Panglima Mat Berani adalah seorang panglima yang berkhidmat pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah, sultan Melaka ke-7 yang memerintah di antara 1488 - 1511.Panglima Mat Berani dikatakan antara panglima yang sama-sama berjuang menentang serangan Portugis di Melaka pada tahun 1511. Apabila tidak mampu lagi menahan serangan Portugis, sultan dan pengikutnya yang setia melarikan diri dengan kapal dan mudik melalui Sungai Muar.
Sunday, 9 November 2008
SUDUT PANDANGAN ; EKONOMI DUNIA MERUDUM & KEMBALI KEPADA INSTRUMEN KEWANGAN ISLAM
Hari Jumaat yang lalu (7 November 2008) aku menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Al Azhar, bertempat di KUIS,Bandar Seri Putra, selalunya bila mula je Khutbah aku akan mula terlelap tetapi kali ini aku berjaga sampai le habis khutbah tersebut, sebabnya aku tertarik dengan khutbah yang disampaikan iaitu berkaitan dengan Krisis Ekonomi Dunia ketika ini, antara initipati yang aku tertarik iaitu krisis yang bermula di USA ini mula menular ke seluruh dunia dan bermacam-macam lagi langkah yang di ambil untuk cuba memulihkannya termasuklah suntikan 700 billion dengan harapan untuk menaikkan kembali pasaran saham di USA tetapi malangnya umpama mencurah air ke daun keladi.
Ada pihak yang mula menyalahkan para cendekiawan kewangan yang memenangi hadiah noble dan juga para-para Profesor seantero dunia berkaitan dengan instrument kewangan yang kononnya amat hebat tetapi mana perginya otak-otak mereka ketika kewangan dunia semakin merudum, adakah kita perlu bantuan alien dari planet lain untuk membawa polisi terbaru kewangan? Para pakar ekonomi baik di Malaysia atau pun di mana-mana, mengapa anda diam, adakah telah kehabisan idea?
Sebenarnya untuk menjawab persoalan di atas, iaitu kita seharusnya kembali kepada ISLAM, sebab itulah pernah dikatakan sepatutnya jangan dipisahkan antara perniagaan dan islam tetapi mengikut ideologi kapitalis, agama dan perniagaan perlu dipisahkan, perniagaan tak akan berkembang jika dipengaruhi dengan agama. Sekarang telah terbukti bahawa dengan terpisahnya agama dari perniagaan menyebabkan hancurnya ekonomi dunia. Lihat ketika zaman Rasulullah dan sahabat-sahabat Baginda, Negara Islam begitu maju ketika itu kerana setiap yang kita lakukan kita berpegang kepada amanat Allah.
Sehubungan itu, ada hikmahnya disebalik kecelaruan ekonomi dunia ketika ini, aku tertarik juga dengan ucapan Presiden Iran yang lalu iaitu beliau menyatakan bahawa kejatuhan ekonomi dunia adalah kerana Negara-negara tersebut terutamanya USA tidak berpegang kepada Islam, Justeru itu sekarang lah kita semua wahai masyarakat islam perlu menggembleng tenaga dengan membuktikan bahawa dengan instrument kewangan Islam,, kita mampu memulihkan ekonomi dunia.
Aku menyeru kepada semua para cendekiawan Islam, terutamanya Profesor-profesor yang berada di university-universiti baik di Malaysia atau pun di mana-mana, buktikanlah kemampuan anda dengan mewujudkan satu instrument kewangan islam yang benar-benar mampu memulihkan ekonomi dunia, jangan hanya duduk seperti katak di bawah tempurung, ingatlah bahawa ilmu yang kita ada perlu disebarkan demi kesejahteraan umat di dunia ini.
Sekian, wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment