Friday 26 June 2009

BANGKIT DARI TIDUR WAHAI UMNO



Sana sini kedengaran ceramah umum baik daripada PAS,PKR mahupun DAP, dan yang tidak sedap di dengar iaitu ramai juga yang terpedaya dengan kata-kata mereka, tak lain tak bukan asyik menghentam UMNO dan BN. Macam-macam fitnah yang dilemparkan dan ada juga kutukan-kutukan yang maha hebat, politik Perak dijadikan sebagai alat untuk menagih simpati orang ramai, dan terutamanya kaum melayu, Pak-pak Haji yang berserban mudah terpedaya dengan kata-kata mereka ini begitu juga dengan anak muda arus perdana yang dahagakan berita-berita sensasi akibat daripada buta sejarah.
Tetapi di mana hilangnya pahlawan-pahlawan Umno, seolah-olah diam sahaja dan kita harus ingat bahawa dalam budaya masyarakat sekarang, diam itu maksudnya kita meng’iya’kan kenyataan mereka, dan segala tohmahan dan kutukan yang dilemparkan itu. Saya menyokong kepimpinan sekarang yang nampaknya tegas dan berusaha dalam memenangi hati rakyat tetapi wahai Ahmad Maslan, jika kita bergerak sendirian tanpa sokongan dari akar umbi maka sia-sia lah usaha kita ini. Saya menjelaskan di sini iaitu kerana nampaknya usaha Ahmad Maslan selaku Ketua Penerangan Umno dalam memenangi hati rakyat dengan mendekati mereka sehingga lah kepada bersama-sama dengan penduduk kampung merupakan usaha yang murni tetapi pernahkah langkah ini di perjelaskan sehingga ke akar umbi kerana dapat dilihat ketua-ketua penerangan di peringkat cawangan ada yang terpinga-pinga seolah-olah tiada hala tuju dalam menggapai niat murni tersebut.
Sedangkan harus kita ingat iaitu kenyataan Timb Presiden bahawa kita hanya ada masa selama 2 tahun sahaja, tetapi mengapa diam wahai UMNO…BANGKIT LAH DALAM USAHA KITA UNTUK MENAWAN KEMBALI HATI RAKYAT DAN BUKTIKAN KEPADA RAKYAT BAHAWA HANYA UMNO LAH YANG DAPAT MEMARTABATKAN ORANG MELAYU….

Thursday 18 June 2009

MENGAPA LAH TUAN GURU NIK AZIZ ASYIK MENENTANG SAJA


Aku tak faham sungguh mengapa Nik Aziz berkeras sangat tak bersetuju pasal konsep Kerajaan Perpaduan yang di suarakan oleh Nasharudin dan juga di persetujui oleh Hadi Awang. Sebenarnya aku tabik hormat kepada dua tokoh Pas ini kerana mereka faham dan sedar berkaitan dengan keadaan yang berlaku sejak akhir-akhir ini kerana dapat dilihat melayu sudah semakin hilang kuasa, dan aku masih ingat lagi kenyataan Hj Hadi seminggu selepas Pas berjaya menawan beberapa buah negeri di semenanjung “Umno bukannya lemah sebaliknya BN yang lemah kerana tidak mendapat sokongan parti komponen yang lain, dan beliau menyatakan supaya UMNO perlu berusaha untuk mneyakinkan rakyat kembali”. Maksudnya beliau faham iaitu perjuangan UMNO masih lagi diperlukan dalam membawa suara-suara orang melayu.
Tetapi dapat dilihat Mahaguru pulak yang tak bersetuju, asyik-asyik ungkit kisah lama iaitu zaman beliau masih lagi orang muda kerana dikatakan pada waktu tersebut umno telah menipu Pas, dan aku tertarik juga dengan kenyataan beliau baru-baru ini iaitu menyatakan bahawa idea untuk kerajaan perpaduan adalah bersifat idea individu bukannya mewakili semua ahli Pas…..wahai tuan mahaguru…mungkin ada juga orang dalam Pas juga yang menyatakan idea untuk menolak kerajaan perpaduan ini adalah idea individu bukannya mewakili semua ahli PAS.
Sehubungan dengan itu, wahai Nasharudin dan Hadi awing, teruskanlah niat murni anda demi untuk kesejahteraan kaum melayu…kerana bak kata Hang Tuah…”TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA’…

Tuesday 2 June 2009

Melayu Dikianati: Marahnya Samy pada Awang Selamat



dipetik dari agenda daily

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu nampaknya marah betul dengan penulis pojok Mingguan Malaysia, Awang Selamat kerana tulisannya yang terbaru bertajuk ‘Melayu Dikhianati’.

Menzahirkan kemarahannya, Sammy mahu Awang Selamat dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan kerana tulisannya tersebut telah menghina kaum lain.

Selain Samy, banyak pihak juga tidak senang dengan tulisan Awang Selamat tersebut termasuk bekas Menteri di JPM, Datuk Zaid Ibrahim yang kini sering dilihat menghadiri majis-majlis parti pembangkang.

Cuma, dalam keghairahan parti-parti komponen seperti MIC hendak lompat meja ‘menghentam’ orang lain, parti-parti komponen juga harus melihat apakah mereka jujur dengan kata-kata mereka.

Sebagai contoh sebelum ini bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail digantung keahlian UMNO kerana kenyataannya dikatakan menyinggung perasaan masyarakat bukan Melayu khususnya kaum Cina.

Tidak lama selepas itu, Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe turut membangkitkan isu yang mencetuskan kemarahan orang Melayu berhbung soal pribumi. Namun Lian Hoe sehingga ke hari ini masih kekal dalam pentadbiran kerajaan, tiada tindakan disiplin dikenakan oleh partinya.

Tidak kurang juga, ada suara-suara kalangan kaum lain yang mempertikaikan hak istimewa orang Melayu serta mahu taraf Bumiputera dihapuskan, apakah pemimpin parti komponen bangun mempertahankan prinsip yang telah disepakati melalui ikatan kontrak sosial tersebut.

Dengan sebab itu, kemarahan Samy Vellu kepada Awang Selamat jangan hanya membuktikan memang Melayu tidak mendapat pembelaaan sewajarnya. Kritik Melayu, personal hak Melayu tidak mengapa tetapi jika memberi ingatan tentang kedudukan kaum lain di negara ini akan dianggap menghina. – 3/6/2009



S. MANIKAVASAGAM PERLU DI TAHAN DI BAWAH ISA


dipetik dari agenda daily
Pihak berkuasa kini tidak mempunyai kebebasan untuk menjalankan tugasan mereka bagi memastikan negara berada dalam keadaan selamat dan rakyat boleh hidup dengan aman dan sejahtera apabila tugasan
mereka kini sering dicampuri oleh pembangkang khususnya ahli parlimen pembangkang yang berbangsa India. Apakah pihak polis terpaksa memberikan layanan istimewa kepada penjenayah yang berbangsa Ini.
Tugasan pihak Polis bukan mahu membunuh OKT tetapi mahu mendapatkan sebanyak boleh maklumat bagi menyelesaikan kes kes jenayah dan sekiranya apa yang berlaku diluar dugaan pihak polis yang menjalankan siasatan , kes yang jarang berlaku , adalah tidak wajar bagi menuduh dan menyalahkan pihak yang sedang menjalankan tugasan dan amanah yang telah diberikan. Ajal maut di tangan tuhan.
Terbaru, seorang yang dipercayai terbabit dengan kes pecah rumah mati pada 30 Mei lalu setelah dihantar ke hospital di Port Dickson kononnya disebabkan oleh kekerasan pihak polis.Tuduhan dibuat oleh Ahli Parlimen Kapar Selangor, S Manikavasagam. Tuduhan dibuat dalam tulisan di laman web rasminya. Beliau dengan terang-terang menuduh polis bertanggungjawab di atas kematian S. Tilak dan menyifatkan ia satu lagi keganasan polis.
Malah beliau turut membangkitkan persoalan sama ada telah dipukul semasa di dalam lokap polis. Tidak cukup dengan itu, pelbagai dakwaan cuba mengaitkan kononnya sebelum dihantar kepada polis Tilak telah dipukul oleh polis berpakaian biasa serta tangannya bergari semasa dihantar ke hospital dan gari hanya dibuka setelah disahkan mati.
Semua tuduhan berkenaan dibuat seolah-olah beliau melihat kejadian tersebut. Membaca tulisannya itu sudah tentu akan membangkitkan rasa marah pihak-pihak tertentu. Berdasarkan komen yang dihantar oleh pembaca laman webnya, ia mengundang rasa marah mereka kepada polis sehingga membawa kepada cadangan supaya kaum India mengadakan perhimpunan seperti dianjurkan oleh Hindraf.
Kebelakangan ini , ahli Parlimen India cuba membakar perasaan marah rakyat berbangsa India kepada kerajaan dan mereka cuba menghasut agar didadakan perhimpunan n ala - ala Hindraf. Mereka cuba membuktikan kepada rakyat bahawa mereka adalah hero kaum India yang cuba mempertahankan dan melindungi orang India yang melakukan jenayah. Undang-undang sebenarnya tidak mengenal bangsa. Yang salah akan tetap disiasat dan jika di dapati bersalah akan dijatuhkan hukuman.



Jangan ada yang mati...nanti semua jadi `makkal shakti



BERITA DI PETIK DARI AGENDA DAILY
Jangan ada orang yang disyaki melakukan jenayah mati. Apatah lagi jika dia berketurunan India, pasti cepatlah bangkit ahli-ahli Parlimen pembangkang tertentu menuduh ini semua salah kerajaan dan menjatuhkan hukuman bersalah kepada polis.

Terbaru, seorang yang dipercayai terbabit dengan kes pecah rumah mati pada 30 Mei lalu setelah dihantar ke hospital di Port Dickson kononnya disebabkan oleh kekerasan pihak polis.

Yang membuat tuduhan adalah Ahli Parlimen Kapar Selangor, S Manikavasagam. Tuduhan dibuat dalam tulisan di laman web rasminya. Beliau dengan terang-terang menuduh polis bertanggungjawab di atas kematian S. Tilak dan menyifatkan ia satu lagi keganasan polis.

Malah beliau turut membangkitkan persoalan sama ada Tilak dipukul semasa di dalam lokap polis.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai dakwaan cuba mengaitkan kononnya sebelum dihantar kepada polis Tilak telah dipukul oleh polis berpakaian biasa serta tangannya bergari semasa dihantar ke hospital dan gari hanya dibuka setelah disahkan mati.

Semua tuduhan berkenaan dibuat seolah-olah beliau melihat kejadian tersebut. Membaca tulisannya itu sudah tentu akan membangkitkan rasa marah pihak-pihak tertentu. Berdasarkan komen yang dihantar oleh pembaca laman webnya, ia mengundang rasa marah mereka kepada polis sehingga membawa kepada cadangan supaya kaum India mengadakan perhimpunan seperti dianjurkan oleh Hindraf.

Malah komen itu juga mengaitkan kejadian di Sri Lanka apabila pemimpin Tamil Tiger dibunuh dengan menyatakan Tamil di Malaysia bukan sasaran yang mudah seperti di Sri Lanka tetapi akan menunjukkan kepada Najib (Perdana Menteri) siapa mereka sebenarnya.

Namun Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh hari Ahad tampil menempelak Manikavasagam kerana membuat tuduhan tersebut, sedangkan suspek tidak pernah ditahan dalam lokap serta tidak pernah menjadi tahanan polis.

''Laporan yang dikeluarkan itu tidak adil. Saya tidak pasti bagaimana laporan berkenaan menyebut mangsa dibiarkan sahaja berlumuran darah dan terbaring di atas lantai. Inilah yang berlaku apabila ahli politik campur tangan dan enggan meminta penjelasan sebenar dari pihak berkuasa,” katanya.

Menurut Osman, polis tidak pernah menahan Tilak dalam lokap dan dia tidak pernah menjadi tahanan polis.

Memperincikan insiden yang berlaku, beliau menjelaskan, Tilak diserahkan kepada polis pada 7 pagi Sabtu lepas setelah dia dipercayai dipukul sekumpulan lelaki yang mendapati dia telah melakukan pecah rumah pada Khamis lepas menyebabkan kehilangan barangan kemas bernilai RM30,000.

Semasa Tilak diserahkan kepada polis, ia turut disaksikan oleh ahli keluarganya.

Selepas mengambil keterangan daripada lelaki yang menahan Tilak, polis tambahnya, telah menghantar Tilak ke Hospital Port Dickson dalam tempoh sejam tetapi dia disahkan mati pada tengah hari.

Hasil bedah siasat yang dijalankan tidak dapat diterima oleh ahli keluarga Tilak dan polis telah meminta bantuan forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) menjalankan bedah siasat kedua.

''Namun keluarga mangsa tetap tidak berpuas hati dan menganggap polis sengaja melengah-lengahkan penghantaran Tilak ke hospital," tambah beliau.

Namun apa yang dikesalkannya, ada pihak-pihak tertentu dalam parti pembangkang menghantar SMS meminta masyarakat India berkumpul di hadapan rumah mayat Hospital Port Dickson walaupun pihak berkuasa telah berusaha membantu sedaya upaya mangsa dan keluarganya.

Malah menurut beliau, dua lelaki yang disyaki memukul Tilak telah pun ditahan sejurus selepas kematiannya.

Apa yang berlaku tersebut memberikan gambaran, jangan ada yang mati, nanti ada yang akan jerit "makkal shakti". – 1/6/2009