Thursday 18 June 2009

MENGAPA LAH TUAN GURU NIK AZIZ ASYIK MENENTANG SAJA


Aku tak faham sungguh mengapa Nik Aziz berkeras sangat tak bersetuju pasal konsep Kerajaan Perpaduan yang di suarakan oleh Nasharudin dan juga di persetujui oleh Hadi Awang. Sebenarnya aku tabik hormat kepada dua tokoh Pas ini kerana mereka faham dan sedar berkaitan dengan keadaan yang berlaku sejak akhir-akhir ini kerana dapat dilihat melayu sudah semakin hilang kuasa, dan aku masih ingat lagi kenyataan Hj Hadi seminggu selepas Pas berjaya menawan beberapa buah negeri di semenanjung “Umno bukannya lemah sebaliknya BN yang lemah kerana tidak mendapat sokongan parti komponen yang lain, dan beliau menyatakan supaya UMNO perlu berusaha untuk mneyakinkan rakyat kembali”. Maksudnya beliau faham iaitu perjuangan UMNO masih lagi diperlukan dalam membawa suara-suara orang melayu.
Tetapi dapat dilihat Mahaguru pulak yang tak bersetuju, asyik-asyik ungkit kisah lama iaitu zaman beliau masih lagi orang muda kerana dikatakan pada waktu tersebut umno telah menipu Pas, dan aku tertarik juga dengan kenyataan beliau baru-baru ini iaitu menyatakan bahawa idea untuk kerajaan perpaduan adalah bersifat idea individu bukannya mewakili semua ahli Pas…..wahai tuan mahaguru…mungkin ada juga orang dalam Pas juga yang menyatakan idea untuk menolak kerajaan perpaduan ini adalah idea individu bukannya mewakili semua ahli PAS.
Sehubungan dengan itu, wahai Nasharudin dan Hadi awing, teruskanlah niat murni anda demi untuk kesejahteraan kaum melayu…kerana bak kata Hang Tuah…”TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA’…

1 comment:

Teratak Cahaya said...

pandanumnodivision.blogspot.com

Saya tabik juga pada idea kerajaan perpaduan ini....sememangnya kalau PAS dan UMNO dapat bekerjasama, keutuhan umat Islam dan Melayu lebih hebat dan kuasa politik dan ekonomi juga turut meningkat.

Semoga Allah memelihara kita semua.
Hormatilah Tuan Guru..sebagai ulama.