Wednesday 15 October 2008

KELENTONG ANWAR -berita dari Kelab Maya Umno


Semalam berlangsungnya sidang Parlimen setelah ianya berehat pada bulan Ramadhan yang lalu dan ketika itulah Parlimen menjadi hangat kerana ianya merupakan salah satu senjata Anwar Ibrahim yang kononnya mahu menggunakan Parlimen bagi mengulingkan kerajaan. Sidang khas juga dialunkan oleh Anwar bagi meyakinkan penyokong mereka bahawa kerajaan baru PR dapat ditubuhkan.

Namun semalam tidak langsung terkeluar dari mulut Anwar untuk medesak agar sidang khas mahupun undi tidak percaya kepada Perdana Menteri. Alasan baru pula dikeluarkan yang kononya ianya tidak guna dilakukan kerana Perdana Menteri sudah digulingkan oleh ahli UMNO. Apakah Anwar tidak faham atau sengaja memperbodohkan penyokong beliau, Perdana Menteri Malaysia ketika ini masih Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan beliau tidak digulingkan. Beliau hanya mengundur diri pada bulan Mac ini.
Inilah Anwar Ibrahim. Beliau akan menipu secara maksimum untuk meraih sokongan penyokong beliau, keyataan terbaru beliau agak kendur apabila berkata “Manusia boleh merancang, Allah yang menentukan. Mereka yang senang dengan kekuasaan yang melimpah ruah sukar nak terima kenyataan.” Hari ini Anwar mempercayai kadaq dan kadar, sedangkan sebelum ini beliau dengan angkuhnya mengatakan bahawa 16 Sept beliau akan menjadi Perdana menteri.
Mungkin Anwar telah menerima hakikat bahawa Allah SWT tidak memberikan beliau keizinan untuk menjadi Perdana Menteri. Allah SWT juga telah merentap kerusi berkenaan ketika beliau berada begitu hampir untuk menduduki kerusi pertama berkenaan.
Sementara itu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tarikh baru yang diumumkan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan baru sebelum Hari Raya Aidiladha Disember ini sebagai satu kenyataan yang tidak boleh diterima dan mengarut. “Pembangkang selalu bercakap untuk ambil alih kuasa, tapi mereka tak pernah berjaya,”
Tegas Abdullah, pihak pembangkang akan terus bercakap mengenai matlamat mereka untuk mengambil alih kerajaan kerana melaluinya mereka dapat menarik minat masyarakat. “Inilah caranya untuk mereka menarik
minat orang ramai supaya percayakan mereka,” katanya.

No comments: