Friday 27 March 2009

TAHNIAH TAN SRI MUHYIDDIN - ORANG PAGOH


DI kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada tan sri kerana atas kejayaan memenangi jawatan timbalan presiden walaupun pada mulanya agak gusar bagi kami orang-orang pagoh yang pada mulanya semasa penamaan calon menunjukkan seolah-olah tan sri boleh menang tanpa bertanding tetapi ini tidak terjadi kerana adanya tangan-tangan yang lebih suka pertandingan, akhirnya kerana limpah kurnia allah swt beliau berjaya juga menang di gelanggang sebenar.
Jumlah undi yang begitu besar berjumlah lebih 1500 juga menunjukkan bahawa perwakilan memang amat setuju dengan beliau dan saya menjangkakan jika cadangan supaya kuota dimansuhkan dan biarlah pengundian sehingga ke peringkat akar umbi dilaksanakan, beliau masih lagi boleh mendapat tempat dikalangan 3.5 juta ahli umno kerana hasil pengamatan saya menunjukkan beliau adalah seorang yang bersih dan dikagumi oleh ahli-ahli umno sendiri dan yang mengejutkan saya malahan ahli-ahli parti pembangkang juga mengkagumi beliau sehinggaka amat sukar bagi parti pembangkang untuk mencari kesilapan dan kesalahan beliau, apatah lagi serangan peribadi juga amat jarang kita dengar daripada lidah-lidah pengarang partyi pembangkang.
Pemilihan untuk jawatan Naib Presiden pula yang daigandingi oleh Zahid, Hishamudin dan juga Shafie Apdal merupakan gandingan yang benar-benar jitu dan saya harap dapat mengembalikan kegemilangan UMNO di mata masyarakat melayu. Zahid seorang pemimpin yang saya kagumi kerana beliau merupakan pemimpin yang mempuyai asas agama yang kuat, pemimpin seperti inilah yang dimahukan oleh rakyat manakala Hishamudin pula boleh dikatakan mewakili lapisan muda yang boleh juga dikatakn bakal pelapis pemimpin negara untuk kemudian hari kelak begitu juga Shafie Apdal yang boleh dikatakan juga mewakili Malaysia Timur.

Jika dilihat ke empat-empat pemimpin tertinggi ini, ke semua mereka amat baik dari segi rekod perkhidmatan dan juga sahsiah peribadi mereka. PERNAHKAH KITA MENDENGAR KE EMPAT-EMPAT INI DISERANG DENGAN PERIBADI????? TIDAK PERNAH SESEKALI...ALHAMDULILLAH...MOGA UMNO TERUS MARA...UNTUK RAKYAT MALAYSIA....

walaubagaimanapun pemilihan untuk Ketua Pemuda umno sedikit menggusarkan saya kerana tidak seperti yang saya harap-harapkan walaubagaimanapun dengan adanya Razali selaku Naib Ketua diharapkan dapat mengimbangi kecelaruan yang timbul dan pohon pastikan Pemuda Umno ini bersih dari segala-galanya kerana andalah nanti yang bakal mencorakkan umno untuk hari-hari yang mendatang....
Untuk AMT pula, ke mana kah hilangnya pendekar-pendekar juga dan juga srikandi-srikandinya; Ghani selaku menteri besar tewas, shahril selaku menteri juga tewas, azalina juga tewas, noraini juga tewas, yang tinggal hulubalang sahaja iaitu Dr Fuad Zarkashi tetapi jangan ingat hulubalang ini merupakan pak pacak sahaja tetapi hulubalang inilah yang mampu mengegarkan parlimen suatu ketika dulu...saya tabik pada beliau....
Wassalam

2 comments:

Teratak Cahaya said...

Yazid...

JCA74 ni no motor ko dulu ker....Yamaha kapcai tu...? then pindah ke kereta lak....

OKLAH..AKU TUMPANG BANGGA SEBAGAI ANAK JATI JOHOR KERATA TS MY MENANG DAN SYUKUR KE HADRAT ALLAH SUPAYA UMNO INI AKAN TERUS JITU MEMBAWA ANGIN PERUBAHAN

Oced budak Pagoh said...

thanx for your support. actually that was may father's car...its very sentimental to us for the whole family...