Thursday 16 April 2009

MELAYU DAN UMNO


Sejak dulu lagi Umno adalah sinonim dengan melayu. Parti yang berlatarbelakangkan orang melayu ini sangat kuat suaranya sehinggakan boleh dikatakan kerajaan Malaysia ini tulang belakangnya adalah UMNO dan tersiratnya iaitu melayu yang mendokongnya. Dan apabila keputusan di buat oleh kerajaan , tiada siapa pun dari parti komponen yang 'berani' menentang sebaliknya mereka akur kerana pada mereka kerana UMNO lah mereka boleh duduk semeja dalam kerajaan Malaysia.

tetapi sejak akhir-akhir ini, parti-parti komponen BN yang lain terutamanya MCA dan MIC di lihat semakin berani mencabar keputusan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan pimpinan kita, mengapa ia berlaku? kerana lemahnya kuasa melayu ketika ini. Siapa puncanya? siapa lagi jika bukan DS Anwar.

Jika di lihat kenyataan pemimpin Pas seperti Hadi Awang, terus terang saya katakan beliau lebih suka jika UMNO kuat kembali kerana beliau tahu hanya UMNO sahajalah yang mampu membentuk kerajaan dan sesungguhnya UMNO itu adalah orang melayu kita juga...so timban-timbangkanlah....

No comments: