Thursday, 27 November 2008

apabila tun teja bertemu tun fatimah



assalamualaikum

maaf agak lama tak kembali kerana baru saja pulih dari demam. Kata orang penyakit tu menghapuskan dosa.hehe...tapi mana ada manusia di dunia ini yang ingin mendapat penyakit apatah lagi mencari penyakit....so dalam ruangan kali ini adakah benar boleh dikatakan tun fatimah (Shahrizat) mencari penyakit dengan cuba bertarung dengan tun teja (Rafidah -iron lady)...fikirkanlah...

bagi pandangan saya, terdapat banyak persoalan , antaranya ;

1. adakah ini permainan politik wanita umno semata-mata, dengan tujuan menyekat azalina daripada mendapat cukup pencalonan tetapi akhirnya strategi memakan diri kerana ada ahli yang tidak bersetuju. (benar ke Datuk Kamalia tak setuju?)

2. Siapa yang untung ketika ini? sudah tentu datuk kamilia, cuba fikirkan bukannya banyak pencalonannya hanya 57 sahaja berbanding shahrizat untuk jawatan naib ketua. tetapi kenapa shahrizat takut? tak pasal-pasal kamilia menang tanpa bertanding.

3. mengapa tiba-tiba shahrizat bertukar angin, siapa yang memberinya dorongan untuk bertanding? dah tentu 'suara-suara' gergasi????

4. mengapa rafidah seboleh-boleh nak juga sehingga Jun 2009. apa yang pentingnya 3 bulan antara Mac hingga Jun tersebut?

5. Apa akan jadi sekiranya rafidah menang nanti? dah tentu beliau akan memegang jawatan selama 3 tahun lagi.

6. Apa akan jadi kepada Shahrizat apabila tewas nanti? jadilah seperti Zaharah Sulaiman.

Sekian, wassalam

Sunday, 9 November 2008

SUDUT PANDANGAN ; EKONOMI DUNIA MERUDUM & KEMBALI KEPADA INSTRUMEN KEWANGAN ISLAM


Hari Jumaat yang lalu (7 November 2008) aku menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Al Azhar, bertempat di KUIS,Bandar Seri Putra, selalunya bila mula je Khutbah aku akan mula terlelap tetapi kali ini aku berjaga sampai le habis khutbah tersebut, sebabnya aku tertarik dengan khutbah yang disampaikan iaitu berkaitan dengan Krisis Ekonomi Dunia ketika ini, antara initipati yang aku tertarik iaitu krisis yang bermula di USA ini mula menular ke seluruh dunia dan bermacam-macam lagi langkah yang di ambil untuk cuba memulihkannya termasuklah suntikan 700 billion dengan harapan untuk menaikkan kembali pasaran saham di USA tetapi malangnya umpama mencurah air ke daun keladi.
Ada pihak yang mula menyalahkan para cendekiawan kewangan yang memenangi hadiah noble dan juga para-para Profesor seantero dunia berkaitan dengan instrument kewangan yang kononnya amat hebat tetapi mana perginya otak-otak mereka ketika kewangan dunia semakin merudum, adakah kita perlu bantuan alien dari planet lain untuk membawa polisi terbaru kewangan? Para pakar ekonomi baik di Malaysia atau pun di mana-mana, mengapa anda diam, adakah telah kehabisan idea?
Sebenarnya untuk menjawab persoalan di atas, iaitu kita seharusnya kembali kepada ISLAM, sebab itulah pernah dikatakan sepatutnya jangan dipisahkan antara perniagaan dan islam tetapi mengikut ideologi kapitalis, agama dan perniagaan perlu dipisahkan, perniagaan tak akan berkembang jika dipengaruhi dengan agama. Sekarang telah terbukti bahawa dengan terpisahnya agama dari perniagaan menyebabkan hancurnya ekonomi dunia. Lihat ketika zaman Rasulullah dan sahabat-sahabat Baginda, Negara Islam begitu maju ketika itu kerana setiap yang kita lakukan kita berpegang kepada amanat Allah.
Sehubungan itu, ada hikmahnya disebalik kecelaruan ekonomi dunia ketika ini, aku tertarik juga dengan ucapan Presiden Iran yang lalu iaitu beliau menyatakan bahawa kejatuhan ekonomi dunia adalah kerana Negara-negara tersebut terutamanya USA tidak berpegang kepada Islam, Justeru itu sekarang lah kita semua wahai masyarakat islam perlu menggembleng tenaga dengan membuktikan bahawa dengan instrument kewangan Islam,, kita mampu memulihkan ekonomi dunia.
Aku menyeru kepada semua para cendekiawan Islam, terutamanya Profesor-profesor yang berada di university-universiti baik di Malaysia atau pun di mana-mana, buktikanlah kemampuan anda dengan mewujudkan satu instrument kewangan islam yang benar-benar mampu memulihkan ekonomi dunia, jangan hanya duduk seperti katak di bawah tempurung, ingatlah bahawa ilmu yang kita ada perlu disebarkan demi kesejahteraan umat di dunia ini.
Sekian, wassalam

Friday, 7 November 2008

Kenyataan Presiden MCA - Macam nak tunjuk belang?


Kenyataan Ong Tee Keat yang dipetik dari Agenda Daily "Tee Kiat mengaitkan Obama dengan soal perlantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
"Sudah sampai masanya bagi kita membebaskan diri melakukan sesuatu perkara secara ortodoks. Di Amerika Syarikat, ia mengambil masa lebih 200 tahun bagi seorang lelaki kulit hitam untuk dipilih sebagai presiden di sebuah negara yang dikuasai orang kulit putih.
"Ironiknya, rakyat di Malaysia, yang bersorak untuk Obama tidak berfikir bahawa seorang wanita Cina itu layak menerajui PKNS,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Khamis.

Ulasan saya ; nampaknya baru sekarang kita nampak belang si Ong Tee Keat ni, tapi ingin diingatkan di sini jangan cuba bermain api, kelak akan binasa diri, jangan sesekali membangkitkan sentimen kaum.

Malaysia akan tetap di pertuankan oleh KETUANAN MELAYU....

Monday, 3 November 2008

USUL YANG DILULUSKAN DALAM MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN PAGOH



MENYEDARI
Menyedari sangat di akhir-akhir ini kesan daripada Prestasi Buruk Parti-parti BN dalam Pilihanraya Mac 08 yang lalu ; UMNO telah di asak, ditusuk, diperlekeh oleh Parti-parti Pembangkang, yang lebih mendukacitakan Komponen dalam BN sendiri meletak kelemahan mereka di bahu UMNO. Keunggulan UMNO, kehebatan UMNO sebagai tulang belakang BN dan kerajaan sudah dipandang sepi. Seolah-olah Parti Keramat ini dianggap seperti sudah ketinggalan zaman. Lebih mendukacitakan lagi Pengundi-pengundi Muda Melayu berpaling kepada Pembangkang.

MEMAHAMI
UMNO adalah WADAH Perjuangan Melayu yang telah mencurahkan bakti selama 50 tahun membela nasib Melayu, Agama, Bangsa dan Negara. Sememangnya tidak ada alternatif lain bagi orang Melayu selain dari UMNO. Ke manakah perginya Melayu, apakah nasib keturunan Melayu, adakah Melayu akan terpinggir di tanah airnya sendiri semuanya akan terjawab sekiranya UMNO lemah dan tidak MAMPU menangani GELOMBANG Politik di Negara yang berbilang etnik, agama, budaya, seperti MALAYSIA ini. Slogan “HANYA UMNO SAHAJALAH DULU, KINI DAN SELAMANYA” akan terkubur begitu sahaja, jika kita tidak “BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT” seperti mana slogan dalam Perlembagaan UMNO.

MENYAKINI
Bahawa Kerajaan BN masih lagi berkuasa, UMNO masih lagi menjadi TERAS dalam Kerajaan, tidak ada sebab UMNO mesti tunduk dengan SENARIO POLITIK semasa yang didalangi oleh Pembangkang untuk melemahkan UMNO dan memusnahkan BN. Percayalah…..Amalan Politik Perkauman YANG SEDERHANA yang telah diamalkan selama 50 tahun ini masih lagi RELEVAN ; kerana Kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO ini tidak pernah MENZALIMI SESIAPA pun. Tidak semua kaum membenci UMNO. Mereka juga terhutang budi dengan orang Melayu yang sanggup berkongsi kuasa membangun Negara yang nikmatnya dikecapi bersama.



DENGAN MUKADIMAH YANG TELAH DIUTARAKAN ITU, MAKA PERSIDANGAN PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN PAGOH YANG BERSIDANG PADA HARI INI MENGAMBIL KEPUTUSAN DAN KETETAPAN SEPERTI BERIKUT ;

1. Semua ahli UMNO di setiap peringkat dari Pucuk Pimpinan hingga akar umbi supaya BERMUHASABAH diri sendiri ; Kembali kepada perjuangan UMNO iaitu untuk Agama, Bangsa dan Negara. “BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH’ kata-kata hikmat nenek moyang kita.

2. Mendesak Pucuk Pimpinan Kerajaan supaya mengambil tindakan yang TEGAS terhadap mana-mana pihak yang menyentuh ‘SENSITIVITI’ mana-mana kaum di Negara ini. Kerajaan jangan tunduk atau bertolak ansur di dalam perkara-perkara yang boleh merosakkan keharmonian kaum. “MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT”

3. Kepentingan Melayu di dalam Perlembagaan yang menyentuh soal KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU, HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU, DASAR EKONOMI BARU, AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA, seemuanya ini mestilah diutamakan dan ketegasan dari Pucuk Pimpinan mestilah ada, jangan sampai ada mana-mana pihak yang berani mempertikai dan mengungkitnya.

4. Meminta Pucuk Pimpinan parti MEMBANTERAS dan BERTINDAK TEGAS terhadap ‘RASUAH POLITIK’ dalam UMNO. Tergamakkah kita melihat UMNO hancur kerana wang? Jawatankuasa Disiplin yang dibentuk oleh MT itu mestilah Pro-aktif dan berani menjalankan tugas dengan jujur dan ikhlas.

5. Mengingatkan Pucuk Pimpinan UMNO jangan memandang ringan akan trend pengundi-pengundi muda Melayu yang berpaling kepada Pembangkang. UMNO ada Pemuda, UMNO ada Puteri, UMNO ada Putera. Kita ada instrument yang cukup, Cuma koordinasi dan implementasi sahaja yang tidak ada. Bertindaklah dari sekarang untuk menjamin Survival Politik Melayu.


USUL INI DISEDIAKAN OLEH:
TUAN HJ SABTU BIN SKIRAN
MERANGKAP PENGERUSI TETAP
UMNO BAHAGIAN PAGOH

Friday, 31 October 2008

Mengapa perlunya bercakaran di dalam BN? Dimana semangat muhibbah yang telah terjalin lebih 50 tahun lamanya


Sejak akhir-akhir ini bermacam kemelut berlaku di dalam gabungan BN sendiri. Parti yang didokongi oleh Umno dan komponen terbesarnya yang terdiri daripada MCA, MIC dan Gerakan. Hasil dari PRU 12 tempohari yang menyaksikan ramainya pemimpin dari parti komponen yang kecundang termasuk Samy Vellu (Presiden MIC), tewasnya Gerakan di Pulau Pinang dan juga hilangnya kerusi nagi pemimpin MCA jika dulu amat mudah bagi mereka menewaskan DAP. Kemudian timbul pula seolah-olah parti-parti komponen ini menyalahkan UMNO kerana mereka tewas. Mengapa pula UMNO yang perlu dipersalahkan? Bagi pemimpin UMNO pula seolah-olah menerima kenyataan mereka ini, memang kita tahu bagi orang melayu, sikap 'tak apa' dan 'menjaga hati' (macam dalam lagu Indonesia yang semakin hangat sekarang ini) memang telah tertanam sejak sanubari lagi. Tetapi ia tidak boleh dibiarkan sama sekali.

Cuba kita renungkan kembali keputusan PRU12 yang lalu, memang benar adanya pemimpin UMNO yang tewas tetapi jika dianalisis tewasnya mereka kerana pengundi Cina dan India yang tidak berpihak kepada BN. Siapa yang sepatutnya menjalankan tugas untuk menarik pengundi-pengundi ini? Sudah tentulah parti komponen MCA, MIC dan Gerakan. Apa yang mereka lakukan selama ini ? Sehubungan dengan itu saya menyeru pemimpin-pemimpin UMNO, bangkitlah dan pertahanka kembali maruah kita yang semakin dicabar ketika ini. Ada hikmahnya juga hasil keputusan PRU 12 yang lalu. Sekarang baru dapat kita lihat, SIAPA YANG BOLEH MENJADI KAWAN KETIKA SUSAH DAN SENANG, DAN SIAPA YANG UMPAMA DURI DALAM DAGING.

Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin komponen juga seolah-olah tiada tapisan dan tidak menghormati komponen yang lain. Lihat kenyataan Liow Tong Lai, saya faham mungkin kerana beliau masih muda dan tidak bermaksud secara terang berkaitan dengan kenyataannya untuk hapuskan 30% ekuiti Bumiputera, tetapi jika benarlah kenyataannya itu, maka saya setuju dengan cadangan supaya beliau dikenakan tindakan di bawah MCA. Cuba lihat apa yang telah UMNo lakukan kepada Datuk Ahmad hasil dari kelancangan beliau. Oleh itu, kita lihat nanti di bawah kepimpinan baru MCA, apa yang akan dilakukan nanti. masih tiada lagi kenyataan dari Presiden (Ong Tee Kiat) dan juga Timbalan Presiden (Chua Soi Lek)....tunggu dan lihat ke mana kah arah mereka nanti......

Thursday, 30 October 2008

WARNING :ADAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG?







Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda when you want to eat kangkung
Saya mendapat cerita ini dari seorang teman. Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh. Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula. Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea , malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun. Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia. setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap.
Lintah hanya akan mati jika dibakar. Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersihkan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu. Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip di dalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung. .

Dr. Norni Abdullah,
Psychiatrist,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah ,
42500 Klang, Selangor.
Tel : +60333756279 Fax : +60333729089

Panglima Umno pula muncul -pertahan hak melayu


dalam agenda daily, nazri berapi-api pertahan hak melayu, syabas.

Nazri cabar pembangkang bawa usul hapus hak istimewa orang Melayu di Dewan Rakyat
October 30, 2008 : 10.04 AM--->
Sesi penggulungan perbahasan bajet 2009 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berlangsung macam biasa – panas dan menarik perhatian bukan sahaja kalangan pemerihati yang hadir di Parlimen tetapi juga Ahli-Ahli Parlimen serta anggota pentadbiran kerajaan lainnya. Pada sesi petang Rabu, Nazri diserang bertubi-tubi berhubung dengan soal hak istimewa orang Melayu. Namun beliau yang popular dengan panggilan ‘Cif” tenang sahaja dan menegaskan pendirian kerajaan tidak akan meminda atau menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan kepentingan dan hak orang Melayu. “Saya adalah satu daripada 222 Ahli Parlimen. Jika dua pertiga Ahli Dewan ini setuju untuk meluluskan bagi menghapuskan Perkara 153 saya terima tetapi saya sendiri tidak akan menyokong Perkara 153 dihapuskan dan saya akan tetap mempertahankannya,” katanya sambil meminta pihak pembangkang jika mereka hendak memansuhkan Perkara 153 mereka boleh berbuat demikian dengan membawa usul di Dewan Rakyat. Beliau berkata demikian kerana timbul isu yang mempertikaikan hak istimewa orang Melayu semasa perbahasan daripada kalangan pihak pembangkang sebelum ini. Penegasan serta jawapan Nazri tersebut membuatkan Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor Dr. Zulkefli Ahmad bangun dan berkata, pakatan pembangkang bersetuju untuk mempertahankan Perkara 153 tetapi membangkitkan soal dalam melaksanakan serta memelihara hak Melayu ia jangan sampai menindas hak kaum lain. Nazri dengan gaya bersahaja berkata “ Ini yang cakap soal nak pertahan hak istimewa orang Melayu saya dengar daripada kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang Melayu sahaja tetapi Ahli Parlimen pembangkang daripada kaum lain tak kata apa pun,” katanya sambil tegaskan kerajaan tidak pernah menindas kaum lain dalam masa laksanakan hak istimewa orang Melayu. Dalam masa penggulungan itu juga, soalan-soalan tambahan serta penjelasan yang dikemukakan semakin menghangat suasana perbahasan. Ahli Parlimen Pasir Salak Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajudddin Abdul Rahman mempertikaikan sikap pembangkang yang terang-terang mempertikaikan hak istimewa orang Melayu dan menyebut Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang paling jelas mempertikaikan perakra itu. Kit Siang bangun dengan peraturan Mesyuarat perkara 36 (12) mendakwa Tajuddin mengelirukan Dewan kerana beliau tidak pernah pertikai hak istimewa orang Melayu. Tajuddin selepas itu meneruskan penjelasan yang dipohonnya kepada Nazri dan sekali lagi Ahli Parlimen PKR Gombak, Azmin Ali bagun menggunakan peraturan mesyuarat yang sama untuk menghalang Tajuddin daripada membuat kenyataan yang sama. Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta Tajuddin mengawal ucapannya dan pada masa ini Tajuddin jelas mempertikaikan peraka itu. “Ini apa ini…bila saya hendak bercakap peraturan itulah peraturan inilah…itu pembangkang mereka boleh cakap ikut suka mereka saja,” katanya yang jelas tidak puashati kerana isu hak istimewa orang Melayu disentuh oleh pembangkang secara terbuka. “Kata kita tindas kaum lain, saya cabar dalam bidang ekonomi siapa kuasai ekonomi negara, tunjukkan berapa penguasaan ekonomi orang Melayu,” katanya sambil menambah kaum Cina paling menguasai ekonomi negara ini dan ia menjadi bukti hak mereka tidak pernah dinafikan. Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali tidak ketinggalan membangkitkan soal kepentingan hak istimewa orang Melayu. Dalam soalannya, beliau bertanya kepada Nazri adakah beliau setuju jika pembangkang hendak meminda Perkara 153, Menteri-Menteri Besar di negeri yang dikuasai pembangkang hendaklah mengadap Sultan masing-masing mohon perkenan untuk Perkara 153 dimansuhkan. Jawab Nazri “ Saya kira itu cadangan yang baik. Biarlah mereka mengadap ke bawah duli Sultan di negeri mereka masing-masing”. Selain isu hak istimewa orang Melayu, Nazri turut menjelaskan tindakan tegas kerajaan terhadap pertubuhan haram HINDRAF dan penahanan beberapa individu pertubuhan itu di bawah ISA. Katanya, tindakan tegas itu bukan menunjukkan kerajaan menindas tetapi berdasarkan perkara-perkara yang mereka lakukan sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara. Tambahnya, sebelum ini kerajaan juga bertegas kepada kaum bukan Melayu dan isu Al-Arqam dan Jemaah Islamiyah dan tindakan menahan pemimpin mereka di bawah ISA tidak pun dikatakan menindas Melayu. - 30/10/2008