Thursday, 25 August 2011

LAGU RAYA TERBARU 2011; THE BEST RAYA SONG


Maaf ye...dalam bulan puasa ni, aku terpaksa bohong sikit dgn korang semua, hayatilah lagu ini dan liriknya sekali kerana amat puitis dan bagi orang melayu, anda perlu fahaminya setiap baris lirik tersebut.
terutamanya:
MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA....
MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA.....

layanzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......

APABILA PEMIMPIN KANAN PAS MENYERANG PAKATAN RAKYAT : SYABAS YB DR CHE ROSLI

sebelum ni memang aku tak pernah pun nak memuji mana-mana ahli parlimen dari parti pembangkang, bukannya apa...asyik buruk jer yang keluar dari mulut mereka tu...tak pernahnya nak memuji sebarang tindakan kerajaan yang memerintah iaitu BN.

tapi pada kali ini aku tabik hormat pada seorang ahli parlimen dari Selangor iaitu YB. Dr Che Rosli (anaknya kawan aku) kerana beliau berani kerana benar, syabas dan tahniah aku ucapkan kerana pembongkaran beliau pada 24 Ogos 2011 bersamaan 24 Ramadhan semasa di dalam ISU LYNAS di Buletin TV3 telah membuka mata semua masyarakat ke atas kepimpinan PAKATAN RAKYAT, KEPIMPINAN PAS DAN JUGA AKHBAR HARAKAH.....

di sini aku sampaikan kata-kata beliau semasa di temuramah oleh Karam Singh Walia (lepas ni naik le nama Singh ni, hehehe...selepas peristiwa hitam beliau tempohari) : sumber dari AGENDA DAILY

Dr Che Rosli membuat pengakuan itu bersama Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, seorang Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan.
Dalam pengakuannya Dr Che Rosli berkata : "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya."

Bukan setakat itu, pakar antarabangsa serta agensi kerajaan yang memantau serta mengawal pembinaan serta operasi kilang Lynas dikecam Fuziah sebagai tidak mempunyai kredibiliti.

                                               Fuziah PKR yang bercakap menggunakan kepala lutut sebagai otak
"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. 


Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."

"Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."

Tambah beliau, penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia Lynas.


"Jadi benda-benda macam tu tuduhan yang tidak saintifik, tidak akademik langsung. Tuduhan-tuduhan yang macam tu lah, maknanya pada masyarakat, pada rakyat tidak perlu takut. Mereka boleh sendiri nanti melihat sendiri masuk ke Lynas melihat apa saja, apa yg dibina, apakah masa depannya, apakah kemudahan-kemudahan yang ada untuk menjaga keselamatan pekerja dan juga orang awam."

Profesor Dr. Ahmad Termizi pula berkata , "Pada saya adanya risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara. Risiko mesti berpadanan dengan manfaat. Ini persoalan seterusnya. Jadi risiko yang ada pada aras yg terlibat dengan dos sinaran pada aktiviti seperti Lynas, terlalu rendah atas apapun untuk mengharamkannya.

Ditanya jika tidak bahaya, mengapa penduduk ditipu dan disajikan maklumat palsu.

"Isu ni isu yg dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Jadi dalam banyak keadaan data-data yang dikemukan tu tak dapat dipertahankan sebenarnya secara saintifik. Jadi cuma dispinkan. Digembar-gemburkan. Data-data yang pada saya kadang-kadang palsu dan tidak ada kena mengena."

Beliau turut melahirkan rasa kesalnya jika kerajaan menunduk kepada desakan pihak tertentu untuk menghentikan operasi kilang kimia Lynas.

"Jadi saya rasa sedihlah kalau kita, negara ini membuat sesuatu keputusan yang sangat besar, genting kepada kepentingan negara berdasarkan kepada emosi, berdasarkan kepada propaganda dan tidak berdasarkan kepada ilmu, berdasarkan kepada kepakaran yang sediada dalam negara ini sebenarnya."

Prof. Ahmad Termizi menyangkal pembohongan Fuziah bahawa kilang Lynas terbabit tidak dapat beroperasi di Australia kerana tidak dilesenkan kerajaan negara itu.

"Lynas juga dapat lesen untuk melakukan proses ini di Australia tapi kos tinggi. Jadi pertimbangan di sini ialah kos ekonomik, pertimbangan keberkesanan kos, cost effectiveness. 


Jadi mereka memilih di Malaysia kerana Malaysia mempunyai infrastruktur yang baik dan kos pengeluaran per unit yang boleh bersaing di pasaran dunia. Jadi kita dipilih dalam konteks itu. Pada pandangan saya, satu peluang win-win situation. Sama-sama untung."

Komen daripada OBP :

1. Alhamdulilah, masih ada lagi pemimpin dan juga ahli pembangkang (PAS) yang masih bersikap waras dan beretika dalam memperjuangkan rakyat, bukannya politik semata-mata.

2. Jawatankuasa Penerangan PAS memang tak boleh dipercayai, walaupun partinya nama je ISLAM, di mana melalui penjelasan Dr Che Rosli di atas, dapat disimpulkan bahawa beliau telah dihalang daripada bercakap atas fakta kebenaran tentang isu Lynas oleh kepimpinan PAS.

3. Akhbar yang disanjung tinggi oleh puak-puak PAS iaitu HARAKAH...hilang kredibilitinya dalam memperjuangkan isu-isu yang bersifat kebenaran, secara tidak langsung...tuduhan oleh pihak UMNO berkaitan akhbar HARAKAH ini memang kilang fitnah ada asas kebenarannya, ini dapat di lihat melalui penjelasan Dr Che Rosli di atas, iaitu beliau malu apabila HARAKAH kerap menyiarkan berita yang bersifat pembohongan berkaitan isu Lynas...

Wednesday, 24 August 2011

Hikmah tidak dapat melihat makhluk halus


Bukan semua makhluk halus sentiasa mencelakakan manusia. Ada di kalangan mereka yang beragama Islam dan ada yang kafir. Yang Islam kebiasaannya seperti manusia. Makhluk halus yang benar-benar Islamnya tidak akan menyakiti mana-mana makhluk.

Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya):

"Seorang muslim yang sebenar adalah seorang muslim yang akan memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada makhluk lain sama ada melalui lidahnya mahupun perbuatannya."

Manusia muslim dengan makhluk halus yang muslim adalah bersaudara berdasarkan Firman Allah dalam al-Quran (mafhumnya):

"Sesungguhnya semua orang mukmin itu adalah bersaudara."

Makhluk halus yang benar-benar muslim menjadi saudara kepada kita dan tidak akan menyakiti kita. Bagaimanapun, permusuhan merupakan salah satu sifat yang ada pada manusia dan makhluk halus. Seperti manusia, sesama mereka pun bermusuhan, berperang dan berbunuhan, sifat yang sama juga ada pada makhluk halus.

Allah menganugerahkan suatu rahmat yang amat besar kepada manusia dengan mereka tidak dapat melihat makhluk halus. Allah menciptakan suatu 'filter' atau penutup di mata, iaitu pada kebiasaannya kebanyakan manusia tidak dapat melihat makhluk halus.

Jika kita boleh nampak mereka sebagaimana mereka nampak kita, manusia tidak akan senang duduk, sentiasa terancam dan diancam. Nescaya manusia tidak boleh berehat dan jauh sekali hendak tidur nyenyak kerana asyik terlihat rupa-rupa mereka yang menakutkan. Disebabkan kita tidak dapat melihat mereka, maka kita boleh duduk bersenang lenang, berehat dan tidur tanpa sebarang gangguan, meski pun mereka berada di sekeliling kita. 
Cuba kita bayangkan, jika sekiranya kita berada di dalam bilik tidur, tiba-tiba ternampak makhluk seperti ular atau pun seperti anjing hitam lari masuk ke bawah katil kita, tentulah kita akan mencarinya hingga dapat. Jika tidak dapat, sudah tentu kita tidak akan nyaman tidur dan mungkin berpindah ke bilik lain. Oleh kerana itu, kita harus faham bahawa dengan tidak dapat melihat makhluk halus dikatakan dikatakan suatu nikmat yang besar.

Makhluk halus boleh menyakiti manusia, jangan lupa, manusia juga boleh menyakiti makhluk halus. Manusia takut kepada mereka, jangan lupa mereka juga takut kepada kita. Malah sebenarnya makhluk haluslah yang lebih takut kepada manusia, khasnya orang-orang yang sangat tinggi darjat ketaqwaannya kepada Allah SWT.

Disebut dalam satu hadis, Nabi s.a.w mengatakan (mafhumnya):

"Sekiranya Umar al-Khattab mengikuti suatu jalan ke suatu arah, tiba-tiba ada syaitan (makhluk halus) mereka akan bertempiaran lari mengikut jalan lain kerana tidak mahu berjumpa dengan Umar."

Dengan berlakunya makhluk halus menyakiti manusia, maka manusia boleh mempertahankan dirinya dengan cara mendekati Allah, memohon perlindungan kepada Allah SWT.

Firman Allah (mafhumnya):

"Dan jika kamu ditimpa suatu gangguan atau godaan dari syaitan, maka berlindunglah dengan Allah SWT, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."(Surah al-A'raaf, ayat 200)

Firman Allah (mafhumnya):

""Dan jika kamu ditimpa suatu gangguan atau godaan dari syaitan, maka berlindunglah dengan Allah SWT, sesungguhnya Dia lah sahaja yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah Fussilat, ayat 36)

Kedua-dua ayat ini membawa maksud yang sama, cuma dalam Surah Fussilat, ada penambahan ayat "hua" atau Dia lah sahaja. Ayat ini Allah memberi penekanan bahawa Allah sahaja yang akan memberikan perlindungan kepada manusia, mempertahankan manusia daripada kecelakaan yang akan dikenakan makhluk halus.

Insan mukmin sewajibnya hanya takut kepada Allah SWT sahaja, bukan takut kepada makhluk halus. Jika kita takut dengan mereka, ertinya penggantungan kita masih rapuh dan perlu ditingkatkan. Ingatlah bahawa manusia adalah khalifah di muka bumi, kita adalah "bos" atau "ketua" atau "pemerintah" yang memerintah alam, semua makhluk di muka bumi termasuk makhluk halus kena patuh kepada manusia.

Inilah yang menyebabkan iblis dengki serta iri hati kepada Nabi Adam a.s kerana Adam dan anak cucunya diangkat menjadi khalifah. Maka dengan itu manusia tidak seharusnya takut kepada makhluk halus. Manusia perlu sedar, manusia diberi kelebihan yang tidak diberikan kepada makhluk halus.

Firman Allah (mafhumnya):

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai kenderaan di daratan dan di lautan; dan Kami memberikan rezeki kepada mereka dari benda yang baik baik, serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk yang Kami ciptakan." (Surah al-Isra', ayat 70)

Salah satu daripada kelebihan yang Allah berikan ialah, manusia dapat mempertahankan dirinya dari sebarang gangguan musuhnya termasuknya makhluk halus dengan berpegang dan bergantung kepada Allah SWT.



Wallahu a'lam.
Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Monday, 22 August 2011

Warga UKM Terajui Gabungan Anak Pagoh IPTA

Oleh Abd. Razak Hussin
Foto oleh Abd. Razak Hussin


PAGOH, 4 Mei, 2011 – Empat warga UKM mengambil inisiatif menubuh dan menerajui Gabungan Anak Pagoh di Institusi Pengajian Tinggi Awam (GAPa) bagi membangunkan modal insan menerusi pendidikan tinggi khasnya generasi baru Pagoh Johor.

Mereka terdiri dari Haji Mohd Hanafiah Omar, Ketua Penolong Pendaftar Pusat Pembangunan Akademik sebagai Pengerusi, Mohd Fairul Surian, Pegawai Penyelidik Sosial Pejabat Hubungan Antarabangsa sebagai Setiausaha, Mohd Yazid Sabtu, Penolong Bendahari Jabatan Bendahari sebagai Bendahari dan Dr. Anuar Ithnin, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Kesihatan sebagai Pengerusi Biro Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan.

Penubuhan GAPa menerima sanjungan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri sewaktu melancarkan pertubuhan tersebut di Kompleks Sukan Pagoh Sabtu lepas.

Selain memberi tumpuan kepada pendidikan, GAPa turut berperanan sebagai badan pemikir untuk membangunkan masyarakat Pagoh dalam bidang strategik lain seperti membina keupayaan masyarakat bagi mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi, pembangunan keusahawanan, mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk dan bersama-sama menangani permasalahan semasa yang dihadapi mereka, kata Hanafiah.

Tan Sri Muhyiddin mengalu-alukan penubuhan GAPa menganggapkannya amat sesuai dengan masa kerana Pagoh akan dibangunkan sebagai hab kecemerlangan pendidikan tinggi mulai tahun ini.

Beliau menerangkan bahawa beberapa IPTA termasuk Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHO), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) serta Universitas Teknologi Bandung (UTB) bercadang membukan cawangan mereka di Pagoh.

Rancangan pembangunan itu turut didukung oleh syarikat gergasi Sime Darby, sebuah syarikat kaitan kerajaan yang mempunyai aktiviti perladangan yang luas di Pagoh.

Dalam majlis itu pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu dan beberapa orang ahli akademik cemerlang di IPTA yang berasal dari Pagoh diberikan anugerah khas oleh Tan Sri Muhyiddin.

Mereka termasuk Prof. Madya Dr. Faridah Shahdan, Timbalan Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Dr. Anuar Ithnin dari Fakulti Sains Kesihatan dan Prof. Dr. Musa Ahmad, Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang juga bekas Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UKM.

UKM turut mengambil bahagian dalam pameran pendidikan tinggi yang diadakan sempena majlis pelancaran GAPa itu..

sumber berita dari UKM

Friday, 19 August 2011

PRU 13 ; DIJANGKA MAC 2012


Sumber terkini dpd risikan yang dibuat menyatakan bahawa PRU 13 akan dilangsungkan pada tahun 2012 dan dalam bulan Mac nanti. Sehubungan dengan itu, semua jentera perlu memperkemaskan barisan masing-masing.

PRU13 ini nanti dijangkakan amat sengit kerana Pakatan Rakyat dengan megah sekali yakin bahawa mereka akan dapat menjajah 2 lagi negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka.

Sama-samalah kita tunggu nanti....

VIDEO PENJELASAN ASYRAF : KUMPULAN SAMA YANG MEROMPAK, MEMUKUL DAN MEMBANTUNYA...


kesian pelajar Malaysia ni....takpe anggaplah itu semua dugaan dan cabaran, bukan semua rakyat England berperangai macam haiwan, masih ada lagi yg waras. Terdapat usaha daripada penduduk London yang ingin membantu pelajar ini dengan membuat kutipan dana dan sebagainya.

Berita tentang keganasan umpama binatang ini telah disiarkan oleh BBC News dan mendapat perhatian setiap lapisan masyarakat London.  Tapi yang aku sedihnya apabila d

Angkatan Tentera Malaysia di serangggg!!!!!



apa lah nak jadi dengan kepimpinan politik PAS ni...dlm bulan puasa menganjurkan program yang pada aku sia-sia jer, cubalah buat program keagamaan ker, bebal betul laa...

Kes terbaru ni apabila ATM di serang dengan PAS mengemukakan bukti kononnya 4 orang bekas anggota ATM menyatakan bahawa undi pos adalah menyeleweng, mereka menyatakan bahawa mereka ditugaskan untuk memangkah beribu-ribu kertas undi kosong....

bahalol betul la PAS ni, tak cukup dengan PDRM kau serang, ni pihak ATM pulak yang kau serang, kesannya amat dahsyat nanti wahai PAS, aku kenal sangat dengan ATM ni, silap haribulan semua program PAS akan diboikot nanti, baru kau tau....

yang ni berita dari Gerakan Anti PKR:

NONE
Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam.


Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin  bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."

"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.

"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.

Beliau sebaliknya menyalahkan Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut.

"Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing.

"Saya boleh ibaratkan (tindakan Pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan," katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan.

Ketika ditemui selepas itu, Zulkifeli dengan tegas berkata tindakan memangkah undi bagi pihak anggota lain seperti didakwa itu "tidak boleh berlaku."

"Macam mana ia boleh berlaku, kita tidak akan benarkan ia berlaku," tambah Zulkifeli lagi, mengulas dakwaan yang ditimbulkan bekas anggota tentera itu bahawa mereka diarahkan untuk memangkah ribuan kertas undi semasa pilihan raya sebelum ini.

Dalam sidang medianya, Zulkifeli berkata tindakan "mencemuh" sistem yang digunakan pakai dalam angkatan itu juga serius kerana boleh menjejaskan moral anggota tentera, katanya lagi.


"Adakah (Pemuda PAS) ingin timbulkan kontroversi berhubung isu itu, selepas tuduhan yang kata (orang) yang mempunyai status penduduk tetap dalam masa empat jam diberi (status) warganegara, isu ini pula yang timbul.

"Adakah ini usaha untuk cemarkan imej ATM atau mahu serang kami? Mahu pecah belahkan kami?," katanya lagi dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur petang ini

"Saya tertanya-tanya kenapa sidang akhbar semalam dilakukan, sedangkan perdana menteri telah berkata jawatankuasa terpilih parlimen akan diwujudkan (bagi memperbaiki sistem pilihan raya).