Panglima Mat Berani adalah seorang panglima yang berkhidmat pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah, sultan Melaka ke-7 yang memerintah di antara 1488 - 1511.Panglima Mat Berani dikatakan antara panglima yang sama-sama berjuang menentang serangan Portugis di Melaka pada tahun 1511. Apabila tidak mampu lagi menahan serangan Portugis, sultan dan pengikutnya yang setia melarikan diri dengan kapal dan mudik melalui Sungai Muar.
Thursday, 16 April 2009
MELAYU DAN UMNO
Sejak dulu lagi Umno adalah sinonim dengan melayu. Parti yang berlatarbelakangkan orang melayu ini sangat kuat suaranya sehinggakan boleh dikatakan kerajaan Malaysia ini tulang belakangnya adalah UMNO dan tersiratnya iaitu melayu yang mendokongnya. Dan apabila keputusan di buat oleh kerajaan , tiada siapa pun dari parti komponen yang 'berani' menentang sebaliknya mereka akur kerana pada mereka kerana UMNO lah mereka boleh duduk semeja dalam kerajaan Malaysia.
tetapi sejak akhir-akhir ini, parti-parti komponen BN yang lain terutamanya MCA dan MIC di lihat semakin berani mencabar keputusan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan pimpinan kita, mengapa ia berlaku? kerana lemahnya kuasa melayu ketika ini. Siapa puncanya? siapa lagi jika bukan DS Anwar.
Jika di lihat kenyataan pemimpin Pas seperti Hadi Awang, terus terang saya katakan beliau lebih suka jika UMNO kuat kembali kerana beliau tahu hanya UMNO sahajalah yang mampu membentuk kerajaan dan sesungguhnya UMNO itu adalah orang melayu kita juga...so timban-timbangkanlah....
Tuesday, 14 April 2009
KABINET BARU DAN ORANG JOHOR
Tahniah sekali lagi kepada Tan sri Muhyiddin kerana di lantik TPM, dan juga kepada menteri yang asal dari johor iaitu Khaled Nordin, Hishamudin dan sape lagi ye?? hehe..ada makna tu...juga timbalan menteri iaitu Razali Ibrahim (orang muar dan juga ex ukm tu), Fuad Zarkashi (tak sia-sia berkokok dalam parlimen..hehe) dan yang dari pontian tu (lupa nama pulak)....ehhhh itu je ke...wakil umno dari johor....ke mana hilangnya azalina dan juga hamid albar.....oooohhhhh...di beri kepada wakil sabah...
tapi aku salute dengan perhubungan umno johor walaupun ahli kita yang terpilih untuk menyertai kabinet semakin lama semakin berkurangan tetapi kita tak pernah nak gaduh-gaduh atau pun merajuk kerana tidak terpilih. Harus di ingat bukan sabah aje yang menyumbang kepada kemenangan umno dan BN dalam PRU12 yang lalu tetapi johor juga masih lagi merupakan kubu yang cukup kebal dan utuh. Tetapi kepada para pemimpin sekalian jangan lah pula oleh kerana kami yang asyik beralah ini di ketepikan saja nanti ...bukan apa takut ...angin perubahan provokasi melanda nanti...
Tapi aku percaya selaku anak jati johor yang tahu beetapa susahnya pemimpin umno terdahulu dalam memartabatkan bangsa dan negara..kita akan terus bersatu dan tidak akan jadi seperti melayu perak dan kedah yang walaupun pandai tetapi bodoh kerana diperkotak-katikkan oleh DAP...(jangan marah melayu perak dan kedah)..anda yang menentukannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)