berita dari sumber website malayatigers.com
Khabar gembira buat peminat bola sepak Malaysia apabila penyerang sensasi negara, Mohd Safee Mohd Sali diburu kelab dari Jerman. Berita gembira ini disahkan sendiri oleh Safee Sali apabila ditemuramah wartawan semalam.
Pemain berbadan tegap tersebut sebelum ini telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain Malaysia pertama yang bermain di Liga Super Indonesia kini dirisik pula kelab dari Bundesliga Jerman setelah menyaksikan prestasi cemerlangnya sejak kebelakangan ini terutamanya ketika membantu skuad negara menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 Disember tahun lalu dan perlawanan kelayakan Piala Dunia.Walaubagaimanapun Safee tidak menyatakan kelab manakah yang merisik beliau kerana menyatakan ianya masih diperingkat awal.
“Tawaran ini datang tepat pada masanya. Mungkin ini adalah betul-betul tawaran yang mahukan khidmat saya. Tawaran ini mungkin datang selepas saya menyertai skuad Malaysia menentang Singapura. Saya terkejut dengan panggilan ini, walaupun belum mendapat tawaran rasmi,” jelas Safee Sali.Safee juga tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai tawaran tersebut kerana ia masih diperingkat awal perbincangan.
“Saya hanya mendapat khabar dari sana tetapi saya belum mendapat pengesahan jelas. Jadi saya tidak boleh komen terlalu banyak,” katanya.
Komen OBP;
No comments:
Post a Comment