candidates.
The committee’s decision in giving them a free hand means the door is open for delegates to choose candidates other than International Trade and Industry Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, who is currently the leading contender with 24 nominations so far for the Umno No. 2 post, compared with three nominations for Mohd Ali and two for Muhammad.
It is said that many party grassroot members in Perak were disappointed that the Pagoh division led by Muhyiddin did not nominate Ahmad Zahid for a vice-president post.
“What signal has Pagoh given? Perhaps there are divisions which are now forced to revise their list of candidates for the party presidency right down to the Supreme Council seats,” said a division vice-head who is a strong supporter of Ahmad Zahid.
He predicted that all the eight divisions meeting this weekend would nominate Najib for the party’s top post and vote for the candidates for the No. 2 post.
Two divisions which will draw attention are Padang Rengas headed by Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz and Grik led by former menteri besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, who is also the Perak liaison chief, as to who will be on their list of candidates for the Supreme Council.
Mohamed Nazri and Tajol Rosli won their divisional posts uncontested, while Datuk Samsuddin Abu Hassan (Tapah), Datuk Yusof Kassim (Batu Gajah) and Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (Tanjung Malim) were also returned to their posts.
The Bukit Gantang and Ipoh divisions will each get a new leader this weekend as the incumbents are not seeking re-election.
The Ipoh Barat division will see a contest between its deputy head Shamsuddin Ghaffar and vice-head Datuk Ghani Ngah after the incumbent Datuk Hamzah Zainuddin, the Deputy Housing and Local Government Minister, decided to move to the Larut division.
In Bukit Gantang, Trong assemblyman Datuk Rosli Husin and the division’s information chief Ismail Saffian will be vying for the divisional top post as the incumbent had decided not to seek re-election.
The Lenggong division will see its head since 2004, Datuk Saarani Mohamad, being challenged by its information chief Roslan Latif.
Last Sunday, three of the six divisions which held their delegates’ meetings, saw contests for the top post with two springing a surprise when the incumbents lost.
Beruas division deputy chief Abdul Manaf Hashim now heads the division after he defeated incumbent Datuk Hamdi Abu Bakar, the Pengkalan Baharu assemblyman, with a majority of 18 votes in the straight fight.
Taiping division committee member Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shafiee, meanwhile, defeated incumbent Datuk Dr Abdul Malek Hanafiah by 14 votes to now lead the division.
Bagai Serai division chose Datuk Zaili Cha as its new head. The former Selinsing assemblyman defeated the other contender, Mohd Noor Dawoo, by 102 votes.
The incumbent division chief, former deputy defence minister Datuk Zainal Abidin Zin, chose not to defend the post.
Ahmad Zahid, Datuk Mohd Radzi Manan and Datuk Abdul Rahman Suliman have retained their post as head of the Bagan Datoh, Kampar and Parit Buntar divisions respectively.

Friday 17 October 2008

Angan-angan Mat Jenin - Pakatan Rakyat hampir dapat laluan 'pass' daripada PAS


bacalah artikel ini daripada sumber klpos. Boleh percaya ke?....

adakahhhh...ku bermimpi.....
mimpi di siang hari...... (teringat aku lagu kumpulan spider....kehkehkeh..)

PAS semakin yakin Anwar mampu bentuk kerajaan
16 Oct 2008 11:28AM
KB: Parti Islam SeMalaysia (PAS) nampaknya mula 'beralih angin' dan semakin yakin terhadap 'projek 16 September' ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut satu laporan laman berita dalam talian.

Ini kerana pucuk pimpinan PAS telah bersetuju untuk menghantar lima pemimpin berprofil tingginya menyertai mesyuarat pembentukan kerajaan baru dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP), kata laporan Malaysiakini semalam.

Keputusan biro politik PAS minggu lalu itu direstui mesyuarat jawatankuasa pusat parti tersebut bersama ahli-ahli parlimennya kelmarin.

Selain Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pemimpin kanan yang diberi mandat mengetuai delegasi parti itu termasuk timbalannya, Nasharudin Mat Isa; dua naib presidennya, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu; serta Setiausaha Agungnya, Datuk Kamarudin Jaffar.


Nasharudin pernah dikritik kerana berunding dengan Umno tetapi tidak pernah dilaporkan terlibat dalam rundingan dengan gabungan tiga parti pembangkang itu, Pakatan Rakyat (PR). Mohamad pula pernah meragui rancangan Datuk Seri Anwar.

Sebelum ini, semasa mengulas rancangan Datuk Seri Anwar mahu mengambil alih kerajaan Malaysia pada 16 September lalu dan kemungkinan beliau dilantik perdana menteri di bawah kerajaan PR, Datuk Seri Abdul Hadi berkata beliau enggan menjadi 'ahli politik Mat Jenin'.

Rundingan dengan Pakatan Rakyat sebelum ini dikuasai golongan prokerjasama PAS dengan pakatan pembangkang itu, seperti Datuk Husam, Kamaruddin, ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, dan bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli.

Beberapa pemimpin PAS yang dihubungi Malaysiakini berkata keputusan menghantar lima pemimpin itu dibuat kerana perbincangan ke arah pembentukan kerajaan baru telah 'sampai ke tahap lebih tinggi' dan melibatkan perbincangan dasar serta persediaan membentuk jemaah menteri.

Salahuddin berkata keputusan itu dibuat kerana usaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah 'sampai ke tahap akhir' dan 'setiap tindakan memerlukan keputusan segera'.

'Dulu, kita lebih pada (hal-hal) teknikal seperti (menyusun) agenda bertindak, boleh katakan sekretariat. Sekarang kita berada pada tingkat lebih tinggi yang memerlukan perbincangan tentang dasar politik,' dedahnya.

Menurutnya, dalam mesyuarat Ahad lalu perbahasan tentang delegasi lima pemimpin tertinggi PAS itu berlangsung dengan 'sangat positif' dan mesyuarat bersetuju sebulat suara.

Malah, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad, yang dikatakan pencadang idea tersebut, berkata 'semua khilaf dan salah faham' sudah diselesaikan. / BHS, Malaysiakini

Thursday 16 October 2008

Muhyiddin bidas cakap-cakap Dr Mahathir perancang utama masa depan pentadbiran Malaysia

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan cakap-cakap bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perancang utama dalam meningkatkan popularitinya dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin masa depan negara.

"Saya tidak fikir anda perlu dalam apa cara pun keliru kerana anda lihat kami bersama (dengan Mahathir). Pada hakikatnya kami bertemu dalam sesetengah majlis tidak bermakna ada perkembangan besar berlaku," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan dan Pelaburan Bersama Malaysia-Indonesia pertama di Kuala Lumpur Rabu.

Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya sama ada Dr Mahathir ada peranan untuk menentukan pemimpin masa depan negara.

"Beliau (Mahathir) masih lagi dihormati sebagai negarawan veteran Malaysia. Anda juga mempunyai penghormatan tinggi terhadap beliau. Saya tidak fikir kita boleh nafikan hakikat ini.

Tetapi sejauh mana beliau telah mempengaruhi dalam aspek pentadbiran, saya fikir ini adalah sesuatu yang Datuk Najib sepatutnya mampu untuk uruskan," kata beliau.

Bernama melaporkan katanya Najib mempunyai semua pengalaman dalam pengurusan negara dan telah berkhidmat dengan kabinet sebelum ini dengan Dr Mahathir.

"Saya juga ada dalam kabinet lama dan kabinet sekarang. Saya fikir ia adalah campuran pengalaman lama, yang saya fikir sangat penting," kata beliau.

Sementara itu di majlis Hari Raya Puteri UMNO PWTC,Kuala Lumpur, Muhyiddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata pengalaman dan kewibawaan seseorang pemimpin menjadi kriteria utama bagi dicalonkan untuk jawatan tertinggi parti itu dan bukannya kerana faktor umur.

"Mereka (anggota UMNO di peringkat bahagian) ada pengalaman dan pengetahuan serta tahu menilai pemimpin yang ingin dicalonkan.

Pengalaman adalah penting dari sudut parti dan kerajaan, manakala sejarah dan kewibawaan serta kecekapan calon juga diambil kira," katanya diminta mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin bahawa umur adalah antara faktor seseorang pemimpin UMN0 dicalonkan ke jawatan tertinggi parti.

Muhyiddin berkata: "Kadang-kadang yang muda pun ada pengalaman dan semua perkara diambil kira. Selagi sihat, tajam fikiran dan boleh memikul amanah seseorang itu layak dicalonkan."- dipetik dari Agenda Daily 15 Okt 08

Wednesday 15 October 2008

Dipetik dari blog Nurhasilah "10 SEBAB MENGAPA MUHYIDDIN LAYAK MENJADI TPM


Persaingan merebut jawatan dalam Umno bukan sahaja diikuti oleh golongan politik. Tetapi rakyat biasa macam saya yang bukan ahli mana-mana parti pun kena ambil pusing. Mestilah, kerana Presiden dan Timbalan Presiden Umno akan menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Bagi saya, Datuk Seri Najib Tun Razak memang dah pasti jadi Presiden Umno, dan kemudian Perdana Menteri Malaysia. Maka, yang menjadi persoalan dan perhatian ialah jawatan nombor dua.

Saya mahu menyuarakan kehendak saya sebagai seorang rakyat biasa mengapa Muhyiddin patut jadi Timbalan Presiden Umno dan seterusnya Timbalan Perdana Menteri. Saya ada 10 sebab mengapa saya memohon rakyat Malaysia, terutama ahli Umno mesti memilih Muhyiddin.

1. Di segi pengalaman dalam Umno dan pengalaman dalam pentadbiran kerajaan, Muhyiddin paling berpengalaman. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini telah menjawat pelbagai jawatan kabinet dan mempunyai banyak rekod kejayaan.

2. Di peringkat akar umbi dia dihormati oleh semua kaum dan semasa menjadi Menteri Besar Johor juga dia bukan sahaja banyak membangunkan Johor, tetapi juga membangunkan sukan, terutama bolasepak negeri Johor.

3. Orang Johor juga tahu Muhyiddin bukan “kaki mengampu” seperti sesetengah pemimpin lain yang suka menjilat Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Sultan dan Raja.

4. Pemimpin mesti berani dan Muhyiddin mempunyai keberanian. Lihat sahaja keberanian dia menyampaikan perasaan golongan akar umbi terhadap kepimpinan Pak Lah. Dia hampir kena “belasah” kerana tindakannya itu. Teruk dia dihentam sana sini di peringkat atasan, tapi dia tidak goyah dan tetap “cool”. Dia buat kerana Umno dan bukan kerana kepentingan diri.

5. Siapa yang boleh lupa skandal Tan Sri Muhammad Muhd Taib dengan kes pembelian hartanah di Australia beberapa tahun lalu? Rakyat tak mudah lupa! Lagipun sejak dia diterima kembali ke dalam kabinet dan memegang tugas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, tak nampak apa-apapun pencapaian yang membanggakan.

6. Walaupun dalam pemilihan 2004, Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam mendapat undi kedua terbanyak, mendahului Muhyiddin – itu dulu. Kini Ali dah bangkitkan kemarahan satu Malaysia kerana menyokong pemberian anugerah “Datuk” kepada Shah Rukh Khan (SRK). Dengan kes terbaru ini memang payah Ali mendapatkan lebih banyak pencalonan. Mungkin, kalau dia tawarkan semua pemimpin Umno bahagian gelaran Datuk jika mengundinya, maka peluangnya amat cerah.

7. Setakat ini Muhyiddin yang juga Naib Presiden UMNO dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan mudah mendapat 25 pencalonan dan ini menunjukkan Umno peringkat akar umbi merestuinya.

8. Dalam Umno, Muhyiddin bermula dari bawah tanpa “family connections” dan setia dengan Umno.

9. Peranan isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee juga boleh dijadikan faktor. Beliau,tidak seperti kebanyakan isteri-isteri Menteri yang lain, mempunyai sifat yang terpuji, iaitu tidak sombong, tidak suka berlagak, mesra rakyat dan mesra wartawan.

10. Nur Jazlan pula belum cukup ilmu dan pengetahuan. Buat perabih beras sahaja.

ORANG DALAM (MUSUH DALAM SELIMUT)


Dari cara dan gaya tohmah ini dihuraikan sewaktu membahaskan bajet 2009 di Dewan Rakyat, banyak pihak mengesyaki bahawa ada “orang dalam” yang membekalkan maklumat mengenainya kepada pihak pembangkang. Siapakah mereka? Apa niatnya?

Seterusnya, mungkinkah tohmah di atas akan terus diheret dan dileretkan hingga jadi panjang berjela-jela seolah-olah supaya menjadi tali untuk menjerut masa depan politik Najib? Adakah ini merupakan satu antara pelbagai usaha untuk menggagalkan perjalanan Najib ke mercu kekuasaan negara?

Pihak kerajaan memang akan mematahkan tohmah terbaru ini di Dewan Rakyat. Tetapi, sama ada ia benar atau sebaliknya adalah tidak penting. Yang pasti, tohmah ini akan menyebabkan gerhana yang menyelubungi masa depan Naji kian menebal dan berpanjangan.

Tidak cukup dengan pelbagai tohmah, dakwaan dan tuduhan, Najib juga diselubungi persepsi umum mengenai isteri beliau sendiri.

Ada pihak mentafsirkan perkara ini sebagai remeh. Tetapi, ada juga pihak mengatakan faktor ini adalah kritikal terhadap kelicinan perjalan Najib ke puncak kuasa.

Usaha Terancang

Bagaimanapun, setelah rakyat jelata menginsafi seluruh kepincangan yang telah berlaku sejak 2004 hingga sekarang, adalah mustahil faktor ini tidak boleh diatasi secara total dan berkesan.

Oleh itu, jika isu ini terus dipolemikkan, kemungkinan besar pencetus polemik ini juga dimotivasikan oleh hasrat menghalang Najib jadi Perdana Menteri.

Berasaskan seluruh huraian di atas, wajarlah kita semua bertanya: mungkinkah usaha menghalang Najib ke puncak kuasa ini satu usaha yang tercancang rapi? Kalau begitu, siapakah perancang utamanya? Dan, mengapakah perkembangan seperti ini tidak pernah berlaku kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2004?

Akhir sekali, wajar kita semua bertanya: mungkinkah perjalan mudah Najib menuju ke mercu kepimpinan UMNO pada hari ini akan melunturkan seluruh persepsi negatif terhadapnya untuk menjadi Perdana Menteri? - Ruhanie Ahmad

MUKHRIZ PILIH RAZALI JADI NAIB KETUA PEMUDA- berita dari Kelab Maya Umno



Mukhriz sudah mula mencari gandingan bagi ketua Naib Ketua pemuda UMNO dan mengharapkan agar Razali akan menang kerana beliau lebih selesa bekerja dengan Razali dibandingkan calon yang lain. Pertarungan sebenar belum bermula lagi dan Mukhriz mungkin telah membayangkan bahawa beliau akan pasti menjadi Ketua Pemuda UMNO dengan jumlah pencalonan yang beliau perolehi sekarang sebayak 40 pencalonan. Masih ada 119 bahagian yang akan bermesyuarat.

Bagaimanapun, dalam pada itu Mukhriz turut khuatir dan bimbang berdepan keadaan dapat pencalonan terbanyak tetapi tidak undi terbanyak bagi memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO itu pada perhimpunan Agung parti Mac depan. Kerana ini tidak mustahil akan berlaku dan ianya pernah berlaku apabila ada calon yang memperolehi pencalonan yang terbanyak tetapi tewas dalam pemilihan sebenar.

“Kadangkala ada perbezaan antara pencalonan dan undi oleh ketua, nasib ketua dan G2 yang tidak mencerminkan perwakilan peringkat Bahagian. Saya harap ini tidak berlaku, kerana pencalonan menggambarkan kehendak ahli-ahli secara langsung dan perlu dipanjangkan kepada pemilihan Mac ini,” tegasnya apabila ditemui oleh sebuah laman web harian.
Calon-calon lain tentu sekali sedang memperkemaskan jentera masing-masing kerana minggu hadapan akan berlangsung sebahagian lagi persidangan pemuda bahagian

p/s aku sokong juga Razali ini kerana ;
1. Beliau adalah orang Muar (tempat aku)
2. Bekas pelajar UKM (tempat aku belajar)
3. Senior aku 3 tahun

KELENTONG ANWAR -berita dari Kelab Maya Umno


Semalam berlangsungnya sidang Parlimen setelah ianya berehat pada bulan Ramadhan yang lalu dan ketika itulah Parlimen menjadi hangat kerana ianya merupakan salah satu senjata Anwar Ibrahim yang kononnya mahu menggunakan Parlimen bagi mengulingkan kerajaan. Sidang khas juga dialunkan oleh Anwar bagi meyakinkan penyokong mereka bahawa kerajaan baru PR dapat ditubuhkan.

Namun semalam tidak langsung terkeluar dari mulut Anwar untuk medesak agar sidang khas mahupun undi tidak percaya kepada Perdana Menteri. Alasan baru pula dikeluarkan yang kononya ianya tidak guna dilakukan kerana Perdana Menteri sudah digulingkan oleh ahli UMNO. Apakah Anwar tidak faham atau sengaja memperbodohkan penyokong beliau, Perdana Menteri Malaysia ketika ini masih Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan beliau tidak digulingkan. Beliau hanya mengundur diri pada bulan Mac ini.
Inilah Anwar Ibrahim. Beliau akan menipu secara maksimum untuk meraih sokongan penyokong beliau, keyataan terbaru beliau agak kendur apabila berkata “Manusia boleh merancang, Allah yang menentukan. Mereka yang senang dengan kekuasaan yang melimpah ruah sukar nak terima kenyataan.” Hari ini Anwar mempercayai kadaq dan kadar, sedangkan sebelum ini beliau dengan angkuhnya mengatakan bahawa 16 Sept beliau akan menjadi Perdana menteri.
Mungkin Anwar telah menerima hakikat bahawa Allah SWT tidak memberikan beliau keizinan untuk menjadi Perdana Menteri. Allah SWT juga telah merentap kerusi berkenaan ketika beliau berada begitu hampir untuk menduduki kerusi pertama berkenaan.
Sementara itu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tarikh baru yang diumumkan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan baru sebelum Hari Raya Aidiladha Disember ini sebagai satu kenyataan yang tidak boleh diterima dan mengarut. “Pembangkang selalu bercakap untuk ambil alih kuasa, tapi mereka tak pernah berjaya,”
Tegas Abdullah, pihak pembangkang akan terus bercakap mengenai matlamat mereka untuk mengambil alih kerajaan kerana melaluinya mereka dapat menarik minat masyarakat. “Inilah caranya untuk mereka menarik
minat orang ramai supaya percayakan mereka,” katanya.

HINDRAF DIHARAMKAN


Syabas Kementerian Dalam Negeri kerana telah mewartakan bahawa pertubuhan Hindraf merupakan pertubuhan haram. So diharapkan selepas ini, takde le lagi 'keling-keling' membuat kacau di jalanan.

Cuma yang aku terkilan sepatutnya dari awal lagi pertubuhan ini diharamkan, bukannya dah hampir setahun bergerak aktif, baru tu ambil tindakan. Kadangkala jika terlampau demokrasi pun tak guna jugak...walau pun USA tu demokrasi tetapi CIA ada juga...apa beza CIA dengan ISA...hampir sama je...

Pemandangan yang mencuri perhatian...dari Agenda Daily


Rumah terbuka Aidilfitri bekas Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Datuk Raof Yusof di Ukay Perdana,Hulu Kelang dekat Kuala Lumpur jadi tumpuan Selasa malam.

Dalam senario politik semasa kehadiran serentak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir,Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencuri perhatian ramai.

Ini kali pertama mereka kelihatan bersama di khalayak ramai sejak kehangatan isu peralihan kuasa kebelakangan ini.

Mereka duduk semeja di situ lebih sejam.

Hadir sama di majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar,Menteri Perpaduan Kesenian dan WarisanDatuk Shafie Afdal,Menteri Pertanian Datuk Mustapha Mohd,Menteri Luar Datuk Seri Rais Yatim,penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Jiwa.- 14/10/2008

Anwar dari perspektif saya


terus terang saya katakan anwar ni memang cerdik dan bijak, pertama beliau cerdik dalam memanipulasi semua rakyat termasuklah pemimpin-pemimpin kerajaan dan juga pembangkang, tak kira samada ustaz ke, ulama ke, mursyidul am ke..semua dia tipu...tetapi tipunya memang licik...macam ada gaya yahudi menipu.

Keduanya beliau bijak, amat bijak sekali...contoh apa jadi pada janji-janji yang telah beliau ungkapkan, 16 september???? tinggal kenangan je...tetapi bila sampai tarikh tersebut...pandai beliau mengubah pandangan rakyat dengan pelbagai alasan sebagai contoh...ingin peralihan kerajaan secara baik lah....parlimen perlu bersidang lah..minta supaya diadakan persidangan khas parlimen laa...macam-macam lagi laa....

tetapi apabila parlimen mula bersidang....taknak pulak parti pembangkangkang ini meneruskan agenda mereka...kononnya nak buat usul udi tak percaya...tak jadi pulak..,,apa kejadahnya ini wahai Pakatan Rakyat...yang terjadinya iaitu 'SEORANG PEMIMPIN YANG GIAN NAK BERCAKAP DI PARLIMEN SELAMA LEBIH DARI 4 JAM...MEMANG LE DIA NI SEORANG PEMIDATO..TAPI BUKAN KE...DALAM ISLAM SENDIRI ADA BERKATA KURANGKAN BERCAKAP...NANTI BANYAK DOSA...BETUL TAK USTAZ...

tapi dapat kita lihat di sini iaitu anwar bijak dalam mengalihkan pandangan rakyat daripada kerap membangkitkan tentang janji beliau untuk mengambil alih kerajaan yang tak jadi...kepada isu ekonomi pula....

so...lama kelamaan rakyat lupa tentang janji anwar sebaliknya rakyat mula tertarik dengan gesaan baru anwar iaitu minta bajet dibentangkan semula supaya kononnya dapat lagi lebih dalam membantu rakyat jelata..

wahai rakyat jelata sekalian....kembalilah semula kepada Barisan yang benar-benar dapat membantu dalam memperjuangkan hak-hak anda...bukan dengan pakatan yang hanya jika dilihat seolah-olah dikuasai oleh Lawyer-lawyer india sahaja....fikirkanlah orang melayu sekalian...

Tuesday 14 October 2008

Pihak harakah dah takde Kerja Lain, mula beralih arah Menyerang Tan Sri Muhyiddin


Bangang aku ucapkan kepada akhbar Harakah ini, dah takde kerja lain, nampaknya jika pemimpin Umno yang lain, mereka serang peibadi mereka tetapi untuk Tan Sri Muhyiddin , pihak harakah mati akal nak serang guna apa yek...jika DS najib mereka guna Mongolian, tapi Tan Sri M ni....nak guna apa...beliau tak pernah terlibat dengan rasuah, apatah lagi salah guna kuasa...oleh itu mereka guna taktik yahudi iaitu dengan cara menimbulkan provokasi kepada ahl-ahli umno sendiri....LIHATLAH RAKAN-RAKAN BETAPA BUSUKNYA HATI AKHBAR HARAKAH INI...CUBA MELAGA-LAGAKAN ORANG MELAYU KITA SENDIRI....di lampirkan artikel tersebut untuk tatapan pembaca....

Petikan dari artikel Harakah ; Menunjukkan busuk dan hasad dengki mereka yang kononnya bergelar muslim sejati ..renungkanlah rakan-rakanku

Muhyiddin 'derhaka' pada Abdullah, bergelut pinta sokongan Najib
Safar Jumaat Tue | Oct 14, 08 | 4:16:02 pm MYT
SUATU ketika dahulu, apabila berlaku pertandingan dalam Umno, bahagian-bahagian yang mengadakan mesyuarat masing-masing akan ternanti-nanti, siapakah yang bakal dicalonkan oleh bahagian-bahagian yang diterajui Presiden dan Timbalan Presiden.


Ketika itu, biasanya, calon-calon yang menerima pencalonan dari bahagian yang diterajui Presiden Umno, akan menang mudah, walaupun ia bukan suatu 'kepastian'.

Dari cerita sebelum ini, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pernah 'menang' kerusi Naib Presiden dalam tahun 2000 kerana Umno Bahagian Kubang Pasu, yang ketika itu diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad mencalonkannya, bersama-sama Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Namun, beberapa tahun kemudiannya, seperti ada satu peraturan pula, bahagian-bahagian yang diterajui Presiden dan Timbalan Presiden 'tidak dibenarkan' menamakan calon-calaon bagi jawatan Naib Presiden, jika terdapat ramai calon yang menawarkan diri - kononnya bagi mengelakkan ia dituduh sebagai 'mempengaruhi' bahagian-bahagian lain, yang belum membuat pencalonan.

Kini, sebelum bahagian Kepala Batas dan Pekan mengadakan mesyuarat dan menamakan calon-calon-calon pilihan mereka, Umno Bahagian Pagoh yang diterajui calon Timbalan Presiden, Muhyiddin sudah mengadakan persidangannya dan menamakan Najib dan beliau sendiri sebagai Presiden dan timbalan, manakala untuk kerusi Naib Presiden, Pagoh menamakan Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Dato' Seri Mohd Shafie Afdal dan Dato' Seri Dr. Rais Yatim sebagai Naib-Naib Presidennya.

Tentunya jadi persoalan, mengapa bahagian Pagoh menamakan Hishammuddin, Shafie dan Rais? Apakah memang ini calon Naib Presiden yang dikehendaki Muhyiddin atau, Muhyiddin yang masih mengejar untuk mencukupkan percalonan bagi jawatan Timbalan Presiden, bermain politik dengan 'pencalonan' ini?

Dalam tahun 2004, Umno Bahagian Pagoh mencalonkan Muhyiddin sendiri sebagai salah seorang calon Naib Presiden di samping Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan Muhammad walaupun ketika itu, ada usaha untuk meminta bahagian Pagoh mencalonkan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang sudah dijangka bakal menang kerusi Naib Presiden.

Namun, Umno Bahagian Pagoh 'berdegil' kerana merasakan mencalonkan Mohd Ali yang ketika itu meraih populariti cukup tinggi dari segi pencalonan akan menyebabkan Muhyiddin akan dapat 'tempias populariti' Mohd Ali.

Memang betul, selepas pengumuman keputusan pemilihan tahun 2004, Muhyiddin tertinggal sedikit di belakang Mohd Ali dari segi jumlah undi, sekaligus menyebabkan Muhyiddin cukup-cukup kecewa dan mengeluarkan kenyataan, "saya bukan menang sebenarnya tetapi terselamat."

Kali ini, walaupun ada permintaan supaya Umno Bahagian Pagoh mencalonkan 'orang-orang yang pernah berbudi' dengan Muhyiddin, tidak diendahkan sebaliknya mereka memilih untuk mencalonkan nama-nama besar ini, Hishammuddin, Shafie dan Rais yang tidak mustahil akan mengulangi 'kesilapan' tahun 2004.

Apa kesilapan pencalonan 2004 yang dibuat oleh Umno Bahagian Pagoh? Kesilapannya ialah mereka menamakan Mohd Ali dan Muhammad sebagai calon Naib Presiden, di samping Muhyiddin yang akhirnya , kedua-dua calon yang dinamakan itu, menjadi penentang kepada Muhyiddin di kerusi Timbalan Presiden.

Dengan tersiarnya artikel ini, orang-orang Umno Pagoh harus berfikir dan nilaikan semula pendirian.

Jangan sombong dan angkuh bila ada orang lain meminta pencalonan, dengan menolak mentah-mentah, kononnya Muhyiddin tidak memerlukan 'ihsan' sesiapa - tanpa mahu mengingati semula bagaimana sukarnya mencari pencalonan untuk Muhyiddin bertanding kerusi Naib Presiden Umno tahun 2004.

Hari ini pun, ketika Muhyiddin sudah terbayangkan kerusi Timbalan Perdana Menteri, ramai yang bercakap 'agak janggal' Najib mempunyai seorang timbalan yang lebih tua darinya.

Maka, dari senarai potensial yang ada, mereka menamakan Hishammuddin akan menjadi timbalan kepada Najib jika diukur dari segi usia.

Tidak mustahil, selepas ini Muhyiddin akan bertarung pula dengan Hishammuddin, salah seorang calon Naib Presiden yang dicalonkan oleh Umno Bahagian Pagoh, tahun ini.

Sebelum isu pelan peralihan kuasa ini 'meletup' hubungan Muhyiddin-Muhammad dianggap rapat.

Malah, apabila Muhammad tewas di dalam usahanya mempertahankan kerusi Naib Presiden tahun 2004, Muhyiddin adalah orang yang paling kecewa.

Malahan, ada cerita menyebut, Muhyiddin tidak dapat menerima kemenangan Mohd Isa Samad dan salah satu sebab, hanya Mohd Isa sahaja penjawat jawatan tertinggi Umno dikenakan tindakan disiplin adalah atas permintaan Muhyiddin.

Namun, dalam politik tidak ada sahabat sejati. Kawan baik Muhyiddin, Muhammad kini menjadi pesaing Muhyiddin. Muhammad sudah meminta bahagian-bahagian memberi pencalonan yang mencukupi kepada calon-calon yang bertanding supaya perwakilan akan dapat membuat pilihan masing-masing.

Dari kenyataan Muhammad itu, membuktikan dua perkara. Pertama, pencalonan bukan bererti kemenangan dan sistem quota sebenarnya menjadi penghalang kepada calon-calon untuk menawarkan diri.

Muhammad dilihat sebagai 'orang Abdullah' sejak awal-awal lagi. Muhammad adalah salah seorang yang paling lantang mempertahankan Abdullah, apabila ada pihak-pihak membuat desakan supaya Abdullah diundurkan dari kerusi Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Pendirian Muhammad ini tidak disenangi beberapa pihak termasuk beberapa ketua bahagian di Selangor sendiri.

Apabila Umno Bahagian Shah Alam tidak menamakan Muhammad sebagai Timbalan Presiden, ia sekali lagi membuktikan bahawa Muhammad sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor, secara diam-diam ditentang.

Muhyiddin sendiri pernah berkata kepada kawan-kawannya, dia tidak begitu popular di Selangor.

Barangkali, Muhyiddin tidak mempunyai kawan-kawan rapat dari kalangan ketua Umno bahagian dari Selangor seperti mana kawan-kawan Muhyiddin dari Johor dan Kedah.

Dalam tahun 2000. Muhyiddin tercari-cari 19 bahagian yang sanggup mencalonkannya untuk melayakkan dia bertanding kerusi Naib Presiden.

Antara bahagian yang mencalonkannya Padang Terap, Padang Serai, Pasir Mas, Telok Kemang dan Pagoh. Tetapi, apakah Muhyiddin masih ingat semua ini dan masih ada hubungan dengan mereka yang berhempas pulas menaikkan namanya suatu ketika dahulu?

Dari segi politik, Muhyiddin kini secara tidak rasmi sudah boleh diramalkan sebagai bakal Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, walaupun ia bukan suatu perjalanan yang mudah. Malah, jika pencalonan Muhammad dan Mohd Ali mencukupi quota untuk bertanding, Muhyiddin tidak mungkin menang mudah.

Perwakilan Umno bukan 'penterjemah' undi perwakilan cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian. Mereka mempunyai perkiraan sendiri. Jika tidak, mustahil Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman boleh tewas dalam pemilihan tahun 2000 sedangkan beliau mendapat pencalonan kedua tertinggi di belakang Najib.

Apa faktor lain yang menjadi penentu kepada kemenangan dan kekalahan seseorang calon? Tentulah banyak dan antaranya wang dan kelakuan seseorang calon itu. Perwakilan akan mengamil kira calon-calon yang boleh memberikan mereka habuan selain dari 'mudah didekati'. Dari segi ini, antara Muhyiddin, Muhammad dan Mohd Ali, Muhyiddin paling terkebelakang.

Cuma satu kelebihan Muhyiddin dalam persaingan kali ini, Najib menyebelahinya. Kedua, Muhyiddin adalah Ahli Dewan Rakyat, manakala Muhammad adalah Ahli Dewan Negara, manakala Mohd Ali pula, Ahli Dewan Undangan Negeri. Kedudukan ini juga akan menjadi salah satu faktor kalah dan menang seseorang calon.

Ketika para penyokong Najib berhempas pulas, cuba menerima kehadiran Muhyiddin dalam kumpulan mereka, para penyokong Abdullah tetap tidak akan dapat menerima Muhyiddin lagi.

Bagi mereka, Muhyiddin 'penderhaka' kepada Abdullah yang melantiknya menduduki kerusi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kerusi yang begitu lama dikuasai Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz.

Paling mengejutkan, mengapa Umno Bahagian Pagoh tidak mencalonkan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamid sebagai salah seorang calon Naib Presiden, sebagai balasan penarikan diri Zahid dari penawaran bertanding kerusi Timbalan Presiden?

Adakah Muhyiddin marah kepada Zahid atau Muhyiddin sudah tidak memerlukan sokongan Umno Perak sekarang kerana Muhyiddin cukup selesa dengan undi dari Negeri Sembilan (Rais), Johor (Hishammuddin) dan Sabah (Shafie)?

Zul nak pindah Kerusi ke?

Semalam pihak BN menarik balik petisyen untuk membatalkan kemenangan En Zul dari PKR bagi kerusi parlimen Kulim Bandar Baru. Ramai juga yang tertanya mengapa ye? ada yang kata tak konfiden le tu....tapi mengikut sumber yang boleh dipercayai sekiranya diteruskan tersebut petisyen itu, ada kemungkinan pilihanraya bakal diadakan semula untuk kawasan tersebut. Jika kita lihat kenyataan Datuk Aziz sendiri yang menyatakan tujuan penarikan balik petisyen tersebut adalah kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan semasa kerana mahu memberi fokus kepada ekonomi negara, logik juga kenyataan beliau, bayangkan sekiranya pilihanraya diadakan semula, berapa banyak kos yang terpasa di tanggung nanti.

contoh di Permatang Pauh yang lalu, banyak kos terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan. sebagai contoh pihak PDRM terpaksa mengerah anggota-anggotanya berkhidmat di sana, kos perjalanan dan juga bermacam-macam lagi lah...kalau pihak PKR tu dia cuma tahu kos mat rempitnya naik motor pakai topeng anwar je...

Tapi pernah tak kita terfikir kenapa pihak BN tiba-tiba saja menarik balik petisyen tu...adakah pihak En Zul kita dah rasa ingin bertukar kerusi jika dulu bulan sabit yang kononnya 'adil' tapi kini ingin berada benar-benar 'adil' dengan duduk di atas dacing.

Hari ini dah pun ada spekulasi yang menyatakan En Zul kita akan menyertai BN ...agaknya dia dah panas asyik kena attack je semenjak kes Forum Majlis Peguam tempohari..Pihak DSAI menafikan sekeras-kerasnya ...tapi masakan pokok bergoyan jika tiada angin yang bertiup.

Hindraf Semakin Kurang Ajar

Tentunya ramai yang merasa panas hati bila mengenangkan kejadian pada 1 syawal tempohari di mana sekumpulan malaon yang berbaju merah 'keling' telah dapat menyusup masuk ke dalam rumah terbuka PM dan membuat kacau di situ....apa ini paria...sungguhpun kau tak puas hati dengan kerajaan tetapi hormat lah sikit majlis orang. kalau ikutkan hati aku sebagai PDRM dah lama dah aku masukkan semua 'penjenayah' tersebut dalam lokap.

Yang aku hairannya punya lah baik bangsa kita ni (orang melayu) tak pun nak marah sampai beri penerajang ke kat hindraf ini, sampai ada yang kata "takpe...itu lah contohnya demokrasi di Malaysia"...sadis sungguh aku bila mendengar kenyataan tersebut daripada Presiden Pas.....hampeh...

tindakan kerajaan kita pun aku rasa dah lambat, dah hampir dua minggu kita sambut syawal, baru 2 hari lepas dalam 'paper' aku baca yang kerajaan digesa ambil tindakan keras terhadap hindraf kerana pertubuhan tersebut tidak pernah berdaftar. tapi senyap je...

aku nak peringatkan di sini...bahawa pernah tak kita rujuk statistik populasi di Malaysia ini, berapa ramai India di Malaysia .....so aku harap faham-faham ler...jangan kita layan sangat mereka yang minoriti ini kerana lebih baik kita jaga yang majoriti....

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat hari Raya Aidlfitri dan Maaf Zahir Batin di atas segala kekhilafan saya samada secara sedar atau pun tidak. Moga di bulan yang mulia ini, kita bersama-sama bermaaf-maafan.