Memang kurang ajar sungguh bila dapat kita lihat di mana kereta yang membawa Raja nazrin di tahan oleh penyokong PKR dan PAS, tidak kah mereka terfikir apa untungnya berbuat demikian, bukan ke MB baru yang di lantik terdiri daripada bangsa kita juga iaitu Melayu, manakala kerajaan yang bakal memerintah pun majoritinya orang melayu iaitu 27 kerusi UMNO. Bukan ke ini secara tidak langsung dapat memartabatkan lagi bangsa melayu.
Tetapi malangnya otak mereka amat cetek sekali, hanya tahu untuk berdemonstrasi sahaja. Semasa demonstrasi tersebut, adakah kita nampak DAP? mereka seolah-olah tidak terlibat langsung di dalam demo tersebut. Tetapi mereka lah yang dalang memprovokasi PAS dan PKR ini. Tidak kah Pak Haji- Pak Haji yang berketayap dan berserban tersebut di ikuti ada juga Mak Haji-Mak haji yang ikut sama berdemontrasi ini memikirkan perkara ini. APA UNTUNGNYA BERBUAT DEMIKIAN....BUKAN KE KITA SENDIRI MENENTANG RAJA KITA???? RAJA KITA TU BUKAN KE BANGSA KITA SENDIRI...IAITU BANGSA MELAYU.....
Oleh itu, aku menyeru semua lapisan masyarakat yang bernama melayu ini...insaflah dan sama-sama kita menyokong kerajaan yang baru ini....kerana ia merupakan kerajaan melayu juga dan bukannya kerajaan yang bertopengkan DAP....
p/s Semasa DAP merampas kuasa Pulau Pinang..mengapa GERAKAN seolah-olah diam sahaja dan macam bersetuju dengan tindakan tersebut...fikir-fikirkanlah...
No comments:
Post a Comment