Monday, 27 October 2008

90 lagi UMNO Bahagian tentukan Timbalan Presiden berlawan atau tidak


Saingan jawatan Timbalan Presiden UMNO makin menarik. Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nurjazlan yang sebelum ini tawar diri untuk merebut jawatan berkenaan, hari Ahad menarik diri.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula semakin memberikan tekanan kepada kem Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila memperolehi enam lagi pencalonan menjadikan keseluruhan pencalonan yang diperolehi 23. Ikut syarat kuota layak bertanding, Ali perlukan lagi 16 pencalonan.

Sehingga tengah malam Ahad (26/10/2008), 101 UMNO Bahagian telah selesai mengadakan Persidangan Perwakilan masing-masing. Ini bermakna ada 90 lagi UMNO Bahagian yang belum mengadakan persidangan perwakilan mereka.

Menjelang 9 November 2008 iaitu tarikh akhir untuk UMNO Bahagian mengadakan persidangan atau pun 14 hari lagi, ikut tilikan tilikan dan ramalan orang politik, bukan mustahil untuk Ali perolehi lagi 16 pencalonan daripada 90 UMNO Bahagian yang akan bersidang.

Keadaan ini sudah tentu disedari oleh kem Muhyiddin yang sehingga kini mengungguli dengan 63 pencalonan.

Malah, saingan daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib juga tidak boleh dipandang sepi.

Dengan empat lagi pencalonan terbaru hari Ahad, Muhammad kini mengumpul 15 pencalonan dan kata nujum politik, biasanya UMNO Bahagian tidak akan biarkan calon tidak cukup pencalonan.

Bagi Muhammad, beliau perlukan lagi 24 pencalonan dan seperti juga Ali, 90 UMNO Bahagian yang masih belum mengadakan persidangan mereka, sudah tentu menjadi sandaran untuk mendapatkan lesen bertanding Timbalan Presiden.

Jika Pemuda UMNO menyaksikan ketiga-tiga calon Ketua Pemudanya layak bertanding, apakah untuk Timbalan Presiden, akan ada tiga calon yang akan 'bertunang dengan perwakilan' sehingga Mac depan bagi dipilih menjadi Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

Berikut adalah pencalonan terbaru yang diperolehi ketiga-tiga calon Timbalan Presiden pada hari Ahad.

Muhyiddin memperolehi sembilan lagi pencalonan iaitu daripada UMNO Bahagian Jelutong, Kluang, Sri Gading, Pulai, Parit Sulong, Sembrong, Kulai, Sipitang dan Lumut.



Ali pula menambah lagi lagi pencalonan daripada Gopeng, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Johor Bahru, Parit dan Kuala Kangsar.



Muhammad tidak ketinggalan apabila empat lagi UMNO Bahagian iaitu Seputeh, Petaling Jaya Utara, Serdang dan Sabak Bernam mencalonkan beliau.- 26/10/2008



----------------------




Muhyiddin laju di depan…Ali Rustam dan Muhd Taib masih ada harapan



Selesai bab pencalonan kelayakan Pemuda UMNO perhatian pada hari-hari berikutnya pastinya pada jawatan Timbalan Presiden UMNO.Ini kerana suspence bagi pencalonan jawatan Naib Presiden UMNO sudah hampir berlalu manakala Datuk Seri Najib Tun Razak terus mara ke depan tanpa pencalonan saingan pada jawatan Presiden UMNO setakat ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin setakat ini masih unggul di depan dalam saingan pencalonan jawatan Timbalan Presiden dengan 63 pencalonan.

Namun memandangkan ada 90 UMNO Bahagian yang belum bermesyuarat Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang setakat Ahad dapat 23 pencalonan dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib 15 masih boleh menaruh harapan.

Ada para pemerhati politik menilai senario pencalonan hari Sabtu dan Ahad nampak macam makin memberi ruang kepada kedua mereka.

Pada hari Sabtu Ali Rustam menambah empat pencalonan Jasin,Tangga Batu,Dungun dan Setiawangsa.

Hari Ahad Ketua Menteri Melaka itu dapat Johor Bharu,Gopeng,Permatang Pauh,Bukit Mertajam,Parit dan Kuala Kangsar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pula dapat Marang dan Setiu pada hari sabtu manakala Ahad empat lagi iaitu Seputeh,Sabak Bernam,Serdang dan Petaling Jaya Utara.

Kedua-dua mereka sebelum ini menyuarakan keyakinan mampu meraih pencalonan kuota 39 yang diperlukan.- 25/10/2008

No comments: