Monday 20 December 2010

SKRIP LAMA SUKAN SEA 2010 AKAN BERULANG :


Seperti yang di duga, Malaysia akan bertemu Indonesia dalam aksi final nanti. Sudah tentulah pelbagai andaian daripada sesetengah pihak berkaitan perlawanan ini. 26 disember di Bukit Jalil dan 28 disember di Jakarta nanti.
Kepedihan dibelasah 5-1 dalam aksi peringkat kumpulan tempohari wajib disingkir oleh setiap pahlawan-pahlawan Malaysia nanti, sudah tentulah sokongan lebih 50,000 penonton akan membanjiri Bukit Jalil nanti, syabas.
Tapi aku tak berapa respect dngn skuad Indonesia ini walaupun memiliki rakyat hampir billion orang tetpai masih menggunakan tenaga import dari Uruguay iaitu Cristian Gonzales untuk mewakili skuad Indonesia, dah takde ke lagi rakyat anda yang mempunyai kepakaran bermain bolasepak...syabas kepada skuad negara, ke semuanya adalah anak watan Malaysia...baik daripada goalkeeper, midfield, striker, rezab dan juga coach Rajagopal...ke semuanya mempunyai mykad...hehe....aku rasa budak pembancuh air pun orang malaysia juga tu...
So....tahniah sekali lagi kepada skuad Malaysia kerana telah membuktikan walaupun kita turun tanpa tenaga import, kita masih mampu melangkah ke final...cuma kekadang aku rasa skuad kita ni macam hero Hindustan laa...lambat panas...selalu kalah dulu...then baru tu menyengat...masih ingatkah kita...semasa di sukan sea dahulu...kita tewas kepada Vietnam di peringkat kumpulan dgn jaringan yang agak besar juga...dan kita perlu menewaskan Thailand untuk layak ke semifinal..ibarat hidup atau mati...tetapi skuad ini berjaya membuktikan dan sehingga lah kita berjaya ke final dan seterusnya bertemu semula dengan Vietnam....akhirnya skuad Vietnam yang menewaskan kita di peringkat kumpulan tertunduk kaku di tangan skuad Malaysia dengan jaringan 1-0...seterusnya kita di nobatkan sebagai Jaguh Sukan SEA 2010.
Diharapkan skrip sama ini...akan berulang di dalam piala AFF suzuki ini....aku merasakan Malaysia akan menjuarai piala AFF ini...sama-samalah kita rakyat Malaysia mendoakan kemenangan ini...

No comments: