Friday 9 April 2010

PETIKAN KATA-KATA DRPD AYAHANDA SABTU MENGENAI SEMANGAT 1MALAYSIA

Berikut aku lampirkan kata-kata ayahandaku Tuan Hj Sabtu bin Skiran yang merupakan Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pagoh dan juga merupakan seorang veteran politik UMNO di Pagoh....kata-kata ini telah di SMS kepada Tan Sri Muhyiddin selaku TPM dan juga Ketua Umno Bahagian Pagoh...

"Tujuan utama 1Malaysia perpaduan iaitu kita perlukan pemimpin yang tegas, menghormati hak semua kaum dan etnik, Menghormati bukannya bermaksud menunaikan semua permintaan sesuatu kaum hingga mereka jadi besar kepala...tetapi apa yang sepatutnya diberi ialah perlu adil seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia...Saya sanjung kepimpinan yang bersifat keberanian Tan Sri.....daripada Tuan Hj Sabtu bin Skiran...."

4 comments:

Anonymous said...

salam..
Cerita dulu2 lah 1990an ,kalau time ada kelas math cikgu,bila cikgu soal..jgn ada murid yg tak angkat tangan nak jawap..sebelum kelas lagi dah rase cuak..jgn le pulak terlupa siap homework...memang kena la..
Semua memori tu dah berlalu walaupun tempoh saye belajar dengan cikgu pun tak lama sangat..tetapi tetap diingat sebab itu juga cara menyedarkan anak bangsa..

sk kg raja

Anonymous said...

Bab satu Malaysia ni..pada saya '1Malaysia' mesti datang dgn 'rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan'..maksudnya tak kira bangsa akan ditolong untuk terus maju..jadi 1Malaysia sepatutnya tidak langsung bermaksud menyamakan bangsa peribumi dengan bangsa lain2..semua telah dinyatakan dan dijamin haknya dalam perlembagaan..

Mengenai Pemuda Umno yang dikatakan mengetuai pemuda BN..Pemuda Umno berkata dalam siaran BERNAMA TV baru-baru ini,menyatakan pemuda UMNO kononnya menyokong dan berusaha untuk liberalisasi ekonomi...Entah apa asasnya menyatakan sistem sekarang menyekat pembangunan dan meghalang bangsa lain untuk mengaut lagi banyak kekayaan??

Soal pertama di sini..tersilapkah perancangan pemimpin2 dahulu kita yang mewujudkan pelbagai GLC,dengan tujuan ramai anak bangsa kita berpeluang berjawatan besar..seperti yang kita tahu..amat kurang anak bangsa kita di sektor swasta dapat peluang berjawatan tinggi...Selain wujudnya GLC ini sebagai pengimbang kepada pihak swasta terutamanya bila wujud pihak swasta yang tamak menaikkan harga produk keperluan yang sudah lama mereka kuasai (contohnya minyak sawit, gula dsb)..bila semua dah liberalisasi..semua dah diserah pada swasta (siapa swasta itu..?)..Apa yang tinggal..?Sudahlah pendapatan kecil..harga barang makin naik tak terkawal..

Soal kedua..dah cukup kah < 30% pegangan ekuiti bumiputra ni..?Lain lah Pemuda Umno yang dah kaya2 tu..memanglah katanya cukup sampai berlebih2..itulah sebabnya dalam siaran di BERNAMA TV baru2 ini..bila Pemuda Umno disoal tentang hak Melayu mesti diperjuang..jawap Pemuda Umno 'kami memperjuang hak semua kaum,bukan hanya Melayu sahaja,kaum2 lain mesti dipertimbangkan dalam memperjuang hak Melayu'..Saya fikir itu jawapan yang sangat2 memalukan dari Pemuda Umno..logiknya ekuiti Bumi <30% itu dah cukup menggambarkan banyak lagi usaha pemimpin2 Melayu menigkatkan taraf hidup rakyat pimpinannya..Sepatutnya bukan kita perlu terlalu sibuk jaga kebajikan orang lain..Kenapa hak kita pulak mesti diserah pada bangsa lain..?Kenapa Pemuda Umno tak tuntut hak 60% ekuiti berdasarkan 60% populasi Bumiputra??Kita kena ingat..kita sebagai pemimpin rakyat Bumi..Bumiputra adalah Melayu,Asli,Bumi Sabah dan Bumi Sarawak..besar amanah kita ni..bukan nak jaga Melayu sahaja..

Pada pemerhatian saya..ramai pemimpin Umno terlalu apologetic,takut hilang undi,gila glamour,syok sendiri,lupa asas perjuangan,terlalu pemurah dan lain2 lagi..Pemimpin seperti itu menyatakan kerajaan tak perlu lagi subsidi..subsidi sekat kemajuan..bumiputra tak perlu dibantu kerana tidak adil untuk bangsa lain..dan macam2 ungkapan nak menghina Bumiputra terutamanya Melayu ni,kononya Bumi menagih simpati subsidi..sebenarnya cuba difikir semula (flashback) jika dari dulu kerajaan mengabaikan Bumiputra..sehingga tahap ini kah bangsa Melayu..?

Diingatkan jika pemimpin Umno tidak ada asas semangat memperjuang bangsa melayu..ada baiknya meletak jawatan..serah pada yang lebih layak..pada pendapat saya, Pemuda Umno adalah dalam pemerhatian..jangan syok dengan pelbagai makmal..tapi perjuangan asas bangsanya tak ada..Dan temubual di BERNAMA TV itu..bahasanya manis, lunak dan intelektual..tapi yang tersiratnya jelas menunjukkan Pemuda Umno sudah hilang arah tuju dan tidak lagi boleh terlalu diharapkan..mungkin sebab itu sokongan beralih kepada Perkasa dan Pemuda Umno terus hilang sokongan..

BPR said...

Pak ngah berfikir cara orang dulu2... semangat lama.... nafas lama... yang penting orang didahulukan...

kampung boy said...

saya rasa, semangat 1 Malaysia harus dimulakan di peringkat akar-umbi... cadangan datuk Mukhriz mahathir harus di pandang serius... sekolah cina & sekolah india perlu dihapuskan... bukan untuk menghapuskan bangsa cina & india, tetapi untuk menyatukan rakyat... kanak-kanak harus berinteraksi dengan semua kaum yg ada pada usia yg muda... namun orang cina, melenting dengan mengatakan datuk Mukhriz sebagai kurang ajar... come on laa... lu orang mahu semua bangsa di malaysia ini mempunyai hak yg sama dgn bengsa melayu, tapi lu orang tak mau hantar anak ke sekolah kebangsaan... apa hal...??? lu orang mau anak pergi sekolah bangsa sendiri... so, kalau tak sedia nak berkongsi kelas / sekolah, jangalah menyalak macam babi minta hak yg sama rata macam orang melayu...