Sunday, 1 February 2009

KEMELUT DI PERAK


Apa dah jadi di Perak?? Kemelut yang berlaku ;mengikut kronologi

1. Pak Tajol umumkan yang terdapat ADUN dari Pembangkang akan menyertai UMNO (pengumuman di buat dalam bulan November).tetapi pak tajol terlampau sangat mengharapkan ADUN PAS sebaliknya kenapa tidak menumpukan kepada ADUN PKR kerana kita tahu yang kebanyakan ADUN PKR ni goyah, itu lah kesilapan pertama tajol.

2. Dua ADUN PKR di dakwa rasuah dan sekiranya didapati bersalah dh tentu ler mereka akan kehilangan 2 kerusi ADUN secara tak langsung akan mengguggat kerajaan Pakatan, ini membimbangkan kerajaan pakatan.

3. Nasarudin keluar UMNO dan menyertai Pakatan,ini menggemparkan UMNO dan juga menggembirakan PKR, tetapi harus di ingat mengapa beliau berbuat demikian, mungkin kerana beliau malu kerana tewas semasa bertanding jawatan Ketua Bahagian,dan juga kecewa kerana tidak di lantik menjadi pengerusi felcra lagi dan juga adakah telah dijanjikan jawatan exco oleh kerajaan Perak.hehehe...

4. Baru-baru ini, tajol meletak jawatan dari Pengerusi Perhubungan UMNO Perak kerana merasakan beliau bertanggung jawab atas kemelut yang berlaku, 'respect' saya pada tajol kerana memang benar beliau lah yang bertanggungjawab ke atas kemelut ini, dan sepatutnya beliau perlu agresif dari awal lagi jangan hanya duduk diam sahaja, mengharapkan 'katak melompat' tetapi sebaliknya 'anak kanggaroo' yang melompat keluar dari sarung ibu nya. Dah tentu ler ramai lagi pemimpin yang boleh d ketengah kan dalam urusan supaya memperkuatka UMNO Perak ini, Zahid Hamidi ada, Zambri ada, Raja Ahmad ada. Dan perlantikan Najib sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak yang baru, amat baik sekali dan dengan bantuan Zahid selaku Timbalan di harapkan UMNO Perak kembali mendapat kepercayaan ahli-ahli sedia ada.

5. Berita terbaru pula, ada ura-ura yang mengatakan bahawa 2 orang ADUN PKR yang terbabit rasuah tersebut akan keluar dpd PKR kerana kecewa dengan PKR yang seolah-olah tidak membela mereka, mungkin akan menyertai BEBAS atau juga UMNO...so apa akan jadi nanti?

so sama-sama kita fikirkan.....

No comments: