Wednesday, 15 October 2008

MUKHRIZ PILIH RAZALI JADI NAIB KETUA PEMUDA- berita dari Kelab Maya Umno



Mukhriz sudah mula mencari gandingan bagi ketua Naib Ketua pemuda UMNO dan mengharapkan agar Razali akan menang kerana beliau lebih selesa bekerja dengan Razali dibandingkan calon yang lain. Pertarungan sebenar belum bermula lagi dan Mukhriz mungkin telah membayangkan bahawa beliau akan pasti menjadi Ketua Pemuda UMNO dengan jumlah pencalonan yang beliau perolehi sekarang sebayak 40 pencalonan. Masih ada 119 bahagian yang akan bermesyuarat.

Bagaimanapun, dalam pada itu Mukhriz turut khuatir dan bimbang berdepan keadaan dapat pencalonan terbanyak tetapi tidak undi terbanyak bagi memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO itu pada perhimpunan Agung parti Mac depan. Kerana ini tidak mustahil akan berlaku dan ianya pernah berlaku apabila ada calon yang memperolehi pencalonan yang terbanyak tetapi tewas dalam pemilihan sebenar.

“Kadangkala ada perbezaan antara pencalonan dan undi oleh ketua, nasib ketua dan G2 yang tidak mencerminkan perwakilan peringkat Bahagian. Saya harap ini tidak berlaku, kerana pencalonan menggambarkan kehendak ahli-ahli secara langsung dan perlu dipanjangkan kepada pemilihan Mac ini,” tegasnya apabila ditemui oleh sebuah laman web harian.
Calon-calon lain tentu sekali sedang memperkemaskan jentera masing-masing kerana minggu hadapan akan berlangsung sebahagian lagi persidangan pemuda bahagian

p/s aku sokong juga Razali ini kerana ;
1. Beliau adalah orang Muar (tempat aku)
2. Bekas pelajar UKM (tempat aku belajar)
3. Senior aku 3 tahun

No comments: