Friday, 24 October 2008

SEJARAH TAK MUNGKIN BERULANGG......


Sejarah tak mungkin berulanggg...walau aku.....perghhhh...aku ingat lagi lagu kumpulan eye tu...masa aku muda remaja dulu...sekarang pun masih jiwa remaja juga..tapi aku bukan nak cerita pasal lirik lagu tu....ehh lupa pulak..nak mentioned...alhamdulillah aku dah abis exam untuk semester pertama MBA di UPM. Entah le main jawab je exam...kira taram je ler..
Ok berbalik pada tajuk kita SEJARAH....dulu lagi aku pernah komen pada kawan-kawan bahawa sepatutnya subjek sejarah perlu di ajar, jangan ditinggalkan, memang le sejarah ada lah sejarah, tapi cuba pikir tanpa sejarah macamana kita nak tau asal usul...aku kekadang geram juga dengan kawan-kawan yang memperlecehkan sejarah ini. Bila kita cerita pasal susahnya pemimpin terdahulu untuk memerdekakan Malaysia ini, yang dia jawab..alaaa...tu dulu...sekarang lain...cuba ingat sikit..kau orang tu pun bermula dengan sejarah juga...asal usul bapak nenek moyang kau...alamak teremosinal pulak.
Sepatutnya subjek sejarah dikekalkan semasa di sekolah rendah lagi, tanamkan semangat cintakan negara, aku rasa diorang semua ni termasuk rakan-rakan aku tak praktikkan subjek orgasation behavior, penat je kerajaan hantar belajar sampai ke luar negara tapi balik Malaysia, hampeh yang dapat. Cuba lihat negara maju, adakah mereka abaikan subjek sejarah. Jika dilihat dalam Islam pun kita digalakkan membaca kitab-kitab sejarah berkaitan dengan kejayaan Nabi Muhammad SAW. Wahai rakan-rakanku yang berasal dari Johor, takkan tak ingat kitab kecil kita semasa di Sekolah Agama dulu. Siapa ingat peperangan Badar...cuba fikir untuk apa kita di terapkan supaya belajar berkaitan dengan sejarah tersebut.

Sedangkan di dalam AlQuran sendiri banyak berkaitan dengan cerita-cerita sejarah islam...so...aku harap jangan ada rakan-rakan aku yang mempersendakan sejarah...

Syabas kepada kementerian pelajaran kerana akan mengkaji subjek sejarah supaya dapat diterapkan dalam pendidikan.
masih belum terlambat....

1 comment:

Anonymous said...

Jika tiada sejarah, tiada masa kini. Sejarah mengajar kita banyak perkara. Yang penting kita mengetahui, mengkaji, menghayati sejarah dan yang paling utama, ambil iktibar darinya. Manusia selalu melupakan sejarah tetapi setiap apa yang berlaku tetap menjadi sejarah.....