Sistem kasta telah menentukan bahawa masyarakat beragama Hindu boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan peringkat. Pada umumnya, kelas tertinggi ialah para Brahmin atau Brahmana, manakala kelas terendah ialah kaum pariah atau dikenali sebagai "mereka yang tidak boleh disentuh" atau dalam bahasa Inggeris "untouchables". Rajah di bawah menunjukkan kelas-kelas yang terdapat di dalam sistem ini.
Sistem Kasta Kelas Warna Kulit Pekerjaan
Brahmin Putih Paderi dan Guru
Ksatriya Merah Pendekar dan Pemerintah
Vaisya Cokelat Petani, Pedagang dan Pelukis
Sudra Hitam Buruh
Pariah Hitam Buruh Kasar
Sejarah Sistem Kasta
Sistem Kasta adalah berpunca dari Bhagavad Gita yang menyatakan:
• Pekerjaan-pekerjaan kaum Brahmin, Ksatriya, Vaishya, dan Sudras adalah berbeza, harmoni dengan tiga kuasa yang berkaitan dengan kelahiran mereka.
• Peranan kaum Brahmin adalah keamanan; harmoni, austerity, dan kesucian; kecintaan-kemaafan dan peribadi yang murni; berwawasan, berhikmah dan berkepercayaan.
• Peranan kaum Ksatriya: minda seorang perwira, berdarah panas, constancy, resourcefulness, berani dalam perang, pemurah dan seorang pemimpin yang baik.
• Perdagangan, pertanian dan membela kerbau ialah pekerjaan kaum Vaishya. Dan kerja kaum Shudra pula ialah untuk memberi perkhidmatan.

Bhagavad Gita
(bahasa Sanskerta:) ialah sebahagian yang terdiri daripada 701 rangkap dalam puisi epik Mahabharata (Bhishma Parva bab 23 – 40), dan yang telah dihormati sebagai teks suci falsafah Hindu. Nama 'Bhagavad Gita' bermaksud "lagu tuhan", dan Bhagavat merupakan gelaran Krishna.
Biasa dirujuk dengan mudah sebagai Gita, isi buku ini adalah satu dialog antara Krishna dengan Arjuna yang diadakan di medan pertempuran Kurukshetra, tidak lama sebelum permulaan perang kemuncak. Dalam dialog ini, Krishna adalah pembicara utama yang menguraikan ajaran-ajaran falsafahnya kepada Arjuna yang menjadi pendengarnya. Dalam perbualan itu, Krishna mengisytiharkan bahawa beliau adalah Tuhan pada dirinya (Bhagavan) dan atas permintaan Arjuna, menunjukkan bentuk ketuhanannya yang diperihalkan sebagai keabadian. Pertunjukan itu menyebabkan Arjuna berasa kagum.
Perbualan antara Krishna dengan Arjuna meringkaskan sebilangan falsafah Yoga dan Vedanta, serta menerangkan maksud dan tujuan kehidupan dan kewujudan. Bhagavad Gita merujuk kepada diri sendiri sebagai 'Upanishad', dan kekadang dipanggil Gītopanişad. Sedangkan buku ini dianggap sebagai teks Smṛiti berdasarkan alasan-alasan teknik, Bhagavad Gita telah betul-betul mencapai status sebagai śruti, atau wahyu.
Penulis Bhagavad Gita tidaklah dikenal, tetapi apa yang jelas ialah penulisnya bukanlah Vyasa yang dikatakan penggubah Mahabharata. Apa yang boleh dikatakan mengenai penulis Bhagavad Gita adalah bahawa beliau pasti seorang Brahmin dan pemuja Vishnu. Selain itu, penulis ini seorang ahli falsafah yang sangat pandai dan besar daya khayalannya.
Bhagavad Gita ini dikatakan mendapat pengaruh daripada saddarsana, iaitu enam aliran Hinduisme, terutamanya daripada aliran Samkhya, Yoga dan Wedanta. Tarikh Bhagavad Gita ditulis tidak dapat dipastikan dengan tepat tetapi kebanyakan ahli sejarah bertarikhnya di lingkungan 50 SM - 500 SM. Bagaimanapun, terdapat banyak perdebatan terhadap perkara ini. Berdasarkan perbezaan dalam gaya puisi dan pengaruh luar seperti Sutra Yoga oleh Patanjali, sesetengah cendekiawan telah menyatakan bahawa Bhagavad Gita telah ditambahkan kepada Mahabharata pada masa yang amat lewat. [1] Bagaimanapun, terdapat teori-teori lain yang menetapkan peristiwa-peristwa yang disebut dalam Mahabharata bahawa Gita ditulis pada sekitar 5561 SM, berdasarkan penghitungan astronomi.

No comments:
Post a Comment