Tuesday 21 December 2010

A NEW LOOK FOR JCA74


Nahhh...ini dia gambar terbaru kereta kesayangan keluarga aku...Proton Saga 1.5cc setelah di touch up oleh abang Long aku...setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat Abg Long kerana telah mengeluarkan wangnya sendiri untuk mengekalkan sentimental value ke atas kereta ini.
Banyak sungguh jasa kereta ini...biar aku cerita sikit;
1. Ini merupakan kereta pertama baru yang dibeli oleh ayahanda setelah hampir beberapa tahun beliau hanya mampu membeli kereta second hand...mak ada cerita yang semasa nak beli kereta ini, abah risau kerana cukup ke duit saku nanti...maklumlah nak menanggung keluarga yang terdiri daripada abg long, aku, uda, ayu, ani dan ariff...mak kuatkan juga semangat abah kerana kata mak pada abah...cukuplah dengan kereta 2nd hand sebelum ni...setiap bulan keluar duit juga...rosak mcm2...so...abah kuatkan semangat dan membeli kereta JCA74.
2. Pemilihan no 74 - abah memilih no ini kerana kata abah no ni adalah sempena tahun 1974, kerana pada tahun itu lah abah merasa diri betul-betul kehilangan....arwah atok jantan meninggal dalam tahun itu dan pelbagai macam dugaan.
3. Untuk pengetahuan semua, abah aku pernah di offer untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti tetapi demi keluarga, abah tak menyahut seruan itu...so bayangkanlah kalau abah ke USM dulu...dah tentulah abah sekarang ni berjawatan besar...tetapi syukur...rezeki abah...turun kepada anak-anaknya.
4. Okay, berbalik kepada cerita kereta ni pulak, generasi kedua selepas abah..iaitu anak-anaknya pula menggunakan kereta ini...maklumlah kami ini bukanlah dari keluarga kaya seperti orang-orang zaman sekarang ini...anak baru belajar di universiti...dah belikan kereta...kami hanyalah mempunyai motor kapcai je semasa di universiti...itu pun beli daripada duit biasiswa atau pinjaman Mara...tapi abah top up juga kalau payment tak cukup...sungguh banyak jasa abah pada anak-anaknya.
5. Abang Long mula bekerja, so masa tu gaji abang long bukanlah besar maklumlah cuma auditor...cukup-cukup makan jer...sehinggakan abang long bekerja cuci kereta untuk menampung keperluan harian...semasa tu aku, uda, ayu masih belajar lagi...aku respect kat abang long ni...sebab memang dia abang yang betul-betul menjaga keluarga..bayangkan semasa dia bekerja di Johor Bahru dulu..aku pernah pergi umah sewanya...kesian aku tengok....memang abang long ni benar-benar menyembunyikan kesusahannya kpd mak abah...kerana beliau taknak menyusahkan mereka....
sedih pulak nak sambung cerita ni...tunggu edisi berikutnya lah nanti.......

No comments: