Tuesday 14 October 2008

Zul nak pindah Kerusi ke?

Semalam pihak BN menarik balik petisyen untuk membatalkan kemenangan En Zul dari PKR bagi kerusi parlimen Kulim Bandar Baru. Ramai juga yang tertanya mengapa ye? ada yang kata tak konfiden le tu....tapi mengikut sumber yang boleh dipercayai sekiranya diteruskan tersebut petisyen itu, ada kemungkinan pilihanraya bakal diadakan semula untuk kawasan tersebut. Jika kita lihat kenyataan Datuk Aziz sendiri yang menyatakan tujuan penarikan balik petisyen tersebut adalah kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan semasa kerana mahu memberi fokus kepada ekonomi negara, logik juga kenyataan beliau, bayangkan sekiranya pilihanraya diadakan semula, berapa banyak kos yang terpasa di tanggung nanti.

contoh di Permatang Pauh yang lalu, banyak kos terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan. sebagai contoh pihak PDRM terpaksa mengerah anggota-anggotanya berkhidmat di sana, kos perjalanan dan juga bermacam-macam lagi lah...kalau pihak PKR tu dia cuma tahu kos mat rempitnya naik motor pakai topeng anwar je...

Tapi pernah tak kita terfikir kenapa pihak BN tiba-tiba saja menarik balik petisyen tu...adakah pihak En Zul kita dah rasa ingin bertukar kerusi jika dulu bulan sabit yang kononnya 'adil' tapi kini ingin berada benar-benar 'adil' dengan duduk di atas dacing.

Hari ini dah pun ada spekulasi yang menyatakan En Zul kita akan menyertai BN ...agaknya dia dah panas asyik kena attack je semenjak kes Forum Majlis Peguam tempohari..Pihak DSAI menafikan sekeras-kerasnya ...tapi masakan pokok bergoyan jika tiada angin yang bertiup.

No comments: