Sunday 19 October 2008

KEPUTUSAN PEMILIHAN MCA MENUNJUKKAN PARTI TERSEBUT MASIH LAGI DOMINAN DENGAN UMNO



Semalam dapat kita lihat selesainya pemilihan barisan tertinggi MCA, Presiden Datuk Ong Tee Kiat mengalahkan Datuk Dr Chua Jui Meng manakala Timbalan Presiden dapat kita lihat kemunculan semula Datuk Dr Chua Soi Lek mengalahkan Datuk Seri Ong Ka Chuan (abang Ong Ka Ting) yang merupakan bayangan kepada Presiden terdahulu iaitu Datuk Dr Ong Ka Ting.
Terhapuslah kalau dulu dikatakan wujudnya team A dan team B dalam MCA yang secara tidak langsung telah cuba menghapuskan karier politik Dr Chua Soi Lek kerana bahana VCD panas. Masih saya ingat lagi kata-kata Dr Chua semasa beliau menjelaskan isu tersebut iaitu “ kesilapan saya adalah kerana saya bekerja kuat”. Jika di dalami kenyataan Dr Chua ini iaitu ada pihak tertentu di dalam MCA yang tidak suka beliau kerana beliau nampak lebih menonjol dalam erti kata bakal menggulingkan pihak berkepentingan tetapi pengundi MCA masih lagi waras dan memberi peluang kepada beliau hasil dari rekod perkhidmatan beliau yang cemerlang di dalam kerajaan. Syabas Dr Chua Soi Lek. Manakala tewasnya Ong Ka Chuan mungkin boleh dikatakan hilangnya pengaruh Ong Ka Ting di dalam kepimpinan terbaru ini.
Tahniah juga kepada Datuk Ong Tee Keat kerana telah terpilih untuk menerajui MCA. Beliau ini saya hormati kerana begitu fasih berbahasa melayu jika didalam wawancara bersama wartawan dan sebagainya. Pemimpin seperti inilah yang kita mahukan. Manakala Dr Chua Jui Meng, cubaan kali kedua masih lagi tewas dan janganlah hampa dan kecewa sebaliknya beri sokongan padu kepada kepimpinan terbaru ini. Pada mulanya saaya menjangkakan akan adanya juga upset didalam keputusan pemilihan presiden MCA kerana Chu Jui Meng bukanlah caalang-ca;ang pemimpin, rekod beliau amat baik tetapi kerana beliau tewas pada pemilihan dahulu iaitu kepada Ong Ka Ting, beliau semakin menyepi atau boleh dikatakan disisihkan oleh barisan kepimpinan pada waktu tersebut.
Tapi saya kecewa apabila dalam manifesto Dr Chua Jui Meng untuk pertandingan pada kali ini iaitu beiau mengusulkan perubahan yang drastic di dalam kepimpinan Barisan Nasional iaitu manifestonya seolah-olah cuba untuk memenangi hati pengundi kaum Cina dengan cara meminta kerajaan mengkaji semula DEB iaitu berkaitan dengan menyusun semula komposisi pembahagian ekuiti yang jika dilihat DEB ini secara tidak langsung merupakan langkah kerajaan dalam membela nasib bangsa melayu (Umno). Hasil daripada manifesto tersebut menyebabkan ramai pemimpin Umno kurang berpuashati dengan agenda politik Dr Chua Jui Meng ini. Hasilnya dapaat kita lihat iaitu kaum Cina sendiri menolak manifesto tersebut. Syabas ahli-ahli MCA.
Oleh itu, dapat kita lihat di sini kedua-dua pemimpin yang terpilih ini bukan lagi asing di dalam pentadbiran kerajaan sedia ada atau dengan kata lain mereka sudah amat biasa berurusan dengan pemimpin-pemimpin Umno. Syabas…dan ini merupakan suatu petunjuk kepada pencalonan pemimpin Umno yang semakin rancak ketika ini…Signal telah diberi…lampu hijau telah menyala…mulakan dengan gear 1 anda…

No comments: