Monday 7 September 2009

SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL....HATI-HATI UMNO


Nampak gayanya satu lagi pilihanraya kat Port Dickson...aku ingat lagi lagu Poei Pokan dari Blues Gang.....Batu Ompek...Tolok Komang....Tompek orang...mandi...mando....haaa....itu lagu blues tu....tapi aku bukan nak cakap pasal lagu blues gang ni...aku nak story sikit pasal pilihanraya kecil yang bakal diadakan ini..kepada umno...ingat sejarah lalu...pastikan calon tu sesuai jangan main tangkap muat je...tapi aku ada terdengar le yang mungkin Tan Sri Isa Samad..nak buat come back...iye ke...hehe...hebat juga tu...
Khabar angin bertiup kencang pulak menyatakan amat susah untuk Mohd Hassan selaku MB nak menyatukan orang Umno kek Nogori Sombilan ni....payah bonar...
apa-apahal..kita tunggu dan lihat nanti...

eh...aku hampir terpula nak ngucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam...

2 comments:

Pok Su said...

Dengo cite TPM pening kepala nak pilih calun. UMNO Bahagian Teluk Kemang hanya calunkan satu nama (ketua bahagian TS Isa Samad) sahaja. MB, Ketua Perhubungan Negeri pulak tu kata akan jadi 'posmen' jer untuk me'forward'kan siapa saje yang dicalunkan oleh Bahagian. Atas latar belakang rekod calun ni yg lepas-lepas, agak tinggi risikonya bagi BN klw dicalunkan. Tak hairanlah klw TPM kini mintak sekurang-kurangnya 3 nama calun untuk dicadangkan.
Dalam PRU 12 lepas BN hanya menang atas tiket undi pos. Itu pun BN cuma dapat 75% daripadanya. Lagi pun 30% pengundi adalah bukan Melayu. Dengan apa yang berlaku sekarang dengan krisis dalaman MCA dan MIC serta episod 'kepala lembu' di Shah Alam baru-baru ini agak goyah BN klw tidak berhati-hati dalam memilih calun yang betul-betul bersih dari masalah integriti (saperti yang berlaku di PRK Permatang Pasir baru-baru ini). Hendaknya jangan ambil mudah selera pengundi sekarang ini yang lebih matang dan lebih terdedah dengan informasi. Lebih lebih lagi jangan sekalikali ambil mudah pengundi pos (tentera) yang kini tahu hak mereka untuk memilih calun yang terbaik untuk rakyat umumnya. TPM perlu membuat keputusan sama ada mahu menang pilihanraya atau mahu jaga politik dalaman UMNO. TPM perlu berani membuat keputusan yang baik demi masa depan BN.

Oced budak Pagoh said...

pok usu....dengar crite pulak sedara kita ada tersenarai...kalau dapat nmpa gayanya..kena turun PD ler