Tuesday, 30 November 2010

SELAMAT PAGI, TUAN?


Kata-kata di atas diucapkan oleh Apek Ah Tie apabila terserempak dgn Zainal yang merupakan seorang kakitangan di Jabatan Kerajaan semasa beliau hendak bertolak ke tempat kerja. Bangga sungguh rasa hati Zainal apabila beliau di panggil dgn panggilan ‘Tuan’. Tapi jauh di sudut hati Ah Tie, adakah beliau ikhlas mengucapkannya atau hanya sekadar sandiwara.
Baru-baru ini, saya terpanggil dgn kenyataan demi kenyataan yang mempertikaikan KETUANAN MELAYU, apabila Presiden PKR dan juga Penasihat PKR dengan lantangnya mengeluarkan kenyataan supaya ketuanan melayu ini dihapuskan. Syahdu dan sedih rasanya kerana mereka yang ingin menghapuskan ketuanan melayu ini adalah terdiri daripada kaum melayu sendiri….adakah kerana ingin memenangi hati ataupun undi kaum lain, dengan ini kita sanggup menggadai maruah kaum kita sendiri, tidakkah kita terfikir betapa tersenyum lebarnya kaum-kaum lain terutama Cina yang dimonopoli oleh DAP kerana jika sebelum ini merekalah yang merupakan jaguh dalam perjuangan ingin menghapuskan hak keistimewaan bumiputera, tetapi sekarang mereka tidak berseorangan sebaliknya mereka mendapat bantuan daripada kaum melayu sendiri, masih ingatkah kita sejarah pada zaman kejatuhan Melaka dahulu, siapakah yang menyebabkan Melaka jatuh ke tangan penjajah, nampaknya sejarah akan berulang.
Konsep ketuanan melayu ini pula haruslah kita fahami dan kita sebarkan kepada kaum-kaum lain terutamanya kepada anak bangsa yang buta sejarah, tidak dapat disangkal lagi bahawa memang ramai anak-anak muda yang buta sejarah kerana akibat daripada sistem pendidikan kita yang sentiasa berubah apabila kerap bertukar Menterinya. Penerapan nilai-nilai sejarah ini perlu diterapkan semasa di zaman persekolahan sekolah rendah lagi, zaman saya dahulu, KLSR di mana adanya Ilmu Kesihatan, Ilmu Hisab, Tatarakyat, Ilmu Alam, Ilmu Sains, Sejarah dsb. Kemudian zaman adik-adik saya pula, ditukar pula kepada KBSR dengan beberapa subjek digabungkan dan secara tidak langsung menghapuskan subjek-subjek yang merupakan nilai-nilai murni kepada murid-murid seperti Tatarakyat, Ilmu Kesihatan, Sejarah dsb. Secara tidak langsung dapat dilihat pemikiran mereka yang lahir pada zaman KBSR adalah berbeza dengan mereka yang lahir pada zaman KLSR.
Berbalik kepada Ketuanan Melayu tadi, bukanlah orang melayu ingin menjadi tuan dalam segala segi sebaliknya kaum-kaum lain harus ingat semasa pembentukan Malaya dan seterusnya Malaysia dahulu, terdapatnya perjanjian iaitu Kerajaan Inggeris mengiktiraf kewujudan kaum melayu di Malaya dan mereka mengiktiraf bahawa kaum melayu merupakan penduduk asal Negara ini. Oleh itu, sudah menjadi lumrah, apabila kita merupakan penduduk asal, maka bagi yang berhijrah ke Negara kita, perlu lah menghormati penduduk asal ini. Jika kita rujuk kepada Undang-undang juga, sekiranya tiada sebarang peruntukan undang-undang, maka ‘Nature of Law’ akan terpakai dengan sendirinya. Sehubungan dengan itu, usahlah dipertikaikan lagi dan di dalam Perlembagaan Persekutuan ada dinyatakan klausa ini.
Fahamkah mereka apa itu Perlembagaan Persekutuan? Saya nasihatkan kepada yang masih tidak faham apa itu perlembagaan persekutuan, silalah kembali memakai uniform sekolah dan mendaftar sebagai Tingkatan 6 supaya boleh mengambil subjek ini dan seterusnya menduduki STPM.
Bagi orang melayu pula, jangan pula kita cepat merasa bangga apabila dipanggil dengan ‘TUAN’ sebaliknya harus kita ingat, ‘tuan’ itu hanyalah panggilan sahaja, dan sepatutnya ucapan itu di iringi dengan rasa hormat bukannya dengan sikap bermuka-muka.
Terlintas di fikiran Zainal, mengapa Apek Ah Tie memanggilnya tuan sedangkan beliau hanyalah seorang kerani, beliau bertanyakan kepada apek “Ah Tie….kenapa panggil saya ‘tuan’…saya bukan pegawai…kerani saja…” kata-kata Zainal dengan merendah diri (orang melayu memang suka merendah diri)….kemudian di jawab pula oleh Apek Ah Tie “takpe….takpe….wa panggil lu tuan sebab wa tau lu anak Tok Sadilon (Sadiron)…olang (orang) manyak(banyak) baik…dulu..masa wa susah…bapak lu manyak tolong wa…wa latang (datang) dari China…takde apa-apa…tapi..ish.ish (dengan nada sedih)…bapak lu kasi wa tempat tinggal…dan suluh (suruh) wa tanam sayur, jual sayur…sampai sikalang wa terus jual jugak….(untuk pengetahuan, Ah Tie telah memiliki 5 buah kedai pasar niaga dan diuruskan oleh anak-anaknya, tetapi beliau masih lagi naik motorsikal dan menjual sayur kepada penduduk2 di sekitar kampong)…wa manyak sedih…wa tak dapat tolong bapak lu…masa dia sakit..” panjang lebar penjelasan Ah Tie…Zainal terus ke arah Ah Tie dan bersalaman dengannya sebagai tanda hormat dan terima kasih.

No comments: