Friday, 24 December 2010

TAHNIAH TUN M KERANA MENJADI INDIVIDU KE 3 YANG PALING DIBENCI OLEH ISRAEL...AKU PUN TURUT BANGGA..


Terlebih dahulu aku puji blog House PK ataupun parpukari kerana telah menyiarkan artikel ini. Memang betul kenyataan parpukari itu (sila baca blog beliau)..

apabila anwar dan nik aziz tergolong dalam 500 orang yang paling berpengaruh oleh majalah forbes (dah tentu majalah yahudi), bukan main bangga lagi puak-puak pakatan haram jadah ini..tetapi apabila Tun M tergolong dalam 3 individu yang paling dibenci oleh zionis...senyap pulak pakatan haram ni...

Cuba tuan/puan fikirkan ...mana lebih tuan/puan bangga selaku tuan/puan adalah orang islam dan juga rakyat malaysia :

ORANG YG PALING BERPENGARUH DLM KAMUS YAHUDI VS ORANG YG PALING DI BENCI OLEH YAHUDI

so..fikir-fikirkanlahhhh...

Tuesday, 21 December 2010

A NEW LOOK FOR JCA74


Nahhh...ini dia gambar terbaru kereta kesayangan keluarga aku...Proton Saga 1.5cc setelah di touch up oleh abang Long aku...setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat Abg Long kerana telah mengeluarkan wangnya sendiri untuk mengekalkan sentimental value ke atas kereta ini.
Banyak sungguh jasa kereta ini...biar aku cerita sikit;
1. Ini merupakan kereta pertama baru yang dibeli oleh ayahanda setelah hampir beberapa tahun beliau hanya mampu membeli kereta second hand...mak ada cerita yang semasa nak beli kereta ini, abah risau kerana cukup ke duit saku nanti...maklumlah nak menanggung keluarga yang terdiri daripada abg long, aku, uda, ayu, ani dan ariff...mak kuatkan juga semangat abah kerana kata mak pada abah...cukuplah dengan kereta 2nd hand sebelum ni...setiap bulan keluar duit juga...rosak mcm2...so...abah kuatkan semangat dan membeli kereta JCA74.
2. Pemilihan no 74 - abah memilih no ini kerana kata abah no ni adalah sempena tahun 1974, kerana pada tahun itu lah abah merasa diri betul-betul kehilangan....arwah atok jantan meninggal dalam tahun itu dan pelbagai macam dugaan.
3. Untuk pengetahuan semua, abah aku pernah di offer untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti tetapi demi keluarga, abah tak menyahut seruan itu...so bayangkanlah kalau abah ke USM dulu...dah tentulah abah sekarang ni berjawatan besar...tetapi syukur...rezeki abah...turun kepada anak-anaknya.
4. Okay, berbalik kepada cerita kereta ni pulak, generasi kedua selepas abah..iaitu anak-anaknya pula menggunakan kereta ini...maklumlah kami ini bukanlah dari keluarga kaya seperti orang-orang zaman sekarang ini...anak baru belajar di universiti...dah belikan kereta...kami hanyalah mempunyai motor kapcai je semasa di universiti...itu pun beli daripada duit biasiswa atau pinjaman Mara...tapi abah top up juga kalau payment tak cukup...sungguh banyak jasa abah pada anak-anaknya.
5. Abang Long mula bekerja, so masa tu gaji abang long bukanlah besar maklumlah cuma auditor...cukup-cukup makan jer...sehinggakan abang long bekerja cuci kereta untuk menampung keperluan harian...semasa tu aku, uda, ayu masih belajar lagi...aku respect kat abang long ni...sebab memang dia abang yang betul-betul menjaga keluarga..bayangkan semasa dia bekerja di Johor Bahru dulu..aku pernah pergi umah sewanya...kesian aku tengok....memang abang long ni benar-benar menyembunyikan kesusahannya kpd mak abah...kerana beliau taknak menyusahkan mereka....
sedih pulak nak sambung cerita ni...tunggu edisi berikutnya lah nanti.......

Monday, 20 December 2010

SKRIP LAMA SUKAN SEA 2010 AKAN BERULANG :


Seperti yang di duga, Malaysia akan bertemu Indonesia dalam aksi final nanti. Sudah tentulah pelbagai andaian daripada sesetengah pihak berkaitan perlawanan ini. 26 disember di Bukit Jalil dan 28 disember di Jakarta nanti.
Kepedihan dibelasah 5-1 dalam aksi peringkat kumpulan tempohari wajib disingkir oleh setiap pahlawan-pahlawan Malaysia nanti, sudah tentulah sokongan lebih 50,000 penonton akan membanjiri Bukit Jalil nanti, syabas.
Tapi aku tak berapa respect dngn skuad Indonesia ini walaupun memiliki rakyat hampir billion orang tetpai masih menggunakan tenaga import dari Uruguay iaitu Cristian Gonzales untuk mewakili skuad Indonesia, dah takde ke lagi rakyat anda yang mempunyai kepakaran bermain bolasepak...syabas kepada skuad negara, ke semuanya adalah anak watan Malaysia...baik daripada goalkeeper, midfield, striker, rezab dan juga coach Rajagopal...ke semuanya mempunyai mykad...hehe....aku rasa budak pembancuh air pun orang malaysia juga tu...
So....tahniah sekali lagi kepada skuad Malaysia kerana telah membuktikan walaupun kita turun tanpa tenaga import, kita masih mampu melangkah ke final...cuma kekadang aku rasa skuad kita ni macam hero Hindustan laa...lambat panas...selalu kalah dulu...then baru tu menyengat...masih ingatkah kita...semasa di sukan sea dahulu...kita tewas kepada Vietnam di peringkat kumpulan dgn jaringan yang agak besar juga...dan kita perlu menewaskan Thailand untuk layak ke semifinal..ibarat hidup atau mati...tetapi skuad ini berjaya membuktikan dan sehingga lah kita berjaya ke final dan seterusnya bertemu semula dengan Vietnam....akhirnya skuad Vietnam yang menewaskan kita di peringkat kumpulan tertunduk kaku di tangan skuad Malaysia dengan jaringan 1-0...seterusnya kita di nobatkan sebagai Jaguh Sukan SEA 2010.
Diharapkan skrip sama ini...akan berulang di dalam piala AFF suzuki ini....aku merasakan Malaysia akan menjuarai piala AFF ini...sama-samalah kita rakyat Malaysia mendoakan kemenangan ini...

Sunday, 19 December 2010

HALFTIME : INDONESIA 1:0 FILIPINA

Gol di jaringkan oleh pemain import Indonesia Cristian Gonzales, beliau juga yang menjaringkan gol sebelum ini...

Saturday, 18 December 2010

MALAYSIA LAYAK KE FINAL PIALA AFF SUZUKI 2010


TAHNIAH MALAYSIA!!! Kerana berjaya mengikat Vietnam 0-0. seterusnya menang dengan agregate 2-0. Bersemangat penuh pemain malaysia terutamanya Muslim, Kunanlan dan yang lain-lain...cuma jika Safiq berjaya menjaringkan gol tadi...lagi hebat rasanya...one by one dengan keeper Vietnam...sepatutnya jangan gopoh..begitu juga dengan Amri Yahya yag selalunya amat gemar melakukan tandukan terbang tetapi mengapa tak terbang tadi...walaubagaimanapun tahniah.....insyaallah kita jumpa di Bukit Jalil lagi sekali...harapnya pada kali ini pihak polis janganlah tutup jalan lagi nak ke Bukit Jalil tu...jika tak jenuh berjalan 2km lagi sekali.....tolonglah....kita ni bersemangat patriotik...jika bertemu Indonesia....kita ganyang mereka..

Thursday, 16 December 2010

INDONESIA HANYA MAMPU MENANG TIPIS 1-0 KE ATAS FILIPINA, PIALA AFF SUZUKI 2010


Tak sehandal mana pun Indonesia walaupun di perkuatkan dengan beberapa pemain import tetapi hanya mampu menang tipis 1-0 ke atas Filipina. Siapa lagi penjaringnya jika bukan Gonzales yang merupakan pemain kelahiran Uruguay.Sebenarnya perlawanan ini ibarat buku bertemu ruas kerana kedua-dua skuad mempunyai pemain import...dah bagus sangat ler tu.
Aku hilang respect ke atas kedua-dua skuad ini kerana tidak bersemangat patriotik ke atas rakyat negara mereka...ahhh pedulikan...
yang penting..kita tunggu separuh akhir ke dua hari Sabtu nanti...Viva Malaysia!!!!

MALAYSIA MENANG 2-0 ATASI VIETNAM


TAHNIAH DAN SYABAS...aku ucapkan kepada team Malaysia kerana berjaya mengatasi Vietnam di separuh akhir 1. Tak sia-sia aku, aca, ranjen, ariff dan aul pergi ke stadium bukit jalil malam tadi....perghhh..jenuh berjalan kaki hampir 2 km daripada tempat parking keta hinggalah ke stadium, tetapi demi semangat Malaysia...kitorang redah jua....
Bangga sungguh rasanya menjadi rakyat malaysia malam tadi...bayangkan hampir 50,000 penyokong hadir menyaksikan perlawanan ini...kalau kempen PKR rasanya nak kumpul 500 pun ..jangan mimpi.....syabas kepada penyokong yang hadir
Dapat aku lihat betapa sayangnya mereka-mereka ini kepada Malaysia...ada yang membawa anak-anak kecil...ibu mengandung pun turut menyokong sama...mudah-mudahan baby anda yang bakal lahir nanti tahu betapa ibu dan bapanya bersemangat patriotik untuk negara.
SYABAS sekali lagi...kepada team malaysia...tetapi jangan lupa bahawa perjuangan belum selesai...sabtu ini...buktikan anda mampu mempertahankan margin jaringan tersebut....seterusnya nanti boleh lah kita senyapkan penyokong-penyokong Indonesia nanti..hehehe..
Tetapi apa yang menyedihkan aku, iaitu ada lagi yang bersifat seperti beruk mat yeh apabila membaling botol mineral dan seterusnya membakar mercun semasa perlawanan tersebut berlangsung....bongok dan pengor sungguh mereka ini...yang aku bangga tak semua penyokong yang menyukai tindakan tersebut...ramai yang membantah dan memarahi tindakan tersebut...oleh itu dapat aku simpulkan bukan semua penyokong kita bertindak liar...mungkin ada segelintir yang terpengaruh semasa menyokong skuad negerinya...(hehe..jangan marah)...