Thursday, 25 September 2008

Mesyuarat Khas MT esok -yang di tunggu-tunggu (sumber dari Blog Ruhanie Ahmad)


Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan mengadakan satu mesyuarat khas di Ibupejabat UMNO, di Kuala Lumpur, mulai 10.00 pagi esok, 26 September 2008, dipercayai untuk membincangkan beberapa agenda penting membabitkan formula peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Maklumat di atas disahkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi satu berita Bernama di Kuala Lumpur hari ini. Bagaimanapun Najib tidak menghuraikan agenda bagi nesyuarat berkenaan.

Sumber-sumber UMNO menjangka terdapat tiga kemungkinan utama yang menyebabkan mesyuarat khas itu diadakan.

Pertama, untuk membincangkan cadangan Abdullah supaya persidangan perwakilan bahagian-bahagian UMNO mulai 10 Oktober 2008 ini ditunda kepada satu tarikh yang akan dipersetujui oleh MT. Ini bermakna Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada Disember 2008 ini juga kemungkinan besar akan ditunda.

Cadangan ini dipercayai adalah antara perkara yang diputuskan oleh sekumpulan ketua perhubungan UMNO negeri yang bermesyuarat dengan Abdullah di Seri Perdana, Putrajaya, daripada jam 1.00 hingga 3.00 pagi, dua tiga hari yang lalu.

Kedua, mesyuarat khas MT ini diadakan mungkin bagi membolehkan Abdullah mengumumkan kepada MT akan cadangannya untuk mengundurkan diri daripada UMNO dalam tempoh terdekat.

Jika perkara dibincangkan, Abdullah dijangka menyatakan persetujuannya mengundurkan diri sebagai Presiden UMNO tetapi mahu terus jadi Perdana Menteri sehingga suatu tempoh tertentu.

Ketiga, jika kedua-dua kemungkinan di atas tidak dibincangkan, Abdullah dijangka menyampaikan hasratnya untuk mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti tahun ini.

Jika agenda inilah yang dibincangkan maka persidangan perwakilan bahagian-bahagian dan PAU Disember ini mungkin tidak akan ditunda.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini ditanya oleh media akan ura-ura penundaan perwakilan bahagian dan PAU.

Menurut Utusan Malaysia, Mahyuddin menegaskan, beliau tidak pasti sama ada PAU yang dijadualkan Disember ini akan ditunda ke tahun depan.

“Saya tidak begitu tahu tentang cadangan (tunda) itu, tetapi yang jelasnya, ini satu perkara penting. Jadi saya tak dapat nak komen pada masa ini,” katanya.

Apa pun, kesahihan seluruh spekulasi di atas akan diketahui esok. Kita nantilah dengan doa dan harapan semoga sesuatu yang positif demi agama, bangsa dan tanahair akan diputuskan dalam mesyuarat khas MT itu. KEPADA ALLAH BERSERAH! – Ruhanie Ahmad

Monday, 22 September 2008

Pelan Peralihan dipercepatkan. Betul ke?



Ada rumours mengatakan Abdullah akan mempercepatkan pelan peralihan kerana beliau takut sekiranya tidak mendapat korum yang mencukupi untuk mempertahankan jawatan Presiden Umno.
Bayangkan sekiranya mulai Oktober ini, semua bahagian akan bermeyuarat dan mencadangkan calon-calon yang akan bertanding...apa akan jadi sekiranya Abdullah tidak tersenarai langsung...malu jugak....so..atas nasihat ahli-ahli MT...Pak Lah mungkin berundur awal...dan dinamakan pengunduran cara terhormat..tetapi ini hanya spekulasi saja dan sudah tentulah batalion-batalion Pak Lah akan kecewa sekiranya beliau menerima nasihat tersebut..

Walaubagaimanapun...kita tunggu dan lihat....mungkin Aidilfitri ini kita akan beroleh keceriaan....

Thursday, 18 September 2008

Bila Ego dan Pak Turut Bersatu

Sedih aku bila dengar keputusan MT Umno....selamba je Tengku Adnan kata tak terima permohonan kemasukan semula Tun M. Mengapa le ego sangat pemimpin-pemimpin tertinggi Umno ni...yang ahli lain tu....di luar meeting ...bukan main lagi....dalam meeting senyap je....kena mandrem agaknya....Gaya Nazri Aziz cakap pun kita dah tau.....dia kata apabila Presiden sampaikan...takde pun yang bantah...semua 'enggih' je....

Tolong lah....selamatkan lah UMNO.....Terima lah kemasukan Tun Dr M....jika kemasukan Ezam disambut dengan karpet merah tetapi kemasukan Tun M mengapa dipandang sepi???

Wednesday, 17 September 2008

Mukhriz cadang Mahathir sebagai Penasihat UMNO

Assalamualaikum

aku amat menyokong 100% cadangan tersebut sebabnya dari dulu lagi aku dah kata apa salahnya lantik Tun M sebagai penasihat umno ataupun penasihat kerajaan pun ok juga. Bukannya apa, secara tidak langsung dapat meneruskan lagi kesinambungan daripada pemimpin terdahulu, Ini tidak...dipinggirkan terus. Kadangkala aku terfikir walau setinggi mana pun duduknya pemimpin tertinggi kita ini kadangkala otak mereka tak lah hebat sangat. Aku yang cikai ni pun boleh terfikir perkara ini. Aku nak bersuara tapi sejauh mana le suara aku ini.

Syabas Muhyiddin dan Mukhriz, diharapkan MT nanti terima le cadangan ini. Seruan kepada semua ahli MT ....anda dilantik setelah mendapat kepercayaan perwakilan so..jalankan tanggungjawab anda....jangan hanya diam tanda setuju tetapi dalam hati memberontak....

ok sekian dulu....

Tuesday, 16 September 2008

KAN AKU DAH KATA...MEMBAZIR JE

Setelah kita asyik dimomokkan tentang rancangan peralihan kerajaan sekarang dah terbukti mat jenin dah nak terjatuh dari atas pokok kelapa. Dah le tu DSAI....toksah nak dikacau ahli-ahli MP ni. Kalau betul le gentleman..apa kita bertarung di gelanggang sebenar nanti. Tak lama...3 tahun je lagi. Tunggu Pilihanraya ke 13.

Rakyat pun aku harap ramai le yang dah mula sedar, dah le tu toksah ikut sangat...kalau pun kau ikut bukan dapat apa pun...sikit-sikit kalau tak puas hati...berarak...berarak....aku rasa baik teruskan kerja...baru tu produktiviti tinggi.

Walaubagaimanapun..aku tetap berdoa supaya kerajaan yang sedia ada ini akan tetap kekal selama-lamanya dan UMNO akan tetap utuh dalam memperjuangkan kedaulatan Melayu bak kata Hang Tuah...Takkan Melayu Hilang diDunia.....

Monday, 15 September 2008

16 September dan 18 September

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa ada pada kedua-dua tarikh tersebut. nak katakan tarikh hari raya puasa, puasa baru masuk pertengahan bulan (bagi yang berpuasa ler). Jadinya untuk apa tarikh tersebut ; 16 september - kalau tak silap saya rujuk subjek Sejarah Malaysia merupakan tarikh pembentukan malaysia, iaitu kemasukan sabah dan sarawak ke dalam malaysia. tapi tu berlaku dalam tahun 1963. tapi bagaimana dengan 16 September 2008. adakah seperti yang di ura-urakan akan berlaku....tarikh pembentukan kerajaan baru...yang di pelopori oleh orang-orang yang telah taksub dan sanggup membiarkan negara tercinta dalam keadaan tidak menentu dengan asyik menimbulkan propaganda sahaja.....atau hanya angan-angan mat jenin kot....
bagaimana pula dengan tarikh 18 September...dengar kata akan ada MT Umno akan bersidang untuk membincangkan pelan peralihan kuasa dan juga tindakan kepada TS Muhyiddin. Jika betullah andaian saya bulan Disember ini akan ada pertandingan yang sihat untuk jawatan presiden UMNO. Jika terjadi syabas diucapkan kerana para ahli MT sedia mendengar pandangan dari akar umbi.
Walaubagaimanapun salute saya kepada TS Muhyidin kerana beliau berani kerana benar...macam pahlawan Panglima Mat Berani di Brohol Pagoh dalam mempertahankan Pagoh dari Portugis (walaupun namanya tidak terpahat dalam buku sejarah tapi orang pagoh tetap mengenang beliau)

keluarga 74

aku tertarik hendak memulakan blog ini kerana terpanggil dengan dakyah-dakyah yang kadangkala merisaukan diriku dan juga anak bangsa ku kemudian hari kelak. Aku ingat betapa susahnya abah aku dulu semasa ingin membesarkan anak-anaknya, dengan gaji cikgu sekolah rendah yang hanya RM1,000 dan emak aku suri rumah saja dan abg long aku di Uitm, aku di UKM, uda di Uitm, ayu di UM, dan juga ani dan ariff yang masih bersekolah, tapi abah aku mampu menyara kami sehingga berjaya di menara gading dan Alhamdulillah 4 daripadanya telah pun bekerja.
Terus terang aku katakan Umno lah yang banyak membantu kami sekeluaga, kerana perjuangan abah aku selaku Ketua Cawangan adalah perjuangan yang sejati tanpa berkepentingan. Aku sangat menyanjung abah aku.