Monday, 3 November 2008

USUL YANG DILULUSKAN DALAM MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN PAGOH



MENYEDARI
Menyedari sangat di akhir-akhir ini kesan daripada Prestasi Buruk Parti-parti BN dalam Pilihanraya Mac 08 yang lalu ; UMNO telah di asak, ditusuk, diperlekeh oleh Parti-parti Pembangkang, yang lebih mendukacitakan Komponen dalam BN sendiri meletak kelemahan mereka di bahu UMNO. Keunggulan UMNO, kehebatan UMNO sebagai tulang belakang BN dan kerajaan sudah dipandang sepi. Seolah-olah Parti Keramat ini dianggap seperti sudah ketinggalan zaman. Lebih mendukacitakan lagi Pengundi-pengundi Muda Melayu berpaling kepada Pembangkang.

MEMAHAMI
UMNO adalah WADAH Perjuangan Melayu yang telah mencurahkan bakti selama 50 tahun membela nasib Melayu, Agama, Bangsa dan Negara. Sememangnya tidak ada alternatif lain bagi orang Melayu selain dari UMNO. Ke manakah perginya Melayu, apakah nasib keturunan Melayu, adakah Melayu akan terpinggir di tanah airnya sendiri semuanya akan terjawab sekiranya UMNO lemah dan tidak MAMPU menangani GELOMBANG Politik di Negara yang berbilang etnik, agama, budaya, seperti MALAYSIA ini. Slogan “HANYA UMNO SAHAJALAH DULU, KINI DAN SELAMANYA” akan terkubur begitu sahaja, jika kita tidak “BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT” seperti mana slogan dalam Perlembagaan UMNO.

MENYAKINI
Bahawa Kerajaan BN masih lagi berkuasa, UMNO masih lagi menjadi TERAS dalam Kerajaan, tidak ada sebab UMNO mesti tunduk dengan SENARIO POLITIK semasa yang didalangi oleh Pembangkang untuk melemahkan UMNO dan memusnahkan BN. Percayalah…..Amalan Politik Perkauman YANG SEDERHANA yang telah diamalkan selama 50 tahun ini masih lagi RELEVAN ; kerana Kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO ini tidak pernah MENZALIMI SESIAPA pun. Tidak semua kaum membenci UMNO. Mereka juga terhutang budi dengan orang Melayu yang sanggup berkongsi kuasa membangun Negara yang nikmatnya dikecapi bersama.



DENGAN MUKADIMAH YANG TELAH DIUTARAKAN ITU, MAKA PERSIDANGAN PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN PAGOH YANG BERSIDANG PADA HARI INI MENGAMBIL KEPUTUSAN DAN KETETAPAN SEPERTI BERIKUT ;

1. Semua ahli UMNO di setiap peringkat dari Pucuk Pimpinan hingga akar umbi supaya BERMUHASABAH diri sendiri ; Kembali kepada perjuangan UMNO iaitu untuk Agama, Bangsa dan Negara. “BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH’ kata-kata hikmat nenek moyang kita.

2. Mendesak Pucuk Pimpinan Kerajaan supaya mengambil tindakan yang TEGAS terhadap mana-mana pihak yang menyentuh ‘SENSITIVITI’ mana-mana kaum di Negara ini. Kerajaan jangan tunduk atau bertolak ansur di dalam perkara-perkara yang boleh merosakkan keharmonian kaum. “MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT”

3. Kepentingan Melayu di dalam Perlembagaan yang menyentuh soal KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU, HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU, DASAR EKONOMI BARU, AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA, seemuanya ini mestilah diutamakan dan ketegasan dari Pucuk Pimpinan mestilah ada, jangan sampai ada mana-mana pihak yang berani mempertikai dan mengungkitnya.

4. Meminta Pucuk Pimpinan parti MEMBANTERAS dan BERTINDAK TEGAS terhadap ‘RASUAH POLITIK’ dalam UMNO. Tergamakkah kita melihat UMNO hancur kerana wang? Jawatankuasa Disiplin yang dibentuk oleh MT itu mestilah Pro-aktif dan berani menjalankan tugas dengan jujur dan ikhlas.

5. Mengingatkan Pucuk Pimpinan UMNO jangan memandang ringan akan trend pengundi-pengundi muda Melayu yang berpaling kepada Pembangkang. UMNO ada Pemuda, UMNO ada Puteri, UMNO ada Putera. Kita ada instrument yang cukup, Cuma koordinasi dan implementasi sahaja yang tidak ada. Bertindaklah dari sekarang untuk menjamin Survival Politik Melayu.


USUL INI DISEDIAKAN OLEH:
TUAN HJ SABTU BIN SKIRAN
MERANGKAP PENGERUSI TETAP
UMNO BAHAGIAN PAGOH

1 comment:

BPR said...

Aku bangga jadi anak PAGOH. Hidup UMNO.