Wednesday 15 October 2008

Pemandangan yang mencuri perhatian...dari Agenda Daily


Rumah terbuka Aidilfitri bekas Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Datuk Raof Yusof di Ukay Perdana,Hulu Kelang dekat Kuala Lumpur jadi tumpuan Selasa malam.

Dalam senario politik semasa kehadiran serentak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir,Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencuri perhatian ramai.

Ini kali pertama mereka kelihatan bersama di khalayak ramai sejak kehangatan isu peralihan kuasa kebelakangan ini.

Mereka duduk semeja di situ lebih sejam.

Hadir sama di majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar,Menteri Perpaduan Kesenian dan WarisanDatuk Shafie Afdal,Menteri Pertanian Datuk Mustapha Mohd,Menteri Luar Datuk Seri Rais Yatim,penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Jiwa.- 14/10/2008

No comments: