Saturday 23 May 2009

ROBOH TAMBAK JOHOR - MENGAPA SINGAPURA BERKERAS MEMBANTAH


Kali ini kita beralih arah pula ke selatan tanah air iaitu negeri aku yang tercinta ini, kepada pembangkang iaitu Pakatan Rakyat jangan harap lah nak menjajah Johor ini, mengadap DYMM Sultan Johor dulu kalau nak...hahaha...
Okay, isu yang nak aku timbulkan iaitu mengapa singapura berterusan membantah msia untuk merobohkan tambak johor ini, sebenarnya idea untuk merobohkan tambak johor ini adalah hasil daripada pemimpin johor juga yang inginkan pembangunan dinikmati oleh selatan msia jangan hanya singapura sahaja, dan hasilnya mantan PM kita iaitu TUN DR Mahathir telah bersetuju untuk membina jambatan bagi menggantikan tambak johor dan idea ini sangat bernas, hampir semua rakyat Johot bersetuju walaupun Singapura berkeras membantah tetapi Tun tidak tunduk kepada Singapura sebaliknya Tun mengemukakan idea iaitu jambatan bengkok untuk menyelesaikan kemelut tersebut, mati akal di buatnya kpd pemimpin Singapura yang memang kita tahu iaitu di tunjangi oleh LEE KUAN YEW, (memang kita semua tahu bahawa Lee Kuan Yew memang takutkan Tun Dr M). Tetapi apabila naiknya Paklah kita, pembinaan tersebut dibatalkan dan ini menimbulkan ketidaksenangan kepada ramai rakyat Johor tetapi selaku rakyat Johor yang waras (tak seperti rakyat Perak yang hanya tahu demonstrasi jalanan sahaja), orang Johor akur dan sebaliknya memahami tujuan pembinaan tersebut tidak diteruskan.
Bagi pihak Singapura pula, mereka tersenyum hingga meleret ke pipi kerana tidak perlu lagi bersusah payah untuk membantah pembinaan tersebut.
Tetapi akhir-akhir ini ketakutan mereka kembali timbul apabila Najib ingin meneruskan hasrat yag terbantut tersebut hasil daripada permintaan rakyat Johor.

Antara sebab utama mengapa mereka membantah iaitu :

1. Bila robohnya Tambak Johor secara tidak langsung selat tebrau akan digunakan untuk laluan kapal dagang dan ini akan meningkatkan lagi Pelabuhhan Tanjung Pelepas di Johor (memang ini lah agenda utama Tun M kita - syabas Tun). Singapura takut pelabuhan mereka akan kehilangan lokasi strategik kerana PTP akan mengambil alih kedudukan mereka nanti.
2. Dari segi pertahanan pula, memang mereka takut dengan malaysia walaupun kita ini dikhabarkan sebagai adik beradik suatu ketika dulu tetapi harus di ingat apabila generasi telah berkembang dan ramai yang buta sejarah, adik beradik sudah tidak timbul lagi.

Oleh itu, aku menyeru pemimpin sekarang supaya teruskan juga merobohkan tambak johor dan gantikan ia dengan jambatan baru bak kata Najib iaitu bengkok ke, lurus ke, bawah tanah ke, ia akan tetap di bina tetapi hasil lawatan Najib menunjukkan kita tunduk sekali lagi kepada Singapura iaitu mungkin kita akan kekalkan tambak Johor....

Monday 11 May 2009

APA DAH JADI KAT PERAK - NIZAR KEKAL MB


Pelik dan ajaib....memang benar undang-undang ini adalah tepat (di dunia aja) jika membuat keputusan tetapi kita harus ingat kadangkala undang-undang dunia ini sanggup mengetepikan rasa hormat, apa yg nak aku maksudkan ialah tidakkah keputusan ini secara tidak langsung seolah-olah memperkatikkan kuasa Raja-raja Melayu, memang tidak kita nafikan, Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak (UTKP) memang terdapatnya kekurangan, jika tak percaya hampir semua klausa-klausa ini boleh dipertikaikan jika di bawa ke mahkamah, begitu juga dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang lain, tetapi selaku orang yang waras tak usah lah kita mempertikaikannya kerana untuk kepentingan peribadi kita sebaliknya apa yang perlu iaitu kebajikan rakyat, jika kita hanya bergolak tak sudah-sudah, apa akan terjadi...negeri Perak akan hancur, pembangunan tak dapat dijalankan.
Tetapi semua ini telah berlaku dan Nizar pula telah mendapat kembali jawatannya dan aku rasa pergolakan ini akan terus berterusan sehingga lah kepada PRU 13 nanti, so dalam masa 4 tahun ini negeri Perak akan jadi 'berak' aje lah jawabnya, kesian sungguh kepada orang-orang melayu di sana yang dapat aku rasakan sebenarnya masih ada yang sayangkan kerajaan BN tetapi mereka takut nak bersuara.
Sebagai contoh cuba lihat masa persidangan yang kecoh tersebut, siapa yang benar-benar dan fanatik sangat nak buat kecoh, kalau tak silap aku cina gemok (DAP) dan juga salah seorang ADUN muda (Cina DAP) juga yang seolah-olah fanatik sangat dan bersikap macam budak sekolah dalam pemilihan ketua darjah. Apa jadi kepada ADUN-ADUN melayu, mereka hanya melihat dan kerana sifat hormat yang masih menebal menyebabkan mereka tidak akan menyertainya. Harus di ingat 27 daripada nya adalah ADUN UMNO iaitu orang melayu.
Lagi satu sifat parti pembangkang in, jika mereka menang, mereka akan sokong keputusan mahkamah tersebut dengan menyatakan proses demokrasi Malaysia telah terbukti bagus tetapi cuba jika kalah, masih ingatkah kita keputusan penggantungan Zambri dan enam orang ADUN yang tidak memihak kepada Pakatan Rakyat, mereka menyelar keputusan mahkamah dan menyatakan mahkamah tak sepatutnya masuk campur dengan urusan Dewan Negeri....apa ini...come on laaa...be gentleman la wahai pemimpin pembangkang..
Dan aku juga merasakan akan ramai bloggers yang berkokok dengan kuat apabila keputusan ini memihak kepada mereka.
Harus di ingat....MELAYU AKAN HILANG DI DUNIA JIKA MELAYU BERSENGKETA SESAMA MEREKA- KATA-KATA PANGLIMA MAT BERANI....

INI KE PEMIMPIN KURANG AJAR NAIK ATAS MEJA PILIHAN RAKYAT PERAK


Tak silap aku sepanjang sidang DUN di mana-mana negeri belum pernah ada kurang ajarnya pemimpin yang dipilih rakyat macam ini. Tapi risau juga dengan rakyat Perak ni (terutamanya melayu) tak ke mereka merasa diri ini telah dipermainkan oleh DAP....masih lagi nak menyokong Pakatan Rakyat. Kalau kita katakan mereka (orang Perak) bangang dan Bodoh...marah pulak....dah ler tu...iktiraf je kerajaan yang sedia ada...melayu juga,....cuba lihat komposisi ADUN BN ni....27 terdiri daripada UMNO (melayu ler tu maksudnya....) tapi kalau Pakatan...berapa kerat yang orang melayu menjadi ADUN...fikir-fikir kan ler yeop...dan orang-oang parit....jangan duduk dalam parit je...JOHOR pun ada parit juga....tapi tidak ler separit macam orang-orang Perak..jangan marah ye....

Saturday 9 May 2009

DUA BADUT YANG TAK FAHAM TITAH RAJA


Berbagai andaian dibuat tentang ketegasan Raja Muda Perak Raja Nazrin Sultan Azlan Shah sanggup tunggu lima jam untuk terus merasmikan juga sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang diselubungi kekecohan pada hari Khamis.

Baginda tidak menunjukkan secara reaksi “ yang terbuka” semasa melangkah masuk ke dalam dewan pada jam 3.15 petang setelah berkurung dalam bilik menunggu DUN itu sebegitu lama sejak jam 9.45 pagi.

Sejurus duduk baginda terus memanggil untuk membisikan sesuatu pada bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP Perak Ngeh Khoo Ham diatas pentas diraja.

Apa yang dilaporkan kedengaran di pembesar suara ialah baginda bertitah kepada kedua mereka, “ I don’t want to get involved in this. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want to work with me in future, you have to respect my speech. Understand?“So go and tell that …”

Baginda dipercayai jelas meminta Nizar dan Khoo suruh para ADUN pembangkang yang ketika itu masih berdiri di ruang tengah dewan supaya duduk.

Mereka dipercayai masih terus berdiri kerana nak sekat Raja Nazrin dari berucap merasmikan sidang DUN – yang menandakan sidang DUN dengan rasmi berlangsung.

Ada yang mengandaikan bahasa diraja itu khususnya " you understand that" bunyinya lembut tetapi amat amat keras maknanya.

Namun paling menarik bila Nizar bercakap dalam sidang akhbar selepas sidang DUN selesai, beliau dipetik sebagai berkata, “ Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap saya dan Datuk Ngeh Khoo Ngam dan memaklumkan bahawa Raja berada di atas politik ."

Rupanya itu yang dianggap oleh Nizar sebagai maksud titah Raja Nazrin pada mereka.

Ada pemerhati politik yang bertanya apakah Nizar tidak faham-faham kenapa Raja Nazrin tetap mahu merasmikan sidang DUN berkenaan setelah menunggu sekian lama.

Lagi satu dari segi konvensyennya bila Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry yang mempersembahkan teks ucapan yang baginda nak sampaikan merasmikan sidang DUN berkenaan ini bererti baginda mengitiraf kerajaan BN yang sedia ada.

Bagi kalangan pemerhati adalah agak melucukan bila Nizar menyampaikan kepada para wartawan dalam sidang akhbar itu versinya bahawa “Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap saya dan Datuk Ngeh Khoo Ngam” setelah membuat teguran “ You understand that ”.

Lojiknya Raja Nazrin boleh memilih tak perlu tunggu dan pulang ke istana baginda yang terletak cuma beberapa kilomiter sahaja dari DUN Perak jika baginda merasa tidak wajar merasmikan sidang DUN yang kecoh itu.

Juga lojiknya kalau baginda merasa 28 BN dan 3 ADUN Bebas yang sokong BN bukan majoriti dalam dewan dimana pembangkang ada 28 orang... tak mungkin baginda akan terima teks ucapan dari Dr Zambry.

Lebih melucukan Nizar sendiri ada dalam dewan dan dengar Raja Nazrin bertitah merasmikan sidang DUN itu tetapi kemudianya beritahu para wartawan ' tiada ada persidangan' yakni sidang DUN tidak sah.

Dalam bab semua ini ada pemerhati yang minta Nizar dan Khoo dengar betul-betul slogan Raja Lawak Nabil :DI PETIK DARI AGENDA DAILY

Friday 8 May 2009

SAH - DAP LAH DALANG DI SEBALIK TABIR KERAJAAN LAMA PERAK , MELAYU PKR BODOH HANYA IKUT TELUNJUK DAP


Walau apa apa pun akan diperkatakan oleh orang luar dan analisa yang akan dibuat oleh mana-mana pihak tentang insiden dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari Khamis...mereka yang berada dalam dewan DUN itu sejak 10 pagi hingga 4.10 petang, dapat melihat dengan mata kepala sendiri apa yang sebenarnya berlaku.

Kesimpulan yang dapat dibuat hanya satu - pembangkang khususnya DAP menunjukkan sikap kemuncak kepada kurang ajar.
Mereka bukan sahaja menjadikan DUN sebagai tempat menunjukkan budaya samseng dan ganas malah langsung tidak hormat dengan kehadiran Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

Belum pernah berlaku dalam sejarah di negara ini dimana seorang Raja Melayu diperlakukan sebegini rupa.

Baginda terpaksa menunggu lebih lima jam di sebuah bilik di DUN itu untuk menyampaikan titah perasmian sidang.

Lebih mengaibkan tidak jauh dari tempat baginda menunggu berlaku berdentam berdentum yang bermula gara-gara tindak tanduk Speaker V.Sivakumar dan kemudiannya disertai oleh para ADUN pembangkang.

Segalanya berlaku ketika baginda belum sempat lagi merasmikan sidang DUN itu.

Selain bertindak ganas menyerbu hingga masuk ke tempat duduk Ahli-Ahli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional (BN), ADUN DAP turut mengetuk-ngetuk meja memperotes perjalanan sidang.

Jelas sekali matlamat mereka semata-mata tidak mahu Raja Nazrin menyampaikan titah ucapan perasmian yang bermakna sidang DUN itu secara rasmi berlangsung.


Semua orang tahu jika sidang DUN ini tidak diadakan sehingga 13 Mei ini iaitu enam hari saja lagi DUN Perak perlu dibubarkan dan satu pilihanraya baru bagi negeri itu wajib diadakan.

Sebagai catatan sekurang-kurangnya satu sidang DUN wajib diadakan dalam tempoh masa enam bulan.

Makanya pembangkang mengunakan segala macam alasan dan muslihat untuk mengagalkan perasmian sidang DUN ini hingga tidak mempedulikan langsung kehadiran Raja Nazrin dalam bangunan DUN itu hingga kena menunggu lima jam.

Beberapa orang pemerhati dalam sidang DUN itu kedengaran berbisik sesama mereka, " ini belum lagi dapat memerintah satu negara...kalau dapat perintah bayang sendirilah".


Berikut adalah rentetan apa yang berlaku dalam DUN Perak sejak ketibaan Raja Muda Perak ke banguan SUK Perak:

5.30pm-Dr Zambry berkata apa yang berlaku dalam DUN Perak bukti keganasan dan kezaliman kumpulan minoriti yang cuba menafikan hak BN yang kuasai majoriti.

5.25pm-Dr Zambry berkata pihaknya akan kaji semua aspek terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pembangkang. “Mereka yang serang ADUN BN dulu,” katanya.

5.21pm-Menteri Besar, Dr Zambry kesal pembangkang bertindak biadap dan kurang ajar dalam Dewan. Mereka menggunakan undang-undang rimba dan tidak hormat peraturan, katanya.

4.13pm-Sidang DUN selesai. Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ngeh Koo Ham terus berjumpa media. Sivakumar pula masuk balik ke dalam Dewan.

4.09pm-Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry bentangkan usul agar sidang DUN ditangguh. Usul diluluskan walaupun ADUN DAP cuba menghalangnya. Spekaer kemudiannya menangguhkan sidang DUN ditangguh ke satu tarikh yang akan ditetap kelak.

3.52pm-Raja Mudam Raja Dr Nazrin Shah selesai menyampaikan titah perasmian. Baginda mengakhiri titah dengan minta semua pihak mengambil iktibar daripada sejarah bagi memastikan negeri terus aman dan stabil.



3.29pm- Walaupun terpaksa menunggu lebih lima jam ekoran kekeochan yang dimulakan oleh ADUN DAP, Raja Nazrin Shah tidak terganggu. Baginda terus menyampaikan titah perasmian yang menyentuh isu-isu yang serius seperti ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat serta keyakinan baginda terhadap kemampuan kerajaan negeri melaksanakan agenda berkenaan.

3.17pm- Raja Dr Nazrin Shah masuk ke dalam Dewan. Datuk Seri Nizar terus sembah mengadu bahawa Sivakumar dibawa keluar. Raja Dr Nazrin menitahkan Nizar dan Ngeh mengadap baginda di di pentas diraja dan menititahkan sesuatu. Sejurus kemudian, Nizar meminta sebahagian ADUN pembangkang yang berdiri di tengah Dewan duduk kembali.

3.07pm-Suasana dalam DUN diam seketika apabila Speaker menangguhkan sidang kerana pergi menjemput Raja Muda untuk masuk ke Dewan. ADUN DAP masih berdiri tengah Dewan sebagai tanda protes.

3.03pm-Sidang DUN diteruskan. Usul aturan mesyuarat agar Raja Muda merasmikan sidang diluluskan. ADUN DAP terus berdiri sambil mengetuk meja tanda bantahan. Dua ADUN DAP diarah keluar Dewan.

2.58pm- Suasana dalam Dewan tegang semula apabila Speaker baru mengambil tempat Speaker. ADUN DAP cuba menarik Ganesan. Ganesan meneruskan persidangan dengan Menteri Besar membentangkan usul aturan mesyuarat.

2.52pm- Suasana agak tenang sedikit. Beerapaa ADUN DAPberjumpa dengan Datuk Seri Dr Zambry yang kelihatan tenang saja melayani mereka. Pada masa yang sama Speaker baru D R. Ganesan telah mengambil tempat duduk rasmi Sepaker.

2.44pm- Sivakumar telah dibawa keluar Dewan oleh petugas. Beliau diangkat setelah enggan mematuhi arahan Speaker baru agar beliau keluar Dewan. Keadaan menjadi begitu tegang.



2.37pm- Bergelut. ADUN DAP bergelut dengan Bentara Dewan yang mahu melaksanakan arahan Speaker baru menggantung Sivakumar setelah usul dilulus 31 ADUN.

2.30pm- Suasana bertukar, ADUN BN yang sebelum ini mendiamkan diri beramai-ramai bangun hendak membawa Sivakumar keluar. ADUN DAP segera membuat kepungan di keliling meja Sivakumar bagi halang cubaan ADUN BN.

2.25pm -Makin ganas. Selepas cuba halau Speaker baru, ADUN DAP jerit halau polis yang cuba kawal keadaan dalam Dewan.

2.22pm -Sidang DUN disambung semula dengan keadaan lebih tegang. Provokasi ADUN DAP serbu tempat duduk BN cetus pergaduhan. Polis terpaksa campurtangan.

12.58pm - Speaker R. Ganesan menangguhkan sidang selama satu jam lagi ekoran kekecohan. Apa yang menghairankan walaupun tidak mengiktiraf Ganesan tapi pembangkang akur sidang ditangguh.

12.45pm-Masih kecoh. Kira-kira 15 ADUN DAP kini kepung Ganesan di blok kerusi ADUN BN. Mereka mahu Ganesan keluar. ADUN BN tetap tidak berganjak dan dengan tenang duduk di tempat masing-masing.

12.30pm- Sebaik Speaker baru Datuk R. Ganesan hendak memulakan sidang, 5 ADUN DAP serbu Ganesan dan halang beliau daripada memulakan sidang. ADUN BN cuba leraikan. Berlaku tolak menolak.

12.14pm- Sidang masih rehat. Sivakumar duduk di tempatnya tetapi akur dengan perinntah Speaker baru dan beliau tidak cuba untuk mulakan sidang pun.

11.20am-Speaker baru Datuk R. Ganesan menangguhkan sidang satu jam. Menariknya semua ADUN tak keluar dan duduk di tempat masing-masing. Raja Nazrin Shah masih di bilik menunggu.

11.13am-Speaker baru Datuk R. Ganesan teruskan sidang sambil berdiri sambil dikelilingi oleh ADUN BN. Sivakumar tetap di kerusinya dan hanya melihat perjalanan sidang.



11.03am-ADUN BN dan 3 ADUN Bebas lulus usul lantik Ganesan sebagai Speaker. Ganesan kemudiannya angkat sumpah dan dipakaikan jubah rasmi Speaker. Sidang terus kecoh. Sivakumar tetap duduk di meja.

10.52am-Masih kecoh. Kini berlaku sidang dalam sidang bila Timbalan Speaker Hee Yit Fong mengendalikan sidang dan Dr Zambry bentang usul pecat Sivakumar.

10.29am- Dr Zambry bentang usul pecat Sivakumar. Speaker V. sivakumar tidak mengendahkannya dan berkata, usul itu tidak sah sebab Dr Zambry dah digantung dan tidak akan terus sidang selagi Dr Zambry, enam Exconya dan tiga ADUN Bebas tidak keluar Dewan.

10.18am- Sehingga 10.15 masih kecoh. Speaker suruh 10 orang ADUN BN dan Bebas keluar Dewan. Menteri Besar memberikan penjelasan tentang keputusan Mahkamah Persekutuan yang putuskan pengantungan mereka tidak sah dan terbatal. ADUN BN tak berganjak. Raja Nazrin masih di bilik menunggu.

10.09am- Dah mula kecoh. Sivakumar arah Dr Zambry, 6 Exco dan 3 ADUN Bebas keluar Dewan dan tidak akan mula sidang. Raja Muda masih belum rasmi.



9.37am-MB Perak DS Dr Zambry Kadir tiba jam 9.25 dan tepat 9.30 Raja Muda Perak tiba untuk upacara perasmian DUN Perak dan kini sedang melakukan pemeriksaan perbarisan keselamatan.

9.24am-Speaker V Sivakumar tiba jam 9.15 SUK Perak D Abd Rahman sambut beliau dan tanya 'macam mana hari ini" Siva jawab "yang terbaik untuk rakyat".

8.59am-Setakat ini kira-kira 10 orang penyokong pembangkang termasuk termasuk Zuraida sudah ditahan kerana cuba masuk ke bangunan SUK Ipoh.

8.49am- Ahli Parlimen Ampang Jaya (PKR) Zuraida Kamaruddin ditahan polis di pintu masuk bangunan SUK kerana cuba menyusup masuk. Dia diminta beredar tetapi dia degil dan lawan arahan polis. Sehingga 8.45 suasana sekitar SUK terkawal dan semua ADUN kini sedang menunggu ketibaan Raja Muda Perak. - 7/5/2009

DI PETIK DARI AGENDA DAILY

Monday 4 May 2009

MUHYIDDIN BALIK PAGOH


Hari Sabtu yang lalu 2 Mei 2009 saya berkesempatan balik ke kampung Pagoh untuk bersama-sama dengan warga Pagoh dalam meraikan kepulangan Tan Sri Muhyiddin selaku TPM dan juga Ahli Parlimen Pagoh. Bersungguh-sungguh orang Pagoh dalam menyambut pahlawan mereka yang ketika ini merupakan orang no 2 di Malaysia. Syabas dan tahniah.
Jika kita renungi orang –orang kampung ini yang sanggup berpanas selama 3 jam semata-mata untuk bersalam dan bersua muka dengan pemimpin yang mereka sanjungi ini, tapi yang menyedihkan kebanyakan mereka terdiri daripada golongan-golongan tua, termasuk juga bonda saya yang amat bersemangat yang telah bersiap sejak dari pukul 8 pagi lagi dan mengumpul rakan-rakan nya termasuk Mak Itam, Kak Che ah dan Makcik Tuminah bersama –sama berkumpul di Dataran Kompleks Sukan Pagoh semata-mata untuk meraikan upacara ini. Begitu tingginya harapan mereka walaupun kadangkala kita merasakan entah kenal atau tidak Tan Sri M kepada mereka ini, tetapi semangat mereka itulah yang bakal kita golongan muda ini contohi, iaitu semangat menghormati pemimpin. Ke mana hilangnya orang-orang muda, yang sekarang ini telah kaya berkereta besar rumah besar dan segalanya besar-besar belaka, tidak kah anda semua bersyukur dengan nikmat yang telah dilimpah kurniakan hasil dari perjuangan orang-orang terdahulu, Jangan kita hanya pandai berkata-kata sahaja tetapi tiada sebarang noktah yang terjawab.
Malu juga saya apabila sampai saja di dewan kemudian melihat bonda dan rakan-rakan berpeluh-peluh menunggu ketibaan pemimpin mereka, sebaliknya saya berteduh di khemah besar yang telah disediakan, jika dibandingkan dengan umur saya dan kudrat saya tentulah saya lebih mampu untuk berdiri di tengah-tengah padang tersebut bersama-sama dengan mereka. Itu lah yang dikatakan semangat perjuangan orang lama memang tidak dapat di nilai dengan wang ringgit, sebaliknya bonda dan rakan-rakan hanya berkesempatan untuk menjamu selera dengan ribuan orang ramai. Itu pun puas beratur untuk mengambil hidangan. Tidak seperti lapis muda ketika ini setiap yang dilakukan mengharapkan balasan wang ringgit, cuba katakan sekiranya setiap yang berhimpun tersebut di beri RM50 sudah tentulah ramai orang-orang muda yang sanggup untuk berkumpul kerana mengharapkan ganjaran tersebut, tetapi ke mana semangat ‘patriotik’ mereka jika setiap yang dilakukan mengharapkan balasan saja. Sikap seperti inilah yang semakin menular di kalangan setiap individu generasi sekarang.
Berbalik kepada lawatan TPM tersebut, di sini saya tertarik dengan cadangan beliau iaitu untuk menubuhkan bank idea , terpanggil dengan cadangan tersebut, saya menggariskan beberapa perkara ;
1. Majukan industri pelancongan di Pagoh kerana kita semua maklum bahawa Pagoh merupakan Bandar sungai suatu ketika dahulu iaitu terdapatnya sungai yang mengalir dari Bandar Muar sehingga lah ke Bukit Kepong. Saya mencadangkan supaya ia di majukan dan dijadikan pusat untuk tarikan pelancong yang ingin memudiki sungai Muar sehinggalah ke Bukit Kepong, singgah sebentar di Jeti Brohol untuk melihat kubu terakhir Sultan Melaka semasa Portugis menyerang (tidak ramai yang mengetahui sejarah ini iaitu Pagoh merupakan kubu terakhir Sultan Melaka), saya juga menjangkakan akan ada pelancong yang ingin merasai suasana dahulu kala iaitu pergi ke Bandar Muar dengan menaiki bot iaitu pengangkutan air, asyik naik kereta saja apa salahnya sesekali kita cuba pula menaiki bot dari Pahoh ke Muar.
2. Jadikan Sekolah Sultan Alaudiin Riayat Syah 1 sebagai sekolah berasrama penuh. Saya rasa ini tidak mustahil untuk dilakukan memandangkan YAB TPM merupakan Menteri Pelajaran, dengan ini anak-anak Pagoh yang cemerlang berkesempatan untuk belajar di kampung halaman mereka tanpa perlu merantau jauh. Saya terkenang semasa dulu, abang long saya terpaksa merantau ke SEKOLAH Dauk Abdul Razak, Seremban semata-mata untuk memasuki asrama penuh dan saya pula merantau ke Kuala Pilah sehingga kan pakar bercakap loghat Nogori…hehe.

Walaupun nukilan saya ini mungkin tidak sampai ke meja YAB TPM tetapi sekurang-kurangnya kepada sesiapa yang membacanya dapatlah kiranya sama-sama berkongsi idea dan berdoa semoga Pagoh akan terus maju dan makmur……HIDUP PAGOH!!!!!!