Panglima Mat Berani adalah seorang panglima yang berkhidmat pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah, sultan Melaka ke-7 yang memerintah di antara 1488 - 1511.Panglima Mat Berani dikatakan antara panglima yang sama-sama berjuang menentang serangan Portugis di Melaka pada tahun 1511. Apabila tidak mampu lagi menahan serangan Portugis, sultan dan pengikutnya yang setia melarikan diri dengan kapal dan mudik melalui Sungai Muar.
Friday, 8 May 2009
SAH - DAP LAH DALANG DI SEBALIK TABIR KERAJAAN LAMA PERAK , MELAYU PKR BODOH HANYA IKUT TELUNJUK DAP
Walau apa apa pun akan diperkatakan oleh orang luar dan analisa yang akan dibuat oleh mana-mana pihak tentang insiden dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari Khamis...mereka yang berada dalam dewan DUN itu sejak 10 pagi hingga 4.10 petang, dapat melihat dengan mata kepala sendiri apa yang sebenarnya berlaku.
Kesimpulan yang dapat dibuat hanya satu - pembangkang khususnya DAP menunjukkan sikap kemuncak kepada kurang ajar.
Mereka bukan sahaja menjadikan DUN sebagai tempat menunjukkan budaya samseng dan ganas malah langsung tidak hormat dengan kehadiran Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah.
Belum pernah berlaku dalam sejarah di negara ini dimana seorang Raja Melayu diperlakukan sebegini rupa.
Baginda terpaksa menunggu lebih lima jam di sebuah bilik di DUN itu untuk menyampaikan titah perasmian sidang.
Lebih mengaibkan tidak jauh dari tempat baginda menunggu berlaku berdentam berdentum yang bermula gara-gara tindak tanduk Speaker V.Sivakumar dan kemudiannya disertai oleh para ADUN pembangkang.
Segalanya berlaku ketika baginda belum sempat lagi merasmikan sidang DUN itu.
Selain bertindak ganas menyerbu hingga masuk ke tempat duduk Ahli-Ahli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional (BN), ADUN DAP turut mengetuk-ngetuk meja memperotes perjalanan sidang.
Jelas sekali matlamat mereka semata-mata tidak mahu Raja Nazrin menyampaikan titah ucapan perasmian yang bermakna sidang DUN itu secara rasmi berlangsung.
Semua orang tahu jika sidang DUN ini tidak diadakan sehingga 13 Mei ini iaitu enam hari saja lagi DUN Perak perlu dibubarkan dan satu pilihanraya baru bagi negeri itu wajib diadakan.
Sebagai catatan sekurang-kurangnya satu sidang DUN wajib diadakan dalam tempoh masa enam bulan.
Makanya pembangkang mengunakan segala macam alasan dan muslihat untuk mengagalkan perasmian sidang DUN ini hingga tidak mempedulikan langsung kehadiran Raja Nazrin dalam bangunan DUN itu hingga kena menunggu lima jam.
Beberapa orang pemerhati dalam sidang DUN itu kedengaran berbisik sesama mereka, " ini belum lagi dapat memerintah satu negara...kalau dapat perintah bayang sendirilah".
Berikut adalah rentetan apa yang berlaku dalam DUN Perak sejak ketibaan Raja Muda Perak ke banguan SUK Perak:
5.30pm-Dr Zambry berkata apa yang berlaku dalam DUN Perak bukti keganasan dan kezaliman kumpulan minoriti yang cuba menafikan hak BN yang kuasai majoriti.
5.25pm-Dr Zambry berkata pihaknya akan kaji semua aspek terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pembangkang. “Mereka yang serang ADUN BN dulu,” katanya.
5.21pm-Menteri Besar, Dr Zambry kesal pembangkang bertindak biadap dan kurang ajar dalam Dewan. Mereka menggunakan undang-undang rimba dan tidak hormat peraturan, katanya.
4.13pm-Sidang DUN selesai. Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ngeh Koo Ham terus berjumpa media. Sivakumar pula masuk balik ke dalam Dewan.
4.09pm-Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry bentangkan usul agar sidang DUN ditangguh. Usul diluluskan walaupun ADUN DAP cuba menghalangnya. Spekaer kemudiannya menangguhkan sidang DUN ditangguh ke satu tarikh yang akan ditetap kelak.
3.52pm-Raja Mudam Raja Dr Nazrin Shah selesai menyampaikan titah perasmian. Baginda mengakhiri titah dengan minta semua pihak mengambil iktibar daripada sejarah bagi memastikan negeri terus aman dan stabil.
3.29pm- Walaupun terpaksa menunggu lebih lima jam ekoran kekeochan yang dimulakan oleh ADUN DAP, Raja Nazrin Shah tidak terganggu. Baginda terus menyampaikan titah perasmian yang menyentuh isu-isu yang serius seperti ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat serta keyakinan baginda terhadap kemampuan kerajaan negeri melaksanakan agenda berkenaan.
3.17pm- Raja Dr Nazrin Shah masuk ke dalam Dewan. Datuk Seri Nizar terus sembah mengadu bahawa Sivakumar dibawa keluar. Raja Dr Nazrin menitahkan Nizar dan Ngeh mengadap baginda di di pentas diraja dan menititahkan sesuatu. Sejurus kemudian, Nizar meminta sebahagian ADUN pembangkang yang berdiri di tengah Dewan duduk kembali.
3.07pm-Suasana dalam DUN diam seketika apabila Speaker menangguhkan sidang kerana pergi menjemput Raja Muda untuk masuk ke Dewan. ADUN DAP masih berdiri tengah Dewan sebagai tanda protes.
3.03pm-Sidang DUN diteruskan. Usul aturan mesyuarat agar Raja Muda merasmikan sidang diluluskan. ADUN DAP terus berdiri sambil mengetuk meja tanda bantahan. Dua ADUN DAP diarah keluar Dewan.
2.58pm- Suasana dalam Dewan tegang semula apabila Speaker baru mengambil tempat Speaker. ADUN DAP cuba menarik Ganesan. Ganesan meneruskan persidangan dengan Menteri Besar membentangkan usul aturan mesyuarat.
2.52pm- Suasana agak tenang sedikit. Beerapaa ADUN DAPberjumpa dengan Datuk Seri Dr Zambry yang kelihatan tenang saja melayani mereka. Pada masa yang sama Speaker baru D R. Ganesan telah mengambil tempat duduk rasmi Sepaker.
2.44pm- Sivakumar telah dibawa keluar Dewan oleh petugas. Beliau diangkat setelah enggan mematuhi arahan Speaker baru agar beliau keluar Dewan. Keadaan menjadi begitu tegang.
2.37pm- Bergelut. ADUN DAP bergelut dengan Bentara Dewan yang mahu melaksanakan arahan Speaker baru menggantung Sivakumar setelah usul dilulus 31 ADUN.
2.30pm- Suasana bertukar, ADUN BN yang sebelum ini mendiamkan diri beramai-ramai bangun hendak membawa Sivakumar keluar. ADUN DAP segera membuat kepungan di keliling meja Sivakumar bagi halang cubaan ADUN BN.
2.25pm -Makin ganas. Selepas cuba halau Speaker baru, ADUN DAP jerit halau polis yang cuba kawal keadaan dalam Dewan.
2.22pm -Sidang DUN disambung semula dengan keadaan lebih tegang. Provokasi ADUN DAP serbu tempat duduk BN cetus pergaduhan. Polis terpaksa campurtangan.
12.58pm - Speaker R. Ganesan menangguhkan sidang selama satu jam lagi ekoran kekecohan. Apa yang menghairankan walaupun tidak mengiktiraf Ganesan tapi pembangkang akur sidang ditangguh.
12.45pm-Masih kecoh. Kira-kira 15 ADUN DAP kini kepung Ganesan di blok kerusi ADUN BN. Mereka mahu Ganesan keluar. ADUN BN tetap tidak berganjak dan dengan tenang duduk di tempat masing-masing.
12.30pm- Sebaik Speaker baru Datuk R. Ganesan hendak memulakan sidang, 5 ADUN DAP serbu Ganesan dan halang beliau daripada memulakan sidang. ADUN BN cuba leraikan. Berlaku tolak menolak.
12.14pm- Sidang masih rehat. Sivakumar duduk di tempatnya tetapi akur dengan perinntah Speaker baru dan beliau tidak cuba untuk mulakan sidang pun.
11.20am-Speaker baru Datuk R. Ganesan menangguhkan sidang satu jam. Menariknya semua ADUN tak keluar dan duduk di tempat masing-masing. Raja Nazrin Shah masih di bilik menunggu.
11.13am-Speaker baru Datuk R. Ganesan teruskan sidang sambil berdiri sambil dikelilingi oleh ADUN BN. Sivakumar tetap di kerusinya dan hanya melihat perjalanan sidang.
11.03am-ADUN BN dan 3 ADUN Bebas lulus usul lantik Ganesan sebagai Speaker. Ganesan kemudiannya angkat sumpah dan dipakaikan jubah rasmi Speaker. Sidang terus kecoh. Sivakumar tetap duduk di meja.
10.52am-Masih kecoh. Kini berlaku sidang dalam sidang bila Timbalan Speaker Hee Yit Fong mengendalikan sidang dan Dr Zambry bentang usul pecat Sivakumar.
10.29am- Dr Zambry bentang usul pecat Sivakumar. Speaker V. sivakumar tidak mengendahkannya dan berkata, usul itu tidak sah sebab Dr Zambry dah digantung dan tidak akan terus sidang selagi Dr Zambry, enam Exconya dan tiga ADUN Bebas tidak keluar Dewan.
10.18am- Sehingga 10.15 masih kecoh. Speaker suruh 10 orang ADUN BN dan Bebas keluar Dewan. Menteri Besar memberikan penjelasan tentang keputusan Mahkamah Persekutuan yang putuskan pengantungan mereka tidak sah dan terbatal. ADUN BN tak berganjak. Raja Nazrin masih di bilik menunggu.
10.09am- Dah mula kecoh. Sivakumar arah Dr Zambry, 6 Exco dan 3 ADUN Bebas keluar Dewan dan tidak akan mula sidang. Raja Muda masih belum rasmi.
9.37am-MB Perak DS Dr Zambry Kadir tiba jam 9.25 dan tepat 9.30 Raja Muda Perak tiba untuk upacara perasmian DUN Perak dan kini sedang melakukan pemeriksaan perbarisan keselamatan.
9.24am-Speaker V Sivakumar tiba jam 9.15 SUK Perak D Abd Rahman sambut beliau dan tanya 'macam mana hari ini" Siva jawab "yang terbaik untuk rakyat".
8.59am-Setakat ini kira-kira 10 orang penyokong pembangkang termasuk termasuk Zuraida sudah ditahan kerana cuba masuk ke bangunan SUK Ipoh.
8.49am- Ahli Parlimen Ampang Jaya (PKR) Zuraida Kamaruddin ditahan polis di pintu masuk bangunan SUK kerana cuba menyusup masuk. Dia diminta beredar tetapi dia degil dan lawan arahan polis. Sehingga 8.45 suasana sekitar SUK terkawal dan semua ADUN kini sedang menunggu ketibaan Raja Muda Perak. - 7/5/2009
DI PETIK DARI AGENDA DAILY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
penipu..
Post a Comment