Panglima Mat Berani adalah seorang panglima yang berkhidmat pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah, sultan Melaka ke-7 yang memerintah di antara 1488 - 1511.Panglima Mat Berani dikatakan antara panglima yang sama-sama berjuang menentang serangan Portugis di Melaka pada tahun 1511. Apabila tidak mampu lagi menahan serangan Portugis, sultan dan pengikutnya yang setia melarikan diri dengan kapal dan mudik melalui Sungai Muar.
Wednesday, 7 July 2010
PAGOH BAKAL JADI HUB PENGAJIAN TINGGI
Semalam 6 Julai 2010, TSM selaku TPM telah mengumumkan bahawa Pagoh bakal jadi hub pengajian tinggi, di jangka Universiti Teknologi Bandung, UTM, UTHM dan UiTM akan membuka cawangannya di Pagoh. Al hamdulillah , syukur...nampaknya akan ada pembangunan yang pesat di Pagoh nanti tetapi yang menjadi persoalan saya iaitu mengapa hanya 3 saja IPTA yang bercadang hendak membuka cawangannya di Pagoh dan jika di lihat sepintas lalu ketiga-tiga IPTA tersebut memang 'asalnya' dari Johor, ke mana pergi IPTA yang lain, yang telah di anugerahkan oleh kerajaan sebagai Universiti APEX dan Universiti Penyelidikan...Mengapa??? adakah ke semua IPTA ini telah merasakan dirinya maha hebat sehingga merasakan jika membuka cawangan di Pagoh, hanya akan membazir sahaja kerana Pagoh adalah kawasan pendalaman...sungguh cetek pemikiran pentadbir2 IPTA yang gah ini jika mereka berfikir sedemikian.
Tuesday, 15 June 2010
GABUNGAN ANAK PAGOH (GAPa)

berikut aku nyatakan beberapa maklumat ringkas berkaitan dengan cadangan penubuhan GABUNGAN ANAK PAGOH (GAPa)....
2. Sukacita dimaklumkan bahawa YAB. Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin, Timbalan Perdana
Menteri Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Malaysia (kawasan Pagoh) pada masa ini sedang mengambil inisiatif mengemas kini senarai anak Pagoh yang sedang berkhidmat di IPTA, sama ada sebagai ahli akademik mahupun pentadbir (gred jawatan 27 dan ke atas).
3. Usaha ini diambil sebagai langkah awal merintis penubuhan Gabungan Anak Pagoh
(GAPa). Pada prinsipnya GAPa bukan merupakan sebuah pertubuhan politik. Penubuhan GAPa membolehkan anak-anak Pagoh dapat bernaung di bawah satu bumbung untuk menyumbang pemikiran, pengalaman dan kepakaran bagi manfaat masyarakat penduduk tempatan khasnya kemajuan dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan pada masa kini dan masa depan. Keahlian GAPa adalah terbuka kepada anak Paqoh dari pelbagai banqsa dan agama yang sedang bertugas di IPTA. la akan diperluaskan ke IPTS secara berperingkat.
4. Tafsiran anak Pagoh pada asasnya merangkumi prinsip berikut;
i. Mereka dilahirkan dan dibesarkan di mana-mana mukim dalam kawasan Parlimen Pagoh,
meliputi mukim Gerisek, Bukit Serampang, Jorak, Lenga, Panchor atau Bukit Kepong.
ii. Pernah mendapat pendidikan awal (sekolah rendah) di mana-mana sekolah dalam
kawasan Parlimen Pagoh.
iii. Dalam keadaan tertentu, mereka yang dilahirkan di mana-mana mukim dalam Parlimen
Pagoh, tetapi belum sempat bersekolah rendah di mana-mana sekolah dalam Parlimen
Pagoh, telah berpindah ke daerah lain dalam negeri Johor atau di luar negeri Johor kerana mengikuti ibu bapa bertugas, boleh juga didaftarkan dan layak menjadi ahli GAPa.
5. Dalam konteks Universiti/lPTA, warga kerja yang boleh menyertai GAPa dan perlu
didaftarkan adalah meliputi staf dalam semua skim perkhidmatan termasuk gred N, Q, DG, DS,S, W, U, F, J dan sebagainya dari gred 27 - Jusa A.
6. YAB. Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan melancarkan penubuhan GAPa dalam bulan Jun 2010. Ahli GAPa yang telah membuat pendaftaran akan dijemput hadir ke majlis ini. Tarikh dan tempat akan dimaklumkan kemudian.
Yang benar,
MOHD HANAFIAH OMAR
Ketua Penolong Pendaftar
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penaja
Gabungan Anak Pagoh (GAPa) IPTA
Tuesday, 1 June 2010
DARJAH KEBESARAN PERSEKUTUAN - KESATRIA MANGKU NEGARA (K.M.N.)
Kesatria Mangku Negara ialah Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Keempat. Darjah ini dikurniakan kepada mereka yang berjasa tinggi dan cemerlang. Bagi pegawai kerajaan, mereka yang layak dipertimbang ialah yang berada dalam Tingkatan Gred 1 atau 2 atau setaraf dengannya. Bilangan keanggotaan bagi Darjah ini tidak terhad. Boleh dikurniakan kepada warganegara asing sebagai kurniaan kehormat.
Lencana Darjah bagi Kesatria Mangku Negara ini sama bentuknya dengan Lencana Darjah Johan Mangku Negara. Ukurannya ialah 2 inci pada garis pusatnya. Lencana Darjah ini tersangkut pada pita yang lebarnya satu inci setengah. Warna pita ini sama dengan pita Johan Mangku Negara. Di atas pita ini terdapat sebilah keris dan kedudukan keris ini menegak dan matanya menghala ke bawah. Keris ini dilingkungi satu bulatan. Cara memakainya ialah dengan menyematkannya di dada. Bagi wanita, pitanya mempunyai reben manakala Lencana Darjahnya disangkutkan di bawah ikatan reben yang berkenaan. Keris yang ada dalam bulatan disematkan atas ikatan reben tersebut. Anugerah Kesatria Mangku Negara ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 25 Ogos 1958.Keistimewaan bagi Penyandang Darjah Kebesaran Persekutuan
Rakyat Malaysia yang telah menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan mempunyai beberapa keistimewaan dan mendapat beberapa kemudahan. Antaranya adalah seperti berikut :-
1. Bagi pegawai kerajaan, penganugerahan ini akan ditulis dalam buku rekod perkhidmatan.
2. Penyandang boleh menggunakan huruf ringkas darjah kebesaran, bintang atau pingat yang diterimanya, dihubungkan selepas namanya, contohnya Mohd Ali b. Hashim AMN
atau
Ab. Rahman b. Salleh JSM, KMN
3. Penyandang boleh memakai darjah kebesaran, bintang atau pingat yang diterimanya dalam majlis-majlis yang mengkehendaki dia memakainya. Walau bagaimanapun pemakaiannya hendaklah mematuhi tatacara pemakaian yang telah ditetapkan.
4. Bagi anggota tentera dan polis, mereka boleh memakai pita bintang dan pingat yang dianugerahkan sebagai sebahagian daripada pakaian seragamnya.
5. Seseorang yang telah dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran akan menggunakan gelaran tersebut sebagai tanda penghormatan yang dimiliki. Gelaran-gelaran tersebut ialah :-
(i) Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) bergelar “Tun”.
(ii) Seri Setia Mahkota (SSM) bergelar “Tun”.
(iii) Panglima Mangku Negara (PMN) bergelar “Tan Sri”.
(iv) Panglima Jasa Negara (PJN) bergelar “Datuk”
(v) Panglima Setia Diraja (PSD) bergelar “Datuk”.
6. Isteri penyandang darjah kebesaran yang membawa gelaran juga akan mendapat gelaran secara automatik iaitu :-
(i) Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) isteri bergelar “Toh Puan”. (ii) Seri Setia Mahkota (SSM) isteri bergelar “Toh Puan”.
(iii) Panglima Mangku Negara (PMN) isteri bergelar “Puan Sri”.
(iv) Panglima Setia Mahkota (PSM) isteri bergelar “Puan Sri”.
(v) Panglima Jasa Negara (PJN) isteri bergelar “Datin”.
(vi) Pangliam Setia Diraja (PSD) isteri bergelar “Datin”.
7. Mereka yang bergelar “Tun” mempunyai panggilan hormat “Yang Amat Berbahagia” dan mereka yang bergelar “Tan Sri” dan “Datuk” mempunyai panggilan hormat “Yang Berbahagia”.
8. Penyandang darjah kebesaran yang tinggi akan disenaraikan dalam susunan keutamaan Persekutuan. Darjah Kebesaran Persekutuan yang tersenarai dalam susunan keutamaan Pesekutuan ialah :-
(i) Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN). (ii) Seri Maharaja Mangku Negara (SMN).
(iii) Seri Setia Mahkota (SSM).
(iv) Panglima Mangku Negara (PMN).
(v) Panglima Setia Mahkota (PSM).
(vi) Panglima Jasa Negara (PJN).
(vii) Panglima Setia Diraja (PSD).
(viii) Johan Mangku Negara (JMN).
(ix) Johan Setia Mahkota (JSM).
(x) Johan Setia Diraja (JSD).
(i) Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN).
(ii) Seri Maharaja Mangku Negara (SMN).
(iii) Seri Setia Mahkota (SSM).
(iv) Panglima Mangku Negara (PMN).
(v) Panglima Setia Mahkota (PSM).
(vi) Panglima Jasa Negara (PJN).
(vii) Panglima Setia Diraja (PSD).
Friday, 7 May 2010
APABILA POLITIK MENGUASAI DIRI, HILANGNYA HORMAT KPD SULTAN

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang nak jadi jaguh, kononnya dialah yang terhebat..membela rakyat jelata..tapi cuba kita lihat…kalau benar nak bela rakyat jelata…janganlah memilih bulu-bulu tertentu…sebaliknya ambik semua bulu yang ada…ini tidak….ambik yg mana akan patutnya…sebagai contoh..kes remaja 15 tahun mati tertembak…bukan main lagi ahli-ahli politik ni menunjukkan sikap prihatinnya….tapi cuba kaji kes berapa ramai polis yang mati atau cedera parah dilanggar budak remaja mat rempit ni…tak nak pulak di backing nya….aku memang cukup menyampah dengan Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam ni….aku rasa bior je ler dia ni penggang sepenggal…lepas ni …tukar je ler…..tapi yg aku nak cerita ni bukan pasal Khalid ke atau remaja tersebut….aku nak cerita pasal orang melayu zaman sekarang ni………
Melayu mudah lupa…dan akan lupa…..dan terus lupa…….kerana dapat dilihat…mereka sudah mula mempertikaikan kuasa Raja-raja Melayu……….apa dah jadik ni…..cuba kita bayangkan jika tanpanya Raja-raja Melayu di sesebuah negeri….apa akan jadi???? Sebagai contoh….Pulau Pinang tu……Nampak gayanya bakal jadi Singapura kedua……..dan harus kita lihat….dengan adanya Kuasa Raja-raja Melayu lah….membuatkan Perak pada suatu masa dahulu (zaman renaissance), nyaris lagi DAP menjadi Menteri Besar…..tapi…alhamdulillah……..Allah Maha Berkuasa…..oleh itu bagi yang mula mempertikaikan kuasa raja-raja melayu ini…..insaflah…..jangan sampai jadi seperti Pak Pandir….Ayam menang …..kampung tergadai….
Monday, 26 April 2010
MENANG DI HULU...APA CERITA KUALA??

Tadi on the way balik ke ofis, aku terserempak dgn Prof Datuk Dr Shamsul Amri...yelahkan..sape yg tak kenal dgn dia ni...hebat orangnya ....tokoh akademik yg bijak berbicara tentang politik...so aku sapa dia..."Apa kabo datuk??"...tak ku sangka orang yg aku ingat agak garang dan menyombong...rupanya baik....tu ler...jangan cepat buat persepsi...dgn selamba dia nyahut sapaan aku..."ok"....so dia tanya aku balik..."apa crite sekarang?".....ehhh dalam hati aku berkata...datuk ni mcm dah lama je kenal aku...padahal...baru ni le pertama kali aku terserempak dgn dia...aku pun mnjawab..."ok...alhamdulillah....datuk".....aku pun apa lagi...ambik le kesempatan bertanya kan soalan politik....aku tanya dia..."datuk....hulu selangor dah menang....hebat BN ..."...mula-mula aku merasakan mesti dia taknak layan cakap aku....ye laaa...aku ni sape....bukannya wartawan macam Karam Singh tu...lagi pun kalo dia jawab pun....buat rugi air liur je....lagi pun....aku bertanya tu..kat tempat yg tak sesuai..on d way aku nak ke ofis...dia pulak on the way nak ambik air smbhyg kat bilik air...tapi aku puji dia...dia jawab pertanyaaan aku...."BN menang kerana undi melayu..melayu dah kembali kpd BN...kalo dulu masa PRU12...undi PKR lebih 400 bagi setiap peti undi (kawasan melayu)..sekarang dah terbalik...melayu mula memihak BN....tapi apa jadi pada cina...jika dulu masa PRU12...undi yg memihak pada PKR hampir 60%...sekarang dah menjadi 80%....mengapa ini berlaku???....kerana orang cina telah menolak MCA dan Gerakan...kerana mereka menyatakan bahwa MCA dan gerakan di monopoli oleh UMNO...."....aku bertanya pula..."mengapa baru sekarang orang cina bersuara?...mengapa tidak dulu...masa zaman TUN...???...."..beliau hanya menjawab..."nanti kita berbicara panjang lebar"......sambil beliau ambik wuduk utk zuhur..
Friday, 9 April 2010
PETIKAN KATA-KATA DRPD AYAHANDA SABTU MENGENAI SEMANGAT 1MALAYSIA
Berikut aku lampirkan kata-kata ayahandaku Tuan Hj Sabtu bin Skiran yang merupakan Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pagoh dan juga merupakan seorang veteran politik UMNO di Pagoh....kata-kata ini telah di SMS kepada Tan Sri Muhyiddin selaku TPM dan juga Ketua Umno Bahagian Pagoh...
"Tujuan utama 1Malaysia perpaduan iaitu kita perlukan pemimpin yang tegas, menghormati hak semua kaum dan etnik, Menghormati bukannya bermaksud menunaikan semua permintaan sesuatu kaum hingga mereka jadi besar kepala...tetapi apa yang sepatutnya diberi ialah perlu adil seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia...Saya sanjung kepimpinan yang bersifat keberanian Tan Sri.....daripada Tuan Hj Sabtu bin Skiran...."
"Tujuan utama 1Malaysia perpaduan iaitu kita perlukan pemimpin yang tegas, menghormati hak semua kaum dan etnik, Menghormati bukannya bermaksud menunaikan semua permintaan sesuatu kaum hingga mereka jadi besar kepala...tetapi apa yang sepatutnya diberi ialah perlu adil seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia...Saya sanjung kepimpinan yang bersifat keberanian Tan Sri.....daripada Tuan Hj Sabtu bin Skiran...."
Sunday, 21 February 2010
TUMBANGNYA PAKATAN PERAK DAN BN BERKUASA KEMBALI
aku nak cerita sikit berkaitan dengan politik di Perak ni...udah-udah ler tu Nizar, bertaubat je ler..cuba kau pikir balik..kan ke yang menjadi MB tu adalah orang melayu juga, sama kaum dengan kau atau kau sekarang ni dah kena celup dengan DAP ke? dan juga rakyat melayu PKR yang lain di Perak tu...insaflah. Sekarang sepatutnya adalah masa untuk melayu bersatu...cuba kita imbas kembali kerusi yang di menangi oleh UMNO di Perak, banyak juga...so ada hikmahnya tu apabila BN kembali memerintah kerana secara tidak langsung menunjukkan kerajaan Perak sekarang ini adalah di bawah amanah UMNO dan harus kita ingat UMNO itu adalah MELAYU.
Jadinya aku merayu le kepada semua rakyat melayu di Perak tu, insaf dan kembalilah kepada perjuangan sebenar yang akan membawa kepada kesejahteraan anda iaitu UMNO. dan juga kepada UMNO di Perak, janganlah hanya duduk macam katak bawah tempurung dengan membiarkan sahaja Zambri bersusah payah untuk mendapat sokongan rakyat Perak, bersama-samalah berjuang, lupakanlah segala kisah-ksah lampau kerana ini bukan masanya untuk merajuk dan membalas dendam sebaliknya fikirkanlah anak cucu anda kemudian hari nanti sekiranya DAP memerintah Perak.
Jadinya aku merayu le kepada semua rakyat melayu di Perak tu, insaf dan kembalilah kepada perjuangan sebenar yang akan membawa kepada kesejahteraan anda iaitu UMNO. dan juga kepada UMNO di Perak, janganlah hanya duduk macam katak bawah tempurung dengan membiarkan sahaja Zambri bersusah payah untuk mendapat sokongan rakyat Perak, bersama-samalah berjuang, lupakanlah segala kisah-ksah lampau kerana ini bukan masanya untuk merajuk dan membalas dendam sebaliknya fikirkanlah anak cucu anda kemudian hari nanti sekiranya DAP memerintah Perak.
Subscribe to:
Posts (Atom)

