Monday, 4 May 2009

MUHYIDDIN BALIK PAGOH


Hari Sabtu yang lalu 2 Mei 2009 saya berkesempatan balik ke kampung Pagoh untuk bersama-sama dengan warga Pagoh dalam meraikan kepulangan Tan Sri Muhyiddin selaku TPM dan juga Ahli Parlimen Pagoh. Bersungguh-sungguh orang Pagoh dalam menyambut pahlawan mereka yang ketika ini merupakan orang no 2 di Malaysia. Syabas dan tahniah.
Jika kita renungi orang –orang kampung ini yang sanggup berpanas selama 3 jam semata-mata untuk bersalam dan bersua muka dengan pemimpin yang mereka sanjungi ini, tapi yang menyedihkan kebanyakan mereka terdiri daripada golongan-golongan tua, termasuk juga bonda saya yang amat bersemangat yang telah bersiap sejak dari pukul 8 pagi lagi dan mengumpul rakan-rakan nya termasuk Mak Itam, Kak Che ah dan Makcik Tuminah bersama –sama berkumpul di Dataran Kompleks Sukan Pagoh semata-mata untuk meraikan upacara ini. Begitu tingginya harapan mereka walaupun kadangkala kita merasakan entah kenal atau tidak Tan Sri M kepada mereka ini, tetapi semangat mereka itulah yang bakal kita golongan muda ini contohi, iaitu semangat menghormati pemimpin. Ke mana hilangnya orang-orang muda, yang sekarang ini telah kaya berkereta besar rumah besar dan segalanya besar-besar belaka, tidak kah anda semua bersyukur dengan nikmat yang telah dilimpah kurniakan hasil dari perjuangan orang-orang terdahulu, Jangan kita hanya pandai berkata-kata sahaja tetapi tiada sebarang noktah yang terjawab.
Malu juga saya apabila sampai saja di dewan kemudian melihat bonda dan rakan-rakan berpeluh-peluh menunggu ketibaan pemimpin mereka, sebaliknya saya berteduh di khemah besar yang telah disediakan, jika dibandingkan dengan umur saya dan kudrat saya tentulah saya lebih mampu untuk berdiri di tengah-tengah padang tersebut bersama-sama dengan mereka. Itu lah yang dikatakan semangat perjuangan orang lama memang tidak dapat di nilai dengan wang ringgit, sebaliknya bonda dan rakan-rakan hanya berkesempatan untuk menjamu selera dengan ribuan orang ramai. Itu pun puas beratur untuk mengambil hidangan. Tidak seperti lapis muda ketika ini setiap yang dilakukan mengharapkan balasan wang ringgit, cuba katakan sekiranya setiap yang berhimpun tersebut di beri RM50 sudah tentulah ramai orang-orang muda yang sanggup untuk berkumpul kerana mengharapkan ganjaran tersebut, tetapi ke mana semangat ‘patriotik’ mereka jika setiap yang dilakukan mengharapkan balasan saja. Sikap seperti inilah yang semakin menular di kalangan setiap individu generasi sekarang.
Berbalik kepada lawatan TPM tersebut, di sini saya tertarik dengan cadangan beliau iaitu untuk menubuhkan bank idea , terpanggil dengan cadangan tersebut, saya menggariskan beberapa perkara ;
1. Majukan industri pelancongan di Pagoh kerana kita semua maklum bahawa Pagoh merupakan Bandar sungai suatu ketika dahulu iaitu terdapatnya sungai yang mengalir dari Bandar Muar sehingga lah ke Bukit Kepong. Saya mencadangkan supaya ia di majukan dan dijadikan pusat untuk tarikan pelancong yang ingin memudiki sungai Muar sehinggalah ke Bukit Kepong, singgah sebentar di Jeti Brohol untuk melihat kubu terakhir Sultan Melaka semasa Portugis menyerang (tidak ramai yang mengetahui sejarah ini iaitu Pagoh merupakan kubu terakhir Sultan Melaka), saya juga menjangkakan akan ada pelancong yang ingin merasai suasana dahulu kala iaitu pergi ke Bandar Muar dengan menaiki bot iaitu pengangkutan air, asyik naik kereta saja apa salahnya sesekali kita cuba pula menaiki bot dari Pahoh ke Muar.
2. Jadikan Sekolah Sultan Alaudiin Riayat Syah 1 sebagai sekolah berasrama penuh. Saya rasa ini tidak mustahil untuk dilakukan memandangkan YAB TPM merupakan Menteri Pelajaran, dengan ini anak-anak Pagoh yang cemerlang berkesempatan untuk belajar di kampung halaman mereka tanpa perlu merantau jauh. Saya terkenang semasa dulu, abang long saya terpaksa merantau ke SEKOLAH Dauk Abdul Razak, Seremban semata-mata untuk memasuki asrama penuh dan saya pula merantau ke Kuala Pilah sehingga kan pakar bercakap loghat Nogori…hehe.

Walaupun nukilan saya ini mungkin tidak sampai ke meja YAB TPM tetapi sekurang-kurangnya kepada sesiapa yang membacanya dapatlah kiranya sama-sama berkongsi idea dan berdoa semoga Pagoh akan terus maju dan makmur……HIDUP PAGOH!!!!!!

2 comments:

paduka19 said...

hidup orang pagoh! hehe

Anonymous said...

hidup org muor.... yehhh, first time aku masuk sini. aku org muor skrg ni menetap di KL.

teruskan usaha anda.

JCQ9780