Monday, 8 August 2011

Minggu ke 2 Ramadhan 2011 - antara zahir dan batil


alhamdulillah, diam tak diam dah masuk minggu ke 2 Ramadhan, iaitu puasa ke 8 pada hari ini 8 Ogos 2011 bersamaan 8 Ramadhan. Saya pun baru saje balik dari kampung berjumpa dengan ayahanda dan bonda serta adik beradik dan anak saudara semua, alhamdulillah nampak sihat mereka, walaupun abah ada terkena angin pitam sejak awal ramadhan dan emak yang kelihatan letih akibat penyakit kencing manis tetapi mereka berdua kelihatan ceria bial melihat anak-anak dan cucu-cucunya kembali pulang ke kampung halaman.

Bulan Ramadhan ini adalah bulan yang mulia dan sewajibnya ia di isi dengan ilmu-ilmu keagamaan, ini lah juga peluang untuk seluruh umat islam bersatu tanpa mengira fahaman ideologi dan juga kepartian, bak kata pepatah lama ; buang yang keruh ambil yang jernih.

tetapi apa yang dapat dilihat di bumi Malaysia yang bertuah ini, tidak lah seperti yang diharapkan sebaliknya jika dulu di masjid-masjid atau pun surau terutamanya di Selangor ini, ketika menunggu waktu untuk bersolat terawikh maka diselitkan terlebih dahulu dengan tazkirah agama, alhamdulillah amat baik sekali bagi yang baru berjinak-jinak untuk ke masjid NAMUN sekarang memang konsep tersebut diamalkan lagi TETAPI tazkirah agamanya telah jauh menyimpang sebaliknya ia berbaur politik, asyik mengutuk kerajaan sahaja, macam lah semua yang di buat oleh kerajaan ini salah belaka, so secara tak langsung ia seolah-olah memecah belahkan orang islam kerana sebagai contoh; rakan saya memberitahu kpd saya yang beliau malas nak ke surau tempatnya tinggal kerana setiap malam apabila menunggu solat terawikh ia di selitkan dengan ceramah berbaur politik, apa dah nak jadi ni....nauzubillah...

peristiwa ke dua yang sedang rancak di perkatakan sekarang pula iaitu isu orang melayu masuk gereja waktu berbuka puasa, ini apalah bodoh sangat, takde ke waktu lain nak ke sana, aku sokong JAIS yang bertindak menyerbu gereja tersebut, yang menyedihkan apabila PAS yang dulu begitu gagah memperjuangkan isu-isu seperti ini tetapi tidak lagi sekarang demi kesinambungan politik mereka, sebaliknya mereka menyanggah tindakan JAIS tersebut, nauzubillah...(di bawah adalah berita berkenaan yang mana dapat dilihat kempimpinan PAS seolah-olah kurang percaya dengan tindakan JAIS dalam serbuan tersebut, sebenarnya mereka takut rakan sekutu mereka iaitu DAP lahanat tu)
KUALA LUMPUR: PAS membuat keputusan berjumpa secara terus dengan pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi mendapat maklumat lanjut berhubung isu serbuan terhadap gereja berkenaan pada Rabu lalu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata penjelasan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu dan Kemudahan Awam kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berhubung tindakannya mempertahankan serbuan JAIS selepas mendapat maklumat orang Islam menghadiri majlis makan malam di gereja berkenaan adalah tidak mencukupi. 
Sehubungan itu, katanya, setiausaha agung parti, Datuk Mustafa Ali diarahkan berhubung dengan pihak berkenaan untuk menetapkan tarikh pertemuan yang akan ditentukan kemudian.“Kita buat keputusan untuk turun ke medan, PAS akan minta bertemu dengan JAIS dan gereja secara langsung untuk minta penjelasan. 
Kita tak boleh dengar penjelasan daripada Dr Hasan saja, kena berlaku adil.  
“Penjelasan dari beliau (Hasan) tidak cukup, laporan media (berhubung isu serbuan gereja itu) juga tidak cukup dan tidak boleh dipercayai. “Sebab itu kita kena dapat penjelasan langsung dari JAIS dan gereja,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di sini, semalam


Khalid Samad: Itu pandangan Hasan, hadir di gereja bukan makna murtad

KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Khalid Samad menjauhkan kepimpinan PAS Selangor daripada kenyataan Exco Kerajaan Negeri Datuk Hasan Ali yang mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sambil berkata majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utara bertujuan memurtadkan sekumpulan orang Islam.


Ahli Parlimen Shah Alam itu
menegaskan pandangan Hasan yang dikeluarkan petang semalam bukan pendirian PAS Selangor, sekali gus memperlihatkan perpecahan yang mendalam dalam hubungan kepimpinan parti itu di peringkat negeri itu.

Bodoh dan bebal ler kepimpinan PAS ketika ini, aku dapat info daripada rakan-rakan yang dahulunya begitu kuat menyokong PAS kerana sikap islamicnya lebih islam daripada UMNO tetapi kini mereka telah berfikir dua kali samada masih relevan atau tidak jika mereka masih bersama dengan PAS.

ni ada info yg aku dapat dari blog AIDC.....spt di bawah..

 

PANAS : ADA PIHAK CUBA MEMUTARBELIT FAKTA SUPAYA JAIS DIPERSALAHKAN...

Ramai yang melatah apabila ada pihak yang memesongkan fakta dengan mengatakan ”JAIS serbu gereja”.

Apa sebenarnya yang berlaku? Apakah benar gereja Kristian diserbu? Apakah benar JAIS melakukan serbuan?

Biarlah kita melaporkan berita dengan fakta yang benar dan memberi komen selepas mendapat berita yang sahih serta menilai dengan jujur dahulu. Jangan terlalu cepat melatah.

 
Janganlah ada orang Islam sendiri yang terlalu mudah melatah apabila dijolok oleh pihak yang sengaja mencari pasal dan jangan juga kita terlalu cepat apologetik hinggakan terus menuding jari kepada pihak yang melakukan tanggungjawab mereka.

Mungkin boleh saya kongsikan sedikit apa maklumat yang saya perolehi.
Sebenarnya apa yang berlaku pada petang 3 Ogos 2011 ialah pihak JAIS mendapat aduan dari orang ramai bahawa adanya majlis berbuka puasa di gereja dengan alamat yang diberikan.

Maka, bertindak atas aduan tersebut, Pasukan Penguatkuasaan JAIS telah pergi ke premis tersebut untuk menyiasat lebih lanjut kebenaran aduan tersebut.

 
SOALNYA: Apabila pihak polis menerima aduan ada sesuatu aktiviti mencurigakan di sesuatu tempat, apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak polis? Apakah mereka terus serbu? Tidak, mereka akan pergi memeriksa.

Apakah polis perlu duduk diam atas aduan tersebut? Tidak, mereka kena bertindak, jika tidak nanti mereka pula akan dipersalahkan selepas sesuatu yang buruk berlaku dan aduan telah dibuat.

Maka itulah yang dilakukan oleh JAIS, atas bidang kuasa yang ada pada mereka.
SOALNYA LAGI: Apakah benar JAIS ”SERBU”? Jawabnya lagi, TIDAK. JAIS tidak serbu. Dengan bantuan pihak polis, JAIS pergi ke premis aduan untuk memeriksa lebih lanjut. Pihak JAIS hanya berada di luar dewan (tidak masuk dewan!). Berunding dengan penganjur majlis dan menunggu di luar dewan sehingga majlis selesai.

Maka apa yang dilaporkan oleh media adalah tidak tepat. JAIS sekadar pergi memeriksa bukannya menyerbu.


Kemudian SOAL LAGI: Apakah benar gereja yang diserbu (periksa)? Jawabnya lagi TIDAK. Premis itu bukan gereja. Ianya dewan kepada satu pusat yang dipanggil ”Dream Centre”. Pusat tersebut milik pertubuhan kristian yang mereka namakan diri mereka Damansara Utama Methodist Church.

Dan premis tersebut bukannya di Damansara Utama pun. Ianya di Seksyen 13 Petaling Jaya.

Maka kenapa heboh pasal JAIS SERBU GEREJA? Ianya bukan serbuan dan premisnya pula bukan gereja. Apakah NIAT JAHAT dalam melaporkan sesuatu berita itu? Apa pula bahasa dan istilah yang digunakan oleh pastor Daniel Ho ketika mengadu kepada MB Selangor? Apakah dia mengguna bahasa yang bermotif jahat ”JAIS SERBU GEREJA?” yang menyebabkan MB Selangor melatah meminta maaf?

Apakah MB tidak terlebih dahulu memeriksa serta meneliti fakta pelapor dan fakta dari sebuah jabatan kerajaan negeri Selangor? Yang mana dia lebih dengar?

SOALNYA: Apakah di bawah undang-undang tubuh Kerajaan Negeri dan kedudukan JAIS yang merupakan Sekretariat kepada Majlis Agama Islam Selangor bertanggung jawab kepada MB Selangor? Apakah MB telah MENDAHULUI BAGINDA SULTAN mencampuri hal-ehwal agama negeri?

Apakah itu sebabnya MB panik dan mengeluarkan arahan larangan selepas itu? AIDC

No comments: