Friday, 31 October 2008

Mengapa perlunya bercakaran di dalam BN? Dimana semangat muhibbah yang telah terjalin lebih 50 tahun lamanya


Sejak akhir-akhir ini bermacam kemelut berlaku di dalam gabungan BN sendiri. Parti yang didokongi oleh Umno dan komponen terbesarnya yang terdiri daripada MCA, MIC dan Gerakan. Hasil dari PRU 12 tempohari yang menyaksikan ramainya pemimpin dari parti komponen yang kecundang termasuk Samy Vellu (Presiden MIC), tewasnya Gerakan di Pulau Pinang dan juga hilangnya kerusi nagi pemimpin MCA jika dulu amat mudah bagi mereka menewaskan DAP. Kemudian timbul pula seolah-olah parti-parti komponen ini menyalahkan UMNO kerana mereka tewas. Mengapa pula UMNO yang perlu dipersalahkan? Bagi pemimpin UMNO pula seolah-olah menerima kenyataan mereka ini, memang kita tahu bagi orang melayu, sikap 'tak apa' dan 'menjaga hati' (macam dalam lagu Indonesia yang semakin hangat sekarang ini) memang telah tertanam sejak sanubari lagi. Tetapi ia tidak boleh dibiarkan sama sekali.

Cuba kita renungkan kembali keputusan PRU12 yang lalu, memang benar adanya pemimpin UMNO yang tewas tetapi jika dianalisis tewasnya mereka kerana pengundi Cina dan India yang tidak berpihak kepada BN. Siapa yang sepatutnya menjalankan tugas untuk menarik pengundi-pengundi ini? Sudah tentulah parti komponen MCA, MIC dan Gerakan. Apa yang mereka lakukan selama ini ? Sehubungan dengan itu saya menyeru pemimpin-pemimpin UMNO, bangkitlah dan pertahanka kembali maruah kita yang semakin dicabar ketika ini. Ada hikmahnya juga hasil keputusan PRU 12 yang lalu. Sekarang baru dapat kita lihat, SIAPA YANG BOLEH MENJADI KAWAN KETIKA SUSAH DAN SENANG, DAN SIAPA YANG UMPAMA DURI DALAM DAGING.

Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin komponen juga seolah-olah tiada tapisan dan tidak menghormati komponen yang lain. Lihat kenyataan Liow Tong Lai, saya faham mungkin kerana beliau masih muda dan tidak bermaksud secara terang berkaitan dengan kenyataannya untuk hapuskan 30% ekuiti Bumiputera, tetapi jika benarlah kenyataannya itu, maka saya setuju dengan cadangan supaya beliau dikenakan tindakan di bawah MCA. Cuba lihat apa yang telah UMNo lakukan kepada Datuk Ahmad hasil dari kelancangan beliau. Oleh itu, kita lihat nanti di bawah kepimpinan baru MCA, apa yang akan dilakukan nanti. masih tiada lagi kenyataan dari Presiden (Ong Tee Kiat) dan juga Timbalan Presiden (Chua Soi Lek)....tunggu dan lihat ke mana kah arah mereka nanti......

No comments: