Sumber dari Berita Harian (03 August 2011)
Safee tuntut isteri kapten Singapura mohon maaf terbuka
BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas. Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.
Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan.
“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”
“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.
“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.
Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.
Sifat seteru antara Singapura dan Malaysia tidak pernah putus-putus dan terkini adalah selepas perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Dalam perlawanan pertama Malaysia tewas 3-5 dan seri 1-1 dalam timbal balik di Bukit Jalil.
Komen dari OBP:
Kalau ikutkan hati, mau je aku cilikan si minah bangsat ni, dia ingat dah bagus sangat ke duduk kat Singapork tu...sedarlah diri sikit yg asal usul kau tu dari Malaysia jugak...
Panglima Mat Berani adalah seorang panglima yang berkhidmat pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah, sultan Melaka ke-7 yang memerintah di antara 1488 - 1511.Panglima Mat Berani dikatakan antara panglima yang sama-sama berjuang menentang serangan Portugis di Melaka pada tahun 1511. Apabila tidak mampu lagi menahan serangan Portugis, sultan dan pengikutnya yang setia melarikan diri dengan kapal dan mudik melalui Sungai Muar.
Wednesday, 3 August 2011
Tuesday, 2 August 2011
Felda gives RM42.5m 'duit raya' to settlers

KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today announced that all 112,635 Felda settlers will receive "duit raya" (raya money) involving an allocation of RM42.6 million.
He said in a statement today that the gift was in recognition of the
settlers' contribution to Felda's development, besides to help them prepare for
the Hari Raya celebration.
Najib said the distribution method for the money would be the same as last year's and that it would be divided into two categories - settlers who are with Felda and those who are not with Felda.
He said 100,357 or 89.1 per cent of the settlers with Felda would each
receive RM400, involving as allocation of RM40.14 million, while 12,278 or 10.9
per cent not with Felda would get RM200 each or RM2.46 million in total.
Giving of raya money to the settlers has been implemented since 2003.
Najib said the payment for this year had increased by RM5.41 million or 14.54 per cent from RM37.20 million in 2010. Last year, settlers who were with Felda or sold their yields to Felda received RM350 each and those who did not, got RM150 each.
Najib said the "duit raya" payments would be made to all the settlers at the Felda land schemes in the second week of Ramadan.
"I hope the raya money will help lessen their financial burden in preparing for the arrival of the month of Syawal," he said.
Najib also urged all those settlers not with Felda to return to the fold to help the land schemes develop and prosper further. -- BERNAMA
Komen dari OBP;
beruntung ler jadi peneroka felda, bagai ditatang macam minyak yg penuh, so bagi yg masih ragu-ragu dan menentang kerajaan tu, aku nasihatkan elok mohon keluar jer dari Felda....gi ler pindah Pulau Pinang sana tu...
Pelajar Afrika ditemui mati dalam bilik asrama di UIA

ANGGOTA polis mengusung mayat Mamadou yang ditemui mati di bilik asramanya di UIAM, Gombak, semalam.
sumber dari Berita Harian
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar yang mengikuti jurusan ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, ditemui mati di dalam bilik asramanya di Blok D, Kolej Bilal, tengah hari semalam.
Mamadou Aliou Tela Diallo, 25, seorang warga negara Guinea, ditemui penyelia asramanya selepas dimaklumkan penuntut lain mengenai bau busuk yang datang dari bilik mangsa. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mati sejak seminggu lalu, tetapi mayatnya hanya ditemui tengah hari semalam.
“Tiada sebarang unsur pecah masuk mahupun unsur pergelutan, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut dan tidak menolak kemungkinan mangsa mati disebabkan penyakit,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada rakan mangsa, Mamadou pernah menerima rawatan di klinik UIAM dan hospital berhampiran bagi penyakit sawan yang dihidapinya sejak kecil.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.
Komen dari OBP:
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti perlu menilai kembali kemasukan pelajar-pelajar asing ini, kerana lebih banyak kesan negatif daripada positifnya. Sebagai contoh, kemasukan warga Afrika yang terkenal dengan sikap ganas mereka amat bahaya bagi penduduk Malaysia.....fikir-fikirkanlah....
No Plat Kenderaan GIM 1 peroleh bidaan tertinggi RM1.3 juta



sumber dari Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 1 Ogos - Nombor plat kenderaan Gagasan 1Malaysia (G1M), G1M 1 berjaya mendapat bidaan tertinggi iaitu RM1.3 juta sejak ia mula dijual kepada umum pada tahun lalu.
Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, Muhamad Muqharabbin Mohktarrudin berkata, sejak dilancarkan, sebanyak 1,500 siri nombor pendaftaran kenderaan persatuan tersebut telah habis dijual.
"Setakat ini nombor plat G1M 1 telah mencatat bidaan tertinggi iaitu RM1.3 juta. Dua nombor pendaftaran yang turut mendapat sambutan hangat ialah G1M 5 dan G1M 2 yang berjaya dijual dengan harga RM300,000," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Nombor plat kenderaan G1M merupakan nombor pendaftaran khas kenderaan yang boleh dimiliki menerusi Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia.
Menurut beliau, sambutan hangat itu telah mendorong pihaknya memohon kepada Kementerian Pengangkutan untuk menambah siri nombor pendaftaran berkenaan.
"Alhamdulillah, sejak dilancarkan, ia mendapat sambutan menggalakkan sehingga kami perlu memohon untuk menambah nombor siri.
"Pihak kementerian juga telah meluluskan permohonan kami itu dan nombor plat G1M untuk siri 2001 hingga 9999 telah mula dijual kepada umum sejak 15 Julai lalu,'' jelasnya.
Kata Muhamad Muqharabbin, sebahagian daripada hasil jualan nombor plat tersebut akan disumbangkan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Negara; Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia dan Yayasan Basmi Kemiskinan dan 10 kelab rekreasi di Malaysia.
Tambah beliau, selebihnya akan digunakan untuk program-program ekspedisi yang bakal diadakan oleh kelab tersebut pada masa hadapan.
Dalam pada itu, Muhamad Muqharabbin juga berkata, pihaknya telah membuka pembidaan untuk nombor-nombor plat popular bermula 15 Julai sehingga 15 Ogos ini.
"Nombor-nombor plat ini dijual pada harga RM2,000 setiap satu tetapi bagi nombor-nombor popular, kami akan menjual kepada pembida yang menawarkan harga tertinggi. Nombor-nombor berkenaan boleh didaftarkan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seluruh negara," jelasnya.
Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Khairil Hafidz di talian 012-2585159 atau layari laman web www.platg1m.com untuk keterangan lanjut.
Komen dari OBP;
JCA74 dan JMR74 berapa ye dulu masa 'bid' ...hehehe...anyway aku respek kpd yg membida no plat tersebut, aku sokong GAGASAN 1MALAYSIA tetapi jangan sampai menidakkan HAK KEISTIMEWAAN BUMIPUTERA KHUSUSNYA ORANG-ORANG MELAYU...
Monday, 1 August 2011
Mat Berani: Panglima yang pernah berkhidmat dengan Sultan Mahmud Syah

Ditulis oleh Nurhayati Abd. Rahim (Selipar Hijau/Jelajah Johor)
MUAR: Pusara Mat Berani di Kampung Brohol. Pada papan tanda bertulisan Jawi tertera "Panglima yang Gagah: Mat Berani".
Mat Berani. Itulah nama yang tertera pada sebuah pusara yang terletak kira-kira lima meter dari tebing Sungai Muar di Kampung Brohol, Panchor,.
Mungkin tidak ramai yang mengenalinya kerana namanya tidak pernah tercatat dalam sejarah. Tetapi menurut penduduk kampung berkenaan, Mat Berani adalah seorang panglima yang berkhidmat pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah, sultan Melaka ke-7 yang memerintah di antara 1488 - 1511.
Mat Berani dikatakan antara panglima yang sama-sama berjuang menentang serangan Portugis di Melaka pada tahun 1511. Apabila tidak mampu lagi menahan serangan Portugis, sultan dan pengikutnya yang setia melarikan diri dengan kapal dan mudik melalui Sungai Muar.
Menurut ketua kampung, Hj Johari bin Haji Abd Hamid, 62, Sungai Muar pada ketika itu adalah laluan utama yang sibuk dengan kapal-kapal dagang dan kapal perang.
"Sultan Mahmud bersama pengikut-pengikut setianya telah mendirikan sebuah istana di hulu Sungai Muar dan bersemayam di situ sehingga kemuncak peperangan dengan Portugis," katanya.
Menurutnya lagi, Mat Berani yang menjangka Portugis akan menyerang kedudukan sultan dari arah sungai telah membina kubu di tebing Sungai Muar. Tetapi Portugis telah menukar strategi peperangan mereka dengan melakukan serangan dari darat.
Kesan kubu tidak dapat dilihat lagi kerana telah dimusnahkan oleh hakisan tebing dan banjir besar yang melanda kawasan itu
Menurut teks yang ditulis oleh ketua kampung Olak Sepam, Haji Mohd Salleh bin Tahir, 64, tentangan yang diberikan oleh Mat Berani dan pasukannya terhadap Portugis sangat hebat. Dalam peperangan itu, ramai yang terkorban, sama ada di pihak Mat Berani mahupun Portugis. Kapal-kapal perang Portugis juga dikatakan banyak yang musnah.
Namun, akhirnya Panglima Mat Berani gugur di medan pertempuran dan disemadikan di Kampung Brohol manakala Sultan Mahmud Shah dipercayai melarikan diri ke Kampar dan bersemayam di sana.
BERITA DARI TANGAN EMAS SKUAD MALAYSIA

KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.
“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.
“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.
Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.
“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.
Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.
Komen orang Pagoh;
ni ler silapnya pemain-pemain bolasepak kita, bila dah glamer sikit, mula lupa diri dan lupa daratan. apa2 pun, aku harap si Apek ni tetap akan fokus dalam bolasepak...kerana rakyat sudah mula menyokong anda semua.
Dulu, amat susah nak lihat jersi malaysia dipakai dikhalayak ramai, kalo yg pakai tu pun, malu2 jer....sekarang tidak lagi....mereka yg pakainya, rasa bangga (TANAH TUMPAH DARAHKU)...
Komen dari OBP;
Bagus Apek....biarlah kita follow adat....dan jangan ada sengketa nanti...bagi bekas tunang Apek..anggaplah anda sudah tiada jodoh manakala bagi Apek pula....concentrate pada Bolasepak dulu...ingat!!! bahawa anda merupakan harapan Malaysia untuk mengawal gawang semasa kelayakan Olimpik nanti...
WELCOME RAMADHAN.....
Subscribe to:
Posts (Atom)


