Generation Z iaitu individu yg dilahirkan pada era 1990an dan pada ketika ini umur mereka semua adalah dlm lingkungan 21 tahun ke atas dan ke semua mereka adalah layak untuk mengundi pada pilihanraya nanti, walaupun mungkin pada PRU13 nama mereka belum tersenarai dalam ‘layak mengundi’ tetapi pada PRU yang akan datang sudah semestinya mereka semua akan layak mengundi.
Sebagai contoh di tempat kerja saya yang seramai 200 kakitangan di Jabatan kami dan hampir 40% tenaga muda ini telah mula bekerja sebagai pegawai, penolong pegawai atau pun pembantu tadbir, yang menjadi persoalannya ialah sejauh mana mereka ini semua akan menyokong dasar-dasar yang di buat oleh kerajaan kerana mereka ini semua BEKERJA DENGAN KERAJAAN….
Rasa sedih apabila dapat dilihat kebanyakan mereka ini terpengaruh dengan budaya yang memberontak seperti menentang kerajaan sebagai contoh terdapat kakitangan di Jabatan saya yang menyertai Perhimpunan Haram Bersih 2.0 dan beliau begitu bangga sekali mewawarkannya dengan mengambil gambar dan menyokong penuh perhimpunan ini, malahan beliau begitu bangga apabila dapat menyertai acara ‘candle light’ …..apa semua ini????
Tapi saya tak salahkan mereka kerana mungkin mereka terbawa-bawa dengan sikap ataupun fahaman ibu bapa mereka yang menyokong pembangkang tetapi Kerajaan ataupun UMNO sendiri perlu melakukan sesuatu, mengapa saya kata UMNO bukan MCA atau MIC kerana kebanyakan mereka semua adalah orang melayu.
Apa yang UMNO telah buat??? Mungkin kenyataan saya ini akan mengundang kemarahan di kalangan orang UMNO. Memang benar pihak UMNO telah melakukan bermacam-macam perubahan sejak daripada kesan dan bahang PRU12 terdahulu, tetapi kebanyakan perubahan itu hanya di peringkat pucuk pimpinan tertinggi sahaja manakala di peringkat ‘grass root’ atau pun Bahagian dan Cawangan masih lagi seperti dulu.
Saya dan rakan-rakan pernah mengusahakan suatu Gabungan yang bertujuan supaya dapat mengumpulkan anak-anak kawsan tersebut supaya dapat pulang ke kawasan tersebut dan membantu ke arah pembangunan kawasan tempat lahir mereka. Alhamdulillah…usaha kami ini mendapat sokongan penuh orang no 2 negara dan beliau sendiri merasmikan Gabungan tersebut, tetapi yang malangnya iaitu di peringkat Bahagian UMNO tersebut….seolah-olah mereka memandang sepi usaha kami ini dan mereka seolah-olah takut dengan baying-bayang mereka sendiri…antara yang menjadi ketakutan mereka iaitu …
1. Kami akan merampas jawatan-jawatan di peringkat Bahagian UMNO
2. Kami akan lebih mendapat tempat di mata pemimpin UMNO
Memang bodoh dan bangang saya ucapkan kepada mereka ini kerana sikap seperti inilah yang menyebabkan golongan lapis muda menjauhi UMNO dan Kerajaan, saya masih ingat lagi betapa susahnya ketika majlis pelancaran gabungan tersebut berlangsung, tetapi tiadanya peruntukan makanan tengahari kepada pelajar-pelajar IPTA yang sanggup hadir menyerikan majlis tersebut, tak malu kah anda wahai UMNO Bahagian?
Walaubagaimanapun, ada yg sudi membantu sebagai contoh Hj Salehuddin….syabas kepada saudara kerana memahami perjuangan sebenar kita semua…
Akhir kata kepada pemimpin-pemimpin ‘kecil’ peringkat Bahagian….janganlah anda gentar dan khuatir…kami tidak akan mencantas anda…perjuangan kita adalah sama…..tetapi jika anda masih mengekalkan sikap sedemikian….UMNO akan terus berkubur kerana anda….
No comments:
Post a Comment