Monday 15 September 2008

16 September dan 18 September

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa ada pada kedua-dua tarikh tersebut. nak katakan tarikh hari raya puasa, puasa baru masuk pertengahan bulan (bagi yang berpuasa ler). Jadinya untuk apa tarikh tersebut ; 16 september - kalau tak silap saya rujuk subjek Sejarah Malaysia merupakan tarikh pembentukan malaysia, iaitu kemasukan sabah dan sarawak ke dalam malaysia. tapi tu berlaku dalam tahun 1963. tapi bagaimana dengan 16 September 2008. adakah seperti yang di ura-urakan akan berlaku....tarikh pembentukan kerajaan baru...yang di pelopori oleh orang-orang yang telah taksub dan sanggup membiarkan negara tercinta dalam keadaan tidak menentu dengan asyik menimbulkan propaganda sahaja.....atau hanya angan-angan mat jenin kot....
bagaimana pula dengan tarikh 18 September...dengar kata akan ada MT Umno akan bersidang untuk membincangkan pelan peralihan kuasa dan juga tindakan kepada TS Muhyiddin. Jika betullah andaian saya bulan Disember ini akan ada pertandingan yang sihat untuk jawatan presiden UMNO. Jika terjadi syabas diucapkan kerana para ahli MT sedia mendengar pandangan dari akar umbi.
Walaubagaimanapun salute saya kepada TS Muhyidin kerana beliau berani kerana benar...macam pahlawan Panglima Mat Berani di Brohol Pagoh dalam mempertahankan Pagoh dari Portugis (walaupun namanya tidak terpahat dalam buku sejarah tapi orang pagoh tetap mengenang beliau)

No comments: