Monday 27 October 2008

Debat - Tak Perlu




Assalamualaikum, aku tertarik le nak komen sikit pasal debat yang dipersetujui oleh kedua-dua K iaitu Khairy dan Khir Toyo. Tapi aku memang tak setuju dengan cadangan debat tersebut, aku sependapat dengan Mukhriz, iaitu Umno ni umpama sebagai 'parti keluarga' , so mengapa perlunya kita berdebat demi kononnya untuk menunjukkan prinsip yang bakal kita dokong, bukan ke selama ini ahli-ahli parti telah mengetahui agenda dan juga prinsip yang dibawa oleh setiap calon.
Cuba bayangkan apa akan jadi sekiranya di dalam perdebatan itu nanti akan adanya sifat tuding menuding sesama sendiri, dah tentulah budaya tidak sihat ini akan digunakan oleh parti pembangkang dalam mencari kelemahan-kelemahan yang ditonjolkan. Wahai kedua-dua K, jangan kita nanti menang sorak tapi kampung tergadai, jangan jadi seperti Pak Pandir dan Pak Kadok.
pada pendapat saya juga, orang yang takut untuk kalah saja yang bersetuju dengan cadangan untuk berdebat ini, kita jangan sama kan debat ini seperti debat antara Anwar dan Shabery, motif nya berbeza, dan juga tak perlu contohi MCA yang mengadakan debat di antara calon-calon pemimpinnya. Kita harus ada pendirian sendiri.
Ketahuilah KnK, bahawa orang kita masih belum matang dalam menilai kebenaran sesuatu fakta itu, so janganlah kita mengusutkan lagi benang yang tersimpul ini kerana amat payah untuk membuka ikatannya nanti. Mahukah anda jika terjadinya'putus benang'?

No comments: