Thursday 16 December 2010

MALAYSIA MENANG 2-0 ATASI VIETNAM


TAHNIAH DAN SYABAS...aku ucapkan kepada team Malaysia kerana berjaya mengatasi Vietnam di separuh akhir 1. Tak sia-sia aku, aca, ranjen, ariff dan aul pergi ke stadium bukit jalil malam tadi....perghhh..jenuh berjalan kaki hampir 2 km daripada tempat parking keta hinggalah ke stadium, tetapi demi semangat Malaysia...kitorang redah jua....
Bangga sungguh rasanya menjadi rakyat malaysia malam tadi...bayangkan hampir 50,000 penyokong hadir menyaksikan perlawanan ini...kalau kempen PKR rasanya nak kumpul 500 pun ..jangan mimpi.....syabas kepada penyokong yang hadir
Dapat aku lihat betapa sayangnya mereka-mereka ini kepada Malaysia...ada yang membawa anak-anak kecil...ibu mengandung pun turut menyokong sama...mudah-mudahan baby anda yang bakal lahir nanti tahu betapa ibu dan bapanya bersemangat patriotik untuk negara.
SYABAS sekali lagi...kepada team malaysia...tetapi jangan lupa bahawa perjuangan belum selesai...sabtu ini...buktikan anda mampu mempertahankan margin jaringan tersebut....seterusnya nanti boleh lah kita senyapkan penyokong-penyokong Indonesia nanti..hehehe..
Tetapi apa yang menyedihkan aku, iaitu ada lagi yang bersifat seperti beruk mat yeh apabila membaling botol mineral dan seterusnya membakar mercun semasa perlawanan tersebut berlangsung....bongok dan pengor sungguh mereka ini...yang aku bangga tak semua penyokong yang menyukai tindakan tersebut...ramai yang membantah dan memarahi tindakan tersebut...oleh itu dapat aku simpulkan bukan semua penyokong kita bertindak liar...mungkin ada segelintir yang terpengaruh semasa menyokong skuad negerinya...(hehe..jangan marah)...

No comments: