Tuesday, 2 August 2011

No Plat Kenderaan GIM 1 peroleh bidaan tertinggi RM1.3 juta





sumber dari Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Nombor plat kenderaan Gagasan 1Malaysia (G1M), G1M 1 berjaya mendapat bidaan tertinggi iaitu RM1.3 juta sejak ia mula dijual kepada umum pada tahun lalu.

Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, Muhamad Muqharabbin Mohktarrudin berkata, sejak dilancarkan, sebanyak 1,500 siri nombor pendaftaran kenderaan persatuan tersebut telah habis dijual.

"Setakat ini nombor plat G1M 1 telah mencatat bidaan tertinggi iaitu RM1.3 juta. Dua nombor pendaftaran yang turut mendapat sambutan hangat ialah G1M 5 dan G1M 2 yang berjaya dijual dengan harga RM300,000," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Nombor plat kenderaan G1M merupakan nombor pendaftaran khas kenderaan yang boleh dimiliki menerusi Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia.

Menurut beliau, sambutan hangat itu telah mendorong pihaknya memohon kepada Kementerian Pengangkutan untuk menambah siri nombor pendaftaran berkenaan.

"Alhamdulillah, sejak dilancarkan, ia mendapat sambutan menggalakkan sehingga kami perlu memohon untuk menambah nombor siri.

"Pihak kementerian juga telah meluluskan permohonan kami itu dan nombor plat G1M untuk siri 2001 hingga 9999 telah mula dijual kepada umum sejak 15 Julai lalu,'' jelasnya.

Kata Muhamad Muqharabbin, sebahagian daripada hasil jualan nombor plat tersebut akan disumbangkan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Negara; Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia dan Yayasan Basmi Kemiskinan dan 10 kelab rekreasi di Malaysia.

Tambah beliau, selebihnya akan digunakan untuk program-program ekspedisi yang bakal diadakan oleh kelab tersebut pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Muhamad Muqharabbin juga berkata, pihaknya telah membuka pembidaan untuk nombor-nombor plat popular bermula 15 Julai sehingga 15 Ogos ini.

"Nombor-nombor plat ini dijual pada harga RM2,000 setiap satu tetapi bagi nombor-nombor popular, kami akan menjual kepada pembida yang menawarkan harga tertinggi. Nombor-nombor berkenaan boleh didaftarkan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seluruh negara," jelasnya.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Khairil Hafidz di talian 012-2585159 atau layari laman web www.platg1m.com untuk keterangan lanjut.

Komen dari OBP;

JCA74 dan JMR74 berapa ye dulu masa 'bid' ...hehehe...anyway aku respek kpd yg membida no plat tersebut, aku sokong GAGASAN 1MALAYSIA tetapi jangan sampai menidakkan HAK KEISTIMEWAAN BUMIPUTERA KHUSUSNYA ORANG-ORANG MELAYU...

Monday, 1 August 2011

Mat Berani: Panglima yang pernah berkhidmat dengan Sultan Mahmud Syah


Ditulis oleh Nurhayati Abd. Rahim (Selipar Hijau/Jelajah Johor)

MUAR: Pusara Mat Berani di Kampung Brohol. Pada papan tanda bertulisan Jawi tertera "Panglima yang Gagah: Mat Berani".
Mat Berani. Itulah nama yang tertera pada sebuah pusara yang terletak kira-kira lima meter dari tebing Sungai Muar di Kampung Brohol, Panchor,.

Mungkin tidak ramai yang mengenalinya kerana namanya tidak pernah tercatat dalam sejarah. Tetapi menurut penduduk kampung berkenaan, Mat Berani adalah seorang panglima yang berkhidmat pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah, sultan Melaka ke-7 yang memerintah di antara 1488 - 1511.

Mat Berani dikatakan antara panglima yang sama-sama berjuang menentang serangan Portugis di Melaka pada tahun 1511. Apabila tidak mampu lagi menahan serangan Portugis, sultan dan pengikutnya yang setia melarikan diri dengan kapal dan mudik melalui Sungai Muar.

Menurut ketua kampung, Hj Johari bin Haji Abd Hamid, 62, Sungai Muar pada ketika itu adalah laluan utama yang sibuk dengan kapal-kapal dagang dan kapal perang.

"Sultan Mahmud bersama pengikut-pengikut setianya telah mendirikan sebuah istana di hulu Sungai Muar dan bersemayam di situ sehingga kemuncak peperangan dengan Portugis," katanya.

Menurutnya lagi, Mat Berani yang menjangka Portugis akan menyerang kedudukan sultan dari arah sungai telah membina kubu di tebing Sungai Muar. Tetapi Portugis telah menukar strategi peperangan mereka dengan melakukan serangan dari darat.

Kesan kubu tidak dapat dilihat lagi kerana telah dimusnahkan oleh hakisan tebing dan banjir besar yang melanda kawasan itu

Menurut teks yang ditulis oleh ketua kampung Olak Sepam, Haji Mohd Salleh bin Tahir, 64, tentangan yang diberikan oleh Mat Berani dan pasukannya terhadap Portugis sangat hebat. Dalam peperangan itu, ramai yang terkorban, sama ada di pihak Mat Berani mahupun Portugis. Kapal-kapal perang Portugis juga dikatakan banyak yang musnah.

Namun, akhirnya Panglima Mat Berani gugur di medan pertempuran dan disemadikan di Kampung Brohol manakala Sultan Mahmud Shah dipercayai melarikan diri ke Kampar dan bersemayam di sana.

BERITA DARI TANGAN EMAS SKUAD MALAYSIA


KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.
“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.
“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.
Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.
“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.
Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.

Komen orang Pagoh;

ni ler silapnya pemain-pemain bolasepak kita, bila dah glamer sikit, mula lupa diri dan lupa daratan. apa2 pun, aku harap si Apek ni tetap akan fokus dalam bolasepak...kerana rakyat sudah mula menyokong anda semua.

Dulu, amat susah nak lihat jersi malaysia dipakai dikhalayak ramai, kalo yg pakai tu pun, malu2 jer....sekarang tidak lagi....mereka yg pakainya, rasa bangga (TANAH TUMPAH DARAHKU)...

Komen dari OBP;
Bagus Apek....biarlah kita follow adat....dan jangan ada sengketa nanti...bagi bekas tunang Apek..anggaplah anda sudah tiada jodoh manakala bagi Apek pula....concentrate pada Bolasepak dulu...ingat!!! bahawa anda merupakan harapan Malaysia untuk mengawal gawang semasa kelayakan Olimpik nanti...

WELCOME RAMADHAN.....

Assalamualaikum wbt kpd semua

ramadhan muncul kembali dan marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan di atas keberkatan bulan yang mulia ini, lupakanlah segala sengketa dan semoga di bulan ramadhan ini dapat menyatukan kembali kita umat melayu islam ini. Insya Allah...

Tuesday, 10 May 2011

MASJID JAMEK KAMPUNG PAYA REDAN



Masjid Jamek Kampung Paya Redan ialah sebuah masjid di Pekan Pagoh, Muar , Johor Darul Takzim. Masjid ini telah di bina se awal tahun 1920-an lagi. Orang yang bertanggungjawab merealisasikan dan menyelia pembinaan masjid ini dengan menggunakan kemahiran ketukangan tradisional di waktu itu adalah Ketua Kampung Pertama iaitu Hj Mustahir bin Mukri. Beliau bersama beberapa rakan juga dikatakan sebagai kumpulan pertama penduduk yang bertanggungjawab meneroka dan membuka Kampung Paya Redan, antaranya ialah Ketua Kampung keDua iaitu Kairan bin Hj Salleh. Pada asalnya masjid ini di bina dengan papan dan kayu sepenuhnya.


Kini Masjid Kampung Paya Redan ini telah digantikan dengan masjid baru yang terletak bersebelahan dengan masjid lama tersebut. Walaubagaimanapun, masjid lama ini masih digunakan lagi dan ia masih kelihatan utuh. Ini adalah berkat daripada penjagaan Jawatankuasa Masjid Kampung Paya Redan yang sentiasa memulihara keadaan masjid lama tersebut.


Pada hari ini, Masjid Jamek Kampung Paya Redan telah diperindahkan dan sering menjadi tempat persinggahan musafir yang melalui Jalan Muar-Labis (Selatan ke Pantai Timur).





Tuesday, 3 May 2011

GABUNGAN ANAK PAGOH (GAPA) DIRASMIKAN OLEH TPM



ALHAMDULILLAH, setelah bekerja keras selama hampir 4 bulan untuk menpersiapkan gabungan anak pagoh, akhirnya ia dirasmikan oleh Tan Sri Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri dan juga Ahli Parlimen Pagoh.





Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat termasuk AJK Gapa, Pelajar2 Universiti (Permaj, Perkasa dan Lain2) terutamanya kpd Najib (Presiden Permaj), Hj Salehuddin (Pagoh) dan lain-lain.





Semoga usaha murni ini akan berjaya membangunkan Pagoh seperti harapan Tan Sri Muhyiddin.





Borang boleh di muat turun di laman web http://gabungananakpagoh.wordpress.com/