Saturday, 18 October 2008

Orang Perak Jangan le Cepat Melatah ; PAGOH pun ada maruah, takkan merajuk kami tak pilih Zahid


IPOH, Oct 16 (Bernama) — The delegates’ meetings of eight more Perak Umno divisions this weekend are expected to focus on nominating the candidates for the party deputy president post amid the keen contest for the head post in three of the divisions.
After the Parit Buntar division had nominated Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam while the Beras division chose Rural and Regional Development Minister Tan Sri Muhammad Muhd Taib last Sunday, the question is whether there will be more divisions following suit.
“The Perak Umno Liaison Committee had decided to leave it to the divisions to make the choice. We only gave our full support to Datuk Seri Najib Tun Razak for the presidency and Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi for one of the three vice-president posts,” a division chief who did not wish to be identified, told Bernama.
He said the Kampar division, however, had gone against the committee’s decision made at a special meeting last week, by not nominating Ahmad Zahid and this indicated that Perak Umno divisions could decide on their own, the candidates.
The committee’s decision in giving them a free hand means the door is open for delegates to choose candidates other than International Trade and Industry Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, who is currently the leading contender with 24 nominations so far for the Umno No. 2 post, compared with three nominations for Mohd Ali and two for Muhammad.
It is said that many party grassroot members in Perak were disappointed that the Pagoh division led by Muhyiddin did not nominate Ahmad Zahid for a vice-president post.
“What signal has Pagoh given? Perhaps there are divisions which are now forced to revise their list of candidates for the party presidency right down to the Supreme Council seats,” said a division vice-head who is a strong supporter of Ahmad Zahid.
He predicted that all the eight divisions meeting this weekend would nominate Najib for the party’s top post and vote for the candidates for the No. 2 post.
Two divisions which will draw attention are Padang Rengas headed by Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz and Grik led by former menteri besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, who is also the Perak liaison chief, as to who will be on their list of candidates for the Supreme Council.
Mohamed Nazri and Tajol Rosli won their divisional posts uncontested, while Datuk Samsuddin Abu Hassan (Tapah), Datuk Yusof Kassim (Batu Gajah) and Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (Tanjung Malim) were also returned to their posts.
The Bukit Gantang and Ipoh divisions will each get a new leader this weekend as the incumbents are not seeking re-election.
The Ipoh Barat division will see a contest between its deputy head Shamsuddin Ghaffar and vice-head Datuk Ghani Ngah after the incumbent Datuk Hamzah Zainuddin, the Deputy Housing and Local Government Minister, decided to move to the Larut division.
In Bukit Gantang, Trong assemblyman Datuk Rosli Husin and the division’s information chief Ismail Saffian will be vying for the divisional top post as the incumbent had decided not to seek re-election.
The Lenggong division will see its head since 2004, Datuk Saarani Mohamad, being challenged by its information chief Roslan Latif.
Last Sunday, three of the six divisions which held their delegates’ meetings, saw contests for the top post with two springing a surprise when the incumbents lost.
Beruas division deputy chief Abdul Manaf Hashim now heads the division after he defeated incumbent Datuk Hamdi Abu Bakar, the Pengkalan Baharu assemblyman, with a majority of 18 votes in the straight fight.
Taiping division committee member Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shafiee, meanwhile, defeated incumbent Datuk Dr Abdul Malek Hanafiah by 14 votes to now lead the division.
Bagai Serai division chose Datuk Zaili Cha as its new head. The former Selinsing assemblyman defeated the other contender, Mohd Noor Dawoo, by 102 votes.
The incumbent division chief, former deputy defence minister Datuk Zainal Abidin Zin, chose not to defend the post.
Ahmad Zahid, Datuk Mohd Radzi Manan and Datuk Abdul Rahman Suliman have retained their post as head of the Bagan Datoh, Kampar and Parit Buntar divisions respectively.

Friday, 17 October 2008

Angan-angan Mat Jenin - Pakatan Rakyat hampir dapat laluan 'pass' daripada PAS


bacalah artikel ini daripada sumber klpos. Boleh percaya ke?....

adakahhhh...ku bermimpi.....
mimpi di siang hari...... (teringat aku lagu kumpulan spider....kehkehkeh..)

PAS semakin yakin Anwar mampu bentuk kerajaan
16 Oct 2008 11:28AM
KB: Parti Islam SeMalaysia (PAS) nampaknya mula 'beralih angin' dan semakin yakin terhadap 'projek 16 September' ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut satu laporan laman berita dalam talian.

Ini kerana pucuk pimpinan PAS telah bersetuju untuk menghantar lima pemimpin berprofil tingginya menyertai mesyuarat pembentukan kerajaan baru dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP), kata laporan Malaysiakini semalam.

Keputusan biro politik PAS minggu lalu itu direstui mesyuarat jawatankuasa pusat parti tersebut bersama ahli-ahli parlimennya kelmarin.

Selain Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pemimpin kanan yang diberi mandat mengetuai delegasi parti itu termasuk timbalannya, Nasharudin Mat Isa; dua naib presidennya, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu; serta Setiausaha Agungnya, Datuk Kamarudin Jaffar.


Nasharudin pernah dikritik kerana berunding dengan Umno tetapi tidak pernah dilaporkan terlibat dalam rundingan dengan gabungan tiga parti pembangkang itu, Pakatan Rakyat (PR). Mohamad pula pernah meragui rancangan Datuk Seri Anwar.

Sebelum ini, semasa mengulas rancangan Datuk Seri Anwar mahu mengambil alih kerajaan Malaysia pada 16 September lalu dan kemungkinan beliau dilantik perdana menteri di bawah kerajaan PR, Datuk Seri Abdul Hadi berkata beliau enggan menjadi 'ahli politik Mat Jenin'.

Rundingan dengan Pakatan Rakyat sebelum ini dikuasai golongan prokerjasama PAS dengan pakatan pembangkang itu, seperti Datuk Husam, Kamaruddin, ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, dan bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli.

Beberapa pemimpin PAS yang dihubungi Malaysiakini berkata keputusan menghantar lima pemimpin itu dibuat kerana perbincangan ke arah pembentukan kerajaan baru telah 'sampai ke tahap lebih tinggi' dan melibatkan perbincangan dasar serta persediaan membentuk jemaah menteri.

Salahuddin berkata keputusan itu dibuat kerana usaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah 'sampai ke tahap akhir' dan 'setiap tindakan memerlukan keputusan segera'.

'Dulu, kita lebih pada (hal-hal) teknikal seperti (menyusun) agenda bertindak, boleh katakan sekretariat. Sekarang kita berada pada tingkat lebih tinggi yang memerlukan perbincangan tentang dasar politik,' dedahnya.

Menurutnya, dalam mesyuarat Ahad lalu perbahasan tentang delegasi lima pemimpin tertinggi PAS itu berlangsung dengan 'sangat positif' dan mesyuarat bersetuju sebulat suara.

Malah, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad, yang dikatakan pencadang idea tersebut, berkata 'semua khilaf dan salah faham' sudah diselesaikan. / BHS, Malaysiakini

Thursday, 16 October 2008

Muhyiddin bidas cakap-cakap Dr Mahathir perancang utama masa depan pentadbiran Malaysia

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan cakap-cakap bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perancang utama dalam meningkatkan popularitinya dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin masa depan negara.

"Saya tidak fikir anda perlu dalam apa cara pun keliru kerana anda lihat kami bersama (dengan Mahathir). Pada hakikatnya kami bertemu dalam sesetengah majlis tidak bermakna ada perkembangan besar berlaku," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan dan Pelaburan Bersama Malaysia-Indonesia pertama di Kuala Lumpur Rabu.

Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya sama ada Dr Mahathir ada peranan untuk menentukan pemimpin masa depan negara.

"Beliau (Mahathir) masih lagi dihormati sebagai negarawan veteran Malaysia. Anda juga mempunyai penghormatan tinggi terhadap beliau. Saya tidak fikir kita boleh nafikan hakikat ini.

Tetapi sejauh mana beliau telah mempengaruhi dalam aspek pentadbiran, saya fikir ini adalah sesuatu yang Datuk Najib sepatutnya mampu untuk uruskan," kata beliau.

Bernama melaporkan katanya Najib mempunyai semua pengalaman dalam pengurusan negara dan telah berkhidmat dengan kabinet sebelum ini dengan Dr Mahathir.

"Saya juga ada dalam kabinet lama dan kabinet sekarang. Saya fikir ia adalah campuran pengalaman lama, yang saya fikir sangat penting," kata beliau.

Sementara itu di majlis Hari Raya Puteri UMNO PWTC,Kuala Lumpur, Muhyiddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata pengalaman dan kewibawaan seseorang pemimpin menjadi kriteria utama bagi dicalonkan untuk jawatan tertinggi parti itu dan bukannya kerana faktor umur.

"Mereka (anggota UMNO di peringkat bahagian) ada pengalaman dan pengetahuan serta tahu menilai pemimpin yang ingin dicalonkan.

Pengalaman adalah penting dari sudut parti dan kerajaan, manakala sejarah dan kewibawaan serta kecekapan calon juga diambil kira," katanya diminta mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin bahawa umur adalah antara faktor seseorang pemimpin UMN0 dicalonkan ke jawatan tertinggi parti.

Muhyiddin berkata: "Kadang-kadang yang muda pun ada pengalaman dan semua perkara diambil kira. Selagi sihat, tajam fikiran dan boleh memikul amanah seseorang itu layak dicalonkan."- dipetik dari Agenda Daily 15 Okt 08

Wednesday, 15 October 2008

Dipetik dari blog Nurhasilah "10 SEBAB MENGAPA MUHYIDDIN LAYAK MENJADI TPM


Persaingan merebut jawatan dalam Umno bukan sahaja diikuti oleh golongan politik. Tetapi rakyat biasa macam saya yang bukan ahli mana-mana parti pun kena ambil pusing. Mestilah, kerana Presiden dan Timbalan Presiden Umno akan menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Bagi saya, Datuk Seri Najib Tun Razak memang dah pasti jadi Presiden Umno, dan kemudian Perdana Menteri Malaysia. Maka, yang menjadi persoalan dan perhatian ialah jawatan nombor dua.

Saya mahu menyuarakan kehendak saya sebagai seorang rakyat biasa mengapa Muhyiddin patut jadi Timbalan Presiden Umno dan seterusnya Timbalan Perdana Menteri. Saya ada 10 sebab mengapa saya memohon rakyat Malaysia, terutama ahli Umno mesti memilih Muhyiddin.

1. Di segi pengalaman dalam Umno dan pengalaman dalam pentadbiran kerajaan, Muhyiddin paling berpengalaman. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini telah menjawat pelbagai jawatan kabinet dan mempunyai banyak rekod kejayaan.

2. Di peringkat akar umbi dia dihormati oleh semua kaum dan semasa menjadi Menteri Besar Johor juga dia bukan sahaja banyak membangunkan Johor, tetapi juga membangunkan sukan, terutama bolasepak negeri Johor.

3. Orang Johor juga tahu Muhyiddin bukan “kaki mengampu” seperti sesetengah pemimpin lain yang suka menjilat Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Sultan dan Raja.

4. Pemimpin mesti berani dan Muhyiddin mempunyai keberanian. Lihat sahaja keberanian dia menyampaikan perasaan golongan akar umbi terhadap kepimpinan Pak Lah. Dia hampir kena “belasah” kerana tindakannya itu. Teruk dia dihentam sana sini di peringkat atasan, tapi dia tidak goyah dan tetap “cool”. Dia buat kerana Umno dan bukan kerana kepentingan diri.

5. Siapa yang boleh lupa skandal Tan Sri Muhammad Muhd Taib dengan kes pembelian hartanah di Australia beberapa tahun lalu? Rakyat tak mudah lupa! Lagipun sejak dia diterima kembali ke dalam kabinet dan memegang tugas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, tak nampak apa-apapun pencapaian yang membanggakan.

6. Walaupun dalam pemilihan 2004, Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam mendapat undi kedua terbanyak, mendahului Muhyiddin – itu dulu. Kini Ali dah bangkitkan kemarahan satu Malaysia kerana menyokong pemberian anugerah “Datuk” kepada Shah Rukh Khan (SRK). Dengan kes terbaru ini memang payah Ali mendapatkan lebih banyak pencalonan. Mungkin, kalau dia tawarkan semua pemimpin Umno bahagian gelaran Datuk jika mengundinya, maka peluangnya amat cerah.

7. Setakat ini Muhyiddin yang juga Naib Presiden UMNO dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan mudah mendapat 25 pencalonan dan ini menunjukkan Umno peringkat akar umbi merestuinya.

8. Dalam Umno, Muhyiddin bermula dari bawah tanpa “family connections” dan setia dengan Umno.

9. Peranan isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee juga boleh dijadikan faktor. Beliau,tidak seperti kebanyakan isteri-isteri Menteri yang lain, mempunyai sifat yang terpuji, iaitu tidak sombong, tidak suka berlagak, mesra rakyat dan mesra wartawan.

10. Nur Jazlan pula belum cukup ilmu dan pengetahuan. Buat perabih beras sahaja.

ORANG DALAM (MUSUH DALAM SELIMUT)


Dari cara dan gaya tohmah ini dihuraikan sewaktu membahaskan bajet 2009 di Dewan Rakyat, banyak pihak mengesyaki bahawa ada “orang dalam” yang membekalkan maklumat mengenainya kepada pihak pembangkang. Siapakah mereka? Apa niatnya?

Seterusnya, mungkinkah tohmah di atas akan terus diheret dan dileretkan hingga jadi panjang berjela-jela seolah-olah supaya menjadi tali untuk menjerut masa depan politik Najib? Adakah ini merupakan satu antara pelbagai usaha untuk menggagalkan perjalanan Najib ke mercu kekuasaan negara?

Pihak kerajaan memang akan mematahkan tohmah terbaru ini di Dewan Rakyat. Tetapi, sama ada ia benar atau sebaliknya adalah tidak penting. Yang pasti, tohmah ini akan menyebabkan gerhana yang menyelubungi masa depan Naji kian menebal dan berpanjangan.

Tidak cukup dengan pelbagai tohmah, dakwaan dan tuduhan, Najib juga diselubungi persepsi umum mengenai isteri beliau sendiri.

Ada pihak mentafsirkan perkara ini sebagai remeh. Tetapi, ada juga pihak mengatakan faktor ini adalah kritikal terhadap kelicinan perjalan Najib ke puncak kuasa.

Usaha Terancang

Bagaimanapun, setelah rakyat jelata menginsafi seluruh kepincangan yang telah berlaku sejak 2004 hingga sekarang, adalah mustahil faktor ini tidak boleh diatasi secara total dan berkesan.

Oleh itu, jika isu ini terus dipolemikkan, kemungkinan besar pencetus polemik ini juga dimotivasikan oleh hasrat menghalang Najib jadi Perdana Menteri.

Berasaskan seluruh huraian di atas, wajarlah kita semua bertanya: mungkinkah usaha menghalang Najib ke puncak kuasa ini satu usaha yang tercancang rapi? Kalau begitu, siapakah perancang utamanya? Dan, mengapakah perkembangan seperti ini tidak pernah berlaku kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2004?

Akhir sekali, wajar kita semua bertanya: mungkinkah perjalan mudah Najib menuju ke mercu kepimpinan UMNO pada hari ini akan melunturkan seluruh persepsi negatif terhadapnya untuk menjadi Perdana Menteri? - Ruhanie Ahmad

MUKHRIZ PILIH RAZALI JADI NAIB KETUA PEMUDA- berita dari Kelab Maya Umno



Mukhriz sudah mula mencari gandingan bagi ketua Naib Ketua pemuda UMNO dan mengharapkan agar Razali akan menang kerana beliau lebih selesa bekerja dengan Razali dibandingkan calon yang lain. Pertarungan sebenar belum bermula lagi dan Mukhriz mungkin telah membayangkan bahawa beliau akan pasti menjadi Ketua Pemuda UMNO dengan jumlah pencalonan yang beliau perolehi sekarang sebayak 40 pencalonan. Masih ada 119 bahagian yang akan bermesyuarat.

Bagaimanapun, dalam pada itu Mukhriz turut khuatir dan bimbang berdepan keadaan dapat pencalonan terbanyak tetapi tidak undi terbanyak bagi memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO itu pada perhimpunan Agung parti Mac depan. Kerana ini tidak mustahil akan berlaku dan ianya pernah berlaku apabila ada calon yang memperolehi pencalonan yang terbanyak tetapi tewas dalam pemilihan sebenar.

“Kadangkala ada perbezaan antara pencalonan dan undi oleh ketua, nasib ketua dan G2 yang tidak mencerminkan perwakilan peringkat Bahagian. Saya harap ini tidak berlaku, kerana pencalonan menggambarkan kehendak ahli-ahli secara langsung dan perlu dipanjangkan kepada pemilihan Mac ini,” tegasnya apabila ditemui oleh sebuah laman web harian.
Calon-calon lain tentu sekali sedang memperkemaskan jentera masing-masing kerana minggu hadapan akan berlangsung sebahagian lagi persidangan pemuda bahagian

p/s aku sokong juga Razali ini kerana ;
1. Beliau adalah orang Muar (tempat aku)
2. Bekas pelajar UKM (tempat aku belajar)
3. Senior aku 3 tahun

KELENTONG ANWAR -berita dari Kelab Maya Umno


Semalam berlangsungnya sidang Parlimen setelah ianya berehat pada bulan Ramadhan yang lalu dan ketika itulah Parlimen menjadi hangat kerana ianya merupakan salah satu senjata Anwar Ibrahim yang kononnya mahu menggunakan Parlimen bagi mengulingkan kerajaan. Sidang khas juga dialunkan oleh Anwar bagi meyakinkan penyokong mereka bahawa kerajaan baru PR dapat ditubuhkan.

Namun semalam tidak langsung terkeluar dari mulut Anwar untuk medesak agar sidang khas mahupun undi tidak percaya kepada Perdana Menteri. Alasan baru pula dikeluarkan yang kononya ianya tidak guna dilakukan kerana Perdana Menteri sudah digulingkan oleh ahli UMNO. Apakah Anwar tidak faham atau sengaja memperbodohkan penyokong beliau, Perdana Menteri Malaysia ketika ini masih Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan beliau tidak digulingkan. Beliau hanya mengundur diri pada bulan Mac ini.
Inilah Anwar Ibrahim. Beliau akan menipu secara maksimum untuk meraih sokongan penyokong beliau, keyataan terbaru beliau agak kendur apabila berkata “Manusia boleh merancang, Allah yang menentukan. Mereka yang senang dengan kekuasaan yang melimpah ruah sukar nak terima kenyataan.” Hari ini Anwar mempercayai kadaq dan kadar, sedangkan sebelum ini beliau dengan angkuhnya mengatakan bahawa 16 Sept beliau akan menjadi Perdana menteri.
Mungkin Anwar telah menerima hakikat bahawa Allah SWT tidak memberikan beliau keizinan untuk menjadi Perdana Menteri. Allah SWT juga telah merentap kerusi berkenaan ketika beliau berada begitu hampir untuk menduduki kerusi pertama berkenaan.
Sementara itu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tarikh baru yang diumumkan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan baru sebelum Hari Raya Aidiladha Disember ini sebagai satu kenyataan yang tidak boleh diterima dan mengarut. “Pembangkang selalu bercakap untuk ambil alih kuasa, tapi mereka tak pernah berjaya,”
Tegas Abdullah, pihak pembangkang akan terus bercakap mengenai matlamat mereka untuk mengambil alih kerajaan kerana melaluinya mereka dapat menarik minat masyarakat. “Inilah caranya untuk mereka menarik
minat orang ramai supaya percayakan mereka,” katanya.