Tuesday, 30 November 2010

SELAMAT PAGI, TUAN?


Kata-kata di atas diucapkan oleh Apek Ah Tie apabila terserempak dgn Zainal yang merupakan seorang kakitangan di Jabatan Kerajaan semasa beliau hendak bertolak ke tempat kerja. Bangga sungguh rasa hati Zainal apabila beliau di panggil dgn panggilan ‘Tuan’. Tapi jauh di sudut hati Ah Tie, adakah beliau ikhlas mengucapkannya atau hanya sekadar sandiwara.
Baru-baru ini, saya terpanggil dgn kenyataan demi kenyataan yang mempertikaikan KETUANAN MELAYU, apabila Presiden PKR dan juga Penasihat PKR dengan lantangnya mengeluarkan kenyataan supaya ketuanan melayu ini dihapuskan. Syahdu dan sedih rasanya kerana mereka yang ingin menghapuskan ketuanan melayu ini adalah terdiri daripada kaum melayu sendiri….adakah kerana ingin memenangi hati ataupun undi kaum lain, dengan ini kita sanggup menggadai maruah kaum kita sendiri, tidakkah kita terfikir betapa tersenyum lebarnya kaum-kaum lain terutama Cina yang dimonopoli oleh DAP kerana jika sebelum ini merekalah yang merupakan jaguh dalam perjuangan ingin menghapuskan hak keistimewaan bumiputera, tetapi sekarang mereka tidak berseorangan sebaliknya mereka mendapat bantuan daripada kaum melayu sendiri, masih ingatkah kita sejarah pada zaman kejatuhan Melaka dahulu, siapakah yang menyebabkan Melaka jatuh ke tangan penjajah, nampaknya sejarah akan berulang.
Konsep ketuanan melayu ini pula haruslah kita fahami dan kita sebarkan kepada kaum-kaum lain terutamanya kepada anak bangsa yang buta sejarah, tidak dapat disangkal lagi bahawa memang ramai anak-anak muda yang buta sejarah kerana akibat daripada sistem pendidikan kita yang sentiasa berubah apabila kerap bertukar Menterinya. Penerapan nilai-nilai sejarah ini perlu diterapkan semasa di zaman persekolahan sekolah rendah lagi, zaman saya dahulu, KLSR di mana adanya Ilmu Kesihatan, Ilmu Hisab, Tatarakyat, Ilmu Alam, Ilmu Sains, Sejarah dsb. Kemudian zaman adik-adik saya pula, ditukar pula kepada KBSR dengan beberapa subjek digabungkan dan secara tidak langsung menghapuskan subjek-subjek yang merupakan nilai-nilai murni kepada murid-murid seperti Tatarakyat, Ilmu Kesihatan, Sejarah dsb. Secara tidak langsung dapat dilihat pemikiran mereka yang lahir pada zaman KBSR adalah berbeza dengan mereka yang lahir pada zaman KLSR.
Berbalik kepada Ketuanan Melayu tadi, bukanlah orang melayu ingin menjadi tuan dalam segala segi sebaliknya kaum-kaum lain harus ingat semasa pembentukan Malaya dan seterusnya Malaysia dahulu, terdapatnya perjanjian iaitu Kerajaan Inggeris mengiktiraf kewujudan kaum melayu di Malaya dan mereka mengiktiraf bahawa kaum melayu merupakan penduduk asal Negara ini. Oleh itu, sudah menjadi lumrah, apabila kita merupakan penduduk asal, maka bagi yang berhijrah ke Negara kita, perlu lah menghormati penduduk asal ini. Jika kita rujuk kepada Undang-undang juga, sekiranya tiada sebarang peruntukan undang-undang, maka ‘Nature of Law’ akan terpakai dengan sendirinya. Sehubungan dengan itu, usahlah dipertikaikan lagi dan di dalam Perlembagaan Persekutuan ada dinyatakan klausa ini.
Fahamkah mereka apa itu Perlembagaan Persekutuan? Saya nasihatkan kepada yang masih tidak faham apa itu perlembagaan persekutuan, silalah kembali memakai uniform sekolah dan mendaftar sebagai Tingkatan 6 supaya boleh mengambil subjek ini dan seterusnya menduduki STPM.
Bagi orang melayu pula, jangan pula kita cepat merasa bangga apabila dipanggil dengan ‘TUAN’ sebaliknya harus kita ingat, ‘tuan’ itu hanyalah panggilan sahaja, dan sepatutnya ucapan itu di iringi dengan rasa hormat bukannya dengan sikap bermuka-muka.
Terlintas di fikiran Zainal, mengapa Apek Ah Tie memanggilnya tuan sedangkan beliau hanyalah seorang kerani, beliau bertanyakan kepada apek “Ah Tie….kenapa panggil saya ‘tuan’…saya bukan pegawai…kerani saja…” kata-kata Zainal dengan merendah diri (orang melayu memang suka merendah diri)….kemudian di jawab pula oleh Apek Ah Tie “takpe….takpe….wa panggil lu tuan sebab wa tau lu anak Tok Sadilon (Sadiron)…olang (orang) manyak(banyak) baik…dulu..masa wa susah…bapak lu manyak tolong wa…wa latang (datang) dari China…takde apa-apa…tapi..ish.ish (dengan nada sedih)…bapak lu kasi wa tempat tinggal…dan suluh (suruh) wa tanam sayur, jual sayur…sampai sikalang wa terus jual jugak….(untuk pengetahuan, Ah Tie telah memiliki 5 buah kedai pasar niaga dan diuruskan oleh anak-anaknya, tetapi beliau masih lagi naik motorsikal dan menjual sayur kepada penduduk2 di sekitar kampong)…wa manyak sedih…wa tak dapat tolong bapak lu…masa dia sakit..” panjang lebar penjelasan Ah Tie…Zainal terus ke arah Ah Tie dan bersalaman dengannya sebagai tanda hormat dan terima kasih.

Monday, 15 November 2010

13 Mei 1969 - Perlu di beri penerangan dalam konsep yang sebenarnya


(Sumber dari Sejarah Malaysia)
Semenjak merdeka, Malaysia diperintah oleh sebuah Perikatan yang kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional pada tahun 1971. Barisan Nasional merupakan satu gabungan parti politik yang telah mendapat majoriti dalam Parlimen sepanjang sembilan pilihanraya yang diadakan sejak kemerdekaan Malaysia.

Namun, pada tahun 1969, buat pertama kalinya gabungan ini gagal mempertahankan majoriti dua pertiganya. Tekanan perkauman telah mengakibatkan rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah membawa kepada penubuhan kerajaan darurat yang dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara. Tun Razak telah dilantik sebagai Pengarah Operasi di bawah Akta Perintah Darurat selama 22 bulan sehingga perintah Darurat dibubarkan dan Parlimen dipulihkan pada 22 September 1970. Semenjak peristiwa tersebut, sasaran utama Kerajaan merupakan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang digubal untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira bangsa dan juga untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.


Komen OBP:
Salam, sejak akhir-akhir ini banyak blog yang memperkatakan supaya 13 Mei 1969 perlu diingati oleh semua lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum, dan baru-baru ini ada yang mencadangkan supaya tarikh 13 Mei di beri cuti dan di kenang sebagai Hari Perpaduan, ini adalah sebagai contoh kita meniru Singapura yang menjadikan tarikh 21 Julai 1964.

apabila cadangan-cadangan ini dikemukakan, terdapatnya beberapa pihak yang menyokong dan ada juga yang membantah. Bagi yang menyokong, mereka merasakan sudah tiba masanya tarikh tersebut diingati sebagai satu tanda significant, iaitu 'inilah kesannya jika negara kita tiada permuafakatan dan perpaduan antara kaum"...maksudnya ia perlu di beri penerangan dalam konsep TELADAN...tetapi jangan pula ia bersikap seolah-olah untuk menakut-nakutkan masyarakata yang telah hidup harmoni hampir 40 dekad ini...oleh itu, pihak kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankuasa bertindak yang di anggotai oleh individu-individu yang memahami apa itu sejarah dan juga individu yang ada nilai-nilai patriotik di dalam diri mereka, dan seharusnya fahaman politik di ketepikan dalam isu ini, maksud yang tersirat iaitu jangan ada campur tangan orang-orang politik di dalam jawatankuasa ini.


 Tidak semestinya pula para cendekiawan atau pun cerdik pandai yang bertaraf profesor di universiti-universiti, kerana kadangkala kita melihat para cerdik pandai ini, bukanlah sehebat mana pun, cuba topi dan skrol sahaja yang membezakannya dengan individu biasa. adalah lebih baik kita penglibatan jawatankuasa ini terdiri daripada orang-orang kampung yang masih hidup lagi, yang pernah terserempak dengan peristiwa tersebut supaya pemahaman yang mendalam dapat di terjemahkan dengan sebaik-baiknya.
Bagi pihak yang menentang pula, saya nasihatkan usahlah isu ini dipolitikkan, anda seharusnya menyokong kerana perpaduan kaum adalah amat penting, pernahkah anda terfikir bahawa salah satu syarat Malaya diberi Kemerdekaan iaitu perlunya perpaduan kaum...ataupun anda sendiri yang takut dengan bayang-bayang, ataupun anda lah yang merupakan pencetus tragedi tersebut...mungkin tak perlu rasanya saya nyatakan parti mana yang terlibat dalam isu ini...cukuplah bermula dengan DXX....
Sehubungan dengan itu, saya menyeru semua lapisan masyarakat dari pelbagai kaum dan agama supaya sama-sama kita hidup dalam harmoni tanpa adanya perasaan benci, khianat dan sebagainya....ingatlah bahwa SEJARAH MUNGKIN AKAN BERULANG....

Saturday, 13 November 2010

MALAYSIA LAYAK PUSINGAN KE 2 BOLASEPAK SUKAN ASIA


TAHNIAH MALAYSIA...kerana memang telah layak ke pusingan ke 2 bolasepak sukan asia 2010 di Guanzhou, China. Walaupun perlawanan menentang China bakal berlangsung pada malam ini pukul 7.00 malam tetapi ia tidak membawa apa-apa erti kerana kita memang telah layak, samada menang, seri atau kalah sekalipun ..MALAYSIA TETAP AKAN KE PUSINGAN KE DUA....oleh itu..sama-sama ler kita natikan juga perlawanan pada malam ini...hehehe

Wednesday, 13 October 2010

AKU SOKONG PENUH KENYATAAN BLOG ANAK SEBERANG....DESAKAN SUPAYA KAWASAN MAJORITI MELAYU MESTILAH CALON DARI UMNO DALAM PRU 13 NANTI


DS Najib, dengarlah pandangan akar umbi yang bekerja di akaq umbi ni..
Dato Seri selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO mesti buat keputusan yang tegas dalam hal ini..

Anak Seberang menyeru supaya semua bloggers dan pembaca agar
MARI KITA BERSATU. Menuntut supaya BN , mengkaji semula tentang kuota calon dalam pilihan raya akan datang . Tuntutan ini selaras dengan perubahan persekitaran yang berlaku dlm pilihanraya 2008 .....!!!!

Ketetapan dalam Mesyuarat Exco Pemuda UMNO pusat semalam juga telah membuat ketetapan yang sama.Sepatutnya dari dulu kita kaji kuota peratusan untuk calon samada UMNO, MCA dan MIC.Namun kini kita harus membuat satu perubahan yang dinamik agar BN kekal memerintah. Ironinya jika calon dari UMNO ialah wakil di kawasan majoriti melayu, peluang untuk menang adalah cerah berbanding dari calon dari parti komponen lain.

Kawasan majoriti Melayu kita letak Calon Melayu. Calon Cina/India BN tak akan/kurang mendapat sokongan dari kaum mereka...Kepala otak mereka telah di setting undi pembangkang macam-macam BN bagi utk menarik undi mereka. Itu sebabnya MCA BERANI minta kuota 30% bumiputra dihapuskan DAPAT LAGI MEREKA.....

Melayu apa yg tinggal....( Hanya Baju Melayu je lah!!!!!...) MAJORITI MELAYU LETAK CALUN MELAYU. Orang melayu yg dah dapat jadi YB jgn pula Bongkak, Sombong, kedekut , Salam tak tengok muka , utamakan kroni nya saja.....BERUBAHLAH wahai pemimpin Melayu yg belum SEDAR.

Jika umno tidak berubah orang melayu sendiri nampaknya akan mengubah undi dimana calun bukan melayu yang diletakkan di kawasan melayu sedangkan PKR meletakan calun yang menang adalah calun melayu sebagai contoh KUANTAN iaitu Fuziah Salleh, fikirkan lah...

Begitu juga di Grik yang mana majoriti melayu tapi calon MCA yang diletakkan tapi nasib menang sebab disana UMNO masih kuat. Melayu Grik sayangkan BN. Tapi tak mustahil pengundi-pengundi akan swing kepada calon pembangkang yang meletakkan melayu!

2 Parlimen di atas adalah sebgai contoh.
Banyak lagi kawasan Parlimen dan DUN yang majoriti melayu tapi calon bukan dari UMNO.
Fikir-fikirkanlah..
Posted by Anak Seberang..

dengan ini saya menyokong 100%

Wednesday, 7 July 2010

PAGOH BAKAL JADI HUB PENGAJIAN TINGGI

Semalam 6 Julai 2010, TSM selaku TPM telah mengumumkan bahawa Pagoh bakal jadi hub pengajian tinggi, di jangka Universiti Teknologi Bandung, UTM, UTHM dan UiTM akan membuka cawangannya di Pagoh. Al hamdulillah , syukur...nampaknya akan ada pembangunan yang pesat di Pagoh nanti tetapi yang menjadi persoalan saya iaitu mengapa hanya 3 saja IPTA yang bercadang hendak membuka cawangannya di Pagoh dan jika di lihat sepintas lalu ketiga-tiga IPTA tersebut memang 'asalnya' dari Johor, ke mana pergi IPTA yang lain, yang telah di anugerahkan oleh kerajaan sebagai Universiti APEX dan Universiti Penyelidikan...Mengapa??? adakah ke semua IPTA ini telah merasakan dirinya maha hebat sehingga merasakan jika membuka cawangan di Pagoh, hanya akan membazir sahaja kerana Pagoh adalah kawasan pendalaman...sungguh cetek pemikiran pentadbir2 IPTA yang gah ini jika mereka berfikir sedemikian.

Tuesday, 15 June 2010

GABUNGAN ANAK PAGOH (GAPa)


berikut aku nyatakan beberapa maklumat ringkas berkaitan dengan cadangan penubuhan GABUNGAN ANAK PAGOH (GAPa)....

2. Sukacita dimaklumkan bahawa YAB. Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin, Timbalan Perdana
Menteri Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Malaysia (kawasan Pagoh) pada masa ini sedang mengambil inisiatif mengemas kini senarai anak Pagoh yang sedang berkhidmat di IPTA, sama ada sebagai ahli akademik mahupun pentadbir (gred jawatan 27 dan ke atas).
3. Usaha ini diambil sebagai langkah awal merintis penubuhan Gabungan Anak Pagoh
(GAPa). Pada prinsipnya GAPa bukan merupakan sebuah pertubuhan politik. Penubuhan GAPa membolehkan anak-anak Pagoh dapat bernaung di bawah satu bumbung untuk menyumbang pemikiran, pengalaman dan kepakaran bagi manfaat masyarakat penduduk tempatan khasnya kemajuan dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan pada masa kini dan masa depan. Keahlian GAPa adalah terbuka kepada anak Paqoh dari pelbagai banqsa dan agama yang sedang bertugas di IPTA. la akan diperluaskan ke IPTS secara berperingkat.
4. Tafsiran anak Pagoh pada asasnya merangkumi prinsip berikut;
i. Mereka dilahirkan dan dibesarkan di mana-mana mukim dalam kawasan Parlimen Pagoh,
meliputi mukim Gerisek, Bukit Serampang, Jorak, Lenga, Panchor atau Bukit Kepong.
ii. Pernah mendapat pendidikan awal (sekolah rendah) di mana-mana sekolah dalam
kawasan Parlimen Pagoh.
iii. Dalam keadaan tertentu, mereka yang dilahirkan di mana-mana mukim dalam Parlimen
Pagoh, tetapi belum sempat bersekolah rendah di mana-mana sekolah dalam Parlimen
Pagoh, telah berpindah ke daerah lain dalam negeri Johor atau di luar negeri Johor kerana mengikuti ibu bapa bertugas, boleh juga didaftarkan dan layak menjadi ahli GAPa.
5. Dalam konteks Universiti/lPTA, warga kerja yang boleh menyertai GAPa dan perlu
didaftarkan adalah meliputi staf dalam semua skim perkhidmatan termasuk gred N, Q, DG, DS,S, W, U, F, J dan sebagainya dari gred 27 - Jusa A.
6. YAB. Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan melancarkan penubuhan GAPa dalam bulan Jun 2010. Ahli GAPa yang telah membuat pendaftaran akan dijemput hadir ke majlis ini. Tarikh dan tempat akan dimaklumkan kemudian.

Yang benar,

MOHD HANAFIAH OMAR
Ketua Penolong Pendaftar
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penaja
Gabungan Anak Pagoh (GAPa) IPTA